BH Online - Terkini |
- SPRM Kedah tahan tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang
- Perkhidmatan gunting rambut masih dilarang
- KPT bincang penyelesaian terbaik isu yuran pengajian IPT
- COVID-19: Dakwaan doktor terkemuka virus 'sudah tidak wujud' cetus perbalahan
- PKPB: 13 dikompaun lepak di Pantai Lido
- Johor tawar kursus jangka pendek percuma untuk pekerja diberhentikan
- 'Kena kecam lagi...'
- COVID-19: Kes warga asing meningkat
- Polis Miami melutut mohon ampun
- Kalendar baharu kejuaraan motosikal dunia tanpa GP Jepun
- COVID-19: 51 pulih, 38 kes baharu hari ini
- KAFA sudah serah permohonan kepada kerajaan Kelantan
- Volkanovski cabar McGregor bertarung di Fight Island
- Sambutan Gawai Dayak Sapok Biki suram
- KKM akan bentang SOP operasi TASKA kepada MKN
- United dapat sambung kontrak Ighalo
- Zii Jia kembali bersemangat di Bukit Kiara
- Tak boleh lepas tangan, kena bayar 25 peratus
- Cermin kereta Ketua AMK Pulau Pinang kena pecah
- Pendakwaan tiada bukti Najib kawal pemindahan RM42 juta
- COVID-19: Kes jangkitan Iran hampir 3,000 sehari, tertinggi dalam 2 bulan
- Al-Sultan Abdullah - Erdogan bincang cabaran tangani COVID-19
- Hamilton bidas 'bintang ternama' berkaitan isu kematian Floyd
- Berkurung di rumah elak bertembung perusuh
- Reezal puas hati proses pendaftaran peserta program RTT
- Penumpang MRT dilarang bersembang, bercakap guna telefon bimbit
- Jurulatih Liga M akur arahan MFL
- Penjelasan isu Program Saringan Prihatin PERKESO
- Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di New Zealand
- Dapatkan kebenaran polis sebelum rentas negeri
| SPRM Kedah tahan tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang Posted: 01 Jun 2020 09:19 AM PDT ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan tiga Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang termasuk seorang ketua jabatan kerana dipercayai terbabit kes rasuah. |
| Perkhidmatan gunting rambut masih dilarang Posted: 01 Jun 2020 12:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan termasuk yang dipanggil ke rumah pelanggan. |
| KPT bincang penyelesaian terbaik isu yuran pengajian IPT Posted: 31 May 2020 08:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji isu berkaitan yuran pengajian semester Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi penuntut yang terkesan akibat penularan COVID-19. |
| COVID-19: Dakwaan doktor terkemuka virus 'sudah tidak wujud' cetus perbalahan Posted: 01 Jun 2020 07:15 AM PDT ROME: Dakwaan seorang doktor terkemuka bahawa COVID-19 'sudah tidak wujud' di negara itu menggemparkan Itali, namun pada masa sama kerajaan menggesa rakyat sentiasa berhati-hati. |
| PKPB: 13 dikompaun lepak di Pantai Lido Posted: 01 Jun 2020 09:02 AM PDT JOHOR BAHRU: Seramai 13 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila didapati melepak di Pantai Lido di sini, kelmarin. |
| Johor tawar kursus jangka pendek percuma untuk pekerja diberhentikan Posted: 01 Jun 2020 08:55 AM PDT JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menawarkan lima kursus jangka pendek percuma bagi membantu anak negeri ini yang diberhentikan kerja akibat wabak COVID-19 bagi menjana pendapatan. |
| 'Kena kecam lagi...' Posted: 01 Jun 2020 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Asal ada lagu baharu, pasti isu vokal dirinya menjadi topik panas netizen. |
| COVID-19: Kes warga asing meningkat Posted: 01 Jun 2020 02:37 AM PDT PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini meningkat berikutan pertambahan kes warga asing hingga melangkaui unjuran Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan (KKM). |
| Polis Miami melutut mohon ampun Posted: 31 May 2020 09:06 PM PDT AMERIKA SYARIKAT: Polis Miami dilihat berjaya mencairkan hati penunjuk perasaan yang berhasrat menyerang mereka apabila mengambil tindakan segera berlutut memohon maaf atas insiden kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd. |
| Kalendar baharu kejuaraan motosikal dunia tanpa GP Jepun Posted: 01 Jun 2020 07:57 AM PDT PARIS: Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2020 terpaksa melupakan satu lagi pusingan perlumbaan apabila Grand Prix (GP) Jepun dibatalkan, hari ini. |
| COVID-19: 51 pulih, 38 kes baharu hari ini Posted: 01 Jun 2020 02:21 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 51 kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,404 kes atau 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. |
| KAFA sudah serah permohonan kepada kerajaan Kelantan Posted: 01 Jun 2020 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sudah mengemukakan surat kepada kerajaan negeri itu untuk memohon bantuan kewangan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang membelenggu mereka sebelum ini . |
| Volkanovski cabar McGregor bertarung di Fight Island Posted: 01 Jun 2020 07:22 AM PDT LONDON: Conor McGregor sekali lagi 'diseru' dengan kali ini dicabar juara featherweight UFC, Alexander Volkanovski. |
| Sambutan Gawai Dayak Sapok Biki suram Posted: 01 Jun 2020 07:19 AM PDT KOTA SAMARAHAN: Bekas petinju negara yang kini menjadi jurulatih skuad tinju Sarawak, Sapok Biki, mengakui sambutan Hari Gawai Dayak beliau bersama keluarganya tahun ini agak suram berbanding sebelumnya, berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19. |
| KKM akan bentang SOP operasi TASKA kepada MKN Posted: 01 Jun 2020 03:25 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). |
| United dapat sambung kontrak Ighalo Posted: 01 Jun 2020 06:58 AM PDT LONDON: Pemain penyerang, Odion Ighalo menyambung kontrak pinjaman bersama Manchester United sehingga Januari tahun depan. |
| Zii Jia kembali bersemangat di Bukit Kiara Posted: 01 Jun 2020 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mengakui hilang motivasi selepas hampir tiga bulan tidak dapat turun ke gelanggang menjalani latihan susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini. |
| Tak boleh lepas tangan, kena bayar 25 peratus Posted: 01 Jun 2020 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua pasukan perlu membayar 'pampasan' minimum sebanyak 25 peratus daripada baki kontrak pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden, Piala Belia dan skuad Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) walaupun tiga pertandingan itu musim ini sah dibatalkan. |
| Cermin kereta Ketua AMK Pulau Pinang kena pecah Posted: 01 Jun 2020 06:15 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol terkejut apabila mendapati cermin hadapan keretanya yang diletakkan di hadapan rumah di Kampung Taman Baru, Seberang Jaya, di sini pecah. |
| Pendakwaan tiada bukti Najib kawal pemindahan RM42 juta Posted: 01 Jun 2020 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai kawalan terhadap proses pemindahan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun peribadinya. |
| COVID-19: Kes jangkitan Iran hampir 3,000 sehari, tertinggi dalam 2 bulan Posted: 01 Jun 2020 05:55 AM PDT TEHRAN: Iran mencatatkan hampir 3,000 kes baharu jangkitan COVID-19, angka tertinggi dalam tempoh dua bulan, dan menjangka satu lagi 'puncak bahaya' wabak membunuh itu di Asia Barat. |
| Al-Sultan Abdullah - Erdogan bincang cabaran tangani COVID-19 Posted: 01 Jun 2020 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, hari ini. |
| Hamilton bidas 'bintang ternama' berkaitan isu kematian Floyd Posted: 01 Jun 2020 05:46 AM PDT LONDON: Juara dunia, Lewis Hamilton menyelar 'bintang ternama' yang dikuasai pelumba 'kulit putih' dalam saingan Formula Satu (F1) kerana gagal bersuara bagi menentang isu perkauman yang tercetus di sekitar Amerika Syarikat (AS) ketika ini. |
| Berkurung di rumah elak bertembung perusuh Posted: 01 Jun 2020 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Insiden kematian lelaki kulit hitam, George Floyd sehingga mencetuskan rusuhan besar-besaran di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) turut meresahkan pelajar Malaysia di negara itu. |
| Reezal puas hati proses pendaftaran peserta program RTT Posted: 01 Jun 2020 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan proses pendaftaran kemasukan pemain, jurulatih dan pegawai pada hari pertama kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, dekat sini, hari ini. |
| Penumpang MRT dilarang bersembang, bercakap guna telefon bimbit Posted: 01 Jun 2020 04:14 AM PDT JAKARTA: Pengguna perkhidmatan pengangkutan MRT di Jakarta, dilarang bersembang dengan penumpang lain atau berbual menggunakan telefon bimbit, bagi menangani penularan pandemik COVID-19. |
| Jurulatih Liga M akur arahan MFL Posted: 01 Jun 2020 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia (Liga M) sedia mematuhi arahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung larangan mengadakan aktiviti bola sepak termasuk latihan sehingga mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). |
| Penjelasan isu Program Saringan Prihatin PERKESO Posted: 01 Jun 2020 05:31 AM PDT Berikut adalah persoalan lazim dan penjelasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung perluasan skop Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO. |
| Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di New Zealand Posted: 01 Jun 2020 05:23 AM PDT WELLINGTON: Protes dan tunjuk perasaan susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, yang merebak di seluruh Amerika Syarikat (AS) turut dikongsi masyarakat dunia apabila ribuan penunjuk perasaan berarak di New Zealand.ke |
| Dapatkan kebenaran polis sebelum rentas negeri Posted: 31 May 2020 11:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan rentas negeri bagi menemui pasangan, termasuk ke Sabah dan Sarawak harus memohon kebenaran daripada polis dahulu sebelum membeli tiket penerbangan atau memulakan perjalanan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment