BH Online - Terkini |
- COVID-19: Trump, Fauci 'tak sehaluan' isu sekolah dibuka
- COVID-19 tidak akan hilang - WHO
- COVID-19: Kes positif cecah angka 4.32 juta
- Tiada petunjuk Ronaldinho akan dibebaskan
- Alli terselamat rompakan bersenjata
- EPL: Hodgson tak bimbang COVID-19 pada usia tua
- COVID-19: Lelaki ditemui mati di tepi jalan
- COVID-19: Russia terus catat peningkatan harian lebih 10,000 kes
- Polis tahan lima pemegang kad UNHCR
- 'Kekasih bukan abang uniform' - Zara Zya
- COVID-19: PSP PERKESO beri keutamaan pekerja asing berkuat kuasa esok
- Dewan Rakyat institusi penting bincang isu rakyat
- Kehadiran import Thailand saingan STL bantu pemain negara
- COVID-19: Malaysia zahir simpati terhadap Iran
- PKPB: Pemeriksaan di tiga laluan ke Terengganu
- Serie A diteruskan jika 'keselamatan semua pihak terjamin'
- Angka maut 2 tragedi di Afghanistan meningkat kepada 56
- Bursa Malaysia catat rekod tertinggi dagangan dalam sejarah
- Piala Sultan Selangor batal
- COVID-19: Ziarah dihadkan hari pertama perayaan
- Norwich mahu penyingkiran daripada EPL dimansuhkan
- Newcastle sedia labur RM282j bawa masuk Bale
- Kenaikan tambang pengangkutan awam akan dikaji
- Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Agong
- Amerika Latin bersedia hadapi kemuncak pandemik COVID-19
- 'Saya masih Menteri Besar'
- Kampung diserang, 15 penduduk ditembak mati
- Mukhriz rasa dikhianati kawan-kawan
- Mukhriz umum kedudukan hari ini
- Jabatan Imigresen buka semula kaunter
| COVID-19: Trump, Fauci 'tak sehaluan' isu sekolah dibuka Posted: 13 May 2020 05:16 PM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meneruskan ketegangan dan tidak bersetuju pandangan pakar penyakit berjangkit terkenal, Anthony Fauci mengenai tindakan melonggarkan sekatan perintah berkurung terutama berkaitan pembukaan sekolah dan universiti. |
| COVID-19 tidak akan hilang - WHO Posted: 13 May 2020 04:25 PM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Rabu, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya. |
| COVID-19: Kes positif cecah angka 4.32 juta Posted: 13 May 2020 04:08 PM PDT WASHINGTON: Jumlah kes jangkitan COVID-19 menunjukkan pertambahan 90,000 kes di seluruh dunia, dengan keseluruhan setakat ini melepasi 4.32 juta orang, menurut maklumat data Universiti Johns Hopkins. |
| Tiada petunjuk Ronaldinho akan dibebaskan Posted: 13 May 2020 04:02 PM PDT ASUNCION: Peguam pemain legenda Brazil, Ronaldinho berharap bekas pemain terbaik dunia itu akan dibenarkan pulang selepas lebih dua bulan ditahan dekat Paraguay kerana didakwa menggunakan pasport palsu. |
| Alli terselamat rompakan bersenjata Posted: 13 May 2020 03:43 PM PDT LONDON: Perompak bersenjatakan pisau memecah masuk ke rumah pemain tengah Tottenham, Dele Alli dekat London awal pagi semalam namun perancang England itu terselamat daripada kecederaan serius selepas berlaku pergaduhan. |
| EPL: Hodgson tak bimbang COVID-19 pada usia tua Posted: 13 May 2020 09:15 AM PDT LONDON: Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson tidak bimbang di sebalik usianya yang dikategorikan sebagai warga emas ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka kembali bersambung selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19. |
| COVID-19: Lelaki ditemui mati di tepi jalan Posted: 13 May 2020 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah, dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin. |
| COVID-19: Russia terus catat peningkatan harian lebih 10,000 kes Posted: 13 May 2020 07:16 AM PDT MOSCOW: Rusia merekodkan lebih 10,000 kes jangkitan harian COVID-19 hari ini, menyaksikan negara itu berada di kedudukan kedua kes positif tertinggi dunia. |
| Polis tahan lima pemegang kad UNHCR Posted: 13 May 2020 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) hari ini, selepas disyaki terbabit jenayah pecah rumah sekitar Ampang Jaya. |
| 'Kekasih bukan abang uniform' - Zara Zya Posted: 13 May 2020 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktres, Zara Zya menafikan kekasihnya bertugas dalam badan beruniform seperti yang tersebar, sebaliknya hanya lelaki biasa. |
| COVID-19: PSP PERKESO beri keutamaan pekerja asing berkuat kuasa esok Posted: 13 May 2020 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Saringan COVID-19 menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memberi keutamaan kepada pekerja asing, berkuat kuasa esok. |
| Dewan Rakyat institusi penting bincang isu rakyat Posted: 13 May 2020 07:16 AM PDT KOTA KINABALU: Dewan Rakyat berperanan penting membincangkan isu dan masalah negara dan menyelesai masalah rakyat. |
| Kehadiran import Thailand saingan STL bantu pemain negara Posted: 13 May 2020 07:32 AM PDT KUALA TERENGGANU: Perejam kebangsaan, Mohamad Azlan Alias akui kebanjiran pemain import dari Thailand yang mewarnai Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) musim lalu adalah ibarat serampang dua mata buat pemain negara. |
| COVID-19: Malaysia zahir simpati terhadap Iran Posted: 13 May 2020 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menzahirkan rasa simpati kepada Iran atas situasi terkini COVID-19 di negara itu serta tragedi gempa bumi yang menimpanya, awal Mei lalu. |
| PKPB: Pemeriksaan di tiga laluan ke Terengganu Posted: 13 May 2020 07:14 AM PDT KUALA TERENGGANU: Semua kenderaan dari pantai Barat yang menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ke negeri ini, akan dilencongkan ke kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, berkuat kuasa serta-merta. |
| Serie A diteruskan jika 'keselamatan semua pihak terjamin' Posted: 13 May 2020 07:11 AM PDT MILAN: Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora menegaskan Serie A hanya akan diteruskan apabila 'keselamatan semua pihak' dapat dijamin. |
| Angka maut 2 tragedi di Afghanistan meningkat kepada 56 Posted: 13 May 2020 06:58 AM PDT KABUL: Angka kematian akibat serangan pengebom berani mati ketika upacara pengebumian dan letupan di sebuah hospital bersalin di Afghanistan kelmarin meningkatkan kepada 56 orang. |
| Bursa Malaysia catat rekod tertinggi dagangan dalam sejarah Posted: 13 May 2020 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan saham di Bursa Malaysia mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah hari ini, selepas 9.59 bilion unit bernilai RM5.1 bilion diniagakan menjelang penutup petang tadi. |
| Posted: 13 May 2020 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk membatalkan perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor edisi ke-19 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam, 15 Ogos depan. |
| COVID-19: Ziarah dihadkan hari pertama perayaan Posted: 12 May 2020 11:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, tahun ini, dihadkan kepada hari pertama perayaan. |
| Norwich mahu penyingkiran daripada EPL dimansuhkan Posted: 13 May 2020 06:13 AM PDT LONDON: Norwich City menegaskan penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu dimansuhkan jika saingan elit itu dapat ditamatkan, namun saingan Liga Kejuaraan tidak dapat berbuat demikian. |
| Newcastle sedia labur RM282j bawa masuk Bale Posted: 13 May 2020 05:31 AM PDT LONDON: Newcastle United sedia melabur sebanyak 53 juta pound (RM282 juta) untuk membawa bintang Real Madrid, Gareth Bale yang mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim panas ini. |
| Kenaikan tambang pengangkutan awam akan dikaji Posted: 13 May 2020 12:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan membentangkan cadangan menangani masalah kenaikan tambang pengangkutan awam ekoran pengurangan separuh kapasiti penumpang seperti ditetapkan kerajaan. |
| Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Agong Posted: 13 May 2020 01:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini. |
| Amerika Latin bersedia hadapi kemuncak pandemik COVID-19 Posted: 13 May 2020 05:41 AM PDT MEXICO CITY: Negara Amerika Latin bersiap siaga dengan penguatkuasaan langkah penjarakan sosial lebih ketat dan mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan bagi menghadapi kemuncak pandemik COVID-19 bulan ini, lapor agensi berita Xinhua. |
| 'Saya masih Menteri Besar' Posted: 12 May 2020 11:35 PM PDT ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa. |
| Kampung diserang, 15 penduduk ditembak mati Posted: 13 May 2020 05:52 AM PDT KANO: Lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung pertanian di utara Nigeria, yang penduduknya majoriti penganut Kristian, mengakibatkan 15 maut. |
| Mukhriz rasa dikhianati kawan-kawan Posted: 13 May 2020 03:09 AM PDT ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui berasa dikhianati 'kawan-kawan' di peringkat Pusat dan negeri, sehingga menyebabkan kedudukannya kini tergugat. |
| Mukhriz umum kedudukan hari ini Posted: 12 May 2020 08:33 PM PDT ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka mengumumkan kedudukannya sebagai Menteri Besar pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, tengah hari ini. |
| Jabatan Imigresen buka semula kaunter Posted: 13 May 2020 05:41 AM PDT KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Sabah membuka semula kaunter perkhidmatan hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment