BH Online - Terkini |
- Gangguan bekalan air tidak berjadual di 4 kawasan Wilayah Petaling
- COVID-19: Antibodi bekas pesakit berkurangan selepas 3 bulan
- Pandelela akui latihan ketika PKPP sukar tapi bermakna
- PPM rampas rokok seludup
- Prestasi Hup Wei merosot 50 peratus
- Buruh ditahan sembunyi senapang buatan sendiri
- Sarawak berjaya kurangkan jumlah penduduk setinggan
- Kerajaan pastikan rakyat Malaysia di Arab Saudi diutamakan tunai haji tahun ini
- Willian, Pedro kekal bersama Chelsea hingga hujung musim
- Tiket ETS, KTM Antarabandar untuk perjalanan 1 hingga 14 Julai mula dijual esok
- Henderson mampu ambil tempat De Gea
- Tekun Nasional akan lancarkan Mobilepreneur 2.0 untuk rider penghantaran
- Anak, menantu Jokowi tanding jawatan Datuk Bandar
- TNB lantik syarikat kendali tiga PPA solar
- Air banjir macam lautan
- 3 ditahan cuba jual bayi di Instagram
- Bursa Malaysia kekal di atas 1,500 mata
- Dr Afif sedia jadi wakil rakyat BERSATU
- Ringgit teruskan peningkatan
- Mangsa banjir di Johor menurun, hanya tiga daerah masih terjejas
- Lelaki memandu bawah pengaruh alkohol dipenjara 4 bulan, denda
- Chong Wei kongsi kisah lucu 'dikencing' rakan
- COVID-19: Premis anjur majlis sosial ditutup jika kes positif dikesan
- Tahan bot nelayan asing ceroboh perairan, tiada lagi pengusiran - Maritim Malaysia
- Tyson dakwa ambil ganja sebelum tumbangkan Savarese
- Lelaki ditahan disyaki rogol wanita Nigeria
- Kontraktor, bekas penyelia ditahan SPRM
- Pakar UK beri amaran mengenai gelombang kedua COVID-19
- KGBS bantah pinda takwin persekolahan
- COVID-19: Malaysia dijangka catat sifar kes pertengahan Julai
| Gangguan bekalan air tidak berjadual di 4 kawasan Wilayah Petaling Posted: 24 Jun 2020 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, berikutan insiden paip pecah disebabkan pihak ketiga di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenwingston Avenue, Sungai Besi, di sini. |
| COVID-19: Antibodi bekas pesakit berkurangan selepas 3 bulan Posted: 24 Jun 2020 04:36 AM PDT PUTRAJAYA: Beberapa pesakit COVID-19 yang sudah pulih, berdepan komplikasi pengurangan tahap antibodi atau ketahanan tubuh badan terhadap jangkitan pelbagai jenis kuman. |
| Pandelela akui latihan ketika PKPP sukar tapi bermakna Posted: 24 Jun 2020 08:17 AM PDT KUCHING: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan latihan yang dijalani ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sukar, namun bermakna dalam meningkatkan kecergasan dan kekuatan badan. |
| Posted: 24 Jun 2020 08:13 AM PDT KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM34,296.24 dalam serbuan Op Benteng pagi tadi. |
| Prestasi Hup Wei merosot 50 peratus Posted: 24 Jun 2020 08:09 AM PDT CYBERJAYA: Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei bimbang situasi berpanjangan tanpa sebarang program latihan intensif akan menjejaskan prestasinya, sekali gus menggugat peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, tahun hadapan. |
| Buruh ditahan sembunyi senapang buatan sendiri Posted: 24 Jun 2020 07:57 AM PDT KUANTAN: Polis menahan seorang buruh kerana dipercayai memiliki dua laras senapang buatan sendiri, yang dibuat menggunakan komponen dibeli secara dalam talian. |
| Sarawak berjaya kurangkan jumlah penduduk setinggan Posted: 24 Jun 2020 07:53 AM PDT KUCHING: Pendekatan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak menyediakan lot tanah untuk penduduk setinggan berjaya mengurangkan jumlah penduduk kawasan berkenaan daripada 9,760 orang pada 2010 kepada 4,285 orang pada tahun ini. |
| Kerajaan pastikan rakyat Malaysia di Arab Saudi diutamakan tunai haji tahun ini Posted: 24 Jun 2020 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berusaha memastikan rakyat Malaysia di Arab Saudi diberi keutamaan dalam menunaikan haji susulan pendirian kerajaan negara itu untuk mengehadkan ibadat berkenaan kepada rakyat mereka serta rakyat negara lain yang sudah berada di sana. |
| Willian, Pedro kekal bersama Chelsea hingga hujung musim Posted: 24 Jun 2020 07:29 AM PDT LONDON: Willian dan Pedro bersetuju untuk kekal di Chelsea sepanjang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. |
| Tiket ETS, KTM Antarabandar untuk perjalanan 1 hingga 14 Julai mula dijual esok Posted: 24 Jun 2020 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai esok. |
| Henderson mampu ambil tempat De Gea Posted: 24 Jun 2020 07:26 AM PDT MANCHESTER: Pemain Sheffield United, Oliver Norwood percaya Dean Henderson mampu menggantikan David de Gea sebagai penjaga gol utama Manchester United. |
| Tekun Nasional akan lancarkan Mobilepreneur 2.0 untuk rider penghantaran Posted: 24 Jun 2020 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Tekun Nasional akan melancarkan pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 yang menyediakan pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 kepada rider penghantaran untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan. |
| Anak, menantu Jokowi tanding jawatan Datuk Bandar Posted: 24 Jun 2020 06:58 AM PDT JAKARTA: Pilihan Raya Tempatan (PRT) Indonesia yang dijadualkan pada 9 Disember ini menarik perhatian umum apabila sebahagian calonnya membabitkan ahli keluarga pemimpin utama kerajaan. |
| TNB lantik syarikat kendali tiga PPA solar Posted: 24 Jun 2020 06:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menganugerahkan tiga perjanjian pembelian tenaga (PPA) fotovolta solar skala besar (LSS) dengan kapasiti berjumlah 290.88 MWAC kepada tiga syarikat tujuan khas (SPC) yang ditubuhkan oleh pembida berjaya. |
| Posted: 24 Jun 2020 03:22 AM PDT PONTIAN: Penduduk Kampung Baru Orang Asli Kuala Benut, Mukim Sungai Pinggan, dekat sini, bimbang apabila air sungai di kampung berkenaan melimpah sehingga menenggelamkan beberapa rumah penduduk, sejak dua hari lalu. |
| 3 ditahan cuba jual bayi di Instagram Posted: 24 Jun 2020 06:19 AM PDT TEHRAN: Polis Iran menahan tiga individu kerana cuba menjual bayi di laman Instagram, menurut laporan agensi berita ISNA hari ini. |
| Bursa Malaysia kekal di atas 1,500 mata Posted: 24 Jun 2020 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila sesetengah pelabur enggan mengambil risiko susulan peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia. |
| Dr Afif sedia jadi wakil rakyat BERSATU Posted: 24 Jun 2020 06:12 AM PDT GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengesahkan bahawa beliau bersedia menjadi wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pulau Pinang selepas dipecat daripada PKR. |
| Posted: 24 Jun 2020 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut, didorong oleh peningkatan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global serta harga minyak yang lebih baik, kata peniaga. |
| Mangsa banjir di Johor menurun, hanya tiga daerah masih terjejas Posted: 24 Jun 2020 06:05 AM PDT JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 575 orang susulan penutupan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, sehingga jam 8 malam tadi. |
| Lelaki memandu bawah pengaruh alkohol dipenjara 4 bulan, denda Posted: 24 Jun 2020 05:56 AM PDT TAWAU: Seorang pengurus ladang dipenjara empat bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau, hari ini selepas mengaku salah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 1 Mac lalu. |
| Chong Wei kongsi kisah lucu 'dikencing' rakan Posted: 24 Jun 2020 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berkongsi kisah lucu 'dikencing' rakan selepas dia pulang dari Sukan Olimpik Rio, empat tahun lalu. |
| COVID-19: Premis anjur majlis sosial ditutup jika kes positif dikesan Posted: 24 Jun 2020 05:45 AM PDT PUTRAJAYA: Premis seperti hotel dan restoran yang menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan, akan diarah tutup jika terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan yang hadir ke majlis berkenaan. |
| Tahan bot nelayan asing ceroboh perairan, tiada lagi pengusiran - Maritim Malaysia Posted: 24 Jun 2020 05:24 AM PDT PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan kembali menguatkuasakan penahanan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara bermula hari ini, |
| Tyson dakwa ambil ganja sebelum tumbangkan Savarese Posted: 24 Jun 2020 05:34 AM PDT LONDON: Mike Tyson mendakwa dia mengambil kokain dan ganja beberapa saat sebelum pertarungannya menentang Lou Savarese. |
| Lelaki ditahan disyaki rogol wanita Nigeria Posted: 24 Jun 2020 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki Sabtu lalu, kerana disyaki merogol seorang wanita Nigeria di sebuah rumah di Cheras, 4 Jun lalu. |
| Kontraktor, bekas penyelia ditahan SPRM Posted: 24 Jun 2020 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor dan bekas penyelia pejabat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu dan memalsukan tandatangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). |
| Pakar UK beri amaran mengenai gelombang kedua COVID-19 Posted: 24 Jun 2020 05:13 AM PDT LONDON: Pakar perubatan memberi amaran supaya kerajaan British bersedia dengan 'ancaman sebenar' gelombang kedua COVID-19, sehari selepas perintah berkurung ditarik balik di England. |
| KGBS bantah pinda takwin persekolahan Posted: 24 Jun 2020 04:55 AM PDT KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) membantah pindaan takwim persekolahan 2020 yang memendekkan cuti hujung tahun pada Disember ini. |
| COVID-19: Malaysia dijangka catat sifar kes pertengahan Julai Posted: 24 Jun 2020 03:55 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment