BH Online - Terkini |
- Jumlah ingkar PKP meningkat mendadak
- Bomba berdepan kesukaran padamkan kebakaran hutan
- 400 warga Thailand gagal susup balik
- Rooney dedah gol terbaik karier
- Beckham anggap Messi lebih baik
- Kelab harap FAM, MFL bijak tangani krisis
- Nur, Nur 2 temui penonton sepanjang Ramadan
- Kediaman warga asing digempur
- Jurujual jam, pelajar kolej ditahan hina Islam
- COVID-19: 2.33 juta kes jangkitan, 160,685 kematian seluruh dunia
- Warga Myanmar sertai Songkran didakwa di mahkamah esok
- Warga emas ditahan edar dadah
- COVID-19: Kali pertama Negeri Sembilan tiada kes baharu
- Penangguhan haji akan dimaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah
- MB Terengganu hadir ke IPD beri keterangan
- Hutan Gelam UMK musnah terbakar
- 'Selamat tinggal dunia seni'
- COVID-19: Singapura atasi Indonesia, Filipina
- PKP: Kerjasama MITI, KKM, MKN penting untuk sektor ekonomi
- Harga minyak dijangka kekal rendah semasa COVID-19
- Saringan meningkatkan peluang kenal pasti individu positif COVID-19
- Jumpa pistol dalam kereta dinaiki seorang datuk
- COVID-19: Ramai keluarga di AS bergantung kepada bantuan makanan
- 'Saya rela ditangkap dan dipenjara'
- Pegawai kanan polis maut selepas kereta peronda terbalik
- COVID-19 : Tahap kesihatan pesalah PKP akan dipantau
- COVID-19: 'Kapten Tom' kutip lebih RM137 juta
- Pelajar Malaysia pulang dari Indonesia, dikesan kluster baharu
- COVID-19 : 11,166 pelajar tahfiz perlu jalani saringan
- 16,000 topeng muka diedar percuma
| Jumlah ingkar PKP meningkat mendadak Posted: 19 Apr 2020 08:06 AM PDT TAWAU: Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah, dalam tempoh lima hari fasa ketiga, sekali gus menunjukkan masih ramai tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa. |
| Bomba berdepan kesukaran padamkan kebakaran hutan Posted: 19 Apr 2020 07:45 AM PDT BANTING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berdepan kesukaran dalam usaha memadamkan kebakaran besar hutan dianggarkan 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, di sini. |
| 400 warga Thailand gagal susup balik Posted: 19 Apr 2020 07:42 AM PDT NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia selepas lima pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula semalam. |
| Rooney dedah gol terbaik karier Posted: 19 Apr 2020 07:21 AM PDT LONDON: Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan dia tidak menganggap jaringan menerusi sepakan gunting ketika berdepan Manchester City pada tahun 2011 adalah gol terbaik sepanjang kariernya. |
| Beckham anggap Messi lebih baik Posted: 19 Apr 2020 07:04 AM PDT LONDON: David Beckham berpendapat Lionel Messi berada di tahap lebih tinggi berbanding seteru utama pemain berkenaan, Cristiano Ronaldo dalam arena bola sepak. |
| Kelab harap FAM, MFL bijak tangani krisis Posted: 19 Apr 2020 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) Ashraf Mazlan berharap Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani krisis yang melanda saingan bola sepak tempatan susulan penularan COVID-19. |
| Nur, Nur 2 temui penonton sepanjang Ramadan Posted: 19 Apr 2020 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Drama yang mencetuskan fenomena, Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin diulang siar di TV3 bermula Selasa ini. |
| Posted: 19 Apr 2020 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menggempur kawasan kediaman warga asing di sekitar Bukit Bintang, di sini, berikutan menerima maklumat kedegilan dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan mereka. |
| Jurujual jam, pelajar kolej ditahan hina Islam Posted: 19 Apr 2020 06:57 AM PDT IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita, kerana disyaki terbabit dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini. |
| COVID-19: 2.33 juta kes jangkitan, 160,685 kematian seluruh dunia Posted: 19 Apr 2020 06:18 AM PDT PARIS: Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia hari ini meningkat kepada 160,685 kes, menurut sumber rasmi. |
| Warga Myanmar sertai Songkran didakwa di mahkamah esok Posted: 19 Apr 2020 05:43 AM PDT SEPANG: Seramai 41 warga Myanmar yang terbabit dengan pesta Songkran di Bandar Baru Salak Tinggi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, esok. |
| Posted: 19 Apr 2020 06:09 AM PDT DUNGUN: Perbuatan mencurigakan seorang warga emas membawa kepada penemuan 50 biji pil dipercayai dadah selepas dia ditahan polis di Kampung Alur Tembesu, petang semalam. |
| COVID-19: Kali pertama Negeri Sembilan tiada kes baharu Posted: 19 Apr 2020 05:56 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan buat kali pertama mencatatkan perkembangan yang positif apabila tiada kes baharu COVID-19, direkodkan hari ini. |
| Penangguhan haji akan dimaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah Posted: 18 Apr 2020 11:40 PM PDT KOTA BHARU: Keputusan kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan solat tarawih berjemaah di masjid di negara itu sepanjang Ramadan ini, menjadi isyarat awal kemungkinan tiada ibadat haji musim ini. |
| MB Terengganu hadir ke IPD beri keterangan Posted: 19 Apr 2020 05:39 AM PDT KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya. |
| Hutan Gelam UMK musnah terbakar Posted: 19 Apr 2020 05:20 AM PDT BACHOK: Kira-kira 3.2 hektar Hutan Simpan Gelam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) musnah dalam kebakaran pagi semalam. |
| 'Selamat tinggal dunia seni' Posted: 19 Apr 2020 04:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Harris Baba, 29, akhirnya membuat keputusan meninggalkan dunia seni selepas kerjayanya tidak menunjukkan graf peningkatan selama tiga tahun. |
| COVID-19: Singapura atasi Indonesia, Filipina Posted: 19 Apr 2020 04:57 AM PDT SINGAPURA: Bilangan kes COVID-19 di Singapura kini meningkat melepasi Indonesia, sekali gus muncul yang tertinggi di Asia Tenggara selepas mengenal pasti ratusan pesakit dalam kalangan pekerja warga asing. |
| PKP: Kerjasama MITI, KKM, MKN penting untuk sektor ekonomi Posted: 19 Apr 2020 04:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) penting dalam memastikan ekonomi negara dapat bergerak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Harga minyak dijangka kekal rendah semasa COVID-19 Posted: 19 Apr 2020 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Peserta pasaran tidak yakin bahawa pemotongan pengeluaran minyak seperti yang dijanjikan oleh pengeluar utama akan menyelesaikan masalah lebihan bekalan. |
| Saringan meningkatkan peluang kenal pasti individu positif COVID-19 Posted: 19 Apr 2020 04:35 AM PDT SHAH ALAM: Konsep pandu lalu saringan COVID-19 secara percuma membolehkan lebih ramai orang awam yang mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak serta warga emas disaring. |
| Jumpa pistol dalam kereta dinaiki seorang datuk Posted: 19 Apr 2020 04:36 AM PDT NIBONG TEBAL: Bukan sahaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi dua lelaki termasuk seorang berstatus Datuk memiliki sepucuk pistol angin dan peralatan mencuri kenderaan ketika diperiksa polis pada sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, pagi tadi. |
| COVID-19: Ramai keluarga di AS bergantung kepada bantuan makanan Posted: 18 Apr 2020 11:54 PM PDT NEW YORK: Keluarga di Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat COVID-19, kini bergantung harap sepenuhnya kepada bank makanan untuk meneruskan hidup. |
| 'Saya rela ditangkap dan dipenjara' Posted: 19 Apr 2020 04:21 AM PDT CHUKAI: "Jangan tangkap anak buah saya. Saya rela saya ditangkap. Saya rela masuk penjara," itu kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menafikan sukarelawannya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan PKP, hari ini. |
| Pegawai kanan polis maut selepas kereta peronda terbalik Posted: 19 Apr 2020 01:35 AM PDT ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan polis maut selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas lalu terbalik di lampu isyarat Arkib Negara, ketika mengelak sebuah motosikal yang mengubah dari lorong kiri ke lorong kanan, di sini hari ini. |
| COVID-19 : Tahap kesihatan pesalah PKP akan dipantau Posted: 19 Apr 2020 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membantu Jabatan Penjara Malaysia memantau tahap kesihatan setiap pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjalani hukuman di pusat tahanan sementara. |
| COVID-19: 'Kapten Tom' kutip lebih RM137 juta Posted: 19 Apr 2020 03:59 AM PDT LONDON: Bekas askar British, Kapten Tom Moore, 99, berjaya mengumpul dana lebih 25 juta pound (RM137 juta) bagi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dengan berjalan 100 pusingan dalam taman di perkarangan rumahnya. |
| Pelajar Malaysia pulang dari Indonesia, dikesan kluster baharu Posted: 19 Apr 2020 02:20 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan oleh pihaknya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). |
| COVID-19 : 11,166 pelajar tahfiz perlu jalani saringan Posted: 19 Apr 2020 03:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 11,166 pelajar tahfiz dari 220 madrasah seluruh negara perlu menjalani ujian saringan COVID-19, berikutan masih ada pertambahan kes direkod membabitkan kluster berkenaan. |
| 16,000 topeng muka diedar percuma Posted: 19 Apr 2020 03:57 AM PDT SIMPANG RENGGAM: Sebanyak 16,000 topeng muka diedarkan secara percuma oleh Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) kepada orang ramai, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment