Thursday, April 2, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Operasi penerbitan akhbar di Afrika Utara terjejas

Posted: 02 Apr 2020 04:23 PM PDT

TUNIS : Langkah diambil bagi membendung penyebaran pandemik coronavirus (COVID-19) didapati menjejaskan pengedaran dan penerbitan akhbar di seluruh Tunisia, Maghribi dan Algeria, lapor media serta sumber tempatan.

Ahli gusti, Nor `Phoenix' Diana tersenarai dalam Forbes `30 under 30 Asia'

Posted: 02 Apr 2020 03:55 PM PDT

SINGAPURA: Nor `Phoenix' Diana, ahli gusti profesional Malaysia yang berhijab disenaraikan dalam Forbes `30 Under 30 Asia' tahunan kelima.

COVID-19: 3.9 bilion penduduk dunia dilarang keluar rumah

Posted: 02 Apr 2020 09:29 AM PDT

PARIS: Lebih 3.9 bilion orang, iaitu hanya setengah daripada populasi penduduk dunia, dilarang keluar rumah dalam usaha membasmi penularan pandemik COVID-19.

Sesi pembelajaran melalui TV Pendidikan, mulai minggu depan

Posted: 02 Apr 2020 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.

Pekerja kilang maut, rempuh kereta

Posted: 02 Apr 2020 09:02 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 64.5 Jalan Alor Setar-Butterworth di sini, hari ini.

Arab Saudi kuat kuasa perintah berkurung 24 jam bermula hari ini

Posted: 02 Apr 2020 08:45 AM PDT

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung 24 jam serta-merta hari ini, di kota suci Makkah dan Madinah dalam usaha membasmi penularan COVID-19.

'Susu tepung pun dah memadai'

Posted: 02 Apr 2020 03:25 AM PDT

PARIT BUNTAR: "Susu tepung pun dah memadai."

COVID-19: Berbelanja tak lebih 20 minit

Posted: 02 Apr 2020 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengunjung pusat jualan barangan segar terkawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan masa berbelanja dibenarkan tidak melebihi 20 minit.

Rakyat Malaysia terkandas di Chad perlu hubungi kedutaan di Abuja

Posted: 02 Apr 2020 07:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang terkandas di Chad dan Nigeria diminta terus berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, ibu negeri Nigeria, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.

Perbicaraan kes 1MDB Najib bersambung 15 April

Posted: 01 Apr 2020 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan sekali lagi.

COVID-19: Banyakkan zikir, munajat

Posted: 02 Apr 2020 07:44 AM PDT

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meminta supaya semua masjid mukim di seluruh negeri membaca zikir dan munajat selepas menunaikan solat fardu.

LGM aktifkan Insentif Pengeluaran Getah tampung kejatuhan harga

Posted: 02 Apr 2020 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Februari dan Mac untuk membantu meringankan beban kejatuhan harga komoditi itu dalam kalangan pekebun.

Permohonan i-Lestari melalui i-Akaun versi laman web, emel

Posted: 01 Apr 2020 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula hari ini, boleh dibuat melalui i-Akaun versi laman web atau emel.

Kubikel pertama saring COVID-19 dipasang di HTAA

Posted: 02 Apr 2020 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Teknologi kubikel I3S yang dibangunkan untuk mengelak virus COVID-19 terhadap petugas kesihatan negara akan dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pusat kesihatan lain.

KAFA janji kebajikan pemain terbela

Posted: 02 Apr 2020 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Di sebalik 'keresahan' terhadap kantung makin susut susulan COVID-19 namun Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tetap memastikan kebajikan pemain mereka terus terbela.

Liga Belgium tamat awal

Posted: 02 Apr 2020 07:06 AM PDT

PARIS: Liga bola sepak Belgium mencadangkan musim sedia ada diisytiharkan tamat awal berikutan pandemik coronavirus dengan kedudukan terakhir liga diterima sebagai penamat, kata satu kenyataan hari ini.

Pakej PRIHATIN bantu kelangsungan operasi Kiah Pekasam

Posted: 02 Apr 2020 06:50 AM PDT

IPOH: Generasi ketiga pengendali perusahaan Kiah Pekasam Enterprise sebelum ini risau memikirkan nasib perniagaan keluarga yang berusia kira-kira 60 tahun di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong, di sini, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Vivy tersentuh petugas hospital pakai plastik sampah

Posted: 02 Apr 2020 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan popular, Datin Vivy Yusof tersentuh hati melihat petugas hospital memakai plastik sampah untuk melindungi diri berikutan kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE).

Operasi bazar Ramadan di KL diketahui minggu depan

Posted: 02 Apr 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Status operasi bazar Ramadan di ibu negara akan diketahui selewat-lewatnya minggu depan.

COVID-19: Tanpa SOP, agihan bantuan NGO bercelaru

Posted: 02 Apr 2020 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan tersusun menjamin kejayaan agihan bantuan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.

COVID-19: Sepanyol catat lebih 10,000 kematian

Posted: 02 Apr 2020 06:23 AM PDT

MADRID: Kadar kematian di Sepanyol sudah melebihi 10,000 hari ini apabila 950 lagi maut dalam tempoh 24 jam.

70 wanita hamil warga Malaysia di bawa pulang

Posted: 02 Apr 2020 06:22 AM PDT

SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini membantu membawa pulang 70 wanita hamil warga Malaysia yang bekerja di Singapura bersama 10 kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) melalui Tambak Johor.

COVID-19: PROTON pinjamkan 50 unit X70 kepada Kementerian Kesihatan

Posted: 02 Apr 2020 05:57 AM PDT

SUBANG JAYA: PROTON Holdings Bhd meminjamkan 50 unit X70 kepada Kementerian Kesihatan untuk digunakan kakitangan kementerian itu.

Thailand umum perintah berkurung mulai esok

Posted: 02 Apr 2020 05:43 AM PDT

BANGKOK: Thailand hari ini mengumumkan perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 4 pagi berkuat kuasa mulai esok.

Fikir potong gaji selepas bayar tunggakan

Posted: 02 Apr 2020 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan melunaskan tunggakan gaji berjumlah lebih RM1 juta terlebih dahulu sebelum mula memikirkan untuk mengenakan pemotongan gaji kepada pemain.

Pemuda UMNO tuntut peminjam LPPSA juga diberi moratorium

Posted: 02 Apr 2020 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) diminta turut memberikan penangguhan pembayaran pinjaman selama enam bulan kepada peminjam yang juga penjawat awam bagi meringankan beban mereka ketika penularan COVID-19.

Hadi dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat

Posted: 02 Apr 2020 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri.

155 didakwa ingkar PKP di beberapa negeri

Posted: 02 Apr 2020 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selain penjara dan denda, mahkamah semalam turut menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ke atas beberapa pesalah yang berdepan pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya sedia bantu kerajaan pimpin perpaduan, keamanan sejagat - Hadi

Posted: 02 Apr 2020 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia memanfaatkan pengalamannya bagi membantu kerajaan memimpin agenda perpaduan dan keamanan sejagat.

Son sertai kerahan tentera

Posted: 02 Apr 2020 05:37 AM PDT

SEOUL: Bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-min akan melaporkan diri di sebuah kem hujung bulan ini untuk memenuhi latihan kerahan tentera, menurut satu laporan hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template