Wednesday, June 17, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: Sekurang-kurangnya 445,213 penduduk dunia maut

Posted: 17 Jun 2020 03:31 PM PDT

PARIS: Pandemik COVID-19 yang mula tercetus di China pada Disember lalu kini membunuh sekurang-kurangnya 445,213 orang.

Pegawai polis tembak mati Rayshard Brooks berdepan tuduhan membunuh

Posted: 17 Jun 2020 03:43 PM PDT

ATLANTA: Seorang pegawai polis Atlanta dikenakan tuduhan membunuh, selepas menembak mati lelaki berusia 27 tahun dari belakang, kata pegawai kehakiman pada Rabu, dalam kes terbaharu yang mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap pembunuhan penduduk Afrika-Amerika oleh polis.

COVID-19: WHO hentikan percubaan hidroksiklorokuin ke atas pesakit

Posted: 17 Jun 2020 03:19 PM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan pada Rabu untuk menghentikan percubaan hidroksiklorokuin sebagai rawatan berpotensi untuk pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital kerana mendapati ia tidak mengurangkan kadar kematian.

Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen didakwa hari ini

Posted: 17 Jun 2020 02:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun di Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli keluarganya akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan pecah amanah membabitkan kerugian RM2.6 juta.

Resorts World Genting dibuka semula Jumaat ini

Posted: 17 Jun 2020 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Resorts World Genting (RWG) akan dibuka semula mulai Jumaat ini dengan langkah keselamatan yang dipertingkatkan.

Program MYHaus bantu sediakan rumah selesa kepada golongan sasar

Posted: 17 Jun 2020 01:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan program MYHaus bagi membantu kumpulan sasar untuk mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa.

Kegagalan struktur punca kerangka runtuh

Posted: 17 Jun 2020 02:24 AM PDT

KLANG: Kegagalan struktur kerangka besi ketika kerja menuang konkrit dalam projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Batu 2, Jalan Meru, di sini dipercayai menyebabkan struktur itu bengkok.

Warga asing 'takluk' Gelang Patah, cetus kebimbangan penularan COVID-19

Posted: 16 Jun 2020 07:29 PM PDT

ISKANDAR PUTERI: Gelang Patah, di sini, ibarat ditawan warga asing apabila deretan kedai dikuasai pendatang sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan kebimbangan risiko penularan wabak COVID-19 di kawasan itu.

Najib mohon dibebaskan, dakwa tuduhan tidak berasas

Posted: 17 Jun 2020 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menimbang untuk memohon dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

MAIWP belanja RM190 juta bantu golongan susah ketika PKP

Posted: 16 Jun 2020 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membelanjakan RM190 juta bagi membantu golongan menghadapi kesukaran sepanjang tempoh dua bulan pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

IKBN Pekan lokasi penamaan calon PRK Chini

Posted: 16 Jun 2020 05:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang sebagai pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang.

Beri ruang calon kempen di radio, televisyen

Posted: 17 Jun 2020 12:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran bekerjasama dengan media kerajaan dan swasta bagi memudahkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berkempen.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan perkenan solat Jumaat di semua masjid, surau Jumaat mulai 19 Jun

Posted: 17 Jun 2020 10:40 AM PDT

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, memperkenankan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau Jumaat di negeri ini, bermula Jumaat ini.

PKPP: Tiada larangan kanak-kanak keluar, riadah

Posted: 16 Jun 2020 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak tidak dilarang untuk beriadah di taman permainan dan meluangkan masa di pusat beli-belah bersama keluarga, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

Jumlah pelanggan restoran ikut saiz meja

Posted: 17 Jun 2020 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelanggan restoran kini tidak lagi dihadkan, sebaliknya boleh duduk sekali berdasarkan saiz meja.

COVID-19: Kejayaan Malaysia perlu jadi contoh kepada Barat

Posted: 17 Jun 2020 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan awal, pengalaman menghadapi wabak, tindakan segera menaik taraf kemudahan kesihatan, kecekapan pelaksanaan ujian saringan dalam kapasiti besar, selain pasukan perubatan yang bekerja dengan pengetahuan serta sumber yang ada.

Tuck mahu gantung but di Malaysia

Posted: 17 Jun 2020 07:56 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pemain berdarah kacukan Malaysia-England, Lee Tuck membayangkan keinginan untuk bersara di negara ini terutama bersama pasukan yang diwakilinya ketika ini, Terengganu FC (TFC).

COVID-19: Indonesia catat kes tertinggi di Asia Tenggara

Posted: 17 Jun 2020 05:37 AM PDT

JAKARTA: Jumlah jangkitan COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 41,431 kes hari ini, menurut pegawai kanan kesihatan, sekali gus menjadikan negara itu paling teruk terkesan di Asia Tenggara.

BERSATU Johor sokong penuh Muhyiddin

Posted: 17 Jun 2020 10:15 AM PDT

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor memutuskan untuk menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan pemangku Pengerusi parti itu.

Salah guna wang zakat: Bekas guru besar dihukum penjara 4 tahun, denda RM10,000

Posted: 17 Jun 2020 09:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas guru besar dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyalahgunakan wang zakat sumbangan sebuah syarikat yang sepatutnya disalurkan kepada murid sekolah rendah.

Lelaki mati di lokap: Polis jelaskan hasil siasatan kepada Kedutaan Nepal hari ini

Posted: 17 Jun 2020 09:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan memberi penjelasan kepada Kedutaan Nepal, di sini, hari ini, berhubung hasil siasatan kes didakwa membabitkan seorang warga negara itu yang mati di lokap Jinjang pada 31 Mei lalu.

JPNT beri kelonggaran suhu badan pelajar diperiksa dalam kawasan sekolah

Posted: 17 Jun 2020 09:14 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pihak pengurusan di 151 sekolah menengah untuk melakukan pemeriksaan suhu badan pelajar dalam kawasan sekolah.

Tidak tahu dari mana datangnya RM4.5 juta dalam akaun syarikat - Saksi

Posted: 17 Jun 2020 08:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa isteri kepada pengurup wang, Omar Ali Abdullah yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak tahu dari mana datangnya wang berjumlah RM4,559,036 dalam akaun syarikatnya.

Polis tidak sewenang-wenangnya guna SOSMA - Pengarah JSJ Bukit Aman

Posted: 17 Jun 2020 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mana-mana individu tanpa alasan kukuh mengikut undang-undang.

Norhafiz bersyukur dapat kembali berlatih

Posted: 17 Jun 2020 07:55 AM PDT

SEREMBAN: "Tidak dinafikan selama tiga bulan tak sentuh bola di padang memang nampak berkarat. Namun Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya kami dapat berlatih secara berpasukan," kata kapten pasukan Negeri Sembilan (NS), Norhafiz Zamani Misbah.

Polis terima 113 laporan berhubung kenyataan Siti Kassim

Posted: 17 Jun 2020 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menerima 113 laporan di seluruh negara, setakat ini, berhubung kenyataan dimuat naik aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, dalam Facebook beliau, baru-baru ini.

FELDA United selesai jalani ujian calitan

Posted: 17 Jun 2020 07:40 AM PDT

KUANTAN: Semua pemain dan pegawai FELDA United FC selesai menjalani ujian calitan sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Hannah Yeoh akan dipanggil rekod keterangan di Bukit Aman - Polis

Posted: 17 Jun 2020 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, ke Bukit Aman untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam Facebook, baru-baru ini.

Mayat bayi lelaki ditemui terapung

Posted: 17 Jun 2020 06:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat bayi lelaki di kawasan Pantai Pengkalan Maras, hari ini.

Brazil lapor peningkatan harian tertinggi COVID-19

Posted: 16 Jun 2020 09:00 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Brazil semalam merekodkan peningkatan harian tertinggi apabila mencatatkan hampir 35,000 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template