Thursday, May 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


EPL kembali 17 Jun

Posted: 28 May 2020 05:23 PM PDT

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk menyambung musim 2019-20 pada 17 Jun, dengan syarat semua langkah keselamatan disediakan bagi mengelak penularan COVID-19.

AS tawar AS$3 juta untuk tangkap penyebar propaganda Daesh

Posted: 28 May 2020 05:13 PM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat menawarkan AS$3 juta (RM13 juta) bagi penangkapan pemimpin kanan Daesh yang sering dilihat dalam video pembunuhan kumpulan pengganas itu.

Russia selar dasar luas AS sebagai 'berbahaya'

Posted: 28 May 2020 05:08 PM PDT

MOSCOW: Russia menyelar Amerika Syarikat (AS) sebagai berbahaya dan sukar diramal selepas negara itu menarik diri daripada perjanjian ketenteraan dan bertindak meningkatkan tekanan terhadap Iran.

227 individu dikuarantin terima bantuan khas

Posted: 28 May 2020 05:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 227 individu yang dirawat dan dikuarantin sudah menerima bantuan khas hilang pendapatan sebanyak RM100 sehari membabitkan jumlah RM309,700 daripada Tabung COVID-19, setakat semalam.

Puluhan mati ditembak di Nigeria

Posted: 28 May 2020 04:35 PM PDT

KANO: lelaki bersenjata menunggang motosikal menembak mati puluhan penduduk dalam siri serangan di perkampungan di timur laut Nigeria.

COVID-19: Kerjasama rakyat penentu kejayaan

Posted: 28 May 2020 04:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Semalam, genap seminggu tiada kematian direkodkan untuk kes COVID-19 di negara ini, manakala jumlah pesakit sembuh pula mencatatkan hampir sembilan kali ganda berbanding 10 kes positif baharu virus itu.

14 terbunuh dalam serangan Taliban

Posted: 28 May 2020 04:19 PM PDT

KABUL: Dua serangan berasingan yang disyaki dilancarkan puak Taliban menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh.

Dr Mahathir, 4 Ahli Parlimen tolak gugur keahlian daripada BERSATU

Posted: 28 May 2020 09:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen menolak keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggugurkan keahlian mereka kerana mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang.

Geng Walid tumpas

Posted: 28 May 2020 04:17 PM PDT

HULU SELANGOR: Polis berjaya menumpaskan dan mematahkan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Walid, yang terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri sarang burung walid, di sini, semalam.

MUSA masih hutang RM800,000

Posted: 28 May 2020 04:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) masih dibelenggu tunggakan gaji musim lalu berjumlah hampir RM800,000 yang perlu diselesaikan sebelum penghujung bulan depan.

'Hotspot Tracker' bantu kesan kes positif COVID-19 radius 1km

Posted: 28 May 2020 02:49 AM PDT

PUTRAJAYA: Rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan 'Hotspot Tracker' menerusi aplikasi MySejahtera.

Wanita ditahan selepas disyaki cuba perdaya pegawai polis

Posted: 28 May 2020 09:37 AM PDT

HULU SELANGOR: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 49 tahun ditahan selepas disyaki cuba memperdaya seorang pegawai polis lelaki berhubung dakwaan hutang pembelian motosikal.

Tingkatkan amalan 3W, jauhi 3S, 3C

Posted: 28 May 2020 03:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pendekatan 3W dengan mengelakkan 3S atau 3C sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19.

COVID-19: Kadar jangkitan 9 Jun bakal penentu langkah seterusnya

Posted: 28 May 2020 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar jangkitan baharu COVID-19 pada 9 Jun ini bakal menjadi penentu kerajaan menggubal sebarang mekanisme perintah kawalan baharu dan memberikan kelonggaran kepada sektor lain untuk beroperasi.

COVID-19: Jackie kongsi pengalaman 73 hari di hospital

Posted: 28 May 2020 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong yakin untuk kembali mencapai kegemilangan selepas pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

COVID-19: Protokol kawal penularan di 18 depoh tahanan dirangka

Posted: 28 May 2020 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prosedur penempatan dan protokol kesihatan sedang dirangka bagi mengekang potensi penularan jangkitan COVID-19 di 18 depoh tahanan warga asing yang lain di seluruh negara.

COVID-19: Tiada petugas imigresen ICQS Padang Besar positif

Posted: 28 May 2020 03:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiada kakitangan imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar didapati positif COVID-19, selepas enam pelajar warga Thailand yang melalui pintu sempadan negara itu dijangkiti virus berkenaan.

COVID-19: Orang ramai dinasihati bawa pen sendiri daftar maklumat

Posted: 28 May 2020 04:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya membawa pen sendiri untuk mendaftar maklumat peribadi sebelum memasuki premis perniagaan seperti pasar raya dan restoran.

COVID-19: Singapura, Malaysia bincang isu pekerja ulang-alik setiap hari

Posted: 28 May 2020 08:51 AM PDT

SINGAPURA: Singapura sedang berbincang dengan Malaysia berhubung isu pekerja yang ingin berulang-alik setiap hari melalui jalan darat, kata Menteri Pembangunan Negara republik ini, Lawrence Wong.

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara Dr Hamimah

Posted: 28 May 2020 08:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang doktor atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM41.33 juta dan bersubahat memalsukan dokumen.

Penutupan lorong ke Jalan Kuala Selangor dari LDP dilanjutkan

Posted: 28 May 2020 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Jun, penutupan lorong secara berkala ke Jalan Kuala Selangor dari Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) akan dilanjutkan untuk memberi laluan kepada kerja pembinaan jalan.

'Kalau setakat 7 aksi, lebih baik tak sambung'

Posted: 28 May 2020 07:48 AM PDT

KUANTAN: Teka teki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dilihat masih belum terjawab sama ada dapat diteruskan atau sebaliknya sekali gus penantian berkenaan suatu penyeksaan buat pemain.

PKPB: Ada pelanggan degil, enggan patuh SOP - Peniaga

Posted: 28 May 2020 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Segelintir pelanggan yang mengunjungi premis makan dikatakan bersikap degil serta enggan mengikut peraturan ditetapkan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain

Posted: 28 May 2020 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Anak syarikat Gadang dapat kontrak ECRL RM81 juta

Posted: 28 May 2020 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Gadang Holdings Bhd, Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM81 juta untuk membina kerja-kerja bawah tanah untuk Seksyen 5 dan 6 projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Untung bersih Time dotCom naik 55 peratus

Posted: 28 May 2020 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Time dotCom Bhd naik 55 peratus kepada RM97.96 juta pada suku pertama dengan perolehan dan keuntungan bersih daripada pertukaran asing (forex) lebih tinggi sebanyak RM27.1 juta daripada RM10.9 juta kerugian forex pada tahun sebelumnya.

Syed Saddiq belum terima surat gugur keahlian

Posted: 28 May 2020 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman belum menerima sebarang surat atau makluman rasmi berkenaan pengguguran keahlian daripada parti itu.

60 terbunuh dalam serangan lelaki bersenjata di barat laut Nigeria

Posted: 28 May 2020 07:01 AM PDT

KANO, NIGERIA: Penjenayah bersenjata membunuh 60 orang dalam rentetan serangan ke kampung-kampung di kawasan barat laut Nigeria, kata pegawai perubatan dan penduduk hari ini.

'Bukan dipecat tapi gugur keahlian'

Posted: 28 May 2020 06:11 AM PDT

KANGAR: Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan dipecat daripada parti itu, sebaliknya keahlian mereka gugur sendiri.

COVID-19: Kerajaan sedang gubal akta tangani kesan wabak

Posted: 28 May 2020 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal Akta Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada pertengahan Julai depan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template