Thursday, May 14, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PKPB: JPJ buka perkhidmatan kaunter sepenuhnya mulai Isnin

Posted: 14 May 2020 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter sepenuhnya, termasuk di cawangan Pos Malaysia, bagi semua urusan, bermula Isnin ini.

FINAS tunggu kerajaan lulus SOP penggambaran

Posted: 14 May 2020 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi syarikat produksi dalam menjalankan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BAM sudah ada calon profesional ke Piala Thomas

Posted: 14 May 2020 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mempunyai calon dalam kalangan pemain profesional yang akan dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober ini.

JAS laksanakan Operasi Air Raya 2020 hingga 29 Mei

Posted: 14 May 2020 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan kelangsungan pembekalan air terawat kepada pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan musim perayaan nanti, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan Operasi Air Raya 2020 di seluruh negara mulai hari ini hingga 29 Mei depan.

Semua Ahli Parlimen UMNO, PAS sokong penuh Muhyiddin kekal PM

Posted: 14 May 2020 08:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.

Kerja dari rumah: Elaun khas bantu tanggung kos utiliti - KSN

Posted: 14 May 2020 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemberian elaun khas kepada penjawat awam yang bekerja dari rumah, ialah antara insentif sesuai untuk membantu sektor awam mengadaptasi normal baharu dalam perkhidmatan.

Selangor belum benarkan orang awam solat Jumaat

Posted: 14 May 2020 06:13 AM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Masjid Diraja serta Masjid Daerah, mulai esok.

COVID-19: Sabah masih tangguh solat berjemaah di masjid, surau

Posted: 14 May 2020 07:51 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah masih meneruskan penangguhan solat berjemaah, termasuk sembahyang Jumaat dan tarawih, di masjid serta surau di negeri ini.

Pembuat pakaian dalam hasilkan PPE, penutup hidung

Posted: 14 May 2020 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembuat pakaian dalam, Caely Holdings Bhd, akan menghasilkan penutup hidung dan mulut fabrik serta peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pembuat peralatan memasak keluli tahan karat, Ni Hsin Resources Bhd, menerusi pembuatan peralatan tulen (OEM).

COVID-19: JKNT nafi ada kes di Pasar Borong Gong Pauh

Posted: 14 May 2020 07:31 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) menafikan maklumat tular dalam Facebook kononnya ada kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh, di sini, membabitkan pemandu lori sayur dari Selayang, Selangor.

KLCC patuh garis panduan di pusat beli belah

Posted: 14 May 2020 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: KLCC Sdn Bhd mematuhi garis panduan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan semua pusat beli-belahnya bersih dan selamat untuk pembeli dan juga petugasnya.

COVID-19: China nafi dakwaan mencuri penyelidikan mengenai pembangunan vaksin

Posted: 14 May 2020 06:01 AM PDT

BEIJING: China hari ini menuduh Amerika Syarikat (AS) memburuk-burukkan negara tembok besar itu apabila Washington mendakwa penggodam Beijing cuba mencuri penyelidikan mengenai pembangunan vaksin COVID-19.

COVID-19: Madrasah Solok Duku, Melaka jadi kluster baharu

Posted: 14 May 2020 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Madrasah di Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka dikenal pasti sebagai kluster terbaharu, daripada enam kluster yang dikenal pasti berkaitan madrasah tahfiz di seluruh negara.

8 ditahan bantu siasatan kes liwat, dera di rumah kebajikan

Posted: 14 May 2020 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pengendali sebuah rumah kebajikan untuk membantu siasatan kes liwat dan dera kanak-kanak didakwa berlaku di premis itu di Gombak, dekat sini.

Isu bantuan artis insafkan Nabil

Posted: 14 May 2020 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Panas dikecam netizen atas kontroversi bantuan untuk artis, menjentik kesedaran dalam diri pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad.

`Selesai isu tuntutan gaji ikut saluran betul'

Posted: 14 May 2020 07:11 AM PDT

ALOR SETAR: Pemain bola sepak profesional Liga Malaysia (Liga M) harus mengikut saluran betul jika ingin membawa kes tuntutan gaji ke peringkat atasan dan bukannya berkongsi menerusi media sosial bagi mengelak keadaan bertambah buruk.

Masjid di Johor buat persiapan solat Jumaat esok

Posted: 14 May 2020 02:12 AM PDT

JOHOR BAHRU: Masjid dan surau di negeri ini membuat persiapan akhir bagi solat Jumaat esok yang hanya boleh disertai 12 individu membabitkan ahli jawatankuasa masjid atau surau.

Ahli Parlimen pembangkang kesal tiada persidangan penuh Dewan Rakyat

Posted: 14 May 2020 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang kesal dengan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang tidak diadakan secara persidangan penuh.

COVID-19: Sarawak wartakan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam

Posted: 14 May 2020 06:43 AM PDT

KUCHING: Kerajaan Sarawak mewartakan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam, berkuat kuasa hari ini hingga 9 Jun depan, bagi membendung penularan COVID-19.

Kemudahan kompleks sukan di Sabah boleh diguna mulai Isnin

Posted: 14 May 2020 06:40 AM PDT

KOTA KINABALU: Semua atlet Sabah boleh menggunakan kemudahan di setiap kompleks sukan di negeri ini untuk menjalani latihan bermula pada Isnin ini.

COVID-19: Premis jual pelitup muka RM2 sekeping hadapi tindakan

Posted: 14 May 2020 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gedung menjual pakaian di Kelantan yang didakwa menjual pelitup muka melebihi harga siling akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Green Packet bersiap sedia, sekolah Rafflesia dibuka semula dalam norma baharu

Posted: 14 May 2020 06:10 AM PDT

PETALING JAYA: Green Packet Berhad (Green Packet) bekerjasama dengan Rafflesia Education Group (Rafflesia), untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran, v sekali gus menjadikan ia sekolah pertama yang mengambil inisiatif sedemikian.

Malaysia terima aset RM465.3 juta selepas lepaskan Riza Aziz

Posted: 14 May 2020 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dijangka menerima aset luar negara bernilai RM465.3 juta, hasil persetujuan yang dicapai untuk Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Datuk Seri Najib Razak, dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram.

COVID-19: 5 pelajar universiti dikesan positif

Posted: 14 May 2020 06:19 AM PDT

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kluster dalam kalangan pelajar di dua institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan lima pelajar.

MTBC kaji semula boling Terbuka Malaysia November ini

Posted: 14 May 2020 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) masih belum memutuskan mengenai penganjuran kejohanan boling Terbuka Malaysia, yang dijadualkan semula pada 22 hingga 28 November ini.

SP Setia raih untung bersih lebih rendah

Posted: 14 May 2020 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih SP Setia Bhd merosot 43.78 peratus tahun ke tahun kepada RM56.12 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2020 berbanding RM99.83 juta sebelum ini.

Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS

Posted: 14 May 2020 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih lemah hari ini berikutan permintaan untuk dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat selepas Pengerusi Rizab AS, Jerome Powell cuba meminimumkan prospek kadar negatif negara itu.

Untung bersih Gas Malaysia meningkat

Posted: 14 May 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd meningkat 16.3 peratus kepada RM47.86 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2020 berbanding RM41.16 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

'Kekasih berjambangku'

Posted: 14 May 2020 05:27 AM PDT

MANCHESTER: Penjaga gol Manchester United, David de Gea mendedahkan 'jambang kuarantin' ketika menangkap gambar bersama kekasihnya, Edurne Garcia.

36 ADUN menghadap Sultan Kedah esok

Posted: 14 May 2020 05:26 AM PDT

ALOR SETAR: Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadualkan menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, di Wisma Darul Aman, di sini, esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template