Tuesday, June 2, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lesung batu, gigi palsu jadi kiriman ketika PKP, PKPB

Posted: 01 Jun 2020 11:40 PM PDT

SEGAMAT: Lesung batu menjadi antara barangan popular menerusi penghantaran bungkusan di daerah ini, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu.

Najib tidak patut dihukum berdasarkan pendapat umum - Peguam

Posted: 02 Jun 2020 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya dihukum semata-mata berdasarkan pendapat umum.

KPKT sedia timbang cadangan kaji semula undang-undang jual arak

Posted: 01 Jun 2020 08:32 PM PDT

TELUK INTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menimbang cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Macau Scam: Wanita warga emas kerugian RM682,000

Posted: 02 Jun 2020 09:03 AM PDT

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas berusia 69 tahun mengalami kerugian RM682,000 dipercayai terperdaya dengan sindiket Macau Scam.

COVID-19: Kluster baharu di pangsapuri Cheras - KP Kesihatan

Posted: 02 Jun 2020 02:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di sebuah pangsapuri Cheras yang sudah menjangkiti enam individu, setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tindakan pelbagai hala tangani gejala minum arak - ACCIN

Posted: 02 Jun 2020 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin pelbagai agama di negara ini perlu bekerjasama mencari penyelesaian masalah pengambilan alkohol sehingga membawa kemudaratan seperti kemalangan jalan raya dan keganasan rumah tangga.

MMU pertimbang kurangkan yuran pelajar

Posted: 02 Jun 2020 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Multimedia (MMU) mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan dua yuran pengajian semester, iaitu yuran aktiviti dan yuran sumber pelajarnya.

COVID-19: 35 pegawai kanan kerajaan diarah jalani kuarantin diri

Posted: 23 May 2020 03:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 35 pegawai kanan kerajaan kini menjalani kuarantin diri selama 14 hari, selepas menghadiri mesyuarat bersama seorang yang dikesan positif COVID-19.

Semua kakitangan di depoh tahanan wajib ujian saringan

Posted: 26 May 2020 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pegawai, kakitangan sokongan dan pihak yang berurusan secara langsung dengan depoh tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan diwajibkan membuat ujian saringan COVID-19.

64 kompaun kesalahan ziarah Aidilfitri

Posted: 28 May 2020 12:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Polis mengeluarkan sebanyak 64 kompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan kesalahan ziarah Aidilfitri semalam.

Tiada kompaun ziarah Aidilfitri semalam

Posted: 01 Jun 2020 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menahan seramai 43 pesalah selain mengeluarkan kompaun kepada 356 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

COVID-19: Annuar sahkan surat arahan aktiviti kawalan, pensampelan di Pangsapuri Segar Ria

Posted: 02 Jun 2020 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, hari ini mengesahkan surat arahan berhubung aktiviti kawalan dan pensampelan COVID-19 ke atas penghuni di Blok D, Pangsapuri Segar Ria, Taman Bukit Segar, Cheras, yang tular semalam adalah tulen.

India pindahkan lebih 10,000 orang menjelang taufan

Posted: 02 Jun 2020 07:28 AM PDT

MUMBAI: Lebih daripada 10,000 orang, termasuk beberapa pesakit COVID-19, dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat hari ini ketika pantai barat India bersiap-siap menghadapi taufan, ribut pertama yang mengancam Mumbai dalam tempoh lebih 70 tahun.

Pekerja Indonesia maut dihempap sisa runtuhan dinding rumah

Posted: 02 Jun 2020 06:53 AM PDT

IPOH: Seorang pekerja warga Indonesia maut apabila dihempap sisa runtuhan dinding sebuah kediaman di Taman Silibin Indah, di sini, petang tadi.

Khabib enggan jalani ujian COVID-19

Posted: 02 Jun 2020 05:03 AM PDT

LONDON: Khabib Nurmagomedov dilapor enggan menjalani ujian COVID-19, selain menggesa pihak perubatan supaya memberi tumpuan kepada usaha menyembuhkan bapanya yang masih sakit.

Khairulnizam teruja kembali berlatih selepas 3 bulan `terkurung'

Posted: 02 Jun 2020 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy teruja untuk kembali turun ke laut selepas hampir tiga bulan terpaksa 'berkurung' di rumah susulan pandemik COVID-19.

14 remaja bawah umur antara 20 ditahan berpesta dadah

Posted: 02 Jun 2020 06:55 AM PDT

GEORGETOWN: Seramai 20 individu termasuk 14 murid sekolah menengah bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malah berpesta dadah dalam sambutan hari jadi di dua unit apartmen disewa mereka di sini, malam kelmarin.

S P Setia raikan Pasukan Petugas Vic COVID-19 di Melbourne

Posted: 02 Jun 2020 06:52 AM PDT

HARI Raya tahun ini adalah yang tidak dapat dilupakan bagi kebanyakan rakyat Malaysia di Melbourne, Australia yang tidak dapat pulang susulan penularan COVID-19 ketika ini.

Prudential Malaysia tawar perlindungan COVID-19 lebih RM2 juta

Posted: 02 Jun 2020 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menjadi syarikat insurans dan pengendali takaful pertama yang memberi perlindungan khas COVID-19, sebanyak lebih RM2 juta untuk pelanggannya dan juga bukan pelanggannya.

F1 umum jadual 8 perlumbaan di Eropah

Posted: 02 Jun 2020 06:39 AM PDT

PARIS: Jadual musim baharu Formula Satu (F1) dipendekkan bermula dengan dua perlumbaan tanpa penonton di Austria pada 5 Julai dan 12 Julai, sebelum selebihnya berlangsung di enam Grand Prix (GP) di Eropah, kata pihak penganjur.

COVID-19: Thailand rekod satu kes baharu, satu lagi kematian

Posted: 02 Jun 2020 06:35 AM PDT

BANGKOK: Thailand melaporkan satu kematian akibat COVID-19 dan satu kes positif baharu membabitkan pelajar Thai yang baru kembali dari Arab Saudi dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah terkumpul kematian dan kes positif COVID-19 di negara itu masing-masing 58 dan 3,083.

COVID-19: Hanya 20 kes baharu

Posted: 02 Jun 2020 02:22 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 66 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 6,470 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

FIH tambah kuota kelayakan automatik Piala Dunia 2022/23

Posted: 02 Jun 2020 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menambah kuota kelayakan ke Piala Dunia 2022/23 menerusi kejohanan-kejohanan benua daripada enam ke sebelas negara.

COVID-19: Sikap rakyat faktor gelombang kedua jangkitan meningkat di Iran

Posted: 02 Jun 2020 06:15 AM PDT

TEHRAN: Iran hari ini menyuarakan kekesalan terhadap sikap rakyatnya yang mengabaikan amalan penjarakan sosial susulan 3,000 jangkitan kes baharu dilaporkan dalam gelombang kedua wabak berkenaan yang terus memuncak.

4 polis AS cedera ditembak dalam protes di St Louis

Posted: 02 Jun 2020 06:06 AM PDT

WASHINGTON: Empat pegawai polis Amerika Syarikat (AS) ditembak dan cedera di bandar Midwestern, St Louis, Missouri, semasa tunjuk perasaan berhubung pembunuhan George Floyd yang berubah menjadi ganas, kata polis pada awal hari ini.

Sesi mediasi di mahkamah boleh guna Skype, Zoom

Posted: 02 Jun 2020 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan mediasi di mahkamah kini boleh dijalankan secara dalam talian tanpa memerlukan kehadiran pihak yang terbabit.

TUNTUT buat laporan SPRM terhadap Guan Eng, Tommy

Posted: 02 Jun 2020 05:12 AM PDT

SHAH ALAM: Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, hari ini.

FINAS ingatkan syarikat produksi patuh SOP

Posted: 02 Jun 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengingatkan semua syarikat produksi mematuhi prosedur operasi standard (OSP) yang ditetapkan kerajaan sebaik memulakan aktiviti penggambaran, minggu depan.

Video tular polis tendang suspek: Siasatan dalaman dijalankan

Posted: 02 Jun 2020 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular dalam media sosial menunjukkan anggota polis menendang seorang suspek berhampiran Tasik Ampang Hilir, di sini, semalam.

DRB-HICOM beli baki kepentingan MCVSB RM100 juta

Posted: 02 Jun 2020 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd mengambil alih baki kepentingan 49 peratus pegangan saham dalam Media City Ventures Sdn Bhd (MCVSB) dengan nilai RM100 juta.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template