Saturday, June 27, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wolves pintas United, Villa kekal zon penyingkiran

Posted: 27 Jun 2020 08:03 AM PDT

BIRMINGHAM: Leander Dendoncker terus menghidupkan peluang Wolves ke Liga Juara-Juara musim depan dan dalam masa sama memastikan Aston Villa terus terperosok ke zon penyingkiran.

Liverpool kritik tindakan penyokong

Posted: 27 Jun 2020 07:59 AM PDT

LONDON: Liverpool secara terbuka mengkritik sebahagian penyokongnya atas 'kelakuan tidak boleh diterima' apabila berkumpul di bandaraya berkenaan untuk meraikan kejayaan kelab itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Laluan terhalang akibat banjir lumpur

Posted: 27 Jun 2020 07:49 AM PDT

KOTA BELUD: Hujan lebat sejak 3 petang tadi disusuli tanah runtuh menyebabkan banjir lumpur di Jalan Ranau Bypass di Kampung Lingkubang di sini.

PRK CHINI: Tiada masalah untuk Hamzah bantu kempen calon BN

Posted: 27 Jun 2020 07:42 AM PDT

PEKAN: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tidak ada masalah baginya untuk membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang sedang berlangsung, walaupun beliau sudah meninggalkan parti itu.

Lee Tuck teruja, pelik berlatih dalam norma baharu

Posted: 27 Jun 2020 07:34 AM PDT

KUALA TERENGGANU: "Pelik tapi teruja," kata kapten pasukan Terengganu FC (TFC), Lee Tuck.

Sahut cabaran keluar dari zon selesa

Posted: 26 Jun 2020 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cabaran belayar di lautan selama berbulan-bulan dan terpaksa berjauhan daripada keluarga sudah menjadi asam garam kehidupan dua pelaut wanita tempatan, pegawai marin, Adlin Saedon, 27, dan jurutera marin, Nurul Syafiqah Ab Hamid, 27 sejak tujuh tahun lalu.

PKPP: Terengganu beri kelonggaran sementara kepada penjaja

Posted: 27 Jun 2020 05:37 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengambil langkah mempermudahkan urusan perniagaan peniaga kecil yang terjejas berikutan penularan COVID-19 dengan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tidak mengambil tindakan termasuk merampas barangan dijual penjaja jalanan.

Hsien Loong lancar manifesto PRU PAP

Posted: 27 Jun 2020 07:09 AM PDT

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menyifatkan pilihan raya umum (PRU) kali sebagai luar biasa ini kerana diadakan ketika republik itu berada dalam kancah krisis terburuk ancaman COVID-19 global.

Penguat kuasa PBT ditahan disyaki minta rasuah

Posted: 27 Jun 2020 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta rasuah.

Tindakan tegas, pegawai bersekongkol dengan sindiket pendatang tanpa izin

Posted: 27 Jun 2020 06:50 AM PDT

PEKAN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyalahguna kuasa dalam hal membabitkan pendatang asing tanpa izin, terutama mereka yang bersekongkol dengan sindiket, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Malaysia-Singapura wujudkan laluan hijau, mudahkan perjalanan

Posted: 27 Jun 2020 06:44 AM PDT

SINGAPURA: Laluan hijau dan aturan perjalanan akan diselaras antara Singapura dan Malaysia bagi memudahkan pelbagai pihak yang kerap melintas sempadan.

Tiga beranak ditahan disyaki pengedar dadah

Posted: 27 Jun 2020 06:29 AM PDT

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki bersama ibu, adik dan tunangnya yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

DBKL percepat proses lesen penjaja dalam tiga hari

Posted: 27 Jun 2020 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memulakan inisiatif memudahkan proses perniagaan di ibu negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Skuad B-19 kebangsaan tagih khidmat Luqman Hakim

Posted: 27 Jun 2020 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kehadiran penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sudah pasti ditagih skuad Bawah 19 tahun negara (B-19) yang bakal mengharungi Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Pertukaran pengurusan punca lepasan NFDP terumbang-ambing

Posted: 27 Jun 2020 06:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa pertukaran pengurusan dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) menjadi punca masa depan kebanyakan lepasan program itu terumbang ambing selepas menamatkan pengajian.

Dua rumah setiap negeri menerusi program MYHaus

Posted: 27 Jun 2020 06:09 AM PDT

SIK: Kerajaan akan membina dan membaik pulih sekurang-kurangnya dua rumah menerusi Program MYHaus di setiap negeri dalam membantu golongan sasar mendiami rumah yang lebih selesa dan selamat.

Kedudukan Shafie belum lagi diputuskan PH, kata AMANAH dan DAP

Posted: 27 Jun 2020 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP belum lagi membincangkan secara rasmi cadangan menamakan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali mengambil alih pentadbiran negara.

Salah harap dapat terus gembirakan penyokong Liverpool

Posted: 27 Jun 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bintang Liverpool, Mohamed Salah melahirkan rasa teruja selepas berjaya membantu The Reds menamatkan penantian 30 tahun merangkul Liga Perdana Inggeris (EPL).

6 maut, berpuluh terselamat cuba rentas perairan Libya - PBB

Posted: 27 Jun 2020 05:59 AM PDT

TRIPOLI: Seorang wanita yang baru melahirkan anak di tengah lautan antara 93 pelarian yang terselamat manakala enam ditemui maut ketika cuba menyeberangi perairan Libya bagi memasuki Eropah.

Pemilihan Shafie sebagai 'PM' dipersetujui DAP, AMANAH, WARISAN - Tun M

Posted: 27 Jun 2020 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.

Nenek TikTok rosakkan kempen Trump, berkempen untuk Biden

Posted: 27 Jun 2020 05:38 AM PDT

NEW YORK : Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang menghuru-harakan kempen pemilihan presiden Donald Trump, kini menyokong pertubuhan yang berkempen untuk pencabar presiden, Joe Biden.

Curi susu formula, minuman keras untuk jual balik

Posted: 27 Jun 2020 05:28 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berumur 20 tahun ditahan kerana memiliki barang curi iaitu 36 kotak susu formula pelbagai jenama dan dua karton tin minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1,500.

Boleh mohon 1,000 kios di Kuala Lumpur, Putrajaya untuk berniaga

Posted: 27 Jun 2020 01:19 AM PDT

KOTA BHARU: Lebih 1,000 kios di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya disediakan kepada mereka yang berminat berniaga termasuk individu yang hilang pekerjaan.

Projek mega diluluskan sebelum ini akan diteruskan - PM

Posted: 27 Jun 2020 03:47 AM PDT

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beberapa projek mega yang diluluskan sebelum ini dan tidak memerlukan bajet tambahan akan diteruskan.

Thailand, Myanmar musnahkan dadah bernilai RM8.6 bilion

Posted: 27 Jun 2020 04:25 AM PDT

AYUTTHAYA: Thailand dan Myanmar memusnahkan 25 tan dadah bernilai lebih AS$2 bilion (RM8.6 bilion) semalam, menandakan pengedaran bahan terlarang itu kini semakin berleluasa.

MCA sokong, MIC akan bincang, UMNO 'belum pasti'

Posted: 27 Jun 2020 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: MCA tiada masalah untuk menyatakan sokongan usul undi percaya ke atas kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama seperti dilakukan PAS.

Empat cedera kemalangan kereta api di Lipis

Posted: 27 Jun 2020 04:19 AM PDT

KUANTAN: Empat pekerja syarikat penyelenggaraan rel kereta api cedera dalam kemalangan membabitkan dua tren berhampiran stesen kereta api Chegar Perah di Lipis, kira-kira 300 kilometer dari sini, hari ini.

Tuntut tebusan RM154 juta, 7 ditahan culik, bunuh Datuk Seri

Posted: 27 Jun 2020 12:26 AM PDT

HULU SELANGOR: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang di sini, hari ini.

Polis Bangladesh tembak mati 4 penjenayah Rohingya bersenjata

Posted: 27 Jun 2020 04:09 AM PDT

DHAKA: Empat penjenayah tegar lelaki etnik Rohingya terbunuh dalam satu adegan berbalas tembakan dengan polis, berhampiran kem pelarian di Bangladesh semalam.

Video seks kakitangan PBB dalam kenderaan rasmi mengejutkan, jijik

Posted: 27 Jun 2020 03:45 AM PDT

TEL AVIV: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sedang menyiasat kemunculan satu video seks yang dipercayai membabitkan kakitangan mereka di Israel.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template