BH Online - Terkini |
- Pakistan tarik balik larang solat jemaah di masjid
- SIC, penganjur susun semula jadual
- APMM sedia dua helikopter awasi perairan negara
- Jangan anggap mereka istimewa, kebal undang-undang: Tun M
- Arif mahu lahir pelapis berbakat
- Malindo Air pindahkan 179 penumpang dari India, Sri Lanka
- Ratu Elizabeth II tidak mahu tembakan hormat sempena hari jadi tahun ini
- Gambar Ketua JSJK Pahang disalah guna
- Selangor catat penurunan kes COVID-19
- Makmal Wuhan, polemik punca COVID-19
- PKP di zon merah dipergiatkan mulai tengah malam ini
- Mourinho hampir jadi bos Liverpool
- Maradona imbau gol 'Tangan Dewa'
- MSSM tangguh semua aktiviti
- COVID-19: Polis Kuching kawal kebanjiran pelanggan BSN
- FAS jual topeng muka edisi khas
- Tiada aktiviti penjualan di Pasar Borong Kuala Lumpur
- COVID-19: Lahad Datu kini Zon Merah
- Maut selepas sesak nafas ketika memadam kebakaran hutan
- Ribuan langgar perintah berkurung hadir pengebumian imam
- COVID-19 : Jangkitan dari kluster tabligh belum berhenti
- COVID-19: Dua kematian dicatat hari ini
- COVID-19: 135 pesakit pulih, jumlah tertinggi hari ini
- Aktiviti, kerja amal ketika PKP perlu dapat kebenaran MKN
- Kongsi kepakaran buat kajian, penyelidikan
- Syarikat dibenar beroperasi perlu patuh SOP KKM
- COVID-19: 31 kes positif baharu kluster petugas kesihatan Sabah
- Cari kaedah terbaik penghantar makanan jalani ujian saringan
- KKM sahkan kehadiran 8 pakar perunding perubatan China
- Pulau di utara Tokyo dilanda gempa bumi
| Pakistan tarik balik larang solat jemaah di masjid Posted: 18 Apr 2020 09:32 AM PDT ISLAMABAD: Pakistan menarik larangan bagi solat jemaah di masjid tetapi menetapkan syarat sebagai langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19 di negara itu. |
| SIC, penganjur susun semula jadual Posted: 18 Apr 2020 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur tempatan bagi membolehkan kesemua perlumbaan yang mempunyai kalendar saingan di litar berkenaan pada musim ini dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini. |
| APMM sedia dua helikopter awasi perairan negara Posted: 18 Apr 2020 09:19 AM PDT LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menempatkan dua aset udaranya helikopter Agusta Westland AW139 dan AS365 N3 Dauphin di pulau ini bagi memantapkan pengawasan keselamatan perairan negara di sektor utara Selat Melaka, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Jangan anggap mereka istimewa, kebal undang-undang: Tun M Posted: 18 Apr 2020 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin kerajaan supaya menunjukkan teladan baik dengan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Arif mahu lahir pelapis berbakat Posted: 18 Apr 2020 07:58 AM PDT SEREMBAN: Bekas pemain badminton perseorangan kebangsaan Mohd Arif Abdul Latif berazam melahirkan lebih ramai pemain badminton pelapis berbakat menerusi Kelab Badminton Bandar Seremban (SCBC) yang diusahakannya. |
| Malindo Air pindahkan 179 penumpang dari India, Sri Lanka Posted: 18 Apr 2020 07:57 AM PDT NEW DELH: Sebuah pesawat khas, Malindo Air pada Sabtu memindahkan 179 penumpang kebanyakannya warga Malaysia dari India dan Sri Lanka, di tengah-tengah sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19. |
| Ratu Elizabeth II tidak mahu tembakan hormat sempena hari jadi tahun ini Posted: 18 Apr 2020 07:56 AM PDT LONDON: Sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II Selasa ini tidak akan dimeriahkan dengan tembakan hormat susulan krisis COVID-19, kata Istana Buckingham, hari ini. |
| Gambar Ketua JSJK Pahang disalah guna Posted: 18 Apr 2020 07:39 AM PDT KUANTAN: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, hari ini mengesahkan membuat laporan polis, mendakwa gambarnya disalah guna oleh sindiket Macau Scam bagi memperdayakan mangsa. |
| Selangor catat penurunan kes COVID-19 Posted: 18 Apr 2020 07:30 AM PDT SHAH ALAM: Selangor terus mencatatkan penurunan dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan hanya dua kes baharu hari ini. |
| Makmal Wuhan, polemik punca COVID-19 Posted: 18 Apr 2020 07:22 AM PDT TERLETAK di kawasan berbukit di pinggir Wuhan yang menjadi pusat krisis coronavirus, makmal biokeselamatan dikawal rapi di China kini dituduh Amerika Syarikat (AS) punca pandemik. |
| PKP di zon merah dipergiatkan mulai tengah malam ini Posted: 18 Apr 2020 07:22 AM PDT LAHAD DATU: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kawasan FELDA, dekat sini, dipergiatkan bermula jam 12 tengah malam ini dan pergerakan keluar atau masuk ke kawasan terbabit tidak dibenarkan. |
| Mourinho hampir jadi bos Liverpool Posted: 18 Apr 2020 06:48 AM PDT LONDON: Jose Mourinho dilaporkan bersetuju untuk mengemudi Liverpool sebelum Chelsea menawarkan tawaran menarik pada tahun 2004. |
| Maradona imbau gol 'Tangan Dewa' Posted: 18 Apr 2020 06:46 AM PDT LONDON: Diego Maradona kembali mengimbau detik memalukan ketika dia menjaringkan gol menggunakan tangan di pentas Piala Dunia 1986. |
| Posted: 18 Apr 2020 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesemua aktiviti Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), kokurikulum termasuk Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditangguhkan sehingga isu COVID-19 selesai. |
| COVID-19: Polis Kuching kawal kebanjiran pelanggan BSN Posted: 18 Apr 2020 06:35 AM PDT KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersiap siaga mengawal kebanjiran orang ramai ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk urusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). |
| FAS jual topeng muka edisi khas Posted: 18 Apr 2020 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil pendekatan terbaik dalam mengukuhkan kewangan mereka ketika penularan COVID-19 apabila memperkenalkan penutup mulut dan hidung edisi Red Giants. |
| Tiada aktiviti penjualan di Pasar Borong Kuala Lumpur Posted: 18 Apr 2020 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiada aktiviti penjualan membabitkan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat Selayang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| COVID-19: Lahad Datu kini Zon Merah Posted: 18 Apr 2020 06:17 AM PDT KOTA KINABALU: Peningkatan tiga kes baharu positif COVID-19 di Lahad Datu hari ini, menjadikan daerah itu kini berada dalam zon merah. |
| Maut selepas sesak nafas ketika memadam kebakaran hutan Posted: 18 Apr 2020 06:25 AM PDT KOTA BELUD: Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah maut dipercayai mengalami sesak nafas ketika operasi memadamkan kebakaran di hutan simpan berhampiran Sungai Gading, Kampung Pituru Darat di sini, semalam. |
| Ribuan langgar perintah berkurung hadir pengebumian imam Posted: 18 Apr 2020 06:18 AM PDT DHAKA: puluhan ribu warga Bangladesh melanggar perintah berkurung berikutan ancaman COVID-19 bagi menghadiri upacara pengebumian imam terkenal ketika kerajaan bergelut membendung peningkatan mendadak kes coronavirus itu. |
| COVID-19 : Jangkitan dari kluster tabligh belum berhenti Posted: 17 Apr 2020 10:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Kes jangkitan COVID-19 membabitkan kluster tabligh masih belum berhenti setakat ini dan ia sudah merentas sehingga lima generasi jangkitan. |
| COVID-19: Dua kematian dicatat hari ini Posted: 18 Apr 2020 02:26 AM PDT PUTRAJAYA: Dua kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 88 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. |
| COVID-19: 135 pesakit pulih, jumlah tertinggi hari ini Posted: 18 Apr 2020 02:17 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 135 kes positif COVID-19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadi jumlah tertinggi berbanding kes baharu dilaporkan hari ini. |
| Aktiviti, kerja amal ketika PKP perlu dapat kebenaran MKN Posted: 18 Apr 2020 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua ahli barisan Kabinet kerajaan, ahli politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) disaran memohon kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara, sebelum mengadakan sebarang aktiviti serta kerja amal semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Kongsi kepakaran buat kajian, penyelidikan Posted: 18 Apr 2020 05:05 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melihat peluang kerjasama dengan lapan pakar perunding perubatan dari China dalam meningkatkan lagi usaha pengesanan virus, rawatan dan kesihatan awam susulan COVID-19 di negara ini. |
| Syarikat dibenar beroperasi perlu patuh SOP KKM Posted: 18 Apr 2020 02:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat membabitkan sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga perlu mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM). |
| COVID-19: 31 kes positif baharu kluster petugas kesihatan Sabah Posted: 18 Apr 2020 02:22 AM PDT PUTRAJAYA: Terdapat 31 kes positif COVID-19 baharu membabitkan kluster petugas kesihatan di Sabah. |
| Cari kaedah terbaik penghantar makanan jalani ujian saringan Posted: 18 Apr 2020 02:46 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menimbang keperluan untuk semua penghantar makanan melalui saringan kesihatan, sama seperti peraturan yang ditetapkan ke atas penyedia dan pengendali makanan. |
| KKM sahkan kehadiran 8 pakar perunding perubatan China Posted: 18 Apr 2020 03:39 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kehadiran lapan pakar perunding perubatan dari China hari ini, dalam usaha membantu menangani pandemik COVID-19, di negara ini. |
| Pulau di utara Tokyo dilanda gempa bumi Posted: 18 Apr 2020 05:15 AM PDT TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan rangkaian kepulauan Jepun di Lautan Pasifik di selatan Tokyo hari ini tetapi tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan selain tiada amaran tsunami dikeluarkan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment