Sunday, June 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Arsenal mara separuh akhir Piala FA

Posted: 28 Jun 2020 08:09 AM PDT

SHEFFIELD: Dani Ceballos menyelamatkan maruah Arsenal menerusi jaringan kemenangan pada masa kecederaan untuk menyingkirkan Sheffield United pada aksi di Bramall Lane, sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA.

Fauzi cari dalang sebar video lucah

Posted: 28 Jun 2020 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya beri peluang, sekiranya berani tampil minta maaf, saya akan ampunkan. Jika berdiam diri, saya akan pastikannya menerima balasan dari segi undang-undang," demikian luahan pelakon, Fauzi Nawawi selepas membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras, ekoran penyebaran video aksi onani yang didakwa mirip dirinya sejak Isnin lalu.

Abai sakit sendiri jaga anak saudara derita sawan

Posted: 28 Jun 2020 08:26 AM PDT

KUALA NERUS: Seorang wanita sanggup mengenepikan penyakit dihidapinya, demi menjaga anak saudara yang menghidap sawan sejak 15 tahun lalu.

Lembu 1 tan tarikan program Berkat Korban

Posted: 28 Jun 2020 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua pihak, aktiviti dan sektor ekonomi, termasuk pengusaha industri penternakan.

2 bot bersama 27 nelayan Vietnam ditahan - Maritim Malaysia

Posted: 28 Jun 2020 07:34 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Dua bot nelayan bersama 27 tekong dan awak-awak Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui rondaaan dalam Op Khas Naga di perairan negeri ini, semalam.

COVID-19 kembali mengganas di Beijing

Posted: 28 Jun 2020 07:15 AM PDT

BEIJING: China menguatkuasa perintah berkurung tegas ke atas hampir setengah juta penduduk di sekitar ibu negara untuk mengawal kluster baharu COVID-19 yang disifatkan masih 'teruk dan rumit'.

Rumah Putih nafi Trump tahu risikan kerjasama Russia-Taliban

Posted: 28 Jun 2020 06:54 AM PDT

WASHINGTON: Rumah Putih menafikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, diberikan laporan perisikan mendakwa Russia tawar ganjaran kepada Taliban jika bunuh tentera AS di Afghanistan.

50 penagih, pengedar ditahan di port dadah sekitar Langkawi

Posted: 28 Jun 2020 06:16 AM PDT

LANGKAWI: Lebih 50 penagih dan pengedar dadah ditahan polis melalui Ops Sarang yang menyasarkan port penagihan di sekitar pulau pelancongan ini, semalam.

Lelaki lemas, rakan masih hilang

Posted: 28 Jun 2020 06:31 AM PDT

LUMUT: Seorang lelaki maut akibat lemas ketika mandi di Pantai Teluk Batik, di sini, hari ini, manakala rakannya masih hilang.

Pelarian Rohingya dikhuatiri bertambah akibat operasi tentera Myanmar

Posted: 28 Jun 2020 06:23 AM PDT

YANGON: Ribuan penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka di Rakhine, Myanmar selepas mengetahui pihak tentera mahu melancarkan 'Operasi Pembersihan' menyasarkan pemberontak Arakan Army (AA).

Semenanjung Malaysia penerima rebat bil elektrik tertinggi dunia

Posted: 28 Jun 2020 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semenanjung Malaysia antara penerima manfaat utama daripada langkah kerajaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi akibat COVID-19, terutama rebat tertinggi untuk bil elektrik meliputi beberapa sektor dan semua isi rumah di Asia Tenggara dan dunia.

MDSR benar pasar malam, pagi dibuka berperingkat

Posted: 28 Jun 2020 06:15 AM PDT

SIMPANG RENGGAM: Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) membenarkan pasar malam dan pagi beroperasi secara berperingkat di lokasi terpilih, tertakluk prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Salah sasar menang Kasut Emas ketiga

Posted: 28 Jun 2020 06:05 AM PDT

LONDON: Mohamed Salah mengakui memasang impian mahu memenangi Kasut Emas buat kali ketiga berturut-turut selepas membantu Liverpool meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kebakaran tak jejas perkhidmatan di HSA

Posted: 28 Jun 2020 05:51 AM PDT

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak terjejas dan masih diteruskan seperti biasa walaupun berlaku kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1, petang tadi.

Indonesia sukar kawal rakyat perangi COVID-19

Posted: 28 Jun 2020 05:54 AM PDT

JAKARTA: Indonesia berdepan cabaran getir memastikan penduduknya mematuhi amalan kehidupan kebiasaan baharu bagi mengekang penularan COVID-19 kerana ramai mengingkari perintah larangan dan enggan menjalani ujian saringan.

Calon PM perlu diputuskan Majlis Presiden PH

Posted: 28 Jun 2020 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memilih calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan parti sekutunya perlu diputuskan Majlis Presiden gabungan itu supaya ia tidak menjadi mainan politik peribadi tokoh tertentu.

Wad Hospital Sultanah Aminah terbakar

Posted: 28 Jun 2020 03:06 AM PDT

JOHOR BAHRU: Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbakar kira-kira jam 3 petang tadi.

Ops Tutup Khas di LPT 'perangkap' 600 mat motor

Posted: 28 Jun 2020 05:20 AM PDT

TEMERLOH: Lebih 600 mat motor terperangkap selepas dua lokasi tumpuan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas hari ini.

Ucaplah tahniah kepada juara, bukan perlekeh

Posted: 28 Jun 2020 05:22 AM PDT

AKHIRNYA sebuah penantian yang menyeksakan berakhir dengan kejayaan yang pasti syahdu dan menitiskan air mata khususnya kepada pemain, pegawai serta peminat tegar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/20, Liverpool yang menamatkan kemarau kejuaraan 30 tahun selepas kali terakhir dimenangi pada 1989/90.

Mickey tak sabar turun padang

Posted: 28 Jun 2020 05:08 AM PDT

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Faisal Abdul Halim mengakui tempoh rehat panjang membuatkan dia tidak sabar untuk kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

Shahrel akui sukar dapat tempat dalam skuad kebangsaan

Posted: 28 Jun 2020 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menyifatkan keberkesanan jentera serangan skuad kebangsaan ketika ini menyukarkan beliau mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, pada Oktober ini.

PMO nafi berita pelajar Tingkatan Satu - Empat kembali bersekolah 12 Julai

Posted: 28 Jun 2020 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut adalah makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

Rio benarkan peminat bola masuk stadium 10 Julai

Posted: 28 Jun 2020 05:01 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Negeri Rio de Janeiro di sini, akan membenarkan peminat bola sepak memasuki stadium bermula 10 Julai ini, dengan peringkat awal satu pertiga daripada kapasiti, menurut pewartaan rasmi.

Wabak baharu COVID-19 di Beijing bukan berpunca dari haiwan

Posted: 28 Jun 2020 04:54 AM PDT

BEIJING: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) menolak kemungkinan wabak baharu COVID-19 yang melanda Beijing berpunca daripada haiwan atau sama jenis dengan virus di Wuhan.

COVID-19: Lebih 10 juta dijangkiti, lebih 500,000 maut di seluruh dunia

Posted: 28 Jun 2020 04:31 AM PDT

BEIJING: Jangkitan COVID-19 sudah mencapai 10,108,738 kes termasuk 501,868 kematian manakala 5,480,877 pesakit disahkan sembuh di seluruh dunia setakat hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Kota Belud terus meningkat

Posted: 28 Jun 2020 04:17 AM PDT

KOTA BELUD: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 278 orang sehingga jam 7 malam ini, berbanding hanya 82 yang dilaporkan pada sebelah pagi.

Blok sekolah terbakar

Posted: 28 Jun 2020 04:24 AM PDT

TAWAU: Sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Matahir, Merotai, dekat sini, musnah dalam kebakaran jam 2.15, petang tadi.

Pendaratan penyu meningkat, PKP beri impak positif

Posted: 25 Jun 2020 07:26 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Rantau Abang di Dungun, merekodkan peningkatan jumlah pendaratan penyu sebanyak 3,783 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

COVID-19: Kerjasama majikan tangani penularan warga asing

Posted: 28 Jun 2020 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majikan perlu memainkan peranan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi, selain bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan warga asing.

Semua daerah dilanda banjir di Sabah diarah aktifkan jawatankuasa bencana

Posted: 28 Jun 2020 04:07 AM PDT

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan supaya semua daerah yang dilanda banjir mengaktifkan jawatankuasa bencana bagi memastikan kawasan terbabit dapat diurus dengan baik.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template