Tuesday, May 12, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


ADUN Kuah, Ayer Hangat sahkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Posted: 12 May 2020 09:00 AM PDT

LANGKAWI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dan Ayer Hangat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam ini mengesahkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta memberi sokongan kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.

Penunggang maut rempuh kereta

Posted: 12 May 2020 07:53 AM PDT

KOTA BELUD: Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut, selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Kota Belud - Kota Marudu, Kampung Pandasan di sini, petang tadi.

COVID-19: Tak perlu takut makan ayam

Posted: 12 May 2020 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memakan daging ayam, susulan penutupan sebuah kilang pemprosesan ayam selepas 60 pekerjanya positif COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kelab EPL kena bayar balik penyiar RM1.8bilion

Posted: 12 May 2020 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kemungkinan perlu memulangkan kira-kira £340 juta (RM1.8 bilion) kepada penyiar domestik dan antarabangsa, walaupun saingan musim disambung kembali dengan aksi di gelanggang tertutup.

MSNT minta atlet Terengganu patuhi SOP ketika berlatih

Posted: 12 May 2020 07:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu tidak mahu warga sukan di negeri ini menjadi punca kepada kegagalan rantaian virus pandemik COVID-19 diputuskan.

Pemandu rempuh polis hingga maut dihadap ke mahkamah esok

Posted: 12 May 2020 07:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di Kajang 3 Mei lalu, akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Tawaran Tingkatan Enam selepas PKP, PKPB

Posted: 12 May 2020 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semakan tawaran kemasukan dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Ahmad Wardi tolak tawaran jadi jurulatih silat PESAKA

Posted: 12 May 2020 07:20 AM PDT

MELAKA: Bekas jurulatih silat negara yang juga mantan juara dunia 1987 dan 1990, Ahmad Wardi Salim, menolak tawaran membimbing skuad negara di pentas kejohanan antarabangsa.

Russia catat kes COVID-19 kedua tertinggi di dunia

Posted: 12 May 2020 07:06 AM PDT

MOSCOW: Russia kini mempunyai kes jangkitan COVID-19 kedua tertinggi di dunia selepas mencatatkan peningkatan harian 10,899 kes baharu hari ini.

Petugas barisan hadapan meninggal dunia

Posted: 12 May 2020 07:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Selepas lima hari dirawat di Hospital Putrajaya, seorang anggota polis meninggal dunia akibat terbabas, di sini hari ini.

Hukuman basuh tandas jika langgar penjarakan sosial

Posted: 12 May 2020 07:04 AM PDT

JAKARTA: Rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial di ibu kota itu, berdepan dengan hukuman membasuh tandas.

Ibu tunggal maut kemalangan bas, dua kereta

Posted: 12 May 2020 07:02 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang ibu tunggal maut manakala lima, termasuk anaknya cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas berhenti-henti dengan dua kereta, di Jalan Kampung Kemuning-Tampin, Pulau Sebang, di sini..

Gelandangan ibu kota hijrah, bekerja di Setiawan

Posted: 12 May 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama gelandangan membabitkan 43 individu memulakan kehidupan baharu mereka di Setiawan, Perak selepas diterima bekerja beberapa syarikat di sana.

Presiden La Liga harap saingan disambung 12 Jun

Posted: 12 May 2020 06:54 AM PDT

LONDON: Presiden La Liga, Javier Tebas berharap saingan liga utama Sepanyol dapat disambung semula pada 12 Jun ini.

Bintang judo Korea Selatan digantung seumur hidup

Posted: 12 May 2020 06:48 AM PDT

SEOUL: Bintang judo Korea Selatan yang pernah meraih pingat perak di Sukan Olimpik 2008 digantung seumur hidup oleh badan induk sukan negara itu atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang remaja.

Kemahiran berfikir atlet meningkat sepanjang tempoh COVID-19

Posted: 12 May 2020 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif barisan atlet dan jurulatih kebangsaan secara tidak langsung akan meningkat sepanjang tempoh pandemik COVID-19, kata pakar perubatan sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme.

Atlet 'Road to Tokyo' dijangka kembali berlatih Jun

Posted: 12 May 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet di bawah Program 'Road to Tokyo 2020' dijangka dapat meneruskan semula latihan mereka seawal minggu pertama bulan depan.

Sazali akui NS berdepan tugas berat bangkit

Posted: 12 May 2020 06:04 AM PDT

SEREMBAN: Format perlawanan satu pusingan yang dirangka Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) mulai 1 September ini meletakkan pengendali Negeri Sembilan (NS), Sazali Saidun pening memikirkan percaturan terbaik.

Kapal tangki minyak terbakar, 7 maut

Posted: 12 May 2020 05:58 AM PDT

MEDAN: Penyelamat menemui sekurang-kurangnya tujuh mayat yang rentung dalam beberapa siri letupan dan kebakaran di sebuah kapal tangki minyak di Indonesia hari ini.

Perubahan kerajaan Kedah tamatkan spekulasi

Posted: 12 May 2020 05:58 AM PDT

ALOR SETAR: Pengumuman pembentukan kerajaan Kedah yang baharu di bawah Perikatan Nasional (PN) susulan kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti hari ini, bertepatan dengan masa sekaligus menamatkan pelbagai andaian mengenainya sejak beberapa bulan lalu.

Trafik penumpang Malaysia Airports jatuh 98.8 peratus bulan lalu

Posted: 12 May 2020 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Trafik penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd secara menyeluruh merekodkan kejatuhan sebanyak 98.8 peratus dari tahun ke tahun pada bulan lalu kepada hanya 137,000 individu berikutan penguatkuasaan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP).

UEM Edgenta lantik Pengarah Urusan baharu

Posted: 12 May 2020 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd melantik Syahrunizam Samsudin sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 1 Julai 2020.

Azman Tambi Chik dilantik CEO DBhd

Posted: 12 May 2020 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Damansara Realty Bhd (DBhd) melantik Azman Tambi Chik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 11 Mei 2020.

COVID-19: Bersatu untuk putuskan rantaian

Posted: 12 May 2020 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan yakin rakyat Malaysia boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Tyson sudah sedia kembali bertinju?

Posted: 12 May 2020 05:27 AM PDT

LONDON: Mike Tyson berkongsi video latihan terbarunya dengan tumbukan yang lebih laju dan padu.

Dr Roziah pengerusi baharu Kolej Poly-Tech MARA

Posted: 12 May 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan empat pengerusi baharu di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 15 Mei 2020.

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah

Posted: 12 May 2020 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan baharu mengenai COVID-19 di peringkat global dan menjelang pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia esok.

Ustaz Kazim jalani MRI, ultrasound

Posted: 12 May 2020 05:17 AM PDT

IPOH: Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound sebaik dimasukkan ke hospital di sini, hari ini.

Kes COVID-19 terendah dicatat hari ini

Posted: 12 May 2020 02:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi jumlah harian terendah pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Selangor benarkan makan dalam kedai, restoran bermula esok

Posted: 12 May 2020 05:14 AM PDT

SHAH ALAM: Bermula esok, kerajaan negeri membenarkan operasi sepenuhnya restoran dan kedai makan termasuk makan di dalam premis.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template