BH Online - Terkini |
- Syarikat penerbangan disaran tetapkan kadar tambang munasabah, tidak bebankan rakyat
- Salah 'belanja' minyak untuk semua orang
- PKPP: Kedah masih kekal 12 jemaah solat Jumaat
- Singapura mahu jadi rakan kongsi baik, sumbang kepada rantau aman damai
- Ada cubaan larikan diri dari Taman Langat Murni - Polis
- Sarawak giat buat persiapan buka sekolah 24 Jun
- SOP ibadat korban, solat Aidiladha diumum tidak lama lagi
- Schumacher jalani pembedahan lagi
- Zamrose dilantik Panglima Tentera Darat ke-28
- Rakyat Perlis tentukan status zon hijau terus kekal - MB
- 16 premis di Kompleks Pasar Meru beroperasi semula esok
- The Hive, Tuas Capital kerjasama sertai Dana PENJANA Nasional
- Berebut masuk laluan tol, dua kereta remuk
- Solat Jumaat di semua masjid di Negeri Sembilan bermula 19 Jun
- PKPP: MAIK masih kekalkan 40 jemaah solat Jumaat
- Terlepas aksi lawan MU, didenda RM268,765
- Ringgit teruskan momentum kenaikan
- Sime Darby Plantation terbit penyelidikan genom sawit
- Doktor di India 'penat' uruskan pesakit COVID-19
- Banjir, hujan ribut di China, puluhan terbunuh
- Pengawal keselamatan sekolah putus tangan ditetak dua lelaki
- Salah faham pengiraan bil didakwa naik 600 peratus - TNB
- Cuba bunuh diri setiap kali dinafikan seks
- Peranan media dihargai sebagai barisan hadapan
- Soalan lazim penangguhan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci
- 'The Rock' ahli gusti paling kaya
- Kes bunuh penghuni pusat tahfiz: Hisap ganja sebelum kejadian - Saksi
- MPM hantar surat kepada APSF
- Bursa Malaysia ditutup rendah, susut 1.14 peratus
- UTC Pahang mula beroperasi jam 8 pagi - 9 malam mulai 15 Jun ini
| Syarikat penerbangan disaran tetapkan kadar tambang munasabah, tidak bebankan rakyat Posted: 11 Jun 2020 11:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan disaran supaya sentiasa menetapkan kadar tambang munasabah dan tidak membebankan rakyat. |
| Salah 'belanja' minyak untuk semua orang Posted: 11 Jun 2020 08:42 AM PDT LONDON: Mohamed Salah sudah dilabel wira di Liverpool apabila menjadi nadi di sebalik kejayaan skuad kendalian Jurgen Klopp. |
| PKPP: Kedah masih kekal 12 jemaah solat Jumaat Posted: 11 Jun 2020 09:42 AM PDT ALOR SETAR: Bilangan jemaah solat Jumaat di masjid seluruh Kedah dikekalkan 12 orang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setakat ini. |
| Singapura mahu jadi rakan kongsi baik, sumbang kepada rantau aman damai Posted: 11 Jun 2020 09:12 AM PDT SINGAPURA: Singapura mahu menjadi rakan kongsi yang baik dan menyumbang kepada rantau aman damai, dalam usaha memerangi COVID-19, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara republik ini, Teo Chee Hean. |
| Ada cubaan larikan diri dari Taman Langat Murni - Polis Posted: 11 Jun 2020 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Ada cubaan penduduk, dipercayai warga asing, untuk melarikan diri dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni, Kuala Langat. |
| Sarawak giat buat persiapan buka sekolah 24 Jun Posted: 11 Jun 2020 07:48 AM PDT KUCHING: Sarawak akan menghantar pegawai pendidikan melawat 188 sekolah menengah yang mempunyai pelajar Tingkatan Lima dan Enam di negeri ini, selain membantu 2,644 guru dari Semenanjung untuk kembali ke Bumi Kenyalang sebelum pembukaan sekolah pada 24 Jun ini. |
| SOP ibadat korban, solat Aidiladha diumum tidak lama lagi Posted: 11 Jun 2020 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban serta solat sunat Aidiladha semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan dalam masa terdekat. |
| Schumacher jalani pembedahan lagi Posted: 11 Jun 2020 07:15 AM PDT LONDON: Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher dijadual akan menjalani pembedahan stem cell terbaru dalam masa terdekat selepas lebih enam tahun ikon dari Jerman itu mengalami insiden ngeri ketika sedang meluncur salji. |
| Zamrose dilantik Panglima Tentera Darat ke-28 Posted: 11 Jun 2020 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-28, berkuat kuasa hari ini. |
| Rakyat Perlis tentukan status zon hijau terus kekal - MB Posted: 11 Jun 2020 07:01 AM PDT KANGAR: Rakyat Perlis diminta terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan agar negeri itu terus kekal sebagai negeri zon hijau. |
| 16 premis di Kompleks Pasar Meru beroperasi semula esok Posted: 11 Jun 2020 06:49 AM PDT SHAH ALAM: Sebanyak 16 daripada 20 premis di Kompleks Pasar Meru, Klang yang diarahkan tutup pada 5 Jun lalu, dibenarkan beroperasi semula mulai esok. |
| The Hive, Tuas Capital kerjasama sertai Dana PENJANA Nasional Posted: 11 Jun 2020 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: The Hive akan bekerjasama dengan syarikat modal teroka dan pelaburan swasta serantau, Tuas Capital Partners, untuk melancarkan The Hive Southeast Asia, yang akan menyertai program padanan Dana PENJANA Nasional (PNF). |
| Berebut masuk laluan tol, dua kereta remuk Posted: 11 Jun 2020 04:46 AM PDT SHAH ALAM: Dua pemandu terselamat walaupun kenderaan masing-masing rosak teruk dalam satu kemalangan di pondok Plaza Tol Setia Alam di sini, pagi tadi. |
| Solat Jumaat di semua masjid di Negeri Sembilan bermula 19 Jun Posted: 11 Jun 2020 06:23 AM PDT SEREMBAN: Pelaksanaan solat Jumaat bagi seluruh masjid di Negeri Sembilan mengikut kapasiti masjid ditangguhkan kepada 19 Jun ini. |
| PKPP: MAIK masih kekalkan 40 jemaah solat Jumaat Posted: 11 Jun 2020 06:23 AM PDT KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) masih mengekalkan bilangan 40 jemaah solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga satu keputusan muktamad dibuat dalam masa terdekat. |
| Terlepas aksi lawan MU, didenda RM268,765 Posted: 11 Jun 2020 06:10 AM PDT LONDON: Dele Alli akan terlepas aksi menentang Manchester United selepas digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) kerana didapati mempersenda seorang lelaki Asia di media sosial. |
| Ringgit teruskan momentum kenaikan Posted: 11 Jun 2020 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup dengan meneruskan momentum meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini. |
| Sime Darby Plantation terbit penyelidikan genom sawit Posted: 11 Jun 2020 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) menerbitkan penyelidikan genom kelapa sawit yang membuka jalan kepada syarikat itu untuk mengeluarkan lebih banyak hasil kelapa sawit di kawasan tanah sedia ada. |
| Doktor di India 'penat' uruskan pesakit COVID-19 Posted: 11 Jun 2020 05:56 AM PDT NEW DELHI: Doktor di India yang sudah 'penat' menguruskan pesakit COVID-19 kini khuatir beban mereka akan bertambah berikutan peningkatan mendadak jangkitan virus itu. |
| Banjir, hujan ribut di China, puluhan terbunuh Posted: 11 Jun 2020 05:48 AM PDT BEIJING: Banjir dan tanah runtuh di selatan China mengakibatkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal selain puluhan meninggal dunia atau hilang. |
| Pengawal keselamatan sekolah putus tangan ditetak dua lelaki Posted: 11 Jun 2020 05:45 AM PDT KLANG: Seorang pengawal keselamatan putus kedua-dua belah pergelangan tangan selepas ditetak dua lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas di sebuah sekolah rendah di Kapar, pada 4 Jun lalu. |
| Salah faham pengiraan bil didakwa naik 600 peratus - TNB Posted: 11 Jun 2020 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengadakan pertemuan dengan seorang pengguna mendakwa menerima pelarasan bil dengan kenaikan 600 peratus sehingga tular dalam media sosial, semalam. |
| Cuba bunuh diri setiap kali dinafikan seks Posted: 11 Jun 2020 05:29 AM PDT BANGKOK: Sukarelawan penyelamat di daerah Samet Chonburi, Thailand sudah meluat dengan tindakan seorang lelaki cuba bunuh diri setiap kali isterinya enggan melakukan hubungan seks pada waktu malam. |
| Peranan media dihargai sebagai barisan hadapan Posted: 11 Jun 2020 05:16 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini COVID-19 kepada masyarakat. |
| Soalan lazim penangguhan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Posted: 11 Jun 2020 05:02 AM PDT S: Mengapakah penghantaran jemaah haji negara tahun ini ditangguhkan oleh Kerajaan Malaysia? |
| 'The Rock' ahli gusti paling kaya Posted: 11 Jun 2020 05:13 AM PDT LONDON: Dwayne Johnson atau dikenali sebagai 'The Rock' berada dalam senarai teratas ahli gusti yang menerima pendapatan tertinggi di dunia dengan melebihi 200 juta pound (RM1.07 bilion). |
| Kes bunuh penghuni pusat tahfiz: Hisap ganja sebelum kejadian - Saksi Posted: 11 Jun 2020 04:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes seorang remaja didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lalu, bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan menghisap ganja sebelum kejadian itu. |
| Posted: 11 Jun 2020 04:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mahu mendapatkan kepastian mengenai empat perkara utama kepada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), antaranya berkaitan keputusan akhir badan induk itu mengenai situasi Sukan Para ASEAN 2020. |
| Bursa Malaysia ditutup rendah, susut 1.14 peratus Posted: 11 Jun 2020 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini turun 1.14 peratus sejajar dengan bursa serantau lain selepas kenyataan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Rabu yang cenderung mengekalkan kadar, telah menjejaskan keyakinan pasaran. |
| UTC Pahang mula beroperasi jam 8 pagi - 9 malam mulai 15 Jun ini Posted: 11 Jun 2020 04:29 AM PDT KUANTAN: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini akan kembali beroperasi pada 15 Jun ini, selepas ditutup berikutan penularan COVID-19 sejak 18 Mac lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment