BH Online - Terkini |
- PKPD Hulu Langat, beberapa kawasan di KL ditamatkan
- Masjid India sudah bebas dari PKPD
- Polis: Perhimpunan di pusat belian borong ialah pekerja
- Aksi Wani Syaz tebar murtabak
- Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP
- `Ronaldo tak bersara selagi belum atasi rekod Pele'
- Sekatan jalan raya dikurangkan
- Negeri ingkar dasar longgarkan operasi sektor ekonomi ditegur
- Ibadah di masjid, surau tunggu arahan kerajaan
- COVID-19: NAM perlu bantu negara kecil tangani pandemik
- 9 anggota polis diculik, dibunuh di selatan Syria
- PROTON dapat kelulusan beroperasi semula esok
- Kedah perkenal `lock screen wallpapers' telefon bimbit untuk penyokong
- Kanak-kanak lemas terjatuh sungai
- Pesilat SUKMA Pahang tetap jalani latihan
- F&N jangka normal baharu kurangkan permintaan produk
- COVID-19: Pekerja Mesir merusuh di Kuwait, tuntut dihantar pulang
- COVID-19: Russia catat 10,581 jangkitan baharu dalam 24 jam
- Lelaki maut kemalangan motosikal
- COVID-19: MEF persoal arahan saring semua pekerja asing
- EU anjur telethon virus bagi kumpul RM35.4 bilion
- ESSCOM kenal pasti lima dalang kumpulan penculikan
- Caring Pharmacy dinyahsenarai Bursa Malaysia Jumaat ini
- Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan
- Amalkan disiplin sosial ketika PKPB - Dr Noor Hisham
- SC keluar garis panduan pengiklanan produk pasaran modal
- COVID-19: Eropah longgarkan larangan, jangkitan global melebihi 3.5 juta
- KKM jamin kerjasama penuh siasatan SPRM
- COVID-19: Manfaatkan MySejahtera
- Johnson, Khabib, Trump kagum kehebatan Tyson
| PKPD Hulu Langat, beberapa kawasan di KL ditamatkan Posted: 04 May 2020 12:08 AM PDT PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hulu Langat dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur ditamatkan semalam. |
| Masjid India sudah bebas dari PKPD Posted: 03 May 2020 11:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Kawasan Masjid India yang sebelum ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini sudah dibuka kepada umum. |
| Polis: Perhimpunan di pusat belian borong ialah pekerja Posted: 04 May 2020 02:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menafikan kehadiran orang ramai untuk membeli-belah sehingga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pusat belian borong di Jalan Pudu, di sini, seperti yang tular dalam media sosial hari ini. |
| Posted: 04 May 2020 03:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Aksi bersahaja penyanyi kecil molek, Wani Syaz, 23, menebar murtabak yang dikongsikan di entri Instagram (IG) mencuri tumpuan bukan sahaja di kalangan peminat, malah teman artis. |
| Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP Posted: 04 May 2020 07:49 AM PDT KAJANG: Individu yang dikenakan tindakan mahkamah dan menjalani hukuman di penjara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan sebagai banduan. |
| `Ronaldo tak bersara selagi belum atasi rekod Pele' Posted: 04 May 2020 06:28 AM PDT LONDON: Bekas bintang Manchester United, Gary Neville percaya Cristiano Ronaldo tidak akan bersara selagi tidak mengatasi rekod jaringan legenda Brazil, Pele. |
| Sekatan jalan raya dikurangkan Posted: 04 May 2020 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini, bukan sahaja membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula, sebaliknya turut menyaksikan sekatan jalan raya dikurangkan. |
| Negeri ingkar dasar longgarkan operasi sektor ekonomi ditegur Posted: 04 May 2020 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius pendirian beberapa kerajaan negeri ingkar untuk melaksanakan kelonggaran beroperasi kepada sektor ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini. |
| Ibadah di masjid, surau tunggu arahan kerajaan Posted: 03 May 2020 09:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Semua aktiviti di masjid dan surau akan dibenarkan semula sebaik kerajaan berpuas hati serta meluluskan penggunaan garis panduan ibadah yang disediakan. |
| COVID-19: NAM perlu bantu negara kecil tangani pandemik Posted: 04 May 2020 09:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) perlu memainkan peranan penting bantu negara-negara kecil mendapat bekalan perubatan dan vaksin dalam memerangi COVID-19. |
| 9 anggota polis diculik, dibunuh di selatan Syria Posted: 04 May 2020 08:59 AM PDT BEIRUT: Sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak diketahui identitinya bertindak menculik dan membunuh sembilan anggota polis hari ini di selatan Syria dalam serangan di sebuah bangunan kerajaan. |
| PROTON dapat kelulusan beroperasi semula esok Posted: 04 May 2020 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan memulakan semula operasi esok, selepas menerima kelulusan sepenuhnya dari pihak berkuasa. |
| Kedah perkenal `lock screen wallpapers' telefon bimbit untuk penyokong Posted: 04 May 2020 07:31 AM PDT ALOR SETAR : Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkenalkan 'lock screen wallpapers' telefon bimbit untuk penyokong skuad Lang Merah menerusi akaun Facebooknya hari ini. |
| Kanak-kanak lemas terjatuh sungai Posted: 04 May 2020 07:26 AM PDT BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui lemas, selepas terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus petang tadi. |
| Pesilat SUKMA Pahang tetap jalani latihan Posted: 04 May 2020 07:22 AM PDT KUANTAN: Tiada pengecualian buat 56 pesilat Pahang menangguhkan sesi latihan biarpun tarikh baharu Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 dijadualkan Mac tahun depan. |
| F&N jangka normal baharu kurangkan permintaan produk Posted: 04 May 2020 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan permintaan yang rendah bagi separuh kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2020, terutama untuk produk minuman kerana pengguna akan menyesuaikan diri dengan normal baharu iaitu aktiviti sosial yang berkurangan. |
| COVID-19: Pekerja Mesir merusuh di Kuwait, tuntut dihantar pulang Posted: 04 May 2020 07:16 AM PDT KUWAIT: Pihak berkuasa hari ini menyuraikan rusuhan oleh pekerja warga Mesir yang menuntut dihantar pulang, ketika dunia menghadapi ancaman pandemik COVID-19. |
| COVID-19: Russia catat 10,581 jangkitan baharu dalam 24 jam Posted: 04 May 2020 06:52 AM PDT MOSCOW: Russia mengesahkan kes baharu coronavirus hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya melepasi 145,00, sekali gus negara itu kekal antara yang mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi di Eropah. |
| Lelaki maut kemalangan motosikal Posted: 04 May 2020 06:47 AM PDT MANJUNG: Lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 3 Kampung Cina - Seri Manjung dekat Manjung, hari ini. |
| COVID-19: MEF persoal arahan saring semua pekerja asing Posted: 04 May 2020 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendakwa pihak majikan terpaksa menanggung kos kira-kira RM1.15 bilion jika perlu menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua pekerja asing yang berdaftar dengan mereka. |
| EU anjur telethon virus bagi kumpul RM35.4 bilion Posted: 04 May 2020 06:41 AM PDT BRUSSELS: Eropah anjur sidang video membabitkan pemimpin dunia dan dermawan hari ini bagi mengumpul 7.5 bilion euro (RM35.4 bilion) untuk membiaya pencarian, penghasilan dan pengedaran vaksin menentang COVID-19. |
| ESSCOM kenal pasti lima dalang kumpulan penculikan Posted: 04 May 2020 06:37 AM PDT LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengenal pasti sekurang-kurangnya lima individu yang mengetuai kumpulan penculikan dari Selatan Filipina yang merentas sempadan Malaysia-Filipina untuk melakukan jenayah penculikan. |
| Caring Pharmacy dinyahsenarai Bursa Malaysia Jumaat ini Posted: 04 May 2020 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Caring Pharmacy Group Bhd (Caring) akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 8 Mei ini, demikian menurut syarikat itu dalam maklumannya kepada bursa hari ini. |
| Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan Posted: 04 May 2020 06:26 AM PDT KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 20 Mei ini. |
| Amalkan disiplin sosial ketika PKPB - Dr Noor Hisham Posted: 04 May 2020 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat perlu sentiasa mengamalkan disiplin sosial walaupun kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| SC keluar garis panduan pengiklanan produk pasaran modal Posted: 04 May 2020 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan 'Garis Panduan mengenai Pengiklanan untuk Produk Pasaran Modal dan Perkhidmatan Berkaitan'. |
| COVID-19: Eropah longgarkan larangan, jangkitan global melebihi 3.5 juta Posted: 04 May 2020 06:07 AM PDT ROME: Ribuan penduduk Eropah menyaksikan perintah berkurung dilonggarkan hari ini, bermula dengan Itali yang sebelum ini antara negara paling teruk terjejas dan berada dalam pengasingan COVID-19 selama dua bulan. |
| KKM jamin kerjasama penuh siasatan SPRM Posted: 04 May 2020 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan memberi kerjasama dalam siasatan terbaharu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). |
| COVID-19: Manfaatkan MySejahtera Posted: 04 May 2020 02:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan aplikasi MySejahtera dan MyTrace yang membantu pengawasan dan menjejaki kontak COVID-19. |
| Johnson, Khabib, Trump kagum kehebatan Tyson Posted: 04 May 2020 05:50 AM PDT LONDON: Petinju legenda, Mike Tyson menunjukkan kelajuan dan kekuatan luar biasa ketika sesi latihannya dalam satu video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram baru-baru ini, sekali gus menarik perhatian figura terkemuka. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment