BH Online - Terkini |
- Cermin sisi kereta diketuk punca mengamuk
- Malaysia kutuk rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin
- COVID-19: Pakar berlumba hasilkan vaksin, namun tetap perlukan masa
- City tolak tuah ikat Van Dijk
- COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat sehingga 30 Jun
- COVID-19: 78 kes baharu hari ini
- Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini
- Aksi kejar-mengejar polis bukan kes rompakan
- Harga minyak sawit dijangka kembali mengukuh
- Rakyat Malaysia dari Russia syukur tiba di tanah air
- 'Usaha perangi COVID-19 kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia'
- PDRM umum pertukaran 22 pegawai kanan berkuat kuasa 22 Jun
- Pegawai imigresen ibu pejabat, negeri ambil alih depot tahanan Bukit Jalil
- Pemain muda perlu dua bulan kembali cergas - Shamsurin
- Umat Islam di Thailand sambut Aidilfitri pada Ahad
- Legenda tenis Australia meninggal
- Lelaki mabuk pandu melulu dalam tapak bazar
- Singapura sambut Aidilfitri Ahad ini
- Jurulatih Liga M dijangka `kepanasan' apabila saingan disambung
- PDRM tegas sekat perjalanan rentas negeri
- Ejen akhbar khidmat 35 tahun meninggal dunia
- Batal gabung UMT, UniSZA tepat - CUEPACS
- Pesawat Pakistan terhempas - 107 dikhuatiri maut
- COVID-19: Peraturan baru sudah diwartakan
- Umat Islam Indonesia sambut Aidilfitri Ahad ini
- Satu tangki di loji penapis minyak terbakar
- Timbang struktur, jadual semula hutang negeri
- Skuad B-18 tekad jadi pasukan negara pertama ke Piala Dunia
- Rizab antarabangsa BNM meningkat sedikit
- Sesak akibat sekatan jalan, tiada pertambahan kenderaan - PLUS
| Cermin sisi kereta diketuk punca mengamuk Posted: 22 May 2020 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Cermin sisi kereta diketuk menjadi punca seorang pemandu pacuan empat roda mengamuk dan merempuh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam. |
| Malaysia kutuk rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin Posted: 22 May 2020 09:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat. |
| COVID-19: Pakar berlumba hasilkan vaksin, namun tetap perlukan masa Posted: 22 May 2020 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun banyak syarikat anggota farmaseutikal di peringkat global terbabit dalam usaha membangunkan vaksin COVID-19, proses penghasilannya masih memerlukan masa untuk disiapkan, kerana setakat ini ia masih di peringkat awal. |
| Posted: 22 May 2020 06:02 AM PDT LONDON: Manchester City menolak peluang untuk menandatangani Virgil van Dijk dengan harga murah pada tahun 2015 selepas didakwa 'tidak yakin dengan kualiti pemain itu di Eropah' |
| COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat sehingga 30 Jun Posted: 22 May 2020 06:26 AM PDT BANGKOK: Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) hari ini bersetuju agar perintah darurat di negara itu dilanjutkan sehingga 30 Jun ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 dunia masih belum stabil. |
| COVID-19: 78 kes baharu hari ini Posted: 22 May 2020 01:48 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 78 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 28 kes import dan mendapat jangkitan dari luar negara. |
| Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini Posted: 22 May 2020 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. |
| Aksi kejar-mengejar polis bukan kes rompakan Posted: 22 May 2020 08:59 AM PDT JASIN: Polis menafikan berlaku kejadian rompakan membabitkan sebuah bank di Pekan Jasin, di sini hari ini seperti yang tular di Facebook yang dimuat naik oleh sebuah portal sejak tengah hari tadi. |
| Harga minyak sawit dijangka kembali mengukuh Posted: 22 May 2020 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) mampu mencecah jualan RM2,300 hingga RM2,400 bagi satu tan dalam tempoh beberapa bulan lagi. |
| Rakyat Malaysia dari Russia syukur tiba di tanah air Posted: 22 May 2020 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya rasa syukur dan lega terlintas di hati rakyat Malaysia yang tiba di tanah air dari Russia hari ini selepas terkandas di negara itu susulan sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19. |
| 'Usaha perangi COVID-19 kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia' Posted: 22 May 2020 08:22 AM PDT PUTRAJAYA: Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam memerangi wabak COVID-19 telah mengetepikan jurang pemisah antara rakyat Malaysia dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan yang telah sedia terjalin. |
| PDRM umum pertukaran 22 pegawai kanan berkuat kuasa 22 Jun Posted: 22 May 2020 08:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner (ACP) Maidu Abu Bakar antara 22 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 22 Jun depan. |
| Pegawai imigresen ibu pejabat, negeri ambil alih depot tahanan Bukit Jalil Posted: 22 May 2020 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen akan menggerakkan pegawai-pegawai imigresen dari ibu pejabat dan negeri untuk mengambil alih kawalan serta pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, di sini, berikutan kemunculan kluster baharu wabak COVID-19 di kawasan itu. |
| Pemain muda perlu dua bulan kembali cergas - Shamsurin Posted: 22 May 2020 07:45 AM PDT MELAKA: Jurulatih Akademi Bolasepak Melaka (ABM), Shamsurin Abd Rahman berkata pemain muda |
| Umat Islam di Thailand sambut Aidilfitri pada Ahad Posted: 22 May 2020 07:38 AM PDT BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, kata Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon. |
| Legenda tenis Australia meninggal Posted: 22 May 2020 07:10 AM PDT SYDNEY: Pemenang kejohanan Grand Slam lapan kali, Ashley Cooper meninggal dunia pada usia 83 tahun, kata Tennis Australia, hari ini. |
| Lelaki mabuk pandu melulu dalam tapak bazar Posted: 22 May 2020 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dikesan memandu secara melulu, dipercayai di bawah pengaruh alkohol di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, hari ini. |
| Singapura sambut Aidilfitri Ahad ini Posted: 22 May 2020 07:05 AM PDT SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian menurut Mufti republik, Dr Naziruddin Mohd Nasir. |
| Jurulatih Liga M dijangka `kepanasan' apabila saingan disambung Posted: 22 May 2020 06:37 AM PDT KUALA TERENGGANU: Jurulatih Liga Malaysia (Liga M) dijangka bakal `kepanasan' jika format baharu yang bakal diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetap dilaksanakan sebaik saingan musim ini disambung semula pada awal September. |
| PDRM tegas sekat perjalanan rentas negeri Posted: 22 May 2020 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemeriksaan teliti terhadap semua kenderaan yang mahu melintasi sempadan negeri di semua sekatan jalan raya bagi memastikan tiada perjalanan rentas negeri yang bertujuan menyambut Aidilfitri dilakukan. |
| Ejen akhbar khidmat 35 tahun meninggal dunia Posted: 22 May 2020 06:29 AM PDT KLANG: Ejen pengedaran akhbar Paramasivam Karuppiah Pillai, 54, yang berkhidmat selama 35 tahun meninggal dunia. |
| Batal gabung UMT, UniSZA tepat - CUEPACS Posted: 22 May 2020 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: CUEPACS menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan usaha menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). |
| Pesawat Pakistan terhempas - 107 dikhuatiri maut Posted: 22 May 2020 04:48 AM PDT KARACHI: Sebuah pesawat penumpang terhempas di kawasan perumahan di Pakistan hari ini, beberapa saat selepas juruterbangnya melaporkan terdapat masalah teknikal. |
| COVID-19: Peraturan baru sudah diwartakan Posted: 22 May 2020 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) (Pindaan) 2020 sudah diwartakan. |
| Umat Islam Indonesia sambut Aidilfitri Ahad ini Posted: 22 May 2020 06:18 AM PDT JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini. |
| Satu tangki di loji penapis minyak terbakar Posted: 22 May 2020 05:51 AM PDT PORT DICKSON: Loji minyak Shell HRC di Jalan Kampung Paya Port Dickson terbakar dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir petang tadi, namun tidak mangsa maut atau tercedera. |
| Timbang struktur, jadual semula hutang negeri Posted: 22 May 2020 02:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri untuk menstruktur atau menjadualkan semula pinjaman bagi membantu kerajaan negeri yang menghadapi kekangan kewangan membuat pembayaran balik pinjaman. |
| Skuad B-18 tekad jadi pasukan negara pertama ke Piala Dunia Posted: 22 May 2020 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan, memandang ke hadapan untuk menjadi pasukan Malaysia pertama membuat penampilan di pentas Piala Dunia, kata pengurusnya Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar. |
| Rizab antarabangsa BNM meningkat sedikit Posted: 22 May 2020 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei, 2020 daripada AS$102.5 bilion yang dicatatkan 30 April 2020. |
| Sesak akibat sekatan jalan, tiada pertambahan kenderaan - PLUS Posted: 22 May 2020 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesesakan di beberapa lokasi di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini berikutan sekatan jalan raya (SJR) bagi menyaring pemandu yang masih berdegil mahu pulang menyambut Aidilfitri di kampung. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment