Thursday, June 4, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Hasil mesyuarat BERSATU diumumkan esok

Posted: 04 Jun 2020 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam ini, akan diumumkan esok.

Empat ahli MPT BERSATU tinggalkan mesyuarat

Posted: 04 Jun 2020 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat meninggalkan mesyuarat tertinggi parti itu, sebentar tadi.

Lapan lelaki main sepak takraw ditangkap

Posted: 04 Jun 2020 08:21 AM PDT

SUNGAI PETANI: Lapan lelaki ditahan ketika sedang bermain sepak takraw di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

COVID-19: Tiada siasatan baharu kes berita palsu sejak 10 hari lalu

Posted: 03 Jun 2020 11:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada kertas siasatan baharu dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 10 hari lalu membabitkan kes berita palsu berkaitan COVID-19.

Bale tak kembali ke EPL, kekal di Bernabeu

Posted: 04 Jun 2020 08:10 AM PDT

LONDON: Ejen kepada Gareth Bale mengakui penyerang Real Madrid itu tidak akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana mahu menamatkan kariernya di Bernabeu.

Legenda bertarung nyawa lawan kanser

Posted: 04 Jun 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah kini sedang menderita akibat kanser usus tahap empat.

lelaki gantung diri dalam tandas

Posted: 04 Jun 2020 07:58 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menziarahi bakal tunangnya ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri di dalam tandas bilik sewa, di bangunan Sinsuran, di sini, hari ini.

Pekerja rentas negeri di Semenanjung tidak wajib kuarantin 14 hari

Posted: 04 Jun 2020 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majikan tidak boleh mewajibkan pekerja mereka yang kembali bertugas selepas merentas negeri di Semenanjung dengan kebenaran polis, untuk kuarantin diri selama 14 hari.

Penyu akur namun sedih pembatalan Piala Presiden

Posted: 04 Jun 2020 07:36 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jurulatih pasukan Terengganu, Badrul Afzan Razali menyifatkan pembatalan saingan Piala Presiden musim ini susulan penularan pandemik COVID-19 sebagai perkembangan menyedihkan buat mereka.

JKM sedia perkhidmatan aduan, kaunseling kepada penduduk Kuala Langat

Posted: 04 Jun 2020 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawab untuk menguruskan aduan dan sesi kaunseling kepada penduduk Kuala Langat yang terjejas semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.

JKDM temui dadah dalam kotak permainan dikirim dari AS

Posted: 04 Jun 2020 07:25 AM PDT

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menemui empat bungkusan mengandungi 480 gram daun hijau dipercayai ganja dianggarkan bernilai RM4,800 dalam kotak permainan dikirim dari Amerika Syarikat (AS), hasil serbuan di sebuah pusat beli-belah di Georgetown pada Isnin lalu.

3 bintang United beli Mercedes-Benz 'G-Wagon'

Posted: 04 Jun 2020 07:20 AM PDT

LONDON: Bintang Manchester United iaitu Daniel James, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka membelanjakan wang mereka dengan membeli kereta Mercedes-Benz 'G-Wagon' yang berharga 90,000 pound (RM480,741).

Gempa bumi magnitud 6.8 landa timur Indonesia

Posted: 04 Jun 2020 07:16 AM PDT

JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada Skala Richter melanda wilayah Maluku hari ini, namun tidak mengakibatkan tsunami, menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik.

COVID-19: Pendekatan menyeluruh tangani jangkitan kalangan pekerja asing

Posted: 04 Jun 2020 04:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Pendekatan menyeluruh perlu diambil dalam menangani penularan wabak COVID-19 kalangan pekerja warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam depoh tahanan Imigresen.

Kini boleh tukar 5 pemain aksi EPL

Posted: 04 Jun 2020 07:07 AM PDT

LONDON: Pengurus boleh menukar lima pemain bagi baki aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas pasukan bersetuju dengan perubahan sementara peraturan itu, hari ini.

BERSATU Johor zahir taat setia, junjung titah Sultan Ibrahim

Posted: 04 Jun 2020 07:03 AM PDT

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor menzahirkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap titah Sultan Ibrahim Iskandar yang memberi amaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri ini terus berlaku.

AirAsia tamatkan perkhidmatan 300 pekerja

Posted: 04 Jun 2020 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak COVID-19.

SAM harap ada khabar gembira dari PM

Posted: 04 Jun 2020 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) berharap pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang esok akan turut memberi khabar gembira kepada pengamal media dan industri sukan negara.

'Lima minit pisahkan saya dengan kereta yang dirempuh'

Posted: 04 Jun 2020 06:56 AM PDT

GEORGETOWN: "Tidak sampai lima minit selepas parkir di situ, saya terdengar dentuman kuat."

Menteri Kesihatan Thailand ingkar penjarakan sosial

Posted: 04 Jun 2020 06:54 AM PDT

BANGKOK: Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul, menjadi sasaran kemarahan warga maya selepas gambar beliau bersama rombongannya mengingkari penjarakan sosial ketika makan di sebuah restoran menjadi tular.

Politik Johor: Mazlan nafi jadi 'kepala' gerak usaha sertai pembangkang

Posted: 04 Jun 2020 06:40 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mazlan Bujang menafikan dakwaan beliau menjadi 'kepala' mengetuai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang mahu menyertai pakatan pembangkang.

Plentong dilanda banjir kilat

Posted: 04 Jun 2020 06:38 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sebanyak 30 rumah di Kampung Baru Plentong, dekat sini, terjejas akibat banjir kilat, petang tadi.

Elak bayar cukai, Costa dihukum penjara 6 bulan

Posted: 04 Jun 2020 06:33 AM PDT

LONDON: Diego Costa dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan penipuan cukai tetapi akan membayar denda 32,000 pound (RM172,000) bagi mengelak daripada dipenjara.

India janji siasat pembunuhan gajah bunting

Posted: 04 Jun 2020 06:30 AM PDT

NEW DELHI: India hari ini berjanji akan menyiasat pembunuhan seekor gajah bunting yang mati selepas diberi makan buah berisi bahan letupan.

Tomok dapat anak perempuan

Posted: 04 Jun 2020 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lama mengidam puteri, isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, tengah hari tadi.

Anggota RELA dipenjara, denda sebar gambar lucah rakan sekerja

Posted: 04 Jun 2020 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dihukum penjara seminggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menyebarkan gambar lucah rakan sekerjanya itu pada bulan lalu.

Muhyiddin hadir mesyuarat MPT BERSATU

Posted: 04 Jun 2020 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya kira-kira 8.25 malam tadi, bagi menghadiri Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini.

DJ Lin minta tolong

Posted: 04 Jun 2020 06:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akaun Instagram (IG), Suria Malaysia milik stesen radio Suria FM yang memiliki lebih 300,000 pengikut, dipercayai digodam.

Cabaran guru pastikan murid patuhi SOP

Posted: 04 Jun 2020 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Guru bakal berdepan cabaran dalam melaksanakan norma baharu apabila sesi persekolahan dibuka semula kelak, terutama dalam memastikan murid mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Iran catat jangkitan tertinggi 3,574 kes COVID-19 dalam sehari

Posted: 04 Jun 2020 06:01 AM PDT

TEHRAN: Iran mencatatkan 3,574 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikannya jangkitan harian tertinggi di negara itu sejak wabak bermula pada Februari lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template