Sunday, May 24, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PKPB: Tiada majlis perkahwinan di kuil di Seri Kembangan

Posted: 24 May 2020 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat penularan satu rakaman video yang didakwa menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di sebuah kuil untuk upacara perkahwinan di Seri Kembangan, Serdang di sini, hari ini.

PKPB: Plaza Tol Duta sesak

Posted: 24 May 2020 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, mengalami kesesakan susulan orang ramai mengambil kesempatan kebenaran diberi untuk meraikan Aidilfitri dengan aktiviti ziarah, hari ini.

PM Singapura ucap selamat menyambut Aidilfitri kepada pemimpin Malaysia, Indonesia, Brunei

Posted: 24 May 2020 07:17 AM PDT

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran republik itu termasuk Malaysia, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Orang ramai ingkar PKPB, bersantai di Pantai Miami

Posted: 24 May 2020 06:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Hampir 200 orang yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengunjungi Pantai Miami, Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini untuk bersantai diarah meninggalkan kawasan itu.

Keputusan aksi Bundesliga

Posted: 24 May 2020 06:55 AM PDT

BERLIN: Berikut keputusan satu aksi Bundesliga yang berakhir sebentar tadi.

Media Sepanyol sambut positif La Liga disambung

Posted: 24 May 2020 06:50 AM PDT

MADRID: Media Sepanyol gembira selepas kerajaan negara itu mengumumkan saingan La Liga dapat disambung semula pada bulan depan.

Thailand harap ujian vaksin COVID-19 terhadap manusia tahun ini

Posted: 24 May 2020 06:26 AM PDT

BANGKOK: Thailand memulakan percubaan vaksin COVID-19 terhadap monyet semalam selepas ujian ke atas tikus menunjukkan keputusan positif.

Kesan kewangan EPL akibat COVID-19 diramal lebih RM1b

Posted: 24 May 2020 06:27 AM PDT

LONDON: Bekas Ketua Eksekutif Persatuan Bolasepak Inggeris, Mark Palios memberi amaran betapa kos kesan pandemik COVID-19 kepada kelab liga bawahan mungkin lebih besar daripada yang diramalkan sebanyak 200 juta pound (RM1 bilion).

Ribuan sertai tunjuk perasaan di Hong Kong

Posted: 24 May 2020 06:02 AM PDT

HONG KONG: Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong yang berhimpun hari ini membantah penggubalan undang-undang keselamatan yang diusulkan China.

Seorang pemain Bournemouth positif COVID-19

Posted: 24 May 2020 05:57 AM PDT

LONDON: Bournemouth mengumumkan seorang daripada pemain mereka positif ujian COVID-19, sekali gus menjadi kes kelapan membabitkan pasukan liga utama Inggeris.

Sedih tetapi dapat pengalaman berguna

Posted: 24 May 2020 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bertugas pada 1 Syawal untuk mengendali 259 individu yang mendapat rawatan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di MAEPS, Serdang memberi pengalaman bernilai buat kira-kira 380 anggota dan petugas barisan hadapan daripada pelbagai agensi.

Masalah pendawaian punca kebakaran?

Posted: 24 May 2020 05:25 AM PDT

MEMBAKUT: Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Binsuluk, di sini dan mengorbankan lima beranak, dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik atau dapur memasak.

PM Israel dihadapkan ke mahkamah

Posted: 24 May 2020 05:13 AM PDT

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini menjadi pemimpin pertama negara itu yang menghadapi tuduhan rasuah ketika masih memegang jawatan.

642 kes baharu, jangkitan COVID-19 Singapura meningkat kepada 31,068 kes

Posted: 24 May 2020 04:34 AM PDT

SINGAPURA: Sebanyak 642 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,068 kes positif di republik itu.

PKPB: Anggota polis, tentera lalui pengalaman baharu

Posted: 24 May 2020 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terpaksa meninggalkan keluarga untuk bertugas pada hari raya pertama adalah perkara biasa bagi anggota keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan kesejahteraan negara.

Kenangan indah sambut Aidilfitri di sekatan jalan raya

Posted: 24 May 2020 03:42 AM PDT

SEGAMAT: Menyambut Aidilfitri di lokasi bertugas di sekatan jalan raya (SJR) bersama rakan setugas menjadi kenangan terindah bagi petugas barisan hadapan.

Buaya yang pernah mengharungi Perang Dunia II pada usia 84 tahun

Posted: 24 May 2020 03:42 AM PDT

MOSCOW: Seekor buaya Mississippi yang terselamat ketika serangan bom di Zoo Berlin pada 1943 dan ditempatkan di Jerman Timur selepas Perang Dunia II, menemui ajal pada usia 84 tahun.

Wan Kuzri semakin hampir perkuat B-18 kebangsaan

Posted: 24 May 2020 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal semakin hampir menyertai skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan menjelang Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Woods, Mickelson berentap lagi rebut RM43j

Posted: 24 May 2020 03:29 AM PDT

LONDON: Tiger Woods dan Phil Mickelson akan menyertai pemain terkemuka NFL, Tom Brady dan Peyton Manning apabila mereka akan beraksi dalam perlawanan golf yang bernilai AS$10 juta (RM43 juta).

Putrajaya tumpuan warga kota tak balik kampung

Posted: 24 May 2020 03:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, yang lazimnya lengang ketika cuti umum Aidilfitri, hari ini ceria dengan kehadiran orang ramai yang lengkap dengan pakaian hari raya.

Teruskan kebiasaan baharu pada Syawal

Posted: 24 May 2020 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesabaran dan pengorbanan umat Islam mengharungi Ramadan mengikut kebiasaan baharu bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara ini wajar dipuji.

COVID-19: Kluster baharu DTI Sepang

Posted: 24 May 2020 02:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 yang dicatat di seluruh negara hari ini menunjukkan peningkatan kepada 60 kes atau sebanyak 25 peratus, berbanding 48 kes semalam.

'Perlahan-lahan, suara mereka tak lagi kedengaran'

Posted: 24 May 2020 03:10 AM PDT

MEMBAKUT: Jeritan isteri dan anak-anak dalam api yang marak sebelum beransur-ansur menghilang menjadi kisah 1 Syawal paling memilukan buat Othman Ali, 64.

AS-China di ambang perang dingin baharu

Posted: 24 May 2020 03:01 AM PDT

BEIJING: Tekanan berterusan Amerika Syarikat (AS) terhadap China dikhuatiri menyebabkan kedua-dua negara 'berada di ambang perang dingin baharu', ditambah pula dengan ketegangan berkaitan isu COVID-19 dan status Hong Kong.

Yana sedih kenang arwah adik

Posted: 24 May 2020 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lenyap terus keinginan Yana Samsudin membeli juadah atau persalinan baharu menyambut Aidilfitri buat ahli keluarga, yang lazim dilakukannya, setiap kali menyambut Syawal.

Ibu tunggu nasi, lauk raya

Posted: 24 May 2020 02:37 AM PDT

JERANTUT: Hasrat seorang pemuda untuk menghantar nasi dan lauk raya kepada ibunya pagi tadi tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Jerantut - Maran berhampiran persimpangan lampu isyarat Tok Gajah.

Ibu, 4 anak rentung di pagi Syawal

Posted: 23 May 2020 09:52 PM PDT

MEMBAKUT: Seorang wanita bersama empat anak lelakinya rentung dalam kebakaran di Kampung Binsuluk di sini, awal pagi tadi.

Mr Malaysia 2020 pada Julai dibatalkan

Posted: 24 May 2020 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung di Kedah, Julai ini, dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19.

Qhayla sambut raya sederhana

Posted: 24 May 2020 02:16 AM PDT

TANAH MERAH: "Kami hanya beraya ala kadar, cukuplah sekadar ada baju raya buat dua anak termasuk anak istimewa kami, Qhayla," luah Che Siti Nor Azreen Che Ishak.

Presiden Afghanistan ikrar segera bebas tahanan Taliban

Posted: 24 May 2020 02:12 AM PDT

KABUL: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, berikrar mempercepatkan pembebasan tahanan Taliban selepas kumpulan pemberontak itu mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari ketika sambutan Aidilfitri.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template