BH Online - Terkini |
- COVID-19: Lima lagi kematian
- COVID-19: Lebih 1,000 kematian di Sweden
- Lelaki maut motosikal langgar lori
- Polis tahan peserta pesta liar
- PFAM digesa lebih rasional
- Sempadan tutup: Lelaki berenang pulang ke Thailand
- Bot karam di Congo, 10 maut
- Pasangan kekasih warga Singapura ditahan di Johor Bahru
- Ingkar PKP: Wajar tuduh di mahkamah
- Kawal selia bank hadkan kejutan ekonomi di Malaysia - Moody's
- Peralatan cegah COVID-19, jadi sampah Sungai Klang
- Ahmad Khusairi dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM
- Menteri ekonomi ASEAN perlu bincang pasca COVID-19 - PM
- Peminum ketum terjun paya, elak ditangkap
- Pelaburan RM400 juta, internet lebih baik
- AFC tangguh semua aksi Mei, Jun
- Jackie Wong masih positif COVID-19
- 70 peratus kematian COVID-19 di Eropah
- FELDA agih bekalan makanan kepada 70,000 peneroka
- COVID-19: 334 kes baharu di Singapura
- PKP fasa tiga: Jumlah tentera bertugas ditambah
- Shuaib Freedom strok, tak mampu cari rezeki
- Selit dadah dalam roti canai
- PKP: Sambung hingga Jun jika kes bertambah
- MYEG perkenal platform Nak Makan
- Penduduk KL mula terima penutup hidung dan mulut percuma
- MBAM, REHDA pastikan keselamatan di tapak pembinaan
- COVID-19: Indonesia catat kematian harian tertinggi
- Ebola: WHO akan mengadakan mesyuarat hari ini
- Pekerja asing merana ketika ASEAN memerangi COVID-19
| Posted: 14 Apr 2020 02:49 AM PDT PUTRAJAYA: Lima lagi kematian dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akibat COVID-19. |
| COVID-19: Lebih 1,000 kematian di Sweden Posted: 14 Apr 2020 08:55 AM PDT STOCKHOLM: Sweden dilaporkan mencatat lebih 1,000 kematian akibat COVID-19, hingga ramai pakar membidas cara pihak berkuasa menangani krisis berkenaan. |
| Lelaki maut motosikal langgar lori Posted: 14 Apr 2020 08:52 AM PDT TAIPING: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori di km 82, Jalan Ipoh-Butterworth, di sini, malam tadi. |
| Polis tahan peserta pesta liar Posted: 14 Apr 2020 08:33 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis menahan 11 warga tempatan, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana terbabit dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sebuah homestay di Masai di sini, awal hari ini. |
| Posted: 14 Apr 2020 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) perlu lebih rasional selepas mengemukakan dua syarat yang perlu dipatuhi bagi rundingan pemotongan gaji antara pasukan dan pemain. |
| Sempadan tutup: Lelaki berenang pulang ke Thailand Posted: 14 Apr 2020 07:45 AM PDT BANGKOK: Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari, selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan, nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya. |
| Posted: 14 Apr 2020 07:24 AM PDT TSHIKAPA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini sudah menemui 10 mayat mangsa bot karam di sebuah sungai di Congo hari ini. |
| Pasangan kekasih warga Singapura ditahan di Johor Bahru Posted: 14 Apr 2020 07:09 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang kekasih warga Singapura dan merampas sejumlah dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, di sini, semalam. |
| Ingkar PKP: Wajar tuduh di mahkamah Posted: 14 Apr 2020 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan dan menuduh di mahkamah individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah wajar. |
| Kawal selia bank hadkan kejutan ekonomi di Malaysia - Moody's Posted: 14 Apr 2020 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Aspek peraturan pengawalseliaan akan mengehadkan kejutan ekonomi susulan penularan COVID-19, namun pada masa sama akan turut meningkatkan risiko untuk bank-bank terbabit, demikian menurut Moody's Investors Service (Moody's). |
| Peralatan cegah COVID-19, jadi sampah Sungai Klang Posted: 14 Apr 2020 06:24 AM PDT SHAH ALAM: Topeng muka, botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang antara sampah paling banyak ditemui di Sungai Klang sejak Mac lalu. |
| Ahmad Khusairi dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Posted: 14 Apr 2020 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) yang baharu. |
| Menteri ekonomi ASEAN perlu bincang pasca COVID-19 - PM Posted: 14 Apr 2020 01:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan perbincangan segera membabitkan menteri ekonomi ASEAN diadakan bagi merangka persediaan menghadapi pasca COVID-19. |
| Peminum ketum terjun paya, elak ditangkap Posted: 14 Apr 2020 06:03 AM PDT KEPALA BATAS: Empat lelaki yang menikmati minum air ketum di sebuah bangsal dekat Penaga, di sini bertempiaran lari selepas melihat kenderaan polis masuk ke kampung mereka di sini, petang tadi. |
| Pelaburan RM400 juta, internet lebih baik Posted: 14 Apr 2020 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat memperkukuhkan prestasi rangkaian masing-masing melalui pelaburan tambahan bernilai RM400 juta. |
| AFC tangguh semua aksi Mei, Jun Posted: 14 Apr 2020 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan dan pertandingan yang dijadualkan berlangsung sepanjang Mei dan Jun, sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. |
| Jackie Wong masih positif COVID-19 Posted: 14 Apr 2020 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas. |
| 70 peratus kematian COVID-19 di Eropah Posted: 14 Apr 2020 05:53 AM PDT PARIS: Wabak COVID-19 membunuh lebih 120,013 orang di seluruh dunia dengan 70 peratus atau 81,474 kes kematian direkodkan di Eropah. |
| FELDA agih bekalan makanan kepada 70,000 peneroka Posted: 14 Apr 2020 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengagihkan bantuan makanan asas kepada hampir 70,000 peneroka di 317 rancangan FELDA di seluruh negara. |
| COVID-19: 334 kes baharu di Singapura Posted: 14 Apr 2020 05:47 AM PDT SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252. |
| PKP fasa tiga: Jumlah tentera bertugas ditambah Posted: 14 Apr 2020 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah anggota tentera ditambah bagi membantu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga bermula esok. |
| Shuaib Freedom strok, tak mampu cari rezeki Posted: 14 Apr 2020 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Diuji dengan penyakit strok, penyanyi dan pemain dram kumpulan Freedom, Shuaib Shaari, 61, tidak mampu bermain muzik, sejak tiga tahun lalu. |
| Posted: 14 Apr 2020 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar roti canai yang 'diselitkan' bungkusan dadah. |
| PKP: Sambung hingga Jun jika kes bertambah Posted: 14 Apr 2020 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan sehingga Jun, ini jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 bertambah. |
| MYEG perkenal platform Nak Makan Posted: 14 Apr 2020 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: MY E.G Services Bhd (MYEG) melalui laman e-dagang, Nak Beli memperkenalkan Nak Makan, platform baharu perkhidmatan makanan untuk memasarkan makanan dan produk yang boleh ditempah oleh pelanggan secara dalam talian. |
| Penduduk KL mula terima penutup hidung dan mulut percuma Posted: 14 Apr 2020 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.7 juta penutup hidung dan mulut mula diedarkan secara percuma kepada setiap isi rumah di ibu negara termasuk kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat dan penempatan sementara gelandangan. |
| MBAM, REHDA pastikan keselamatan di tapak pembinaan Posted: 14 Apr 2020 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan keselamatan di tempat kerja dan mencegah penularan COVID-19. |
| COVID-19: Indonesia catat kematian harian tertinggi Posted: 14 Apr 2020 05:00 AM PDT JAKARTA: Indonesia hari ini mencatatkan kemtian harian tertinggi akibat COVID-19 sejak wabak terbabit dikesan di republik itu awal bulan lalu. |
| Ebola: WHO akan mengadakan mesyuarat hari ini Posted: 14 Apr 2020 04:55 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai wabak Ebola di Republik Congo, berikutan penemuan kes terbaharu virus itu. |
| Pekerja asing merana ketika ASEAN memerangi COVID-19 Posted: 14 Apr 2020 04:43 AM PDT SINGAPURA: Jutaan pekerja asing di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia berada dalam kesukaran berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan negara berkenaan bagi mengekang penularan COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment