Monday, April 6, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Muhyiddin bangga pesakit bantu pesakit lain

Posted: 06 Apr 2020 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga beliau terhadap seorang bekas pesakit COVID-19 yang tampil memainkan peranan membantu mangsa wabak itu selepas dia disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

COVID-19: Singapura umum Bajet Solidariti

Posted: 06 Apr 2020 08:36 AM PDT

SINGAPURA: Singapura melancarkan belanjawan ketiga berjumlah S$5.1 bilion (S$1=RM3.04) dalam langkah seterusnya untuk menyelamatkan pekerjaan dan melindungi kehidupan rakyatnya kerana ia memulakan bulan "pemutus litar" selama satu bulan mulai esok untuk mengurangkan penularan COVID-19.

FIFA campur tangan isu pemotongan gaji

Posted: 06 Apr 2020 08:27 AM PDT

LAUSANNE: FIFA hari ini meminta kelab dan pemain mencapai persetujuan mengenai pengurangan gaji untuk melindungi kelab yang berdepan masalah kewangan kerana krisis coronavirus, kata sumber.

Muhyiddin, Mahmoud Abbas bincang menerusi telefon

Posted: 06 Apr 2020 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan perbincangan menerusi telefon, berkaitan beberapa isu termasuk hubungan dua hala dan wabak COVID-19, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Greece syor EU beli hak paten vaksin, kit ujian COVID-19

Posted: 06 Apr 2020 07:59 AM PDT

ATHENS: Greece mengesyorkan Kesatuan Eropah (EU) membeli dan mempatenkan hak untuk vaksin serta kit ujian COVID-19 bagi memastikan ia dapat diedarkan dengan cepat kepada pihak yang memerlukan dalam kalangan mereka.

Ibu Guardiola meninggal dunia akibat COVID-19

Posted: 06 Apr 2020 07:58 AM PDT

BARCELONA: Ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti novel coronavirus, kata juara Liga Perdana itu sebentar tadi.

COVID-19: Iran rekod penurunan kes beransur-ansur

Posted: 06 Apr 2020 07:54 AM PDT

TEHRAN: Kes jangkitan COVID-19 di Iran sudah memulakan trend menurun secara beransur-ansur, kata kerajaannya hari ini, namun memberi amaran jangkitan itu masih belum terkawal sepenuhnya.

Pemulihan China memberangsangkan, namun COVID-19 boleh berulang - IMF

Posted: 06 Apr 2020 07:34 AM PDT

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata tahap pemulihan China daripada ancaman COVID-19 memberangsangkan, namun tidak menolak kemungkinan pandemik itu berulang di republik itu atau tempat lain.

COVID-19: Thailand lanjut sekatan penerbangan antarabangsa sehingga 18 April

Posted: 06 Apr 2020 07:23 AM PDT

BANGKOK: Thailand melanjutkan sekatan ke atas semua penerbangan antarabangsa daripada memasuki negara ini, sehingga 18 April, untuk membendung wabak COVID-19.

COVID-19: Puluhan doktor dikasari polis ketika protes

Posted: 06 Apr 2020 06:59 AM PDT

QUETTA: Polis terpaksa menggunakan belantan untuk menghentikan tunjuk perasaan dalam kalangan doktor dan petugas kesihatan di Pakistan, yang memprotes cara kerajaan menangani wabak berkenaan.

Bayern sambung latihan, jarakkan diri

Posted: 06 Apr 2020 06:56 AM PDT

BERLIN: Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich menyambung latihan hari ini buat pertama kali sejak Liga Jerman digantung kerana coronavirus tetapi pemain membuat latihan kepantasan dalam kumpulan kecil dan mengekalkan jarak sosial.

Williams rehatkan pekerja, pemandu potong gaji

Posted: 06 Apr 2020 06:51 AM PDT

LONDON: Williams menjadi pasukan Formula Satu (F1) kedua merehatkan kakitangannya kerana pandemik COVID-19 ketika pemandunya, George Russell adan Nicholas Latifi bersetuju memotong gaji mereka sebanyak 20 peratus hari ini.

COVID-19: PBB gesa jangan abai migran, pemohon suaka politik

Posted: 06 Apr 2020 06:40 AM PDT

LONDON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa migran tanpa dokumen, pemohon suaka dan mangsa perdagangan manusia diberi akses kesihatan serta kebajikan ketika penularan pandemik COVID-19.

COVID-19: Indonesia catat peningkatan harian tertinggi, 24 doktor maut

Posted: 06 Apr 2020 06:30 AM PDT

JAKARTA: Indonesia mencatatkan peningkatan harian tertinggi kes COVID-19 hari ini manakala persatuan perubatan memaklumkan, setakat ini 24 doktor maut akibat coronavirus itu.

COVID-19: Ratusan pekerja Malaysia menyeberang Tambak Johor

Posted: 06 Apr 2020 06:07 AM PDT

JOHOR BAHRU: Ratusan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mula tiba di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, sejak 5.30 petang tadi.

ACCCIM lega perundingan potong gaji, cuti tanpa gaji dibenarkan

Posted: 06 Apr 2020 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) melahirkan kelegaan apabila kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PETRONAS temui minyak di Teluk Mexico

Posted: 06 Apr 2020 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Progress Resources USA Ltd (PRUL) bersama-sama dengan rakan penerokaannya, mengumumkan penemuan minyak di telaga eksplorasi Monumen, di luar pesisir Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS).

COVID-19: Pertambahan satu kes kematian

Posted: 06 Apr 2020 02:49 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang lagi maut akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 62 kematian setakat ini.

Pakej PRIHATIN PKS suntik motivasi usahawan belia

Posted: 06 Apr 2020 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan belia perlu merebut peluang dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS (Tambahan) bagi mengurangkan beban kewangan syarikat.

Ingkar PKP: Polis tidak digalakkan guna kekerasan

Posted: 06 Apr 2020 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis tidak digalakkan mengunakan kekerasan bagi mengawal individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KBS serah pada PABM

Posted: 06 Apr 2020 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk menentukan sama ada mahu membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mengurangkan tempoh penggantungan setahun atau sebaliknya.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

Posted: 06 Apr 2020 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata seorang penganalisis.

Beri tumpuan usahawan sektor pertanian - MTEM

Posted: 06 Apr 2020 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyarankan kerajaan memberi perhatian kepada sektor pertanian termasuk penyaluran modal untuk pembelian benih menerusi langkah tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN).

COVID-19: Lebih 70,000 maut di seluruh dunia

Posted: 06 Apr 2020 05:11 AM PDT

PARIS: Wabak COVID-19 sudah membunuh lebih 70,000 di seluruh dunia, kebanyakannya di Eropah

COVID-19: Polis hanya menguatkuasakan undang-undang

Posted: 06 Apr 2020 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis hanya melaksanakan tangkapan terhadap individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi tidak ada kuasa memenjarakan mereka.

COVID-19: Cuci tangan selepas sentuh haiwan peliharaan

Posted: 06 Apr 2020 03:47 AM PDT

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihat membasuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan kerana dibimbangi haiwan terbabit dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Riz disahkan positif

Posted: 06 Apr 2020 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pendakwah bebas, Riz Ismail kini dikuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif COVID-19.

'Terkejut nama restoran disebut Perdana Menteri'

Posted: 06 Apr 2020 05:07 AM PDT

KUCHING: Apabila nama restoran ayahnya disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ia menjadi kejutan yang menggembirakan bagi Faridah Salleh, 46, yang tidak menyangka perniagaan keluarganya mendapat perhatian Perdana Menteri.

Kes COVID-19 tanpa gejala meningkat di China

Posted: 06 Apr 2020 05:07 AM PDT

BEIJING: Tanah Besar China dilaporkan menerima 39 kes coronavirus baharu semalam membabitkan kes tanpa gejala, yang dikesan semakin meningkat walaupun pelbagai usaha mengekangnya sudah dilaksanakan.

Kerajaan perlu tangani isu murtad lebih serius - Mufti Perak

Posted: 06 Apr 2020 04:59 AM PDT

IPOH: Isu murtad bukan bersifat peribadi atau semata-mata konflik kepercayaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template