Monday, June 22, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Beku pengambilan pekerja asing hingga akhir tahun - Saravanan

Posted: 22 Jun 2020 08:30 AM PDT

PUTRAJAYA: Pengambilan pekerja asing dalam semua sektor dibekukan hingga hujung tahun ini.

COVID-19: KKM henti guna hydroxychloroquine

Posted: 22 Jun 2020 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk meneruskan rawatan dan kajian saintifik menggunakan hydroxychloroquine ke atas pesakit COVID-19.

KKM kaji respon antibodi bekas pesakit COVID-19

Posted: 22 Jun 2020 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kajian baharu berhubung antibodi pesakit COVID-19 yang sudah pulih dalam masa terdekat.

Da Sylva enggan letak sasaran Kasut Emas

Posted: 22 Jun 2020 07:27 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Penyerang Import Terengganu FC (TFC) kelahiran Mauritania, Dominique Da Sylva yang memulakan latihan pertama petang tadi enggan meletakkan sasaran peribadi untuk mengekalkan status sebagai penjaring terbanyak Liga Super.

KKM masih perketat sesi melawat pesakit

Posted: 22 Jun 2020 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) masih memperketatkan sesi melawat pesakit di hospital di seluruh negara, ketika ini.

COVID-19: Kluster Pedas jangkiti 316 individu

Posted: 22 Jun 2020 02:26 AM PDT

PUTRAJAYA: Kluster Pedas kini sudah menjangkiti 316 individu termasuk 12 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Gunung Kanlaon mungkin meletus, dipantau rapi sejak semalam

Posted: 22 Jun 2020 07:02 AM PDT

MANILA : Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) memantau rapi Gunung Kanlaon, sebuah gunung berapi aktif di wilayah Negros Occidental di tengah Filipina, selepas merekodkan lebih 130 gegaran kecil sejak semalam.

Jepun benar 5,000 penonton bola sepak, besbol masuk stadium

Posted: 22 Jun 2020 06:52 AM PDT

TOKYO: Jepun membenarkan 5,000 penonton untuk hadir menyaksikan perlawanan bola sepak dan besbol bermula 10 Julai ini selepas acara sukan itu sebelum ini ditangguhkan akibat coronavirus.

Vertonghen, Vorm lanjut kontrak bersama Spurs

Posted: 22 Jun 2020 06:16 AM PDT

LONDON: Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen bersetuju melanjutkan kontraknya hingga akhir musim ini, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Megat sedia bantu polis isu ceroboh Stadium Hoki KL

Posted: 22 Jun 2020 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin sedia memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), berhubung dakwaan terdapat pencerobohan di Stadium Hoki Kuala Lumpur (KL), baru-baru ini.

Pandemik COVID-19 terus meningkat - WHO

Posted: 22 Jun 2020 06:03 AM PDT

DUBAI: Pandemik COVID-19 terus meningkat dan kesannya akan dapat dirasakan untuk beberapa dekad lagi, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

93% guru pilih mengajar dalam kelas

Posted: 22 Jun 2020 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 93 peratus warga pendidik di negara ini memilih kaedah pembelajaran secara bersemuka sebagai pilihan utama kepada proses pembelajaran dan pengajaran (PnP) murid di sekolah.

4 pemburu haram ditahan kerana bunuh harimau

Posted: 22 Jun 2020 05:50 AM PDT

BANDA ACEH: Polis Indonesia menahan empat pemburu haram kerana membunuh seekor harimau Sumatera yang juga spesies hidupan liar yang amat terancam.

Bekas guru lakukan amang seksual dipenjara 21 tahun

Posted: 22 Jun 2020 05:44 AM PDT

PHNOM PENH: Seorang bekas guru warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS, kerana melakukan amang seksual di Kemboja.

COVID-19: Kali kedua tiada penularan warga tempatan

Posted: 22 Jun 2020 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada penularan jangkitan COVID-19 berlaku dalam kalangan warga tempatan semalam, sekali gus situasi itu adalah kali kedua dikesan berlaku, sejak 9 Jun lalu.

Pawagam tunggu SOP

Posted: 22 Jun 2020 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pemilik rangkaian pawagam di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas akur prosedur operasi standard (SOP) dikenakan kerajaan apabila panggung wayang dibenarkan dibuka semula, mulai 1 Julai ini.

Pemain tenis Croatia positif COVID-19

Posted: 22 Jun 2020 05:04 AM PDT

PARIS: Pemain Croatia, Borna Coric mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas bermain dalam satu perlawanan pertunjukan di Croatia yang turut disertai pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Ringgit ditutup lebih rendah

Posted: 22 Jun 2020 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit turun daripada kenaikan baru-baru ini untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini meskipun pemulihan harga minyak, di tengah-tengah kebimbangan terhadap COVID-19 apabila bilangan kes kembali meningkat di seluruh dunia.

Peraturan bayar cukai taksiran wujud sejak dulu - Peguam

Posted: 22 Jun 2020 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, peraturan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mewajibkan setiap individu membayar cukai apabila menerima notis taksiran, terpakai kepada semua rakyat di negara ini termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia teruskan usaha perkukuh dagangan sawit dengan India

Posted: 22 Jun 2020 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia terus berusaha untuk mewujudkan hubungan perdagangan lebih baik dengan India di samping menangani beberapa isu yang menidakkan bahagian minyak sawit negara dalam pasaran global.

24,000 aduan isu kebajikan, buang pekerja sepanjang PKP

Posted: 22 Jun 2020 04:34 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menerima hampir 24,000 aduan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung isu kebajikan dan pembuangan pekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buru dalang tawar khidmat penyeludupan PATI melalui Facebook

Posted: 22 Jun 2020 03:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ejen atau sindiket tertentu yang menawarkan khidmat penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menghubungkan negara ini dan Indonesia melalui Facebook.

Dibenar beroperasi, FINAS jumpa pengendali pawagam

Posted: 22 Jun 2020 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mendapatkan maklum balas Persatuan Pemamer Filem Malaysia (PPFM) mengenai keputusan kerajaan membenarkan pawagam beroperasi semula dengan kapasiti 250 orang penonton.

Denggi terus meningkat ketika Asia Tenggara bergelut dengan COVID-19

Posted: 22 Jun 2020 03:32 AM PDT

SINGAPURA: Perintah larangan keluar rumah berjaya membendung penularan COVID-19, namun beberapa kawasan di Asia Tenggara kini diancam pula peningkatan ketara kes demam denggi.

Zaquan dapat Porsche hijau sempena Hari Bapa?

Posted: 22 Jun 2020 03:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pemain Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak memuat naik gambarnya bersama sebuah kereta Porsche mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

NUTP gesa sesi prasekolah ditangguhkan

Posted: 22 Jun 2020 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan sesi prasekolah yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Pelumba negara dapat kebenaran berentap di Sepanyol

Posted: 22 Jun 2020 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba negara yang menyertai Kejohanan Dunia MotoGP sudah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk beraksi di Jerez, Sepanyol.

5 pemain positif selepas aksi disaksikan 16,000 penonton

Posted: 22 Jun 2020 04:08 AM PDT

BELGRADE: Lima pemain kelab Serbia, Red Star Belgrade disahkan positif COVID-19 selepas beraksi dalam perlawanan yang dihadiri 16,000 penonton, umum kelab itu hari ini.

Perbincangan buka sempadan masih di peringkat awal

Posted: 22 Jun 2020 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembukaan sempadan Malaysia kepada negara yang berstatus 'Zon Hijau' ketika ini masih di peringkat awal perbincangan.

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Posted: 22 Jun 2020 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali pulih daripada penurunan awal untuk ditutup bercampur-campur hari-hari ini berikutan pembelian semasa harga rendah yang sederhana di kaunter perladangan dan produk pengguna, dan prestasi ini juga seiring dengan kebanyakan pasaran serantau.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template