BH Online - Terkini |
- Pengurus akaun rugi RM67,700 ditipu
- Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui
- Lelaki didakwa cabul, rogol anak tiri ditahan
- Redzuan nafi letak jawatan
- MBKT perluaskan pasar malam jika SOP dipatuhi
- Ahmad Idham kembali teraju FINAS
- NS Wanderers kelab ragbi kebanggaan Negeri Sembilan
- PENJANA: Belia perlu tangkas, bangkit ambil peluang – Reezal Merican
- 20,000 pengusaha Bumiputera raih manfaat PENJANA
- 100 'lorong tikus' di perairan pantai barat dikawal ketat
- PENJANA terus bantu industri pelancongan
- PENJANA beri tumpuan besar kepada PKS
- PENJANA sokong aktiviti ekonomi gig
- Tiada lagi cukai jualan kereta penumpang tempatan
- PENJANA ringan beban pembeli rumah - REHDA
- Bina benteng konkrit di Sungai Plentong, atasi banjir kilat
- PENJANA RM35 bilion perkasa rakyat, peniaga, rangsang ekonomi
- PKPB wajar dilanjutkan, SOP diperketatkan - Pakar kesihatan awam
- Menu nasi beriani kambing, ayam varuval untuk PM - Sugu Pavithra
- PENJANA lonjak niaga digital hadapi norma baharu - Menteri KPDNHEP
- Pengecualian cukai jualan, harga kereta lebih murah
- Sukuk Prihatin peluang rakyat sertai rangsang ekonomi
- 'Mudahkan proses agihan peruntukan PENJANA'
- AS lancar serangan pertama terhadap Taliban lepas gencatan senjata
- PENJANA mampu pulihkan ekonomi dalam jangka pendek - Ahli Ekonomi
- Chelsea dinobat juara, Liverpool tersingkir
- PDRM terima 425 kereta peronda baharu
- PENJANA: Pacu sentimen perniagaan Malaysia, tarik pelabur asing
- Safawi, Mat Don seronok bergurau di Instagram
- Jugah keluar PKR, ikrar sokong PM
| Pengurus akaun rugi RM67,700 ditipu Posted: 05 Jun 2020 09:08 AM PDT LABUAN: Seorang wanita yang juga pengurus akaun kerugian sebanyak RM67,700 selepas terpedaya dengan sindiket dipercayai 'Macau Scam' yang menyamar sebagai pegawai bank dan polis, kelmarin. |
| Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui Posted: 05 Jun 2020 08:43 AM PDT LABUAN: Sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua, ditemui di pantai Pulau Daat, di sini, Rabu lalu. |
| Lelaki didakwa cabul, rogol anak tiri ditahan Posted: 05 Jun 2020 08:32 AM PDT LABUAN: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai mencabul dan merogol anak tiri berusia 16 tahun sejak tahun lalu. |
| Posted: 05 Jun 2020 02:20 AM PDT KAJANG: "Saya tidak meletak jawatan dan tidak akan meletak jawatan," tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. |
| MBKT perluaskan pasar malam jika SOP dipatuhi Posted: 05 Jun 2020 06:59 AM PDT KUALA NERUS: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedia membenarkan operasi pasar malam dengan normal baharu, diperluaskan, jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. |
| Ahmad Idham kembali teraju FINAS Posted: 05 Jun 2020 08:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Belum tiga bulan menamatkan khidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik semula menyandang kerusi berkenaan berkuat kuasa, hari ini. |
| NS Wanderers kelab ragbi kebanggaan Negeri Sembilan Posted: 05 Jun 2020 08:10 AM PDT SEREMBAN: Kelab Ragbi NS Wanderers (NS Wanderers) dari Negeri Sembilan tidak asing lagi di persada sukan ragbi tempatan, malah nama itu turut dikenali di rantau ini kerana pembabitan mereka dalam pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa. |
| PENJANA: Belia perlu tangkas, bangkit ambil peluang – Reezal Merican Posted: 05 Jun 2020 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan kerajaan hari ini diharap dapat membantu golongan belia dalam menghadapi keresahan dan cabaran ekonomi susulan pandemik COVID-19. |
| 20,000 pengusaha Bumiputera raih manfaat PENJANA Posted: 05 Jun 2020 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk memperkasakan pembabitan Bumiputera dan memastikan kelangsungan dalam bidang perniagaan dan keusahawan, kerajaan memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM500 juta bagi tujuan sedemikian. |
| 100 'lorong tikus' di perairan pantai barat dikawal ketat Posted: 05 Jun 2020 07:59 AM PDT PARIT BUNTAR: Sebanyak 100 'lorong tikus' di sepanjang perairan pantai barat dikawal ketat oleh pasukan keselamatan bagi mengelak pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada memasuki negara ini, kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mastor Mohd Ariff. |
| PENJANA terus bantu industri pelancongan Posted: 05 Jun 2020 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan terus menumpukan usaha dalam pemulihan sektor pelancongan yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19 dengan memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM1 bilion dalam Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA. |
| PENJANA beri tumpuan besar kepada PKS Posted: 05 Jun 2020 07:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro mendapat tumpuan lebih besar menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akibat penutupan ekonomi selama dua bulan akibat penularan COVID-19. |
| PENJANA sokong aktiviti ekonomi gig Posted: 05 Jun 2020 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka dasar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor itu yang mampu memberi peluang pekerjaan baru ketika ini. |
| Tiada lagi cukai jualan kereta penumpang tempatan Posted: 05 Jun 2020 01:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan. |
| PENJANA ringan beban pembeli rumah - REHDA Posted: 05 Jun 2020 07:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan beberapa insentif cukai bagi merancakkan semula pasaran hartanah tempatan termasuk memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC). |
| Bina benteng konkrit di Sungai Plentong, atasi banjir kilat Posted: 05 Jun 2020 07:31 AM PDT JOHOR BAHRU: Benteng konkrit di tebing Sungai Plentong, berhampiran Kampung Plentong Baru, di sini akan dibina seberapa segera bagi mengurangkan risiko banjir kilat melanda penempatan itu. |
| PENJANA RM35 bilion perkasa rakyat, peniaga, rangsang ekonomi Posted: 05 Jun 2020 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Fasa pemulihan yang dilalui negara ketika ini adalah tempoh paling sesuai untuk meraih peluang baharu untuk bangkit daripada kesan krisis COVID-19 demi pembangunan masa depan negara. |
| PKPB wajar dilanjutkan, SOP diperketatkan - Pakar kesihatan awam Posted: 05 Jun 2020 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini wajar diteruskan dengan kerajaan perlu mempertimbangkan kelonggaran bagi sektor tertentu. |
| Menu nasi beriani kambing, ayam varuval untuk PM - Sugu Pavithra Posted: 05 Jun 2020 07:16 AM PDT IPOH: Hidangan nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber, Sugu Pavithra jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumah mereka. |
| PENJANA lonjak niaga digital hadapi norma baharu - Menteri KPDNHEP Posted: 05 Jun 2020 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dirangka kerajaan bagi menghadapi cabaran susulan pandemik COVID-19, membuka peluang lebih luas dalam usaha menghidupkan semula ekonomi antaranya dengan inisiatif melonjakkan perniagaan digital. |
| Pengecualian cukai jualan, harga kereta lebih murah Posted: 05 Jun 2020 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Harga kereta penumpang dijangka menurun bermula pertengahan bulan ini hingga akhir tahun, dengan jumlah penurunannya akan mengambil kira faktor lain berkaitan ekosistem automotif secara keseluruhan. |
| Sukuk Prihatin peluang rakyat sertai rangsang ekonomi Posted: 05 Jun 2020 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menerbitkan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta pada suku ketiga 2020, yang terbuka kepada penyertaan orang ramai dan syarikat dalam menyokong langkah pasca pemulihan impak penularan COVID-19. |
| 'Mudahkan proses agihan peruntukan PENJANA' Posted: 05 Jun 2020 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memudahkan proses agihan peruntukan yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), bagi mengemudi ekonomi negara keluar daripada krisis dengan lebih berkesan. |
| AS lancar serangan pertama terhadap Taliban lepas gencatan senjata Posted: 05 Jun 2020 07:04 AM PDT KABUL: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara pertama terhadap Taliban selepas gencatan senjata tiga hari sempena Aidilfitri tamat minggu lalu. |
| PENJANA mampu pulihkan ekonomi dalam jangka pendek - Ahli Ekonomi Posted: 05 Jun 2020 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperlihatkan komitmen jitu kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat. |
| Chelsea dinobat juara, Liverpool tersingkir Posted: 05 Jun 2020 06:57 AM PDT LONDON: Chelsea dinobat selaku juara Liga Super Wanita (WSL) selepas Persatuan Bolasepak England (FA) menggunakan formula mata bagi satu perlawanan untuk menentukan kedudukan akhir bagi saingan berkenaan. |
| PDRM terima 425 kereta peronda baharu Posted: 05 Jun 2020 02:42 AM PDT PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 425 kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan secara berperingkat sehingga Julai ini. |
| PENJANA: Pacu sentimen perniagaan Malaysia, tarik pelabur asing Posted: 05 Jun 2020 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang meletakkan asas kukuh sokongan kewangan dan inisiatif untuk komuniti perniagaan, dilihat mampu mempertingkat sentimen perniagaan serta menarik kemasukan pelabur asing. |
| Safawi, Mat Don seronok bergurau di Instagram Posted: 05 Jun 2020 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemesraan antara dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dan Liridon Krasniqi jelas menarik perhatian peminat bola sepak tanah air. |
| Jugah keluar PKR, ikrar sokong PM Posted: 05 Jun 2020 06:38 AM PDT KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang, hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment