BH Online - Terkini |
- Trump gelar WHO 'boneka' China
- Muhyiddin tak terbabit keputusan bebaskan Riza Aziz
- Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi
- COVID-19: Polis buru individu rentas negeri
- Kerajaan Persekutuan sah
- Shahrul, Aidil tekad pertahan posisi
- FC Seoul minta maaf guna patung seks
- Cabaran menanti MB Kedah baharu
- Hazard, Haaland, Mbappe ganti BBC
- KKM, MKN bincang tindakan terhadap ibu bapa bawa anak kecil
- Pembangkang main peranan semak dan imbang
- 20 terbunuh dalam serangan menjelang waktu berbuka puasa
- Jepun catat kemelesetan pertama sejak 2015
- Rampasan dadah terbesar Asia Tenggara di Myanmar
- Celtic juara buat kali kesembilan berturut-turut
- Ramai yang hilang kerja ketika PKP - PERKESO
- Nestlé perkenal Starbucks Premium Instant
- Bayi dicampak dipindah ke wad biasa
- Tiga pelajar tajaan JPA luar negara menang anugerah
- COVID-19 pembuka mata kepada dunia - PBB
- Bursa Malaysia ditutup tinggi, jumlah dagangan terbesar dalam sejarah
- Vaksin COVID-19 untuk 'kebaikan umum global' - China
- Flandy bukan jurulatih 'biasa-biasa'
- Projek ECRL jajaran semula Kota Bharu - Dungun diluluskan
- COVID-19 tidak dihasilkan di makmal - WHO
- Bank Islam komited laksana kewangan sosial
- COVID-19 cabaran terbesar Tedros
- 'Badang, Superman, Batman turut masuk kedai'
- COVID-19 punca bayaran kemenangan lewat
- COVID-19: 47 kes baharu, 21 daripadanya import
| Trump gelar WHO 'boneka' China Posted: 18 May 2020 03:55 PM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) menyelar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai boneka China pada Isnin, sekali gus sedia pertimbang untuk memotong atau menghentikan sokongan kepada badan kesihatan dunia berkenaan. |
| Muhyiddin tak terbabit keputusan bebaskan Riza Aziz Posted: 18 May 2020 03:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak terbabit dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi Posted: 18 May 2020 08:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperkenalkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang menggariskan enam strategi utama. |
| COVID-19: Polis buru individu rentas negeri Posted: 18 May 2020 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti. |
| Posted: 18 May 2020 08:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembentukan kerajaan Persekutuan baharu selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan sah pada sisi undang-undang negara. |
| Shahrul, Aidil tekad pertahan posisi Posted: 18 May 2020 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan negara, Shahrul Mohd Saad tidak mahu mempertaruhkan kedudukannya dalam skuad Harimau Malaya setelah lebih dua bulan 'terpisah' daripada aksi berintensiti tinggi susulan pandemik COVID-19. |
| FC Seoul minta maaf guna patung seks Posted: 18 May 2020 07:51 AM PDT SEOUL: FC Seoul tampil memohon maaf selepas didakwa menggunakan patung seks bagi memenuhi tempat duduk penonton di stadium pada perlawanan hujung minggu lalu. |
| Cabaran menanti MB Kedah baharu Posted: 17 May 2020 06:12 PM PDT KEDAH sekali lagi mengalami perubahan dalam pentadbiran negeri. Dalam tempoh tujuh tahun, negeri ini menyaksikan empat kali pertukaran Menteri Besar. Dalam waktu ini juga, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dua kali menjadi Menteri Besar dan dua kali juga terpaksa meletakkan jawatan akibat kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). |
| Hazard, Haaland, Mbappe ganti BBC Posted: 18 May 2020 07:30 AM PDT MADRID: Real Madrid mahu membentuk trio serangan baharu bagi musim 2020-21 dengan menampilkan Eden Hazard, Erling Haaland dan Kylian Mbappe. |
| KKM, MKN bincang tindakan terhadap ibu bapa bawa anak kecil Posted: 18 May 2020 06:24 AM PDT PUTRAJAYA: Ibu bapa dan penjaga mungkin berdepan tindakan lebih keras jika mereka membawa kanak-kanak ke tempat awam atau ke hospital tanpa temujanji. |
| Pembangkang main peranan semak dan imbang Posted: 18 May 2020 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang akan memainkan peranan semak dan imbang demi memastikan dasar yang penting diusahakan sebaik mungkin pada masa depan. |
| 20 terbunuh dalam serangan menjelang waktu berbuka puasa Posted: 18 May 2020 07:09 AM PDT KANO: Anggota Boko Haram membunuh 20 orang awam dalam serangan di sebuah kawasan bergolak di timur laut Nigeria ketika penduduk kampung bersedia untuk berbuka puasa. |
| Jepun catat kemelesetan pertama sejak 2015 Posted: 18 May 2020 07:01 AM PDT TOKYO: Jepun terjerumus ke dalam kemelesetan pertamanya sejak 2015, demikian menurut data rasmi yang diumumkan hari ini. |
| Rampasan dadah terbesar Asia Tenggara di Myanmar Posted: 18 May 2020 07:02 AM PDT YANGON: Myanmar melaporkan rampasan dadah sintetik terbesar Asia Tenggara membabitkan penghasilan besar-besaran bahan khayal itu di kawasan yang lazimnya menghasilkan heroin dan methamphetamin. |
| Celtic juara buat kali kesembilan berturut-turut Posted: 18 May 2020 06:43 AM PDT LONDON: Celtic ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Scotland bagi musim 2019/2020 manakala Heart tersingkir ke Liga Kejuaraan. |
| Ramai yang hilang kerja ketika PKP - PERKESO Posted: 18 May 2020 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: PERKESO merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan daripada kalangan kakitangan yang kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. |
| Nestlé perkenal Starbucks Premium Instant Posted: 18 May 2020 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: NestlĂ© Malaysia melancarkan kopi segera Starbucks Premium Instant dengan rangkaian baharu terdiri daripada kopi Medium Roast dan Dark Roast serta pelbagai jenis kopi. |
| Bayi dicampak dipindah ke wad biasa Posted: 18 May 2020 06:12 AM PDT GEORGETOWN: Bayi perempuan, yang dicampak oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat sini Rabu lalu, sudah dipindahkan ke wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini. |
| Tiga pelajar tajaan JPA luar negara menang anugerah Posted: 18 May 2020 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Jabatan Mikrobiologi dan Genetik Molekular, College of Natural Science. |
| COVID-19 pembuka mata kepada dunia - PBB Posted: 18 May 2020 05:52 AM PDT GENEVA: Pandemik COVID-19 harus menjadi pembuka mata kepada dunia, yang menuntut semua negara bersatu padu menentang krisis yang dihadapi. |
| Bursa Malaysia ditutup tinggi, jumlah dagangan terbesar dalam sejarah Posted: 18 May 2020 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.48 peratus dengan jumlah dagangan di seluruh papan mencecah paras tertinggi sebanyak 11.21 bilion unit. |
| Vaksin COVID-19 untuk 'kebaikan umum global' - China Posted: 18 May 2020 05:10 AM PDT GENEVA: China berikrar akan menggunakan sebarang vaksin COVID-19 yang dihasilkannya untuk 'kebaikan umum global' sebaik ia disiapkan. |
| Flandy bukan jurulatih 'biasa-biasa' Posted: 18 May 2020 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Nama Flandy Limpele mungkin tidak besar berbanding jurulatih terkemuka dunia yang lain namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya dia memiliki kualiti jurulatih yang dimahukan badan induk itu. |
| Projek ECRL jajaran semula Kota Bharu - Dungun diluluskan Posted: 18 May 2020 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR:Kerajaan Persekutuan memberi kelulusan bagi Skim Keretapi untuk Seksyen A projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). |
| COVID-19 tidak dihasilkan di makmal - WHO Posted: 18 May 2020 04:29 AM PDT WASHINGTON: COVID-19 tidak dihasilkan makmal, sebaliknya virus ini berlaku secara semula jadi dan sudah dibuktikan ia tidak disintesis di makmal. |
| Bank Islam komited laksana kewangan sosial Posted: 18 May 2020 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) komited dalam menjadikan kewangan sosial sebagai antara perkhidmatan utama yang ditawarkannya berbanding hanya sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR). |
| COVID-19 cabaran terbesar Tedros Posted: 18 May 2020 04:15 AM PDT GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menghadapi cabaran terbesar hidupnya dalam menangani pandemik COVID-19 dan ketegangan akibatnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China. |
| 'Badang, Superman, Batman turut masuk kedai' Posted: 18 May 2020 12:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan maklumat samaran seperti nama 'Badang', 'Superman' dan 'Batman' serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob |
| COVID-19 punca bayaran kemenangan lewat Posted: 18 May 2020 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Penganjur Le Tour de Langkawi 2020, Human Voyage berkata kelewatan pembayaran wang kemenangan kepada pemenang adalah disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi susulan pandemik COVID-19. |
| COVID-19: 47 kes baharu, 21 daripadanya import Posted: 18 May 2020 01:49 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kes baharu COVID-19 melebihi kes sembuh, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment