BH Online - Terkini |
- Gembira, bangga jemaah solat Jumaat patuh SOP - PM
- 'Kita masih ada ruang, kemampuan kewangan'
- 'Sebiji telur belah lapan'
- COVID-19: Ujian saringan untuk guru kembali ke Sarawak
- COVID-19: Pesakit perlu jalani ujian saringan sebelum pembedahan
- SST: PETRONAS setuju tarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah - Abang Johari
- PRK Chini: UMNO perkenal calon 18 Jun
- 3 borang pencalonan PRK DUN Chini dibeli
- Kerajaan gagal lucut hak RM100,000 dari akaun Yayasan PBAKM
- COVID-19: 40 kontak tukang gunting Pakistan disaring, jalani kuarantin
- 6 diberkas kes samun bersenjata di asrama pekerja kilang
- Khidmat gunting rambut: Caj tambahan hanya 2 barang kegunaan pelanggan - KPDNHEP
- Harga kereta Toyota, Lexus turun hingga enam peratus
- Kedah tak 'patah kaki'
- Najib mahu Sri Ram tarik diri kes pinda laporan 1MDB
- Putera William ajak Aubameyang pindah ke Villa
- Warga asing di Malaysia sebelum PKP dibenar masuk Sarawak tanpa kuarantin - JPBN
- 4 nelayan ditemui selamat
- PKPP: Aliran trafik di lebuh raya lancar, terkawal
- BAM cari gelanggang sementara
- COVID-19: India kini di kedudukan keempat dunia
- Luqman terpilih ke Belgium sebab 'kabel'?
- COVID-19: Kes baharu bimbangkan China, pembukaan sekolah rendah ditunda
- YAWAS nafi ahli SMUE akan diberi RM3,000
- COVID-19: Institusi tahfiz mohon beroperasi semula
- Austin, Hulk Hogan terhebat sepanjang zaman
- Twitter padam rangkaian maklumat 'tidak berkaitan' China
- Solat Jumaat: Orang ramai ke masjid Tawau seawal jam 10.30 pagi
- Ringgit ditutup lebih rendah
- Bursa Malaysia ditutup susut 11.23 mata
| Gembira, bangga jemaah solat Jumaat patuh SOP - PM Posted: 12 Jun 2020 11:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan perasaan gembira dan bangga susulan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid, semalam, dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. |
| 'Kita masih ada ruang, kemampuan kewangan' Posted: 08 Jun 2020 07:39 PM PDT MALAYSIA mempunyai ruang dan kemampuan kewangan untuk terus merangsang ekonomi dan memperkasakan rakyat jika sesuatu di luar jangkaan berlaku untuk tempoh akan datang. |
| 'Sebiji telur belah lapan' Posted: 30 May 2020 09:01 PM PDT PELANTIKAN Muhammad Sanusi Md Nor, sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 menandakan kembalinya PAS ke negeri Jelapang Padi. Wartawan M HIFZUDDIN IKHSAN, NOORAZURA ABDUL RAHMAN dan IZZALI ISMAIL menemu bual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu yang berkongsi misi dan hala tuju beliau untuk Kedah. |
| COVID-19: Ujian saringan untuk guru kembali ke Sarawak Posted: 11 Jun 2020 10:02 PM PDT KUCHING: Semua guru yang berkhidmat di Sarawak tetapi kini masih berada di luar negeri itu diarahkan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum kembali bertugas. |
| COVID-19: Pesakit perlu jalani ujian saringan sebelum pembedahan Posted: 12 Jun 2020 03:36 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menetapkan prosedur setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan, perlu melalui ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. |
| SST: PETRONAS setuju tarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah - Abang Johari Posted: 12 Jun 2020 09:38 AM PDT PETRA JAYA: Prosiding di Mahkamah Rayuan pada 23 Jun ini hanya prosedur undang-undang untuk Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini berhubung Cukai Jualan Negeri (SST), kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. |
| PRK Chini: UMNO perkenal calon 18 Jun Posted: 10 Jun 2020 01:20 AM PDT PONTIAN: UMNO dijangka memperkenalkan calonnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 18 Jun ini. |
| 3 borang pencalonan PRK DUN Chini dibeli Posted: 09 Jun 2020 04:04 AM PDT KUANTAN: Tiga borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dibeli daripada pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Pahang setakat ini. |
| Kerajaan gagal lucut hak RM100,000 dari akaun Yayasan PBAKM Posted: 10 Jun 2020 08:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Malaysia untuk melucut hak wang RM100,000 didakwa diterima Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) daripada Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| COVID-19: 40 kontak tukang gunting Pakistan disaring, jalani kuarantin Posted: 12 Jun 2020 03:15 AM PDT PUTRAJAYA: Seramai 40 kontak rapat kepada seorang tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19, sudah menjalani saringan dan diarahkan kuarantin di rumah. |
| 6 diberkas kes samun bersenjata di asrama pekerja kilang Posted: 12 Jun 2020 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis memberkas enam lelaki tempatan disyaki terbabit kes samun bersenjata pada Sabtu lalu di sebuah asrama pekerja kilang di kawasan industri Rawang, dekat sini. |
| Khidmat gunting rambut: Caj tambahan hanya 2 barang kegunaan pelanggan - KPDNHEP Posted: 12 Jun 2020 08:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan dandanan dan gunting rambut hanya dibenar mengenakan caj tambahan untuk dua barangan kegunaan pelanggan, iaitu alas gunting rambut pakai buang serta set sarung tangan. |
| Harga kereta Toyota, Lexus turun hingga enam peratus Posted: 11 Jun 2020 11:35 PM PDT KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar model Toyota dan Lexus di Malaysia mengumumkan pengurangan harga sehingga enam peratus berkuatkuasa Isnin ini. |
| Kedah tak 'patah kaki' Posted: 12 Jun 2020 08:37 AM PDT ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yakin skuad Lang Merah masih kukuh meskipun berhadapan tekanan isu gaji tertunggak dan berita mengejut mengenai seorang pemain mahu meninggalkan pasukan itu. |
| Najib mahu Sri Ram tarik diri kes pinda laporan 1MDB Posted: 12 Jun 2020 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan supaya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menarik diri daripada mengendalikan pendakwaan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. |
| Putera William ajak Aubameyang pindah ke Villa Posted: 12 Jun 2020 07:52 AM PDT LONDON: Putera William secara terbuka cuba memancing kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk beraksi dengan kelab kegemarannya, Aston Villa ketika persidangan video Zoom bersama bintang The Gunners. |
| Warga asing di Malaysia sebelum PKP dibenar masuk Sarawak tanpa kuarantin - JPBN Posted: 12 Jun 2020 07:43 AM PDT KUCHING: Semua warga asing meliputi pemegang permit kerja serta visa yang sah dan peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang telah berada di Malaysia sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa kuarantin, berkuat kuasa hari ini. |
| Posted: 12 Jun 2020 06:55 AM PDT GEORGETOWN: Empat nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Kendi, dekat sini, tengah hari tadi, ditemui selamat kira-kira jam 5.30 petang. |
| PKPP: Aliran trafik di lebuh raya lancar, terkawal Posted: 12 Jun 2020 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dilaporkan lancar dan terkawal, setakat jam 9 malam tadi. |
| Posted: 12 Jun 2020 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada bagi membolehkan skuad pelapis kebangsaan kembali menjalani latihan dalam masa terdekat. |
| COVID-19: India kini di kedudukan keempat dunia Posted: 12 Jun 2020 05:38 AM PDT NEW DELHI: Jangkitan COVID-19 di India melonjak mengatasi jumlah kes yang direkodkan di United Kingdom (UK), menjadikannya negara keempat paling teruk terjejas di dunia. |
| Luqman terpilih ke Belgium sebab 'kabel'? Posted: 12 Jun 2020 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Adakah rakyat Malaysia 'dipermainkan' dalam urusan perpindahan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ke kelab Belgium, KV Kortrijk? |
| COVID-19: Kes baharu bimbangkan China, pembukaan sekolah rendah ditunda Posted: 12 Jun 2020 06:12 AM PDT BEIJING: Beijing akan menangguhkan pembukaan sekolah rendah selepas tiga kes baharu COVID-19 dikesan di ibu negara, yang pertama dalam tempoh dua bulan selepas tiada sebarang jangkitan direkodkan. |
| YAWAS nafi ahli SMUE akan diberi RM3,000 Posted: 12 Jun 2020 06:22 AM PDT SHAH ALAM: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menafikan berita tular dalam media sosial kononnya wang tunai RM3,000 akan diberikan kepada ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE). |
| COVID-19: Institusi tahfiz mohon beroperasi semula Posted: 12 Jun 2020 01:20 AM PDT PUTRAJAYA: Sektetariat Khas Pendemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara memohon semua institusi dan maahad tahfiz dibenarkan kembali beroperasi pada 24 Jun ini. |
| Austin, Hulk Hogan terhebat sepanjang zaman Posted: 12 Jun 2020 05:52 AM PDT NEW YORK: Siapa bintang terhebat WWE sepanjang zaman? Apa yang membuatkan bintang gusti itu dilabel sebagai bintang? Adakah kerana perlawanan dan gerakannya? Perlawanan yang pecah panggung? Karisma atau semua di atas? |
| Twitter padam rangkaian maklumat 'tidak berkaitan' China Posted: 12 Jun 2020 05:52 AM PDT HONG KONG: Twitter hari ini memaklumkan ia sudah memadam lebih 17,000 akaun berkaitan kempen kerajaan China yang menjadikan gerakan pro demokrasi Hong Kong sebagai sasaran. |
| Solat Jumaat: Orang ramai ke masjid Tawau seawal jam 10.30 pagi Posted: 12 Jun 2020 04:45 AM PDT TAWAU: Orang ramai hadir ke Masjid Al-Kauthar Tawau (MAKT) untuk menunaikan solat Jumaat, hari ini, berikutan salah faham terhadap pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, semalam. |
| Posted: 12 Jun 2020 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan pergerakannya turut dipengaruhi oleh harga minyak, yang kini diniagakan di bawah AS$40 setong. |
| Bursa Malaysia ditutup susut 11.23 mata Posted: 12 Jun 2020 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini meskipun meningkat ke paras tertinggi hariannya, untuk susut sebanyak 0.72 peratus sejajar dengan prestasi bursa serantau lain selepas penurunan di Wall Street semalaman, kata peniaga. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment