Monday, June 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Rentas sempadan: Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia

Posted: 08 Jun 2020 09:20 AM PDT

SINGAPURA: Republik ini sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memenuhi keperluan pelawat merentas sempadan, termasuk untuk urusan jangka pendek dan rasmi, serta pekerja Malaysia yang sebelum ini berulang-alik antara Malaysia dengan Singapura.

Yuran TASKA bawah RM600 tidak dapat tampung kos operasi ketika PKP, PKPB - Persatuan

Posted: 08 Jun 2020 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang mengenakan yuran RM600 dan ke bawah sebulan, tidak dapat menampung kos operasi, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan COVID-19.

Pelanjutan tempoh PSU manfaatkan 2.7 juta pekerja - PERKESO

Posted: 08 Jun 2020 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bagi tempoh tiga bulan dengan jangkaan 2.7 juta pekerja akan menerima manfaatnya.

Mangsa kereta terjunam sungai dikenal pasti anggota tentera

Posted: 08 Jun 2020 07:08 AM PDT

JITRA: Polis sudah mengenal pasti mayat lelaki ditemui di dalam kereta Proton Saga FLX yang terjunam ke Sungai Lana Bulu, Megat Dewa, semalam.

269 PATI Rohingya mendarat, bocorkan bot elak diusir

Posted: 08 Jun 2020 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bot membawa lebih 216 dan satu mayat wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya yang dikesan berada di perairan negara, awal pagi tadi, didapati sengaja dibocorkan.

Isu harga tiket mahal akan dibincang

Posted: 08 Jun 2020 08:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal, terutamanya ke Sabah dan Sarawak.

Moscow tamatkan perintah berkurung COVID-19 esok

Posted: 08 Jun 2020 07:01 AM PDT

MOSCOW : Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, hari ini mengumumkan penamatan perintah berkurung yang dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu di ibu negara Russia itu akan berakhir esok.

Peringatan MOM kepada semua pemegang taruh industri sukan

Posted: 08 Jun 2020 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pemegang taruh dalam industri sukan negara digesa supaya mematuhi dengan rapi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh kementerian yang berkaitan bagi menamatkan penularan COVID-19 dalam negara.

India buka tempat awam walaupun jangkitan COVID-19 meningkat

Posted: 08 Jun 2020 06:47 AM PDT

NEW DELHI : Pusat beli belah dan tempat ibadat kembali dibuka di beberapa bandar di India hari ini walaupun negara itu masih mencatat rekod kes baharu harian tertinggi.

Atlet memanah kembali bersemangat turun berlatih

Posted: 08 Jun 2020 06:46 AM PDT

KUANTAN: Keputusan kerajaan membenarkan sukan memanah kembali aktif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disambut baik atlet acara berkenaan yang kebanyakannya dikatakan hampir hilang semangat selepas berehat terlalu lama.

Pendelela teruja kembali berlatih

Posted: 08 Jun 2020 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya rasa macam balik kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)."

Perbicaraan MH17 yang ditunda akibat COVID-19 bersambung

Posted: 08 Jun 2020 06:17 AM PDT

AMSTERDAM: Peguam bela kes perbicaraan pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh pada 2014 memohon lebih masa untuk bersedia sebelum meneruskan prosiding yang tertangguh berikutan ancaman wabak COVID-19.

MPM sambut baik pembukaan sektor sukan, rekreasi Fasa 2

Posted: 08 Jun 2020 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berterima kasih atas pengumuman kerajaan berkaitan pembukaan sektor sukan dan rekreasi Fasa 2 selain menyifatkan ianya bakal merancakkan semula budaya bersukan.

Harimau Malaya sukar atur aksi lawan Argentina, Sepanyol

Posted: 08 Jun 2020 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui sukar untuk skuad Harimau Malaya mengatur perlawanan berdepan pasukan ranking teratas dunia seperti Argentina dan Sepanyol.

Ingkar PKPB: Polis kompaun lapan remaja

Posted: 08 Jun 2020 05:51 AM PDT

LABUAN: Polis mengenakan kompaun ke atas lapan remaja kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa, hari ini.

COVID-19: 7 kes baharu dilaporkan, terendah sejak 18 Mac

Posted: 08 Jun 2020 02:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencapai satu angka, hari ini, membabitkan tujuh jangkitan yang juga bilangan terendah sejak 18 Mac lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

'Petanda positif bola sepak negara kembali bernyawa'

Posted: 08 Jun 2020 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) dibenarkan memulakan latihan bermula 15 Jun ini tampak memberi petanda positif untuk arena bola sepak negara kembali 'bernyawa'.

Lukisan potret Rembrandt dijangka lebih RM80 juta

Posted: 08 Jun 2020 04:56 AM PDT

LONDON: Lukisan potret diri karya Rembrandt yang dianggap antara karya terakhirnya, akan dilelong bulan depan dengan harga antara £12 juta hingga £16 juta (RM64.8 juta-RM83.4 juta).

Pertempuran di Kashmir, 4 pengganas terbunuh

Posted: 08 Jun 2020 05:10 AM PDT

SRINAGAR: Pasukan tentera di wilayah Kashmir yang ditadbir India menembak mati empat pengganas hari ini, beberapa jam selepas lima pengganas dibunuh dalam pertempuran berasingan di kawasan sama.

Esok bincang persiapan ibu bapa, pelajar kembali ke sekolah

Posted: 08 Jun 2020 03:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan esok untuk membincangkan persiapan yang boleh dilakukan ibu bapa sempena pembukaan sekolah kelak.

PKPP: Penugasan PDRM disesuaikan dengan arahan kerajaan, MKN

Posted: 08 Jun 2020 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disesuaikan dengan arahan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula Rabu ini.

COVID-19: Tindakan kesihatan awam, peningkatan pemantauan elak gelombang baharu

Posted: 08 Jun 2020 04:44 AM PDT

PUTRAJAYA: Tindakan kesihatan awam dan peningkatan aspek pemantauan ialah elemen penting sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 31 Ogos depan bagi mengelakkan risiko gelombang baharu COVID-19 berikutan lebih banyak kelonggaran diberikan kerajaan.

COVID-19: Sedia cadang peralatan pematuhan SOP sebagai barang terkawal

Posted: 08 Jun 2020 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia mencadangkan kepada kerajaan untuk menyenaraikan peralatan penting untuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 sebagai barangan harga terkawal.

COVID-19: Biar negara tangani penularan tempatan dulu

Posted: 08 Jun 2020 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mesti menangani penularan COVID-19 dengan tindakan dalam negara membabitkan ekonomi, sosial dan pendidikan sepanjang fasa pemulihan, sebelum membuka sempadan kepada pengunjung dari luar.

Ribut tropika Cristobal landa Louisiana

Posted: 08 Jun 2020 03:57 AM PDT

WASHINGTON: Ribut tropika Cristobal melanda tenggara Louisiana semalam, membawa bersama angin kencang, hujan lebat dan ancaman kemusnahan harta benda.

Kerajaan negeri perlu akur PKPP apabila diwartakan

Posted: 08 Jun 2020 01:34 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri perlu akur dan mengikut peraturan ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila ia diwartakan nanti.

FAM boleh tiru pendekatan kuarantin Road To Tokyo

Posted: 08 Jun 2020 03:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran menggunakan pendekatan kuarantin sekiranya mahu memulakan latihan penuh buat skuad Harimau Malaya dan bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

COVID-19: Bayi 8 bulan antara kes baharu

Posted: 08 Jun 2020 03:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Bayi berusia lapan bulan ialah antara tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kertas putih pengalaman China perangi COVID-19 dipuji pakar

Posted: 08 Jun 2020 03:42 AM PDT

BEIJING: Ramai pemerhati setuju bahawa kertas putih bertajuk 'Memerangi COVID-19: Tindakan China' yang diterbitkan negara itu semalam memberi banyak inspirasi kepada masyarakat antarabangsa.

COVID-19: Lebih banyak klinik kesihatan operasi dua syif

Posted: 08 Jun 2020 03:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mempertimbang memperluas perkhidmatan klinik secara maya dan operasi dua syif, iaitu sesi pagi dan petang bagi klinik kesihatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template