Thursday, April 23, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Angka kematian di UK meningkat kepada 18,738

Posted: 23 Apr 2020 08:51 AM PDT

LONDON: Kementerian Kesihatan Britain hari ini memaklumkan 616 orang lagi meninggal dunia di hospital selepas didapati positif COVID-19, menjadikan jumlah kematian rasmi di negara itu menjadi 18,738 orang.

Perbanyak amalan pada Ramadan

Posted: 23 Apr 2020 08:45 AM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya umat Islam mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bulan Ramadan, untuk memperbanyak amalan terpuji dan ibadah, termasuk bersolat tarawih di rumah.

WHO beri amaran kematian malaria boleh naik berlipat ganda

Posted: 23 Apr 2020 08:31 AM PDT

GENEVA: Penularan wabak COVID-19 boleh mengganggu akses agihan kelambu yang dilengkapi racun serangga serta ubatan antimalaria di subsahara Afrika.

Petugas hospital terima penutup hidung, muka

Posted: 23 Apr 2020 08:17 AM PDT

IPOH: Ahli Lembaga Pelawat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan kerjasama Persatuan Penganut Agama Buddha Jubaoyan Ipoh menyumbang 16,000 penutup hidung dan mulut kepada petugas hospital berkenaan.

Pemandu lori maut dalam kemalangan

Posted: 23 Apr 2020 08:19 AM PDT

MUALLIM: Pemandu lori maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah lori di Kilometer 384, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Muallim.

Kebakaran hutan hampir selesai dipadam

Posted: 23 Apr 2020 07:41 AM PDT

BANTING: Kebakaran besar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Kompartmen 21 sudah berjaya dipadamkan kira-kira 95 peratus, sehingga hari ini.

Universiti Oxford gigih cari vaksin COVID-19

Posted: 23 Apr 2020 07:38 AM PDT

LONDON: Universiti Oxford yang menjalankan ujian klinikal ke atas manusia mengenai potensi keberkesanan vaksin, sedang melalui tugas amat mencabar.

SUKMA Johor ditunda Mac 2020

Posted: 23 Apr 2020 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor dijadual berlangsung dari 6 hingga 14 Mac tahun depan selepas tarikh itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi temasya berkenaan, hari ini.

FAM, MFL dalam dilema

Posted: 23 Apr 2020 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berdepan tekanan paling berat dalam dalam sejarah penganjuran Liga Malaysia (Liga M) apabila perlu memutuskan masa depan saingan musim ini akibat pandemik COVID-19.

Aidil pantau anak buah dari Singapura

Posted: 23 Apr 2020 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak tetap memantau perkembangan pemainnya walaupun ketika ini berada bersama keluarga di Singapura.

MPM sedia bantuan Ramadan, Aidilfitri

Posted: 23 Apr 2020 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) melancarkan Projek Sokongan Atlet Para COVID-19 bagi meringankan beban atlet dalam memenuhi persiapan menyambut ketibaan Ramadan dan juga Aildilfitri.

COVID-19: Gardenia sumbang RM1 juta bantuan

Posted: 23 Apr 2020 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan kepada masyarakat semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SuperKIP lebih yakin jentera baharu

Posted: 23 Apr 2020 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi menyifatkan tiada perbezaan ketara jentera Moto3 ditunggangnya musim ini berbanding ketika kali terakhir mengemudi jentera berkenaan pada tahun 2016.

Serba Dinamik cadang tambah modal kerja RM580.09 juta

Posted: 23 Apr 2020 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd mencadangkan tawaran saham persendirian untuk meningkatkan modal kerjanya sehingga RM580.09 juta dan mengurangkan sebahagian daripada pinjaman sedia adanya.

DiGi raih untung bersih lebih rendah

Posted: 23 Apr 2020 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Digi.com Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM332 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020 daripada RM341.50 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Zakat fitrah atas talian di Negeri Sembilan

Posted: 23 Apr 2020 06:35 AM PDT

SEREMBAN: Zakat fitrah di Negeri Sembilan boleh dibayar melalui atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zon selamat perlu bebas COVID-19 selama 28 hari

Posted: 23 Apr 2020 06:33 AM PDT

BANGKOK: Pakar virologi Universiti Chulalongkorn, Dr Yong Poovorawan, berkata sesuatu kawasan perlu bebas COVID-19 selama 28 hari sebelum boleh diisytiharkan sebagai zon selamat.

Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, sederhana dirangka

Posted: 23 Apr 2020 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah bagi memulihkan ekonomi negara secara bertahap.

Agong, permaisuri ucap Ramadan al-Mubarak kepada umat islam

Posted: 23 Apr 2020 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

PKP dilanjutkan 2 minggu lagi hingga 12 Mei

Posted: 23 Apr 2020 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini.

COVID-19: Negara mampu menang lawan wabak

Posted: 23 Apr 2020 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin negara mampu menang dalam perang melawan COVID-19.

Sedikit kelonggaran untuk balik ke rumah masing-masing

Posted: 23 Apr 2020 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbang untuk membenarkan satu kali perjalanan bagi orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat lain yang hendak balik ke rumah masing-masing

Pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat

Posted: 23 Apr 2020 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pelajar yang masih di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Ramadan istimewa ketika negara berjihad lawan COVID-19

Posted: 23 Apr 2020 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ramadan tahun ini lebih istimewa kerana negara berjihad melawan COVID-19.

COVID-19: Itali lancar ujian antibodi di Lombardy

Posted: 23 Apr 2020 06:06 AM PDT

ROME: Itali memulakan ujian antibodi di Lombardy, wilayah di utara negara itu yang paling terjejas akibat COVID-19, bagi melihat keberkesanannya untuk mengubati wabak coronavirus itu.

COVID-19: UAE pertimbang buka semula pusat beli-belah

Posted: 23 Apr 2020 05:38 AM PDT

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang mempertimbangkan untuk membuka semula pusat beli-belah yang ditutup sejak lebih sebulan lalu dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Puasa bermula esok

Posted: 23 Apr 2020 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Sultan Johor masak bubur lambuk untuk petugas barisan depan

Posted: 23 Apr 2020 05:17 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan memasak sendiri bubur lambuk untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan termasuk mereka yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini sempena Ramadan ini.

Ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar

Posted: 23 Apr 2020 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong oleh kestabilan harga minyak, kata penganalisis.

Penduduk Pusat Bandar Utara, Pasar Borong KL dapat keperluan harian

Posted: 23 Apr 2020 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan keperluan harian dalam bentuk bekalan bahan mentah kepada hampir 1,500 kediaman di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template