Saturday, May 2, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


JDT, Kedah, Pahang wakil Malaysia

Posted: 02 May 2020 09:34 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah berpeluang ke saingan Piala AFC 2021 sekiranya Liga Malaysia (Liga M) musim 2020 tidak dapat berlangsung September depan.

Banjir kilat, 2 pusat pemindahan dibuka

Posted: 02 May 2020 09:00 AM PDT

IPOH: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini di Kinta dan Batang Padang.

Wanita maut langgar peronda polis

Posted: 02 May 2020 05:50 AM PDT

KANGAR: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pacuan empat roda polis di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi - Persiaran Wawasan berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari tadi.

COVID-19: Walau ada PKPB, pintu masuk negara masih ditutup

Posted: 02 May 2020 12:13 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan masih menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi mencegah penularan kes import COVID-19 di negara ini, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

COVID-19: Kes positif di Selangor meningkat mendadak

Posted: 02 May 2020 08:33 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor mengalami kenaikan mendadak dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini berbanding 24 kes semalam.

Syarikat ganja Tyson taja Everton

Posted: 02 May 2020 07:55 AM PDT

LONDON: Syarikat ganja Mike Tyson dilaporkan sedang berbincang dengan Everton untuk menjadi penaja jersi kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bayi enam bulan maut kereta dinaiki terbabas

Posted: 02 May 2020 08:27 AM PDT

PARIT: Bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta dipandu bapanya terbabas dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Bota Kiri - Tanjung Belanja berdekatan Perkuburan Tanjung Aur, Parit, malam ini.

Minggu pertama PKPB untuk susun, rancang norma baharu

Posted: 02 May 2020 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin ini perlu digunakan majikan dan pekerja untuk menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perubahan baharu di tempat kerja masing-masing.

Jangan pilih kasih tentukan siapa tuan rumah

Posted: 02 May 2020 07:21 AM PDT

SEREMBAN: Pengurusan skuad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat berlaku adil dalam menentukan tuan rumah setiap perlawanan apabila Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung September depan.

3 lelaki ditahan curi 8 ekor kambing

Posted: 02 May 2020 07:17 AM PDT

KEPALA BATAS: Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencuri lapan ekor kambing bernilai RM8,000 di sebuah kandang di Tasek Gelugor, di sini, hari ini.

10 tentera Iraq terbunuh akibat serangan DAESH di utara Baghdad

Posted: 02 May 2020 07:02 AM PDT

SAMARRA: Pasukan keselamatan berkata, 10 anggota separa tentera Iraq terbunuh dalam serangan kumpulan DAESH semalam.

PKP: Nurul Zahid, suami akan dituduh di mahkamah

Posted: 02 May 2020 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Vaksin dijangka siap awal tahun depan

Posted: 02 May 2020 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, sekiranya proses penyediaannya di China berjalan dengan lancar.

Tunggu keputusan rasmi APSF

Posted: 02 May 2020 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan mendapatkan maklumat daripada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengenai isu pembatalan Sukan Para ASEAN (APG) 2020 di Filipina berikutan pandemik COVID-19.

PKP: 'Tidak perlu bimbang mengenai kes import'

Posted: 02 May 2020 02:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Masyarakat tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes import atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kedah tangguh pelaksanaan PKPB

Posted: 02 May 2020 06:08 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada Selasa ini.

Sindiket judi dalam talian raih untung RM4.5 juta sebulan, tumpas

Posted: 02 May 2020 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan 19 warga China dalam serbuan berasingan di dua premis mewah yang menjalankan kegiatan perjudian haram dalam talian secara di Jalan Raja Chulan di sini, Selasa lalu.

PKP: Nyah cemar ruang guna sama CLQ 3 kali sehari

Posted: 02 May 2020 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kemudahan penginapan seperti penempatan pekerja berpusat (CLQ) dan asrama di semua sektor diwajibkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkuat kuasa Isnin ini.

Ribery selamatkan ibu 'rapper' dijangkiti COVID-19

Posted: 02 May 2020 05:21 AM PDT

PARIS: Bintang Perancis, Franck Ribery berubah daripada 'orang tak guna' kepada wira selepas menyelamatkan ibu kepada seorang 'rapper' yang dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Iran lapor kes jangkitan terendah sejak 10 Mac

Posted: 02 May 2020 05:44 AM PDT

TEHRAN: Iran hari ini mengatakan terdapat "penurunan yang jelas" dalam jumlah jangkitan COVID-19 apabila ia melaporkan 802 kes baharu, jumlah harian terendah sejak 10 Mac.

Keputusan buka sektor ekonomi bukan tergesa-gesa - Tengku Zafrul

Posted: 02 May 2020 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membuka hampir kesemua sektor ekonomi bermula 4 Mei 2020 bukan satu keputusan tergesa-gesa.

Inilah masa bank patut bantu rakyat - Tengku Zafrul

Posted: 02 May 2020 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan memiliki kemampuan untuk melupuskan faedah terakru bagi pinjaman sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap yang terbabit dalam tempoh moratorium enam bulan.

COVID-19: 'Perang masih sama, medan tempur berbeza'

Posted: 02 May 2020 03:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia masih dalam peperangan menentang COVID-19, namun dalam medan pertempuran yang berbeza.

Pelan pemulihan ekonomi dijangka diumumkan akhir bulan ini - Tengku Zafrul

Posted: 02 May 2020 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana merangkumi semua sektor dijangka diumumkan akhir bulan ini, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

COVID-19: Jumlah kes pulih sepenuhnya terus meningkat

Posted: 02 May 2020 01:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 116 kes COVID-19 sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,362 kes atau 70 peratus dari keseluruhan kes.

COVID-19: Rumah Putih halang Fauci beri keterangan

Posted: 02 May 2020 05:20 AM PDT

WASHINGTON: Rumah Putih semalam menyekat Anthony Fauci, seorang pakar penyakit berjangkit dan tokoh penting dalam tindak balas pentadbiran terhadap COVID-19, dari memberi keterangan di hadapan Kongres, lapor agensi berita Xinhua.

WHO ucap tahniah kepada Wuhan

Posted: 02 May 2020 05:16 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyambut baik berita mengatakan tiada lagi pesakit COVID-19 dirawat di Wuhan, China, dan memuji "usaha gigih tanpa mengenal erti penat" rakyatnya dalam berjuang melawan wabak itu, lapor agensi berita Xinhua.

COVID-19: PKPD boleh dilaksana, diluaskan hingga ke seluruh negeri

Posted: 02 May 2020 03:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh dilaksanakan bukan sahaja di kawasan kilang atau premis perniagaan penularan kes positif COVID-19 tetapi boleh diluaskan ke seluruh negeri.

COVID-19 menular di penjara, 10,000 banduan dibebas

Posted: 02 May 2020 05:12 AM PDT

MANILA: Filipina membebaskan hampir 10,000 tahanan dalam usahanya untuk mengekang wabak COVID-19 yang kini menular di penjaranya yang penuh sesak.

Saranan lupus faedah terakru wajar - Pemerhati ekonomi

Posted: 02 May 2020 05:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saranan Kementerian Kewangan untuk bank pertimbangkan melupuskan kadar faedah terakru bagi pinjaman sewa beli atau keuntungan pembiayaan Islam berkadar tetap sepanjang tempoh enam bulan skim moratorium dilihat wajar, demikian kata pemerhati ekonomi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template