Sunday, May 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Pengeluaran, pengakifan i-Akaun di cawangan KWSP bermula Rabu

Posted: 03 May 2020 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan pengeluaran untuk had umur 50, 55 dan 60 tahun serta pengaktifan i-Akaun di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Selangor dan Negeri Sembilan bermula Rabu ini.

Ekonomi perlu dibuka semula secara teratur

Posted: 03 May 2020 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pihak merangkumi kerajaan Persekutuan dan Negeri, komuniti perniagaan, majikan, pekerja dan orang ramai perlu bekerjasama bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok, dapat dilaksanakan secara lancar dan teratur.

COVID-19: 300 sampel peniaga pasar di Kota Kinabalu diambil

Posted: 03 May 2020 08:38 AM PDT

KOTA KINABALU: Kira-kira 300 sampel dari peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu diambil dalam pelaksanaan ujian saringan COVID-19 yang dibuat selama dua hari bermula semalam.

COVID-19: Gagal patuhi syarat, kelonggaran ditarik balik.

Posted: 03 May 2020 08:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan akan menarik balik kelonggaran yang diberikan kepada pemain sektor perladangan dan komoditi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jika syarat keselamatan gagal dipatuhi.

3 kakitangan TNB cemas dikejar gajah naik minyak

Posted: 03 May 2020 08:16 AM PDT

HULU TERENGGANU: Tiga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang mengalami detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka dikejar seekor gajah yang dipercayai sedang naik minyak di Jalan Bukit Simpul, Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, petang tadi.

Lalai punca atlet positif doping

Posted: 03 May 2020 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengenal pasti kelalaian dalam pengambilan makanan tambahan atau suplemen sering kali menjadi punca berlakunya kes doping dalam kalangan atlet di Malaysia.

PKPB: Selangor lakukan ubah suai ikut situasi negeri

Posted: 03 May 2020 08:06 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok, diubah suai mengikut kesesuaian situasi di negeri itu.

Pastikan rakyat masih miliki pekerjaan

Posted: 03 May 2020 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedaya upaya memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dengan inisiatif yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan seperti melaksanakan subsidi upah.

Buka semula ekonomi elak pendapatan negara terjejas teruk

Posted: 03 May 2020 07:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi dapat mengelakkan pertumbuhan pendapatan negara mengundur empat tahun ke belakang.

COVID-19: Pompeo dakwa ada "bukti besar" virus berasal dari makmal Wuhan

Posted: 03 May 2020 07:38 AM PDT

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo hari ini mengatakan bahawa terdapat "bukti besar" bahawa wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China.

4 atlet berpotensi ke Olimpik

Posted: 03 May 2020 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat atlet olahraga negara dilihat berpotensi melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Muat turun borang rentas negeri daripada FB, Twitter

Posted: 03 May 2020 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula hari ini.

Hampir 100,000 dipindahkan akibat empangan Uzbekistan pecah

Posted: 03 May 2020 07:27 AM PDT

TASHKENT: Hampir 100,000 orang dipindahkan di Uzbekistan dan Kazakhstan selepas sebuah empangan Uzbekistan pecah, membanjiri ribuan rumah dan memusnahkan ladang pertanian.

Bau busuk bawa penemuan mayat di balkoni

Posted: 03 May 2020 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Teka teki punca bau busuk yang dialami penduduk di Pangsapuri City Height, Sungai Chua, Kajang dekat sini terjawab susulan penemuan mayat seorang lelaki di balkoni sebuah unit kediaman di situ, petang tadi.

COVID-19: Thailand rekod tiga kes baharu, kematian sifar

Posted: 03 May 2020 07:16 AM PDT

BANGKOK: Thailand yang membuka semula enam jenis perniagaan dan tempat hari ini mencatatkan tiga kes baharu COVID-19 dan kematian sifar dalam tempoh 24 jam.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Safwan

Posted: 03 May 2020 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.

COVID-19: Perkhidmatan, kaunter mahkamah beroperasi mulai esok

Posted: 03 May 2020 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan di mahkamah seluruh negara akan beroperasi secara biasa bermula esok selaras penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nur Syaza 'korek' ilmu Rashid

Posted: 03 May 2020 06:44 AM PDT

KUANTAN: Membawa pulang pingat emas pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 tahun depan menjadi sasaran pemain badminton remaja kebangsaan, Nur Syaza Roshidi.

Projector Band nafi plagiat lagu

Posted: 03 May 2020 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Projector Band, Iskandar Dzulqarnain menafikan dakwaan pemuzik Indonesia, Harlin Pasili Ansori yang menyatakan lagu Aisyah diciplak daripada karya ciptaannya, Half Night Trip to Bait Al Hamid.

Tak perlu kelulusan rentas negeri, hanya isi Gerak Malaysia

Posted: 03 May 2020 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terkandas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya perlu mengisi maklumat di aplikasi Gerak Malaysia untuk membuat perjalanan rentas negeri dan tidak perlu menunggu kelulusan.

COVID-19: Pengguna Rapid KL perlu jangka kelewatan perjalanan

Posted: 03 May 2020 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengguna semua jenis pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) perlu menjangkakan kelewatan dalam perjalanan masing-masing.

COVID-19: Kluster pembinaan dikaitkan dengan 3 kluster

Posted: 03 May 2020 03:18 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menyiasat punca jangkitan yang mencetuskan kewujudan kluster baharu di kawasan pembinaan di ibu negara.

PKPB: Esok bukan 'raya' - Dr Noor Hisham

Posted: 03 May 2020 03:37 AM PDT

PUTRAJAYA: Persepsi masyarakat ketika ini seolah-olah esok 'raya' kerana kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini sudah berakhir, adalah tanggapan salah.

Negeri tak laksana PKPB belum bersedia

Posted: 03 May 2020 05:53 AM PDT

BAGAN SERAI: Pendirian beberapa negeri untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, mungkin disebabkan mereka belum bersedia atau dasar kepemimpinan negeri berkenaan belum membuat keputusan rasmi mengenainya.

PM sertai sidang kemuncak NAM secara dalam talian esok

Posted: 03 May 2020 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video, esok (4 Mei).

Solat tarawih, Jumaat di masjid masih dalam perbincangan

Posted: 03 May 2020 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kebenaran bagi pelaksanaan aktiviti agama di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi dalam perbincangan.

Atlet paling seksi di dunia 'terlepas kurungan'

Posted: 03 May 2020 05:25 AM PDT

LONDON: Bintang olahraga Jerman, Alica Schmidt yang dikatakan atlet paling seksi di dunia kembali menjalani latihan selepas sebulan menjalani perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.

COVID-19: PKPB perlu diperketat jika rakyat gagal patuh SOP

Posted: 03 May 2020 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jika orang ramai gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

COVID-19: Tambahan 14 hari kuarantin pelajar balik ke Sabah elak dijangkiti

Posted: 03 May 2020 04:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan Sabah mengenakan kuarantin selama 14 hari lagi terhadap pelajar Semenanjung yang mahu pulang ke kampung halaman dilihat bagi memastikan mereka tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Moratorium pinjaman: Bank Rakyat mahu pelanggan isi e-borang

Posted: 03 May 2020 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat komited memastikan kelancaran penyediaan kemudahan moratorium pembiayaan kepada pelanggannya selama enam bulan bermula 1 April 2020 yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 25 Mac lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template