Friday, May 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Azian Osman dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu

Posted: 08 May 2020 06:07 PM PDT

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPNB), Datuk Azian Osman dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu berkuatkuasa, hari ini menggantikan Datuk Ir Ahmad Fauzi Hassan yang bersara pada 31 Mac 2020 lepas.

Aplikasi KipleLive, KiplePay bantu perniagaan menerapkan norma baharu

Posted: 08 May 2020 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, Green Packet Bhd melancarkan peranti KipleLive bagi membantu perniagaan Malaysia menerapkan norma baharu untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Video nyanyian Alyssa Dezek 'trending'

Posted: 08 May 2020 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan nyata membawa tuah kepada penyanyi dan pelakon cilik popular, Alyssa Dezek, 12, apabila jumlah langganan saluran YouTube meningkat hampir sejuta menjadi 2.52 juta langganan.

COVID-19: Kematian kanak-kanak hidap penyakit radang, Kawasaki

Posted: 08 May 2020 06:02 PM PDT

NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo, semalam mengesahkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di negeri itu, berikutan menghidap sejenis penyakit radang yang jarang dijumpai, dan ia dipercayai berpunca daripada pandemik COVID-19.

Inter tawar Icardi untuk Aubameyang

Posted: 08 May 2020 06:00 PM PDT

MILAN: Inter Milan dilapor menawarkan Mauro Icardi kepada Arsenal sebagai sebahagian perjanjian untuk membawa Pierre-Emerick Aubameyang ke kelab berkenaan.

Sektor pembinaan dan penyelanggaraan, perhutanan dibenarkan beroperasi - Shafie

Posted: 08 May 2020 05:21 PM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah memutuskan untuk membenarkan sektor pembinaan dan penyelanggaraan serta perhutanan dan rangkaian di bawahnya beroperasi mulai 8 Mei, semalam.

PRK DUN Chini: SPR mesyuarat Jumaat depan

Posted: 08 May 2020 04:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Jumaat depan.

COVID-19: Rangkuman terkini global

Posted: 08 May 2020 04:57 PM PDT

PARIS: Angka kematian COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan sekurang-kurangnya 271,780 orang dilaporkan meninggal dunia, sejak wabak itu mula dikesan di China pada Disember lalu, menurut satu laporan yang dikumpulkan AFP, dari sumber rasmi, semalam.

Inter, AC Milan kembali selepas 'berkurung'

Posted: 08 May 2020 04:20 PM PDT

MILAN: Gergasi bola sepak Itali, Inter Milan dan AC Milan masing-masing kembali berlatih awal pagi tadi dua bulan selepas perintah berkurung tegas dikenakan di bandar utara Itali itu.

Barca mula berlatih

Posted: 08 May 2020 04:10 PM PDT

MADRID: Barcelona kembali berlatih awal pagi tadi selepas juara La Liga itu membenarkan bintang mereka memasuki kemudahan disediakan seterusnya memulakan kembali bola sepak di Sepanyol.

Umat Islam di Songkhla solat Jumaat pertama

Posted: 08 May 2020 08:40 AM PDT

SONGKHLA: Umat Islam di wilayah Songkhla di selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

COVID-19: Sembuh selepas koma 45 hari

Posted: 07 May 2020 09:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19 dan dirawat di Hospital Houssay, Argentina disahkan pulih pada 1 Mei lalu.

Kerajaan Sarawak, PETRONAS capai kata sepakat

Posted: 08 May 2020 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berjaya mencapai kata sepakat untuk memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai ke atas petroleum di Sarawak.

COVID-19: Malaysia-AS sepakat tangani krisis kesihatan global

Posted: 08 May 2020 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat memastikan kelancaran bekalan peralatan kritikal terutama dalam berdepan krisis kesihatan global.

Sembunyi dalam tandas sehingga pasar raya tutup sebelum mencuri

Posted: 07 May 2020 11:35 PM PDT

SUNGAI BULOH: Bersembunyi di dalam tandas sehingga pasar raya ditutup sebelum mencuri, menjadi taktik dua rakan yang dipercayai aktif memecah masuk dan mencuri di pasar raya, di sekitar daerah ini.

Kaedah baharu operasi TASKA sedang dikenal pasti

Posted: 08 May 2020 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah baharu yang boleh digunakan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), sebelum membenarkan operasinya dibuka semula.

COVID-19: Sifar kematian dua hari berturut-turut, 68 kes baharu

Posted: 08 May 2020 01:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiada kematian direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal 107 kes.

60 kes positif babit pekerja kilang di Pedas

Posted: 08 May 2020 02:18 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 60 kes positif COVID-19 dikesan melalui satu kluster yang membabitkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan yang dilaporkan sebelum ini.

COVID-19: Singapura lindungi warga emas

Posted: 08 May 2020 08:54 AM PDT

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkah dalam usaha melindungi warga emas memandangkan kumpulan itu berhadapan dengan risiko tinggi dijangkiti wabak COVID-19.

Jangan politikkan isu pelaksanaan PKPB di Sabah

Posted: 08 May 2020 08:22 AM PDT

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) membidas kenyataan Ketua Penerangan Parti Bersatu (Bersatu) Sabah berkaitan dakwaan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat "U-turn" berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelumba sukan minibike Malaysia akur 3 pembatalan

Posted: 08 May 2020 08:03 AM PDT

MELAKA: Pelumba dan pegawai sukan minibike di negeri ini akur Kejohanan Minibike Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada April lalu serta Jun dan Oktober ini terpaksa dibatalkan susulan penularan pandemik COVID-19.

COVID-19: Polis tubuhkan 142 pasukan pematuhan di KL, Putrajaya

Posted: 08 May 2020 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 142 pasukan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terdiri daripada 926 pegawai dan anggota ditugaskan membuat pemantauan di seluruh kontinjen Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Warga India hadapi tuduhan mengintip di Jerman

Posted: 08 May 2020 07:54 AM PDT

FRANKFURT: Seorang India akan dihadapkan ke mahkamah kerana mengintip kegiatan penduduk berketurunan Sikh dan Kashmir di Jerman serta menyalurkan maklumat itu kepada perkhidmatan perisikan India di New Delhi.

COVID-19: Sektor budaya Perancis dapat suntikan semangat

Posted: 08 May 2020 07:18 AM PDT

PARIS: Perancis bakal membuka sebahagian galeri seni dan muzium pada minggu depan.

Agensi PBB bagi Palestin lancar rayuan COVID-19

Posted: 08 May 2020 07:20 AM PDT

RAMALLAH: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) melancarkan rayuan kecemasan COVID-19 hari ini bagi membantu rakyat Palestin di Timur Tengah yang mengalami kesan sosio ekonomi yang dahsyat.

Pelanggan berbaris panjang perbaharui surat pajak gadai

Posted: 08 May 2020 07:31 AM PDT

GEORGETOWN: Orang ramai berbaris panjang di Pulau Pinang untuk memperbaharui surat pajak gadai mereka selepas kebanyakan perniagaan dibenarkan dibuka semula di bawah Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang (PGRS).

Rakyat puas hati langkah kerajaan tangani COVID-19 - Kaji selidik global

Posted: 08 May 2020 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berada di kedudukan keempat dalam kaji selidik global persetujuan orang awam terhadap langkah diambil kerajaan mereka dalam menangani COVID-19.

Sambut Nuzul Quran dengan normal baharu

Posted: 08 May 2020 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran.

MISC catat rugi bersih RM1.15 bilion

Posted: 08 May 2020 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: MISC Bhd merekodkan kerugian bersih RM1.15 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2020, berbanding keuntungan bersih RM510.50 juta dalam suku sama 2019.

18 warga Afghanistan ditemui mati lemas di sempadan Iran

Posted: 08 May 2020 06:49 AM PDT

HERAT: Pihak berkuasa Afghanistan menemui mayat 18 warganya yang didakwa dipukul dan didera sebelum dipaksa terjun ke dalam sungai oleh pasukan pengawal sempadan Iran minggu lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template