BH Online - Terkini |
- Perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar di pedalaman Sarawak ditingkatkan
- PGA rampas arak seludup di Klang
- MESF umum kerjasama RM140j dengan Dynasty Esports
- Tok Gajah dijangka kembali berlatih minggu depan
- Pengerusi Kumpulan Sunway antara 12 individu dilantik ahli MPPN
- Sapura Energy hentikan 20 peratus pekerja sepenuh masa
- Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi
- MFL lulus permohonan 16 pasukan Liga M jalani latihan
- Penutupan beberapa lebuh raya utama MMC-GAMUDA dilanjutkan 81 hari
- COVID-19: Singapura teruskan aturan laluan hijau selagi situasi terkawal
- Pelombong jadi jutawan selepas jumpa tanzanite terbesar
- Saluran Berita RTM dilancar
- COVID-19: Thailand rancang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi
- 5 kelebihan gabungkan P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G untuk pengalaman 5G unggul!
- Didenda gara-gara sambut hari jadi Messi
- Dana bantu syarikat produksi
- PRK Chini: Sharim yakin pengundi Orang Asli bersama BN
- PRK Chini: 53 keluarga Orang Asli Kampung Bendaling bakal nikmati kemudahan elektrik
- KKM tutup lokasi pendakian Bukit Broga
- Azmeer buat kejutan tinggalkan pasukan Kedah
- Tujuh beranak hilang tempat berteduh
- Dasar banteras rasuah diteruskan - PM
- 100 hari PKP: Berjayakah Malaysia kekang COVID-19, hidup dalam kebiasaan baharu?
- Petronas Gas tidak terjejas cabaran semasa
- Pelarian Rohingya diselamatkan nelayan Indonesia
- TERAJU tarik orang muda sertai sektor ekonomi baharu
- TH Plantations catat rugi bersih RM12.95 juta
- Ringgit ditutup lebih rendah
- Pansar Bhd dapat kontrak lebuhraya Pan Borneo
- PTPTN, PERKESO buka peluang pekerjaan
| Perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar di pedalaman Sarawak ditingkatkan Posted: 25 Jun 2020 08:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di situ yang terpaksa keluar jauh daripada kediaman mereka bagi mendapatkan liputan perkhidmatan komunikasi. |
| PGA rampas arak seludup di Klang Posted: 25 Jun 2020 08:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Batalion Keempat Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebuah lori dengan muatan minuman keras yang disyaki diseludup bernilai hampir RM40,000 di susur keluar Bukit Tinggi, Lebuh Raya Klang-Shah Alam, dekat sini, malam kelmarin. |
| MESF umum kerjasama RM140j dengan Dynasty Esports Posted: 25 Jun 2020 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Sukan Elektronik Malaysia) mengumumkan perjanjian kerjasama bernilai RM140 juta dengan Dynasty Esports (M) Sdn Bhd untuk mewujudkan platform sukan elektronik (e-sukan) nasional rasmi Malaysia. |
| Tok Gajah dijangka kembali berlatih minggu depan Posted: 25 Jun 2020 08:02 AM PDT KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahkan skuad bimbingannya dijangka kembali menyambung latihan bermula minggu depan selepas tertangguh sejak pertengahan Mac lalu susulan penularan pandemik COVID-19. |
| Pengerusi Kumpulan Sunway antara 12 individu dilantik ahli MPPN Posted: 25 Jun 2020 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melantik 12 ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang terdiri daripada 10 ahli tetap dan dua ahli bersama bagi sesi 2020-2021. |
| Sapura Energy hentikan 20 peratus pekerja sepenuh masa Posted: 25 Jun 2020 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd akan mengurangkan kira-kira 20 peratus daripada 4,000 pekerja sepenuh masanya di serata dunia yang terdiri daripada 63 peratus berstatus kontrak manakala baki adalah petugas tetap. |
| Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi Posted: 25 Jun 2020 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu yang lalu. |
| MFL lulus permohonan 16 pasukan Liga M jalani latihan Posted: 25 Jun 2020 07:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Enam belas pasukan Liga Malaysia (Liga M) merangkumi lapan pasukan Liga Super dan Liga Perdana sudah mendapat kelulusan daripada Liga Bola sepak Malaysia (MFL) untuk mengadakan sesi latihan fasa pertama. |
| Penutupan beberapa lebuh raya utama MMC-GAMUDA dilanjutkan 81 hari Posted: 25 Jun 2020 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Penutupan beberapa lebuh raya utama oleh MMC-GAMUDA dilanjutkan untuk tempoh 81 hari bagi tujuan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya. |
| COVID-19: Singapura teruskan aturan laluan hijau selagi situasi terkawal Posted: 25 Jun 2020 07:34 AM PDT SINGAPURA: Singapura tidak akan menghentikan pengaturan laluan hijau (green lane) sedia ada dengan sesebuah negara itu, walaupun terdapat laporan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, selagi situasi di negara berkenaan terkawal. |
| Pelombong jadi jutawan selepas jumpa tanzanite terbesar Posted: 25 Jun 2020 06:48 AM PDT DAR ES SALAAM: Seorang pelombong kecil di Tanzania bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan. |
| Posted: 25 Jun 2020 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Mencipta rekod dalam sejarah 74 tahun, RTM kini memiliki saluran berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan pada definisi tinggi (HD). |
| COVID-19: Thailand rancang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi Posted: 25 Jun 2020 06:53 AM PDT BANGKOK: Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai bagi mengekang gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu. |
| 5 kelebihan gabungkan P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G untuk pengalaman 5G unggul! Posted: 25 Jun 2020 03:55 AM PDT Percayakah anda, P40 Pro+ dan HUAWEI MatePad Pro 5G boleh menjadi dua peranti gabungan yang terbaik? |
| Didenda gara-gara sambut hari jadi Messi Posted: 25 Jun 2020 07:08 AM PDT DHAKA: Seramai 15 lelaki Bangladesh didenda kerana meraikan ulang tahun kelahiran bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi selepas didakwa melanggar perintah berkurung susulan penularan coronavirus. |
| Posted: 25 Jun 2020 07:06 AM PDT PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) akan menubuhkan jawatankuasa khas mengenal pasti syarikat produksi yang mempunyai rekod bersih dengan hasil kerja cemerlang untuk disalurkan bantuan kerajaan. |
| PRK Chini: Sharim yakin pengundi Orang Asli bersama BN Posted: 25 Jun 2020 02:08 AM PDT PEKAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain melipatgandakan kempennya dengan tumpuan hari keenam pada masyarakat Orang Asli dalam kawasan DUN itu. |
| PRK Chini: 53 keluarga Orang Asli Kampung Bendaling bakal nikmati kemudahan elektrik Posted: 25 Jun 2020 02:07 AM PDT PEKAN: Seramai 53 keluarga Orang Asli suku Jakun membabitkan 215 penduduk di Kampung Bendaling dekat sini, lega apabila hasrat mereka menikmati kemudahan bekalan elektrik akan terlaksana tidak lama lagi. |
| KKM tutup lokasi pendakian Bukit Broga Posted: 25 Jun 2020 02:28 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga, Selangor bermula Sabtu ini sehingga satu tempoh yang dimaklumkan kemudian. |
| Azmeer buat kejutan tinggalkan pasukan Kedah Posted: 25 Jun 2020 06:38 AM PDT ALOR SETAR: Tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof melakukan kejutan sebentar tadi apabila mengumumkan pengunduran daripada mewakili skuad Lang Merah musim ini atas faktor ingin memberi tumpuan kepada perniagaan. |
| Tujuh beranak hilang tempat berteduh Posted: 25 Jun 2020 06:40 AM PDT RANTAU PANJANG: Tujuh beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, di sini, kira-kira jam 5.30 petang tadi. |
| Dasar banteras rasuah diteruskan - PM Posted: 25 Jun 2020 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan keputusan dasar yang dicapai sebelum ini dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| 100 hari PKP: Berjayakah Malaysia kekang COVID-19, hidup dalam kebiasaan baharu? Posted: 25 Jun 2020 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Hari ini tepat 100 hari selepas kali pertama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu. |
| Petronas Gas tidak terjejas cabaran semasa Posted: 25 Jun 2020 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd menjangkakan cabaran dan ketidaktentuan pasaran semasa tidak akan memberi kesan kepada prestasinya berikutan kebanyakan perniagaannya disokong oleh kontrak jangka panjang dan aliran perolehan yang stabil. |
| Pelarian Rohingya diselamatkan nelayan Indonesia Posted: 25 Jun 2020 06:03 AM PDT LHOKSEUMAWE: Hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan jangkitan COVID-19. |
| TERAJU tarik orang muda sertai sektor ekonomi baharu Posted: 25 Jun 2020 06:10 AM PDT KOTA KINABALU: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) komited untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi sektor ekonomi baharu bagi tempoh 2020 hingga 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Silmi Abd Rahman. |
| TH Plantations catat rugi bersih RM12.95 juta Posted: 25 Jun 2020 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: TH Plantations Bhd (THP) merekodkan kerugian bersih RM12.95 juta untuk suku pertama bagi tahun berakhir 2020, berbanding kerugian bersih RM8.9 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu. |
| Posted: 25 Jun 2020 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh berikutan kebimbangan perang perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan AS. |
| Pansar Bhd dapat kontrak lebuhraya Pan Borneo Posted: 25 Jun 2020 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Pansar Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pansar Company Sdn Bhd menerima dua surat pelantikan berkaitan pembangunan dan naik taraf cadangan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak bernilai RM72.06 juta. |
| PTPTN, PERKESO buka peluang pekerjaan Posted: 25 Jun 2020 01:14 AM PDT PUTRAJAYA: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk yang disenarai hitam kini berpeluang mencari pekerjaan di platform disediakan institusi pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi itu dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment