Saturday, May 9, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Kluster pekerja asing baharu di Setia Alam

Posted: 09 May 2020 02:31 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu COVID-19 membabitkan pekerja warga asing dikesan di Setia Alam, minggu ini.

Terengganu Turtles intai 'killer' import baharu

Posted: 09 May 2020 08:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu Turtles memburu perejam import baharu bagi menghadapi saingan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) yang bakal bermula 15 Ogos ini dengan Kelantan menjadi tuan rumah pada pusingan pertama.

'Shahir, Mastura - hero KKM di lapangan'

Posted: 09 May 2020 10:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bahang memakai pakaian pelindung diri (PPE) ketika bertugas di lapangan sambil menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa sepanjang Ramadan ini, tidak penghalang seorang inspektor kesihatan memastikan khidmat terbaik kepada golongan memerlukan, demi kelancaran operasi saringan COVID-19 di Pasar Pudu di sini.

34 termasuk 6 kanak-kanak ditahan seludup ke Thailand

Posted: 09 May 2020 07:33 AM PDT

SONGKHLA: Gara-gara tidak mahu menjalani proses saringan kesihatan, 34 rakyat Thailand, termasuk enam kanak-kanak, ditahan kerana menyeludup masuk ke Thailand dengan menaiki motosikal melalui lorong tikus di sempadan Thailand-Malaysia.

Aliff buang ego, kembali ke sisi keluarga

Posted: 09 May 2020 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hidup usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sunyi dan kosong selama empat bulan berjauhan dengan keluarga.

Pekan Rabu mula beroperasi hari ini

Posted: 09 May 2020 03:10 AM PDT

ALOR SETAR: Selepas hampir dua bulan tidak beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kompleks Pekan Rabu, di sini memulakan semula operasinya hari ini sejajar dengan kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Glenmarie Golf nafi dikuarantin akibat COVID-19

Posted: 09 May 2020 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam menafikan khabar angin yang tersebar bahawa kelab itu dikuarantin susulan terdapat kes COVID-19 dalam kalangan ahlinya.

Mohd Faiszi tekad tebus kecewa di SUKMA Johor

Posted: 09 May 2020 08:11 AM PDT

SEREMBAN: Juara Kejohanan Muay Thai Remaja Kebangsaan 2020, Mohd Faiszi Zamri berazam untuk menebus kekecewaannya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 apabila kembali disenaraikan untuk temasya edisi 2020 di Johor, tahun depan.

Suzuki yakin TFC II mampu julang Liga Perdana

Posted: 09 May 2020 08:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Ketua pasukan Terengganu FC II (TFC II), Bruno Suzuki optimis skuadnya mampu mengakhiri saingan Liga Perdana musim ini dengan berada di puncak walaupun saingan hanya akan berlangsung satu pusingan.

Derita ibu tunggal, anak di rumah kedai reput

Posted: 09 May 2020 08:06 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal terpaksa menumpang di sebuah rumah kedai usang bersama tiga anaknya di Jalan Skudai, Batu 10, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Warga emas maut, motosikal ditunggangi terbabas dalam parit

Posted: 09 May 2020 07:54 AM PDT

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas ke dalam parit di Kilometer 1, Jalan Titi Serong berhampiran Kampung Perak, di sini, petang tadi.

Dua maut, kereta rempuh tiang bangunan kedai

Posted: 09 May 2020 07:50 AM PDT

KUANTAN: Dua lelaki maut selepas kereta jenis Suzuki Swift yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah kedai dan tiang di Jalan Besar di sini petang tadi.

Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama

Posted: 09 May 2020 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu pada masa depan di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau barangan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai bukan keperluan utama.

Penunjuk perasaan bawa mayat ke kilang kebocoran gas

Posted: 09 May 2020 07:27 AM PDT

VISAKHAPATNAM: Penunjuk perasaan membawa mayat mangsa kebocoran gas dan menyerbu kilang kimia punca tragedi awal pagi kelmarin yang mengorbankan 12 nyawa itu, menuntut ia ditutup.

6 terbunuh berebut bantuan makanan

Posted: 09 May 2020 07:18 AM PDT

HERAT: Kekecohan ketika program pengedaran bantuan makanan di wilayah Ghor di Afghanistan, bertukar tragedi apabila dua anggota polis dan empat orang awam terbunuh ketika perebutan makanan.

PROTON tawar kad minyak percuma kepada pembeli kereta e-hailing

Posted: 09 May 2020 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: PROTON memperkenalkan tawaran insentif kepada

COVID-19: CUEPACS gesa sesi perbincangan selesaikan isu elaun

Posted: 09 May 2020 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa satu sesi perbincangan dapat diadakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil kesatuan dan pekerja berhubung isu tuntutan elaun COVID-19 membabitkan anggota kesihatan.

KKM terus pantau kluster Pedas, babitkan warga asing

Posted: 09 May 2020 06:41 AM PDT

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dan akan terus memantau kluster Pedas membabitkan warga asing bukan sahaja di Negeri Sembilan, sebaliknya di seluruh negara.

Ahli farmasi mati kerana 'rawatan' COVID-19

Posted: 09 May 2020 06:41 AM PDT

NEW DELHI: Seorang ahli farmasi di India maut dan majikannya dimasukkan ke hospital selepas meminum ubat rawatan COVID-19 buatan sendiri.

Permudahkan bayaran elaun khas RM200 kepada petugas

Posted: 09 May 2020 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar memastikan elaun khas RM200 yang diperuntukkan secara bulanan kepada petugas barisan hadapan sepanjang mendepani wabak COVID-19, diperoleh dengan mudah dan tanpa kerenah birokrasi.

China akui COVID-19 dedah kekurangan sistem kesihatan

Posted: 09 May 2020 06:31 AM PDT

BEIJING: Penularan COVID-19 mendedahkan kekurangan sistem kesihatan awam China, namun pembaharuan kini giat dijalankan bagi memperbaiki mekanisma kawalan dan pencegahan penyakit di negara itu.

Menteri Perdagangan APEC komited kurangkan impak ekonomi akibat COVID-19

Posted: 09 May 2020 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa ekonomi APEC mempercepatkan tindakan memerangi COVID-19, di samping langkah perlu untuk memulihkan impak kesihatan dan ekonomi akibat pandemik itu.

BERSATU sudah keluar PH - Mohd Radzi

Posted: 09 May 2020 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mohd Radzi Md Jidin, hari ini menangkis dakwaan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).

COVID-19: Menteri perdagangan APEC komited kurangkan impak ekonomi

Posted: 09 May 2020 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa negara pakatan ekonomi mempercepatkan tindakan memerangi COVID-19.

Berapa kalikah kita khatam al-Quran?

Posted: 09 May 2020 06:15 AM PDT

DI SEBALIK tuntutan membaca al-Quran termasuk sepanjang Ramadan ini, pernahkah kita merenung dan bermuhasabah berapa kalikah kita berjaya mengkhatamkannya?

Pemandu mabuk rempuh polis direman semula

Posted: 09 May 2020 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Individu disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail sehingga maut berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), direman semula selama tiga hari bermula hari ini.

Barang keperluan Aidilfitri mencukupi: KPDNHEP

Posted: 09 May 2020 05:48 AM PDT

GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan tidak berlaku pembelian panik dan barang keperluan mencukupi bagi persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Singapura catat 753 kes baharu COVID-19

Posted: 09 May 2020 05:15 AM PDT

SINGAPURA: Sejumlah 753 kes baharu COVID-19 direkodkan di republik ini menjelang tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 22,460 kes.

PKP bukan halangan buat Hamiz kekal cergas

Posted: 09 May 2020 05:36 AM PDT

KUANTAN: Penjaga gol skuad hoki remaja negara, Muhammad Hamiz Mohd Ahir berkata elemen utama bagi setiap ahli sukan yang ingin melakar kejayaan adalah dengan memilik tahap kecergasan tinggi dan kemahiran jitu.

Mayat lelaki ditemui dengan kesan cedera di badan

Posted: 09 May 2020 03:20 AM PDT

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan cedera di bahagian kepala, bawah mata dan rusuk kiri di dalam sebuah rumah kosong di Jalan Pintu Pong, di sini tengah hari tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template