Thursday, April 9, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Trump bincang isu minyak dengan Russia, Arab Saudi

Posted: 09 Apr 2020 04:10 PM PDT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengadakan 'rundingan perjanjian minyak' dengan pemimpin Russia dan Arab Saudi.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia jumpa PM

Posted: 09 Apr 2020 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay hari ini, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, antara lain untuk membincangkan mengenai kesan krisis COVID-19.

Ahli Parlimen terkejut layak terima BPN

Posted: 09 Apr 2020 08:29 AM PDT

DUNGUN: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, terkejut selepas dimaklumkan beliau layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN), hari ini.

Jangan sangkal FIFA, usah tunjuk hero

Posted: 09 Apr 2020 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa semua pihak berkepentingan supaya 'tidak melawan' garis panduan yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam usaha menangani impak ekonomi susulan COVID-19.

COVID-19: Singapura catat lebih banyak kes baharu di asrama pekerja asing

Posted: 09 Apr 2020 08:06 AM PDT

SINGAPURA: Singapura hari ini mencatat sejumlah 287 kes baharu COVID-19 di republik itu, peningkatan harian terbesar dengan majoriti daripadanya dikaitkan dengan asrama pekerja asing, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 1,910 kes.

COVID-19: 69,675 sudah jalani saringan jangkitan

Posted: 09 Apr 2020 07:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan 69,675 ujian saringan COVID-19 setakat ini dan menjangkakan kemampuan pengesanan itu berupaya ditingkatkan pada masa depan.

TFC derma ke Tabung Bantuan COVID-19

Posted: 09 Apr 2020 07:34 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Prihatin dengan mereka yang memerlukan sumbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Terengganu FC (TFC) turun padang menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu hari ini.

COVID-19: Langkah kerajaan tangani jangkitan tepat, betul - PPC

Posted: 09 Apr 2020 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan yang betul dan membuat keputusan tepat dalam usaha membendung wabak COVID-19 daripada terus menular di negara ini.

COVID-19: Wanita Belanda 107 tahun paling tua pulih

Posted: 09 Apr 2020 06:34 AM PDT

AMSTERDAM: Cornelia Ras dari Goeree-Overflakkee menjadi orang tertua di seluruh dunia pulih daripada jangkitan COVID-19, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

FUFC kumpul RM118,569

Posted: 09 Apr 2020 07:12 AM PDT

KUANTAN: Sebanyak RM118,569 berjaya dikutip Kelab Bolasepak FELDA United (FUFC) dalam usaha meringankan beban petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19.

Nak sangat borak bawah pokok

Posted: 09 Apr 2020 07:02 AM PDT

BALIK PULAU: Duduk berborak dan berkumpul di bawah pokok membawa padah kepada lima individu apabila ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Virus mungkin 'kembali aktif' dalam pesakit yang pulih

Posted: 09 Apr 2020 06:49 AM PDT

SEOUL: COVID-19 boleh kembali aktif semula pada pesakit sudah sembuh, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC).

Ronaldo sewa rumah RM18,854 seminggu

Posted: 09 Apr 2020 06:27 AM PDT

LONDON: Cristiano Ronaldo meninggalkan rumah mewahnya dan berpindah ke rumah sewa berharga 3,500 pound (RM18,854) seminggu berhampiran perkampungan nelayan yang sunyi.

Tiada total lockdown di Indera Mahkota 2

Posted: 09 Apr 2020 06:32 AM PDT

KUANTAN: Polis menafikan dakwaan kononnya kawasan Indera Mahkota 2, Kuantan akan dilaksanakan 'total lockdown' seperti yang tular di media sosial.

COVID-19: Peminjam wang, pajak gadai beri moratorium tiga bulan kepada PKS

Posted: 09 Apr 2020 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemberi Pinjaman Wang (Kredit Komuniti) dan Persatuan Pajak Gadai bersetuju memberi moratorium selama tiga bulan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Lebih ramai rakyat Malaysia dijangka pulang minggu hadapan

Posted: 09 Apr 2020 06:11 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka akan pulang ke negara ini menjelang minggu depan susulan langkah republik itu melaksanakan langkah lebih ketat selama sebulan bagi membendung penularan COVID-19.

PKP: UM bantu penuntut dalam, luar kolej kediaman

Posted: 09 Apr 2020 06:05 AM PDT

Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pelajar di universiti itu yang tinggal di Kolej Kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya membabitkan keperluan asas dan kesihatan.

Budak empat tahun cedera dihempap siling ketika ribut

Posted: 09 Apr 2020 05:59 AM PDT

KULIM: Seorang budak lelaki berusia empat tahun cedera di kepala, akibat dihempap siling rumah yang jatuh dalam kejadian ribut di Taman Sang Kancil, Lunas, di sini, petang tadi.

Langgar PKP, Ahli Majlis MBSA didenda RM1,000

Posted: 09 Apr 2020 02:26 AM PDT

SHAH ALAM : Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu lalu, dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Fitch Ratings tetap penarafan M'sia pada A-

Posted: 09 Apr 2020 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Fitch Ratings mengesahkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A- dan mengunjur ekonomi negara berkembang pada kadar 5.8 poeratus tahun hadapan.

COVID-19: Pantau kesan sampingan ubat COVID-19

Posted: 09 Apr 2020 03:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Pesakit COVID-19 yang mendapat rawatan menggunakan empat ubat menerusi 'ujian solidariti' akan dipantau, bagi mengesan sebarang kemungkinan kesan sampingan.

Itu gambar lama baru 'upload' - Aliff Syukri

Posted: 09 Apr 2020 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial.

Ikan terdampar bukan petanda bencana

Posted: 09 Apr 2020 05:36 AM PDT

LANGKAWI: Orang ramai diminta supaya tidak mengaitkan kejadian ikan kikek terdampar di Pantai Tanjung Rhu di sini, sebagai petanda kononnya akan berlaku bencana di kawasan itu.

Pengurus Khabib gelar McGregor 'pelacur yang cemburu'

Posted: 09 Apr 2020 05:23 AM PDT

LONDON: Pengurus seni bela diri campuran, Ali Abdelaziz menggelar bintang UFC, Conor McGregor sebagai 'pelacur yang cemburu' susulan komen terbaru yang dikeluarkannya terhadap Khabib Nurmagomedov.

Cheng Hoe positif

Posted: 09 Apr 2020 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang ditangguhkan ke Oktober dan November susulan COVID-19 dikhuatiri menjejaskan fokus pemain kebangsaan berdepan tiga perlawanan penting itu.

COVID-19: PM Britain dalam keadaan stabil

Posted: 09 Apr 2020 05:09 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini memulakan hari keempat dalam penjagaan rapi "semakin pulih" dalam pertarungannya dengan COVID-19, tatkala kerajaannya bersedia untuk memperluaskan perintah berkurung di seluruh negara yang diperkenalkan bulan lalu.

COVID-19 : Suruhanjaya Tinggi Pakistan arah rakyatnya beri kerjasama

Posted: 09 Apr 2020 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia mengarahkan semua rakyatnya di negara ini memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Ratusan keluarga diraja Arab Saudi dikhuatiri dijangkiti

Posted: 09 Apr 2020 05:03 AM PDT

NEW YORK: Putera Arab Saudi yang menjadi gabenor Riyadh dilaporkan menjalani rawatan intensif kerana dijangkiti COVID-19, selain beberapa orang ahli keluarga diraja turut berada dalam keadaan tidak sihat.

Kompaun RM1,000 ingkar PKP tertinggi di Selangor

Posted: 09 Apr 2020 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selangor mengeluarkan 23 notis kompaun RM1,000 kepada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertinggi sejak tindakan itu dikuatkuasakan bermula semalam.

Lanjutan PKP: KKM maklumkan kepada PM esok

Posted: 09 Apr 2020 02:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, esok pagi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template