BH Online - Terkini |
- ASEAN sahkan dokumen pembangunan masa depan
- Maybank tidak bercadang lanjut tempoh moratorium pinjaman
- Tiada perbincangan naikkan had umur pengeluaran - KWSP
- Sidang Kemuncak Asean: Malaysia gesa komuniti antarabangsa kutuk dan tolak rancangan pengambilalihan Israel
- Pemuda dipenjara 12 bulan kerana buang mayat bayi dalam lubang kumbahan
- Lebih AS$30 bilion diperlukan untuk bangunkan ujian, rawatan dan vaksin COVID-19
- MAVCOM jangka trafik penumpang susut hingga 50.3 peratus pada 2020
- Sekolah tahfiz boleh beroperasi semula
- Peniaga makanan pasar malam, pasar pagi kena pakai pelitup muka
- Jemaah boleh solat Jumaat di pekarangan masjid
- RON97, RON95 naik 10 sen, diesel naik 9 sen seliter
- COVID-19: Kadar sembuh di negara ini antara tertinggi
- Muhyiddin gesa ahli Parlimen ASEAN ketepi ideologi politik dalam perangi COVID-19
- Solekan S Pavithra tonjol mesej hargai warna kulit semula jadi
- Pekerja warga asing disyaki punca kes malaria di Ampang
- Khabib hanya raih pendapatan sepertiga daripada jumlah McGregor
- Pasukan PDRM denda pemain `gemuk'
- Joe Flizzow nikahi Marini Ramlan
- SUHAKAM gesa kerajaan sokong larangan penyeksaan
- Kedah kehilangan pemain komited, berpengalaman
- Mila bersyukur Bizmilla 'bernafas' semula
- Majikan terima PSU boleh potong gaji, waktu bekerja
- 4 pengganas anggota Abu Sayyaf terbunuh
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 pamer perpaduan, daya tahan - Hishammuddin
- ASEAN perlu kongsi sama rata vaksin COVID-19 - PM
- S&P kekalkan penarafan Malaysia pada 'A-'
- Rentas sempadan negara ASEAN peringkat awal perbincangan
- Buka sempadan Malaysia-Singapura dimuktamad dalam masa terdekat
- 5 penjawat awam curi 23 lembu
- Malaysia terus perkukuh sokongan terhadap PBB
| ASEAN sahkan dokumen pembangunan masa depan Posted: 26 Jun 2020 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemimpin ASEAN hari ini menerima pakai Kenyataan Visi Pemimpin ASEAN bagi ASEAN Bersatu dan Responsif: Mengatasi Cabaran dan Memastikan Pertumbuhan Mampan, yang antara lain, mengiktiraf impak teruk COVID-19 terhadap sosial dan ekonomi. |
| Maybank tidak bercadang lanjut tempoh moratorium pinjaman Posted: 26 Jun 2020 02:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank), bank terbesar Malaysia dari segi aset, tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman yang akan berakhir September ini. |
| Tiada perbincangan naikkan had umur pengeluaran - KWSP Posted: 26 Jun 2020 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tiada perancangan untuk menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun, seperti dicadangkan Bank Dunia. |
| Posted: 26 Jun 2020 01:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menggesa komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengutuk dan menolak rancangan pengambilalihan Israel terhadap bahagian Wilayah Palestin Yang Diduduki di Tebing Barat. |
| Pemuda dipenjara 12 bulan kerana buang mayat bayi dalam lubang kumbahan Posted: 26 Jun 2020 12:16 AM PDT MELAKA: Seorang pekerja kilang dipenjara 12 bulan dengan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki secara membuang mayat mangsa ke dalam lubang kumbahan, awal bulan ini. |
| Lebih AS$30 bilion diperlukan untuk bangunkan ujian, rawatan dan vaksin COVID-19 Posted: 26 Jun 2020 07:33 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, inisiatif global untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran ujian, vaksin dan rawatan COVID-19 akan memerlukan lebih dari AS$30 bilion (RM128.4 bilion) pada tahun akan datang. |
| MAVCOM jangka trafik penumpang susut hingga 50.3 peratus pada 2020 Posted: 26 Jun 2020 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Trafik penumpang udara dijangka merosot antara 48.7 peratus hingga 50.3 peratus kepada antara 54.3 juta dan 56.0 juta penumpang tahun ini. |
| Sekolah tahfiz boleh beroperasi semula Posted: 26 Jun 2020 12:06 AM PDT PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini bersetuju membenarkan sekolah dan madrasah tahfiz beroperasi semula. |
| Peniaga makanan pasar malam, pasar pagi kena pakai pelitup muka Posted: 26 Jun 2020 12:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Lesen perniagaan peniaga makanan di pasar malam dan pasar pagi boleh ditarik balik jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, termasuk tidak memakai pelitup muka ketika berniaga. |
| Jemaah boleh solat Jumaat di pekarangan masjid Posted: 26 Jun 2020 02:05 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju benarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di pekarangan masjid biarpun sebelum ini hanya membenarkan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti ruang utama rumah ibadat itu. |
| RON97, RON95 naik 10 sen, diesel naik 9 sen seliter Posted: 26 Jun 2020 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10 sen, manakala diesel pula naik sembilan sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai ini. |
| COVID-19: Kadar sembuh di negara ini antara tertinggi Posted: 26 Jun 2020 02:33 AM PDT PUTRAJAYA: Kadar penyembuhan kes COVID-19 di Malaysia antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN, iaitu 96.4 peratus. |
| Muhyiddin gesa ahli Parlimen ASEAN ketepi ideologi politik dalam perangi COVID-19 Posted: 26 Jun 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli Parlimen negara ASEAN mengetepikan perbezaan politik sesama mereka, sebaliknya bertindak secara bersepadu dalam memerangi pandemik COVID-19. |
| Solekan S Pavithra tonjol mesej hargai warna kulit semula jadi Posted: 26 Jun 2020 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Mari bercakap mengenai pengguna YouTube sensasi, S Pavithra yang baru-baru ini menjadi 'model'. |
| Pekerja warga asing disyaki punca kes malaria di Ampang Posted: 26 Jun 2020 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki kes malaria membabitkan 14 individu termasuk seorang warga tempatan di Ampang, Selangor, berpunca daripada seorang pekerja asing yang mendapat jangkitan di negara asal. |
| Khabib hanya raih pendapatan sepertiga daripada jumlah McGregor Posted: 26 Jun 2020 06:05 AM PDT LONDON: Khabib Nurmagomedov hanya memperoleh satu pertiga daripada jumlah pendapatan yang diterima seterunya, Conor McGregor pada tahun lalu. |
| Pasukan PDRM denda pemain `gemuk' Posted: 26 Jun 2020 07:24 AM PDT KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih pasukan PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad membayangkan sekurang-kurangnya empat pemainnya bakal didenda kerana memiliki badan melebihi berat dibenarkan. |
| Joe Flizzow nikahi Marini Ramlan Posted: 26 Jun 2020 01:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow sah bergelar suami kepada pilihan hati, Marini Ramlan di sini, pagi tadi. |
| SUHAKAM gesa kerajaan sokong larangan penyeksaan Posted: 26 Jun 2020 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini meminta kerajaan segera melaksanakan beberapa langkah menyokong larangan penyeksaan di bawah undang-undang adat antarabangsa. |
| Kedah kehilangan pemain komited, berpengalaman Posted: 26 Jun 2020 07:29 AM PDT ALOR SETAR: Keputusan Azmeer Yusof berundur daripada mewakili Kedah semalam menerima pelbagai reaksi termasuk daripada pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak yang menganggap pemain itu memiliki komitmen tinggi dalam skuad Lang Merah. |
| Mila bersyukur Bizmilla 'bernafas' semula Posted: 26 Jun 2020 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan majlis perkahwinan diadakan semula bulan depan disambut penuh rasa syukur oleh penyanyi, Mila Jirin yang mengusahakan perniagaan dewan perkahwinan dan katering, Bizmilla. |
| Majikan terima PSU boleh potong gaji, waktu bekerja Posted: 26 Jun 2020 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan melonggarkan syarat bagi majikan terbabit dalam Program Subsidi Upah (PSU), dengan membenarkan mereka mengurangkan waktu bekerja disusuli potongan gaji pekerja. |
| 4 pengganas anggota Abu Sayyaf terbunuh Posted: 26 Jun 2020 06:59 AM PDT MANILA: Pasukan keselamatan Filipina membunuh empat orang yang disyaki pengganas Abu Sayyaf dalam tembak-menembak di sebuah daerah di ibu negara itu awal pagi ini, lapor agensi berita Xinhua. |
| Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 pamer perpaduan, daya tahan - Hishammuddin Posted: 26 Jun 2020 06:54 AM PDT PUTRAJAYA: Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang berlangsung hari ini melalui telesidang mempamerkan perpaduan dan ketahanan ASEAN dalam menghadapi waktu-waktu sukar, seiring dengan tema persidangan "Bersatu dan Responsif", kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. |
| ASEAN perlu kongsi sama rata vaksin COVID-19 - PM Posted: 26 Jun 2020 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR: ASEAN perlu memastikan vaksin COVID-19, apabila sudah ada kelak, adalah pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi sama rata untuk semua, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| S&P kekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' Posted: 26 Jun 2020 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan Malaysia di tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif. |
| Rentas sempadan negara ASEAN peringkat awal perbincangan Posted: 26 Jun 2020 05:19 AM PDT PUTRAJAYA: Perbincangan mengenai rentas sempadan antara negara ASEAN masih di peringkat awal dan tiada tempoh ditetapkan untuk kebenaran keluar masuk antara negara diputuskan pada masa ini. |
| Buka sempadan Malaysia-Singapura dimuktamad dalam masa terdekat Posted: 26 Jun 2020 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Singapura yakin cadangan pembukaan semula sempadan kedua-dua negara dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Posted: 26 Jun 2020 06:13 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis menahan lima penjawat awam termasuk seorang pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pegawai sebuah universiti awam di sini, ditahan polis dipercayai terbabit dalam curi 23 lembu yang dilaporkan hilang pada 16 Mei lalu dan semalam di sebuah ladang kelapa sawit di Kulai, di sini. |
| Malaysia terus perkukuh sokongan terhadap PBB Posted: 26 Jun 2020 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia terus memperkukuhkan sokongan teguhnya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ketika badan dunia itu sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa, termasuk dari bahana kemunculan pandemik COVID-19 yang membawa ancaman bukan hanya kepada aspek kesihatan global, tapi juga kepada keamanan dan keselamatan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment