BH Online - Terkini |
- COVID-19: Lebih telus China mengenai virus, 'lebih bagus untuk semua' - Merkel
- PKP: Sungai Klang lebih bersih
- 'Ayah pergi dengan tenang'
- Polis tahan lelaki liwat anak jiran lebih 20 kali
- Stadium bunga teratai
- COVID-19: 'Perang' hingga tahun depan - Dr Noor Hisham
- COVID-19: 28 kes positif di Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong KL
- COVID-19 : KKM pertimbang jalankan ujian antibodi di kawasan setempat
- Pasukan minta 'tambahan masa'
- COVID-19: Jerman tanggung kos rawatan pesakit warga asing
- Kekal di rumah itu hadiah paling istimewa
- Josue tarik nafas lega
- Sunway iLabs anjur program latihan percuma e-dagang PKS
- Lembaran baharu hubungan antara manusia, alam
- AirAsia.com perkenal platform derma secara digital
- Dalam memerangi COVID-19, jangan lupa ancaman denggi
- Agenda digital tunjang pembangunan pasca COVID-19
- Mengakar budaya tabiat kental kebersihan
- PKP: Atlet perlu kawal komposisi badan - pakar
- Lori bawa kimia terbalik, penduduk kosongkan kediaman
- Hollywood, Bollywood bersatu hasil 40 filem
- PKP: Pasang, servis internet dibenarkan dalam Zon Hijau
- F1: Litar Silverstone sedia anjur dua perlumbaan
- PKP: Sambut Ramadan di penjara atau rumah?
- Lelaki bersenjata api mengamuk, sekurang-kurang 16 terbunuh
- United yakin miliki Sancho
- COVID-19: Myanmar hantar pulang 800 tahanan Rohingya ke Rakhine
| COVID-19: Lebih telus China mengenai virus, 'lebih bagus untuk semua' - Merkel Posted: 20 Apr 2020 08:06 AM PDT BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel, hari ini mendesak China supaya bersikap setelus-telusnya mengenai wabak COVID-19, ketika perdebatan berlegar mengenai bagaimana pandemik yang membunuh itu bermula. |
| PKP: Sungai Klang lebih bersih Posted: 20 Apr 2020 08:19 AM PDT SHAH ALAM: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac membawa kepada pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang. |
| 'Ayah pergi dengan tenang' Posted: 20 Apr 2020 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya dimaklumkan, ayah pergi dengan cukup tenang." |
| Polis tahan lelaki liwat anak jiran lebih 20 kali Posted: 20 Apr 2020 07:59 AM PDT BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki kerana meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki itu keluar berjalan-jalan termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di sini sejak bulan lalu. |
| Posted: 20 Apr 2020 07:09 AM PDT LONDON: Guangzhou Evergrande sudah memulakan pembinaan stadium yang menelan kos sehingga 1.36 bilion pound (RM7.41 bilion) yang dijangka dibuka pada 2022. |
| COVID-19: 'Perang' hingga tahun depan - Dr Noor Hisham Posted: 20 Apr 2020 04:13 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia mungkin terpaksa 'berperang' sehingga tahun depan dalam menentang penularan wabak COVID-19 seperti yang dijangkakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). |
| COVID-19: 28 kes positif di Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong KL Posted: 20 Apr 2020 03:36 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 28 kes positif COVID-19 direkodkan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, dengan satu kematian membabitkan warga Myanmar berusia 36 tahun. |
| COVID-19 : KKM pertimbang jalankan ujian antibodi di kawasan setempat Posted: 20 Apr 2020 05:17 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk menjalankan ujian antibodi di kawasan setempat bagi mengkaji bilangan dalam komuniti itu yang dijangkiti wabak COVID-19. |
| Pasukan minta 'tambahan masa' Posted: 20 Apr 2020 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira separuh daripada 24 pasukan Liga Malaysia (Liga M) memerlukan 'tambahan masa' bagi mencapai persetujuan bersama dengan pemain serta pegawai dalam menangani impak kewangan yang dihadapi pasukan susulan penularan pandemik COVID-19. |
| COVID-19: Jerman tanggung kos rawatan pesakit warga asing Posted: 20 Apr 2020 08:03 AM PDT BERLIN: Jerman akan menanggung kos untuk merawat pesakit COVID-19 yang diambil dari negara jiran Kesatuan Eropah (EU) sebagai tanda muhibah, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn hari ini. |
| Kekal di rumah itu hadiah paling istimewa Posted: 20 Apr 2020 07:16 AM PDT PUTRAJAYA: "Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi." |
| Posted: 20 Apr 2020 07:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Kebimbangan pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue terhadap COVID-19 mungkin terpadam selepas ahli keluarganya didapati 'bebas' daripada dijangkiti pandemik itu. |
| Sunway iLabs anjur program latihan percuma e-dagang PKS Posted: 20 Apr 2020 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) akan menganjurkan Program Jumpstart e-Dagang, program latihan empat minggu percuma untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengusaha runcit untuk membantu perniagaan diniagakan secara dalam talian. |
| Lembaran baharu hubungan antara manusia, alam Posted: 19 Apr 2020 08:00 PM PDT MANUSIA sebahagian alam sekitar. Dalam ekosistem kehidupan manusia, kita tidak sahaja hidup bersama fauna dan flora boleh tampak, bahkan hidupan seni atau mikroorganisma tidak dapat dilihat mata kasar. |
| AirAsia.com perkenal platform derma secara digital Posted: 20 Apr 2020 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: AirAsia.com menerusi jenama perniagaan baharunya, Ikhlas.com melancarkan 'Derma Dengan Ikhlas', inisiatif platform derma awam digital selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal pada Ramadan. |
| Dalam memerangi COVID-19, jangan lupa ancaman denggi Posted: 19 Apr 2020 07:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketika ini, apa sahaja isu kesihatan berkaitan dengan penularan virus maut yang membawa penyakit COVID-19 bukan sahaja menjadi tumpuan dan kerisauan masyarakat negara ini bahkan juga seluruh dunia. |
| Agenda digital tunjang pembangunan pasca COVID-19 Posted: 19 Apr 2020 07:30 PM PDT TIADA siapa menjangkakan COVID-19 mengubah landskap dunia hingga setiap negara terpaksa mendakap segera kebiasaan baharu demi kesinambungan rakyat. Sesiapa kurang persediaan dan lambat bertindak, pasti ketinggalan serta terpinggir apatah lagi pada era teknologi digital. |
| Mengakar budaya tabiat kental kebersihan Posted: 19 Apr 2020 07:00 PM PDT KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengambil langkah bijak dan berani apabila mengumumkan pembatalan peperiksaan serta penundaan sesi persekolahan. |
| PKP: Atlet perlu kawal komposisi badan - pakar Posted: 19 Apr 2020 05:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan dinasihatkan supaya mengawal komposisi badan, bagi memudahkan proses mereka kembali ke gelanggang, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. |
| Lori bawa kimia terbalik, penduduk kosongkan kediaman Posted: 20 Apr 2020 07:09 AM PDT MELAKA: Beberapa keluarga di Batu 11 Jalan Sungai Udang, di sini terpaksa mengosongkan kediaman apabila sebuah lori kontena yang membawa muatan bahan kimia mudah terbakar jenis 'Risen', terbalik, petang tadi. |
| Hollywood, Bollywood bersatu hasil 40 filem Posted: 19 Apr 2020 05:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan dua syarikat, STX Entertainment dari Amerika Syarikat dan Eros International PLC berpangkalan di India menyatukan Hollywood dan Bollywood selepas industri perfileman global mengalami kemerosotan akibat serangan pandemik COVID-19. |
| PKP: Pasang, servis internet dibenarkan dalam Zon Hijau Posted: 19 Apr 2020 05:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet kini dibenarkan beroperasi di premis yang terletak di dalam zon hijau iaitu kawasan yang tiada sebarang kes positif COVID-19. |
| F1: Litar Silverstone sedia anjur dua perlumbaan Posted: 19 Apr 2020 04:55 PM PDT LONDON: Penganjur Grand Prix (GP) Britain berkata Litar Silverstone bersedia menjadi tuan rumah dua perlumbaan berturut-turut bagi menyelamatkan kempen Formula Satu (F1) musim ini yang ditangguhkan susulan pandemik COVID-19. |
| PKP: Sambut Ramadan di penjara atau rumah? Posted: 19 Apr 2020 04:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, setiap kali menjelang 1 Ramadan, umat Islam di seluruh negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut bulan penuh keberkatan bersama ahli keluarga. |
| Lelaki bersenjata api mengamuk, sekurang-kurang 16 terbunuh Posted: 19 Apr 2020 04:46 PM PDT MONTREAL: Seorang lelaki bersenjata api yang memandu sebuah kenderaan dibuat seakan-akan kereta polis, membunuh sekurang-kurang 16 orang dalam satu kejadian amuk di Atlantik, Kanada, kata polis persekutuan, semalam. |
| Posted: 19 Apr 2020 04:29 PM PDT LONDON: Manchester United percaya kelab itu hampir pasti memiliki bintang muda England, Jadon Sancho. |
| COVID-19: Myanmar hantar pulang 800 tahanan Rohingya ke Rakhine Posted: 20 Apr 2020 06:58 AM PDT SITTWE: Lelaki, wanita dan kanak-kanak minoriti Islam tanpa kewarganegaraan yang sekian lama ditindas adalah di antara 25,000 tahanan yang dibebaskan minggu lalu melalui pengampunan presiden sempena perayaan Tahun Baharu di Myanmar. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment