Wednesday, June 3, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kehilangan pekerjaan meningkat 42 peratus pada suku pertama - PERKESO

Posted: 03 Jun 2020 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikutan pandemik COVID-19, kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini (Q1 2020), menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

11 lelaki ditahan memandu ketika mabuk

Posted: 03 Jun 2020 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebelas lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah di empat lokasi sekitar ibu negara malam ini.

KAFA minta Cassio diskaun

Posted: 03 Jun 2020 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kemungkinan memohon 'diskaun' kepada bekas pemain importnya, Francisco Cassio de Jesus berhubung tuntutan tunggakan gajinya berjumlah RM629,620.28.

Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta

Posted: 03 Jun 2020 08:50 AM PDT

KUALA LUMNPUR: Lima tahun berpacaran, Mimi Lana mengesahkan hubungan dengan pelakon Nur, Syafiq Kyle sudah berakhir, sejak sebulan lalu.

Dua tindakan 'unik' Malaysia berjaya bendung COVID-19

Posted: 03 Jun 2020 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengasingan individu yang positif COVID-19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara adalah dua tindakan 'unik' Malaysia yang terbukti berjaya membendung penularan wabak itu di negara ini.

Pemandu bas, van pekerja dikompaun bawa penumpang lebih kapasiti

Posted: 03 Jun 2020 08:23 AM PDT

BUTTERWORTH: Tindakan pemandu bas dan van pekerja membawa penumpang melebihi kapasiti mengundang padah apabila dikompaun Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam operasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, petang tadi.

COVID-19: Pertimbang bantuan untuk peniaga wanita, ibu tunggal

Posted: 03 Jun 2020 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat membuka semula permohonan geran khas sebanyak RM3,000 melalui pelaksanaan pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan kemalangan maut

Posted: 03 Jun 2020 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan PJS 8/11, Petaling Jaya, dekat sini, Ahad lalu, untuk tampil membantu siasatan.

Melaka benarkan makan di restoran, kedai makan mulai Jumaat

Posted: 03 Jun 2020 08:00 AM PDT

AYER KEROH: Kerajaan negeri hari ini membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi seperti biasa dengan pelanggan boleh menikmati juadah di dalam premis, berkuat kuasa Jumaat ini.

Datang latihan 4 jam lebih awal

Posted: 03 Jun 2020 07:59 AM PDT

LONDON: Cristiano Ronaldo menjalani latihan empat jam lebih awal daripada rakan sepasukannya dengan bintang Juventus itu sudah bersedia untuk kembali beraksi.

PBB tuduh negara Asia sekat kebebasan bersuara ketika pandemik

Posted: 03 Jun 2020 07:55 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran kepada China dan negara Asia Tenggara lain yang mengekang kebebasan bersuara dan mengetatkan tapisan dengan menjadikan krisis COVID-19 sebagai alasan.

Pelan pemulihan perlu fokus kelangsungan ekonomi rakyat, peluang pekerjaan

Posted: 03 Jun 2020 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelangsungan ekonomi rakyat dan peluang pekerjaan perlu diberi perhatian dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak lama lagi.

Tun M puji kerajaan percayai golongan profesional tangani krisis COVID-19

Posted: 03 Jun 2020 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji langkah kerajaan hari ini yang mempercayai golongan profesional untuk menguruskan dan melaksanakan usaha memerangi krisis kesihatan akibat pandemik COVID-19.

COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

Posted: 03 Jun 2020 07:35 AM PDT

KUALA LUMPURr: Golongan belia di negara ini berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu pengangguran yang dikhuatiri semakin serius susulan krisis COVID-19.

Pindaan Akta 333: Geng basikal lajak, mat rempit tidak terkecuali

Posted: 03 Jun 2020 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Geng basikal lajak dan mat rempit tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan tegas menerusi pindaan yang dicadangkan bagi Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ozil bakal hilang RM118 juta

Posted: 03 Jun 2020 07:38 AM PDT

LONDON: Adidas dilaporkan akan menamatkan tajaan 22 juta pound (RM118 juta) ke atas Mesut Ozil hujung musim ini.

Jangkitan COVID-19 melebihi 3,000 kes sehari di Iran

Posted: 03 Jun 2020 07:35 AM PDT

TEHRAN: Jangkitan harian COVID-19 di Iran meningkat melebihi 3,000 kes selama tiga hari berturut-turut, sekali gus mencetuskan kebimbangan wabak itu kembali memuncak.

Segmen baharu kerja, ekonomi gig mampu tangani isu pengangguran

Posted: 03 Jun 2020 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi tumpuan kepada usaha menyediakan lebih banyak platform baharu, selain pemadanan peluang kerja dengan mereka yang mencari pekerjaan.

Soalan 'panas' buat Presiden FAM

Posted: 03 Jun 2020 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perkembangan mengenai skuad kebangsaan tampak menjadi soalan popular yang ditanyakan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

MTUC harap rancangan berdaya maju, mapan tangani masalah pekerja

Posted: 03 Jun 2020 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap akan ada satu rancangan berdaya maju dan mapan dirangka kerajaan bagi menangani masalah pekerja di Malaysia dalam rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang bakal diumumkan nanti.

DPMM harap kerajaan percepat bantuan kepada PKS

Posted: 03 Jun 2020 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mempercepatkan lagi penyaluran bantuan dana kewangan kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 jika ada inisiatif tambahan dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek.

COVID-19: Industri automotif perlu insentif rangsang permintaan

Posted: 03 Jun 2020 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Industri automotif tempatan memerlukan insentif inovatif untuk merangsang permintaan yang ketika ini terjejas disebabkan COVID-19.

Filipina tangguh pembatalan VFA dengan AS

Posted: 03 Jun 2020 06:24 AM PDT

MANILA: Isu keselamatan dan pertikaian membabitkan Laut China Selatan mendorong Filipina menangguhkan keputusan menamatkan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ahmad Sofian dapat sumbangan RM15,000

Posted: 03 Jun 2020 06:20 AM PDT

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tampil memberi sumbangan RM15,000 kepada bekas pemain bola sepak Perak dan penjaga gol hoki kebangsaan, Ahmad Sofian Zulkifli yang akan menjalani pembedahan bagi memasang implan pada jantungnya.

Kadar pengangguran di Johor meningkat 0.5 peratus

Posted: 03 Jun 2020 06:14 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kadar pengangguran di negeri ini meningkat 0.5 peratus kepada 3.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Pendakwaan selesai hujahan balas kes SRC

Posted: 03 Jun 2020 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwaan hari ini menutup hujahan di akhir kes pembelaan dengan memohon Mahkamah Tinggi mensabitkan Datuk Seri Najib Razak terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Wanita hamil positif COVID-19 sembuh, Kelantan kembali Zon Hijau

Posted: 03 Jun 2020 05:57 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan kembali diisytiharkan Zon Hijau selepas tidak merekodkan kes baharu COVID-19, sejak dua minggu lalu.

Tanah runtuh: Keretakan, pergerakan tanah makin serius

Posted: 03 Jun 2020 05:42 AM PDT

AMPANG: Keretakan pada struktur rumah dan pergerakan tanah dikesan terus berlaku di beberapa kediaman yang terjejas susulan tanah runtuh di Jalan Kelab Ukay 4, Taman Kelab Ukay di sini, Sabtu lalu.

Kekasih ibu Neymar dikejarkan ke hospital

Posted: 03 Jun 2020 05:15 AM PDT

LONDON: Kekasih muda ibu Neymar terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam 'kemalangan kecil' membabitkan gelas pecah.

Aksi Liga M disambung lebih awal?

Posted: 03 Jun 2020 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terdapat kemungkinan aktiviti profesional bola sepak termasuk Liga Malaysia (Liga M) kembali lebih awal dari dijangkakan, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template