Saturday, April 25, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Thailand sahkan 53 kes baharu termasuk 2 rakyat Malaysia

Posted: 25 Apr 2020 08:55 AM PDT

BANGKOK: Thailand mengesahkan 53 kes baharu COVID-19 termasuk 42 di Pusat Tahanan Imigresen Sadao di wilayah selatan Songkhla dan satu lagi kematian, menjadikan jumlah kes sebanyak 2,907 dan 51 kematian.

'Sing Together Singapore' untuk petugas barisan hadapan, pekerja asing

Posted: 25 Apr 2020 08:42 AM PDT

SINGAPURA: Sesi karaoke rakyat, Sing Together Singapore berlangsung di sini malam ini, antara inisiatif mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, pekerja asing dan semua yang memainkan peranan dalam memerangi penularan wabak COVID-19 di republik itu.

Pemain, pasukan gagal capai persetujuan potong gaji

Posted: 25 Apr 2020 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Meskipun semua pasukan sudah menghantar status perbincangan membabitkan isu pemotongan gaji susulan COVID-19 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), itu tidak bermakna semua pasukan berjaya mencapai resolusi bersama pemain mereka.

Hentikan diskriminasi terhadap petugas kesihatan - MMA

Posted: 25 Apr 2020 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini menggesa orang ramai menghentikan diskriminasi terhadap petugas penjagaan kesihatan dengan mengasingkan golongan itu atas alasan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Kurma untuk penduduk, barisan hadapan Hulu Terengganu

Posted: 25 Apr 2020 07:55 AM PDT

KUALA BERANG: Sebanyak 23,000 kotak kurma diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan penduduk dalam kawasan Parlimen Hulu Terengganu.

FIFA salur bantuan RM655 juta

Posted: 24 Apr 2020 09:28 PM PDT

LAUSANNE: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan mengagihkan AS$150 juta (RM655 juta) kepada ahli gabungannya untuk membantu menangani masalah kewangan susulan COVID-19, kata badan induk itu hari ini.

COVID-19: Oleon sumbang cecair pembasmi kuman

Posted: 25 Apr 2020 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat memproses bahan kimia, Oleon Malaysia, tampil menyumbang 6,500 liter cecair pembasmi kuman bernilai RM125,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

COVID-19: Tiada bukti mereka yang diuji positif terlindung dari jangkitan semula - WHO

Posted: 25 Apr 2020 07:44 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran bahawa tiada bukti bahawa orang yang diuji positif COVID-19 kebal dan terlindung dari jangkitan semula.

PSG tawar Di Maria kepada United

Posted: 25 Apr 2020 07:41 AM PDT

MANCHESTER: Angel di Maria ditawarkan kepada Manchester United sebagai pertukaran dengan Paul Pogba selepas Paris Saint Germain (PSG) dikatakan berminat dengan khidmat pemain tengah United itu.

Rakyat perlu sesuaikan diri dengan kebiasaan baharu

Posted: 25 Apr 2020 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, rakyat mesti membuat sesuatu yang boleh menambahkan manfaat kepada kehidupan mereka dan anak-anak.

Kerajaan membantu seboleh yang mampu - PM

Posted: 25 Apr 2020 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mencari jalan membantu mengurangkan beban rakyat sebaik mungkin sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Kerajaan, swasta perlu cari pendekatan baharu tarik pelaburan

Posted: 25 Apr 2020 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan sektor swasta perlu memikirkan pendekatan baharu bagi menarik pelaburan dan menjalankan perniagaan pasca COVID-19, untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal berlaku di seluruh dunia.

Rakyat muak cerita politik – PM

Posted: 25 Apr 2020 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak memikirkan soal politik kepartian sejak mula dilantik Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu.

Pendigitalan masyarakat perlu dipercepatkan

Posted: 25 Apr 2020 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, masalah dihadapi negara akan kembali pulih seperti dahulu, tetapi dalam bentuk baharu dengan penekanan kepada soal pendigitalan.

Menteri tetap bekerja walaupun dalam tempoh PKP - PM

Posted: 25 Apr 2020 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan semua Jemaah Menteri tetap menjalankan tugas dan kerja masing-masing walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini bagi mengawal penularan COVID-19.

COVID-19: Kenapa Sepanyol teruk dijangkiti?

Posted: 25 Apr 2020 07:02 AM PDT

BARCELONA: Sepanyol antara negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang merebak dengan begitu cepat tanpa dapat dikesan terutama dalam kalangan warga tua, pakar memberitahu.

Usah melatah keputusan batal Liga M

Posted: 25 Apr 2020 06:43 AM PDT

KUANTAN: Pemain bola sepak diminta bersabar dan tidak melatah di sebalik keputusan kerajaan membatalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

COVID-19: Pekerja asing wajar dapat subsidi, sumbang ekonomi negara - MRPMA

Posted: 25 Apr 2020 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekilang-Pekilang Produk Getah Malaysia (MRPMA) mencadangkan supaya kerajaan turut menyalurkan pemberian subsidi upah kepada pekerja asing.

COVID-19: Gantung semua kerja pembinaan adalah satu keputusan yang sukar - Menteri Singapura

Posted: 25 Apr 2020 06:37 AM PDT

SINGAPURA: Negara terpaksa membuat keputusan yang sukar dan menangguhkan semua kerja pembinaan sebagai sebahagian perintah ketat yang dilakukan Rabu lalu, kata seorang Menteri Singapura hari ini.

PETRONAS nafi henti operasi pelantar minyak

Posted: 25 Apr 2020 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: PETRONAS menafikan laporan berita bahawa ia menutup operasi pelantarnya di Malaysia, sebaliknya menegaskan 18 pelantar minyaknya di negara ini dalam operasi ketika ini.

Keputusan kerajaan larang aksi Liga M tepat

Posted: 25 Apr 2020 05:07 AM PDT

SEREMBAN: Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com) menyokong keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Liga Malaysia (Liga M) musim ini disambung.

Pelajar IPT di zon merah mohon dibenarkan pulang kampung

Posted: 25 Apr 2020 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin pelajar menggesa kerajaan turut membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkandas di zon merah, dibenarkan pulang ke kampung.

COVID-19: Kit ujian pengesanan antigen dijangka tiba minggu hadapan

Posted: 25 Apr 2020 05:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan yang ditempah Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, dijangka sampai di negara ini minggu depan, berikutan berlaku kelewatan.

Cara Salah sambut Ramadan

Posted: 24 Apr 2020 11:24 PM PDT

LONDON: Mohamed Salah, Mesut Ozil dan Antonio Rudiger akan meraikan Ramadan tahun ini tidak seperti kebiasaan selepas pelbagai sekatan dikenakan susulan COVID-19.

Tukang rumah terbakar 90 peratus

Posted: 25 Apr 2020 05:06 AM PDT

JERTIH: Seorang tukang rumah dipercayai mengalami masalah mental terbakar 90 peratus selepas dikatakan cuba membakar dirinya sendiri hari ini.

Pemimpin Korea Utara masih belum muncul di khalayak

Posted: 25 Apr 2020 04:20 AM PDT

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, tidak kelihatan muncul di khalayak hari ini, ketika media yang dikawal ketat negara itu, menumpukan kepada liputan sambutan ulang tahun angkatan tentera, lapor agensi berita Yonhap.

'Tak sabar nak peluk ibu'

Posted: 25 Apr 2020 04:20 AM PDT

KOTA KINABALU: Aplikasi Gerak Malaysia yang mula dilancarkan hari ini memberi sinar harapan kepada mereka yang terkandas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertemu semula dengan ahli keluarga.

Kekalkan status sifar malaria

Posted: 24 Apr 2020 08:56 PM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mengekalkan status sifar malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) sejak 2018 dan ia perlu diteruskan untuk tiga tahun berturut-turut bagi melayakkan negara mendapatkan Pensijilan Eliminasi Malaria manusia jangkitan tempatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2021.

Tangani cara bijak isu etnik Rohingya

Posted: 24 Apr 2020 08:00 PM PDT

PUTRAJAYA: Isu etnik Rohingya yang berhadapan penindasan dan menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat Malaysia perlu ditangani secara bijak.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template