Friday, May 29, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Peletakan jawatan Tun M sebagai Pengerusi BERSATU sah mengikut ROS

Posted: 29 May 2020 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu, adalah sah mengikut perlembagaan parti itu, dan telah pun diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Warga emas ditipu RM60,000

Posted: 29 May 2020 12:16 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang wanita warga emas kerugian RM60,000 selepas ditipu kekasih siber yang dikenali melalui Facebook melalui sindiket 'Parcel Scam".

COVID-19: Elak penularan di penginapan pekerja asing

Posted: 29 May 2020 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 bagi menambah baik penginapan warga asing ialah langkah tepat dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

'Tun arah saya kurangkan keyakinan rakyat pada DAP'

Posted: 29 May 2020 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pernah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

Saya masih Pengerusi - Dr Mahathir

Posted: 29 May 2020 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kemelut kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin bercelaru kerana Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras beliau masih Pengerusi yang sah.

COVID-19: Kluster baharu babit pekerja pembersihan dikesan

Posted: 29 May 2020 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster COVID-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan.

Individu kluster Pedas dikuarantin, positif COVID-19

Posted: 29 May 2020 02:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Pekerja kilang pemprosesan ayam yang dikuarantin selama 14 hari sebelum ini dikesan positif jangkitan COVID-19, sekali gus menyaksikan peningkatan kes baharu dalam kluster terbabit.

COVID-19: 66 sembuh, dibenarkan keluar hospital hari ini

Posted: 29 May 2020 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 66 individu yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.

'Rehatkan' pekerja asing daripada bekerja tidak praktikal

Posted: 29 May 2020 03:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Langkah menghentikan khidmat pekerja asing untuk sementara waktu supaya mereka melakukan saringan COVID-19 disifatkan sebagai tidak praktikal.

Masih awal untuk hentikan PKPB - Dr Noor Hisham

Posted: 29 May 2020 03:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Pertimbangan untuk menghentikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penyusutan penularan kes tempatan COVID-19 adalah terlalu awal.

COVID-19: Pakai pelitup muka ikut kesesuaian keadaan - KP Kesihatan

Posted: 29 May 2020 03:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19, dengan mengikut kesesuaian keadaan.

80 peratus bukan warganegara positif COVID-19 tiada gejala

Posted: 29 May 2020 03:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Penelitian awal mendapati kira-kira 80 peratus individu bukan warganegara dikesan positif COVID-19 tidak mempunyai sebarang gejala.

3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes

Posted: 29 May 2020 04:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

'Tidak perlu tindakan Lembaga Disiplin'

Posted: 29 May 2020 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk tindakan susulan kerana keahlian mereka sudah tergugur.

COVID-19 ragut nyawa bintang Bolivia, bapa dan pakcik

Posted: 29 May 2020 08:22 AM PDT

LA PAZ: Bola sepak Bolivia berkabung susulan kematian bintang bola sepak, presiden kelab dan pengurus akibat COVID-19.

Rimau 7's tidak dibubar

Posted: 29 May 2020 08:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) kebangsaan sedia ada tidak akan dibubarkan meskipun wujud program latihan jangka panjang khusus buat pemain muda berpotensi dalam usaha melakar kejayaan bersejarah pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.

Ibu tunggal lega CBRM bantu kelangsungan perniagaan

Posted: 29 May 2020 07:48 AM PDT

SIK: Pandemik COVID-19 jelas memberi kesan terhadap golongan peniaga, terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), apabila pendapatan mereka rata-rata terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Chong Wei beri sumbangan kepada masjid

Posted: 29 May 2020 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun berlainan agama, bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan ia bukan halangan apabila memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur hari ini.

Saya Masih Ketua Srikandi BERSATU - Rina Harun

Posted: 29 May 2020 06:52 AM PDT

PETALING JAYA: "Saya masih lagi Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," tegas Datuk Seri Rina Mohd Harun mengulas dakwaan yang tular mengatakan beliau akan keluar parti.

PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Posted: 29 May 2020 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

COVID-19: Sarawak lancar aplikasi COVIDTrace, QMUNITY untuk kesan kontak

Posted: 29 May 2020 07:04 AM PDT

KUCHING: Sarawak hari ini melancarkan aplikasi COVIDTrace dan QMUNITY yang dicipta khusus bagi mengesan kontak COVID-19 dalam masyarakat.

Bulka selamat, Lamborghini RM1.07 juta ranap

Posted: 29 May 2020 06:57 AM PDT

LONDON: Bekas penjaga gol Chelsea, Marcin Bulka terbabit dengan kemalangan ngeri yang turut meranapkan kereta Lamborghini bernilai 200,000 pound (RM1.07 juta) ketika perintah berkurung di Poland.

PKPB: Tiada kompaun kesalahan ziarah Aidilfitri semalam

Posted: 28 May 2020 11:33 PM PDT

PUTRAJAYA: Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh polis atas kesalahan ziarah Aidilfitri, semalam.

Kempen 'Labur Raya 2020' tawar duit raya RM200,000

Posted: 29 May 2020 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat

Rina nafi letak jawatan, kekal sokong Muhyiddin

Posted: 29 May 2020 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rina Mohd Harun menegaskan beliau tidak meletak jawatan dalam parti berkenaan.

PKPB: Proses temu duga secara dalam talian untuk kemasukan UA

Posted: 28 May 2020 11:43 PM PDT

PUTRAJAYA: Proses temu duga yang perlu dijalani oleh pelajar bagi kemasukan ke universiti awam (UA), boleh dilakukan secara dalam talian.

Suruhanjaya Tenaga buka bidaan loji kuasa solar skala besar

Posted: 29 May 2020 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengadakan proses bidaan kompetitif bagi pembangunan loji jana kuasa solar PV berskala besar (LSS) di Semenanjung Malaysia.

Ringgit ditutup lebih tinggi

Posted: 29 May 2020 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini bagi mengakhiri dagangan minggu ini, didorong sentimen global yang lebih baik walaupun harga minyak mentah rendah, kata peniaga.

GP Britain, Australia dibatalkan

Posted: 29 May 2020 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Britain dan Australia 2020 yang dijadualkan pada Ogos dan Oktober, dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap pandemik global COVID-19.

Taiping biak spesies terancam

Posted: 29 May 2020 06:09 AM PDT

TAIPING: Program pembiakan spesies terancam oleh Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menampakkan hasil melalui kejayaan membiak burung Botak Upeh atau nama saintifiknya Mycteria cinerea.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template