Thursday, June 18, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


5 warga Indonesia ditahan di perairan dekat Perak

Posted: 18 Jun 2020 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: National Task Force (NTF) Malaysia menahan lima nelayan warga Indonesia kerana berada di perairan negara, kira-kira 9.05 pagi tadi.

Parah ditetak rakan sekerja

Posted: 18 Jun 2020 08:13 AM PDT

LIMBANG: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu penghantar barang, parah ditetak rakan sekerja yang tidak puas hati isu pembahagian kerja.

Jendela perpindahan Eropah ditutup serentak 5 Oktober

Posted: 18 Jun 2020 07:51 AM PDT

LAUSANNE: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mahukan jendela perpindahan Eropah ditutup serentak pada 5 Oktober ini sebelum aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan Liga Europa musim hadapan.

Bayi tiga bulan meninggal ketika tidur

Posted: 18 Jun 2020 07:34 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidur di rumah pengasuhnya di Taman Universiti, dekat sini.

UKM FC tak tergesa-gesa turun berlatih

Posted: 18 Jun 2020 07:17 AM PDT

SEREMBAN: Ketika beberapa pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersiap sedia mendapatkan kebenaran menjalani latihan, berbeza pula buat pasukan UKM FC yang tidak mahu tergesa-gesa untuk memulakan latihan.

Roshadi akui berdepan kesukaran normal baharu

Posted: 18 Jun 2020 07:12 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Roshadi Wahab mengakui bakal berdepan kesukaran untuk 'mengurus' latihan pasukannya dalam suasana normal baharu ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tiada kompromi bagi pegawai, anggota terbabit seludup PATI - Affendi

Posted: 18 Jun 2020 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggotanya yang terbabit dalam melakukan apa jua kegiatan jenayah.

489 kakitangan perubatan Russia maut akibat COVID-19

Posted: 18 Jun 2020 06:49 AM PDT

MOSCOW: Hampir 500 kakitangan perubatan di Russia yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia, berdasarkan statistik rasmi.

SPRM tahan pegawai kanan polis

Posted: 18 Jun 2020 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah, hari ini.

Solskjaer puji Rashford bantu keluarga daif

Posted: 18 Jun 2020 06:41 AM PDT

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memuji usaha Marcus Rashford yang membantu keluarga susah supaya tidak kelaparan ketika coronavirus dan menyatakan inisiatif itu lebih penting daripada apa yang dilakukan olehnya di atas padang.

Pelajar universiti Asia Barat disaran lanjut pengajian dalam negeri

Posted: 18 Jun 2020 06:31 AM PDT

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak menyarankan semua pelajar universiti di Asia Barat yang berasal dari negeri ini namun dihantar pulang ke Malaysia, susulan pandemik COVID-19 supaya meneruskan pengajian mereka di universiti tempatan.

Liek Hou mahu capai tahap terbaik sebelum Paralimpik Tokyo

Posted: 18 Jun 2020 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou kini bekerja keras untuk mendapatkan semula penampilan terbaiknya selepas kembali menjalani latihan seperti biasa, dua minggu lalu.

Perompak bersenjata sabit maut ditembak pengawal keselamatan bank

Posted: 18 Jun 2020 05:28 AM PDT

KOTA TINGGI: Seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank cawangan Air Tawar 5, di sini dalam insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi.

Kenaikan bil elektrik jadi kebimbangan global

Posted: 18 Jun 2020 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ada sebahagian daripada kita yang terkejut apabila melihat bil elektrik mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB). Ini telah mencetuskan perdebatan sama ada apakah bil elektrik kita terlalu tinggi?

Pingat anugerah Agong lonjak semangat Ju Pha

Posted: 18 Jun 2020 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP) yang diterima Ju Pha Som Net, melonjakkan lagi semangatnya untuk terus mengharumkan nama negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai seorang atlet serta anggota polis.

Perak terima 2,695 tempahan bilik hotel

Posted: 18 Jun 2020 04:28 AM PDT

BATU GAJAH: Perak menerima 2,695 tempahan bilik hotel sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), membabitkan 58 pengusaha yang dihubungi secara terus sebaik pembukaan semula pelancongan domestik.

35,000 pas MY30 dijual sejak diperkenalkan

Posted: 18 Jun 2020 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,000 pas perjalanan tanpa had, MY30 terjual dalam tempoh tiga hari, sejak diperkenalkan Isnin lalu.

Perlis benar aktiviti imarah masjid bersyarat

Posted: 18 Jun 2020 05:38 AM PDT

KANGAR: Perlis memberi kelonggaran dengan membenarkan jemaah berusia 60 tahun ke atas dan berpenyakit kronik untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat bermula Sabtu ini.

COVID-19: Jumlah pesakit pulih hampir 95 peratus

Posted: 18 Jun 2020 01:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Jumlah kes pulih daripada COVID-19 kini sudah menghampiri 95 peratus dengan pertambahan 127 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

2 rakyat Malaysia ditahan di Australia, seludup dadah

Posted: 18 Jun 2020 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana disyaki mendalangi kegiatan penyeludupan 360 kilogram dadah jenis kristal methamphetamine, dianggarkan bernilai AUD180 juta (RM530 juta) yang disorok di dalam kontena perabot, semalam.

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan umum tanding

Posted: 18 Jun 2020 05:06 AM PDT

PEKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada 4 Julai ini.

Aplikasi Google Maps bantu rancang perjalanan Rapid Bus

Posted: 18 Jun 2020 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) melancarkan perkongsian data melalui aplikasi Google Maps yang membolehkan penumpang menyemak lokasi semasa sebenar (real time) bagi hampir 170 laluan bas di Lembah Klang dan Selangor.

Warga AS ditahan di Jakarta atas tuduhan seks

Posted: 18 Jun 2020 05:03 AM PDT

JAKARTA: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) dalam buruan kerana terbabit penipuan mata wang kripto ditahan di Jakarta atas tuduhan seks.

Isu siapa PM dalam PH Plus belum ada kata putus

Posted: 18 Jun 2020 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu penentuan siapa bakal Perdana Menteri dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan sekutunya masih belum selesai.

Selangor perkenal kaedah tempahan rumah ibadat bukan Islam

Posted: 18 Jun 2020 03:25 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk melaksanakan sistem tempahan bagi individu bukan Islam yang ingin mengunjungi rumah ibadat masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sehari lagi, HUAWEI nova 7 SE dan FreeBuds 3i akan tiba kurang daripada 24 jam

Posted: 18 Jun 2020 04:44 AM PDT

Hanya satu hari lagi! HUAWEI nova 7 SE hampir tiba dan ramai yang tidak sabar menanti kehadiran telefon pintar baharu ini.

Skywalk di Betong 'hubungkan' pelancongan Thailand-Malaysia

Posted: 18 Jun 2020 04:18 AM PDT

BANGKOK: Daerah di selatan Thailand, Betong, bakal mempunyai 'skywalk' menjelang akhir tahun ini sebagai mercu tanda utama bermatlamat menarik lebih ramai pelancong.

Kemboja percaya semangat multilateralisme untuk tangani ancaman masa depan

Posted: 18 Jun 2020 04:14 AM PDT

PHNOM PENH: Kemboja menegaskan hanya kerjasama dan koordinasi pelbagai peringkat membabitkan semua negara termasuk ASEAN dapat menangani sebarang ancaman global secara berkesan.

Zahid bayar tunai lebih RM1.4 juta ubah suai banglo - Saksi

Posted: 18 Jun 2020 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayar RM1,424,643.40 secara tunai kepada kontraktor untuk kos ubah suai sebuah banglo di Country Heights, Kajang yang dibeli adik bekas timbalan perdana menteri itu.

Lelaki bakar diri dengan memangku bayi

Posted: 18 Jun 2020 04:11 AM PDT

SEOUL: Seorang lelaki yang sedang memangku bayi bertindak membakar diri sendiri dalam cubaan bunuh diri, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template