Friday, July 17, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Perak lancar panggung wayang pandu masuk pertama di Malaysia

Posted: 17 Jul 2020 08:25 AM PDT

IPOH: Perak menjadi negeri pertama di negara ini melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, di sini bermula hari ini.

JKKP Kelantan siasat insiden guru maut terjatuh balkoni

Posted: 17 Jul 2020 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan menjalankan siasatan komprehensif terhadap insiden kematian seorang guru yang terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.

COVID-19: 4 kluster baharu dikenal pasti - KP Kesihatan

Posted: 17 Jul 2020 02:31 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti empat kluster baharu COVID-19 yang membabitkan petugas barisan hadapan dan jangkitan dari luar negara.

Sofy tekad tingkat kemahiran selepas lama berehat

Posted: 17 Jul 2020 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain boling kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mahu menggunakan tempoh rehat tidak dirancang akibat pandemik COVID-19 untuk mempertingkatkan kemahiran, di samping mengukuhkan ikatan bersama rakan sepasukan.

Ketegasan Malaysia dalam isu Palestin harus dicontohi dunia

Posted: 17 Jul 2020 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Langkah tegas Malaysia dalam menyokong perjuangan menuntut hak dan kebebasan Palestin diharapkan menjadi ikutan di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Taiwan bertumbuk, baling belon air

Posted: 17 Jul 2020 03:51 AM PDT

TAIPEI: Sidang Parlimen Taiwan hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen saling bertumbuk dan membaling belon air dalam kalangan mereka.

Konsert, teater boleh dihadiri lebih 250 penonton

Posted: 17 Jul 2020 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert dan teater kini dibenarkan dihadiri lebih 250 orang penonton bergantung kepada kapasiti dewan acara dengan mengutamakan penjarakan sosial dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

Posted: 17 Jul 2020 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan selepas dipanggil oleh suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

Hamilton ungguli ujian masa GP Hungary

Posted: 17 Jul 2020 07:07 AM PDT

BUDAPEST: Lewis Hamilton mengatasi rakan sepasukannya Valtteri Bottas ketika pasukan Mercedes mendominasi sesi ujian pertama menjelang Grand Prix (GP) Hungary hujung minggu ini.

Penolong pengurus GLC ditahan SPRM

Posted: 17 Jul 2020 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM100,000.

Pacquiao ajak McGregor bertarung

Posted: 17 Jul 2020 07:02 AM PDT

LONDON: Conor McGregor memberi bayangan bersedia keluar daripada persaraan untuk bertarung dengan petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao.

25 ladang ternak cerpelai Belanda dijangkiti COVID-19

Posted: 17 Jul 2020 06:31 AM PDT

THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda akan melupuskan lebih 1,100 cerpelai selepas menemui jangkitan COVID-19 di satu lagi ladang, menjadikan keseluruhan 25 ladang ternakan cerpelai di negara itu dijangkiti virus terbabit.

Thomas Bach akan pertahan jawatan presiden IOC

Posted: 17 Jul 2020 06:24 AM PDT

LAUSANNE: Thomas Bach, hari ini berkata dia akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi penggal kedua dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada 2021.

Alcantara semakin hampir sertai Liverpool

Posted: 17 Jul 2020 06:20 AM PDT

BERLIN: Pemain tengah Sepanyol, Thiago Alcantara semakin hampir untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selepas dilaporkan enggan melanjutkan kontraknya dengan Bayern Munich.

Banjir di Indonesia, 36 maut puluhan masih hilang

Posted: 17 Jul 2020 06:19 AM PDT

MAKASSAR: Anggota penyelamat mengeluarkan mayat ditimbus lumpur dan sisa ketika bertungkus lumus mencari puluhan mangsa yang masih hilang selepas banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang di Sulawesi, Indonesia.

Sambut baik aksi disambung 26 Ogos

Posted: 17 Jul 2020 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) tampak sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali ke 'gelanggang' selepas saingan bola sepak tempatan akan bersambung semula pada 26 Ogos ini.

Warga British ditahan kerana ancaman bom

Posted: 17 Jul 2020 05:57 AM PDT

OSLO: Seorang penumpang warga British ditahan hari ini selepas membuat ugutan bom ketika dalam pesawat Ryanair yang melakukan penerbangan dari London ke Oslo di Norway.

Naim Holdings cadang jual tanah RM340 juta di Bintulu

Posted: 17 Jul 2020 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Naim Holdings Bhd, Petrochemical Hub Sdn Bhd memeterai perjanjian jual dan beli dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi cadangan penjualan dua bidang tanah kosong dengan keluasan kira-kira 405.6 hektar di Bintulu, Sarawak dengan harga RM340 juta.

Putin arah latihan tentera besar-besaran

Posted: 17 Jul 2020 05:37 AM PDT

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengarahkan latihan tentera membabitkan 150,000 anggota, ratusan pesawat dan kapal laut bagi 'menjamin keselamatan' di barat daya negara itu.

'Terima kasih atas penghormatan ini, YB'

Posted: 17 Jul 2020 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Wakil keluarga Rosli Abdul Aziz, guru yang maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah baru-baru ini, menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, kerana menziarahi keluarga Allahyarham baru-baru ini.

Jerman desak WHO segerakan kajian pengendalian wabak COVID-19

Posted: 17 Jul 2020 05:12 AM PDT

BERLIN: Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, mendesak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempercepatkan kajian dan semakan terhadap cara badan dunia itu mengendalikan krisis COVID-19.

Ourfarm sasar bantu 800 pengeluar hasil pertanian

Posted: 17 Jul 2020 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ourfarm, platform e-dagang perniagaan kepada perniagaan yang dimulakan oleh AirAsia untuk membantu menghubungkan petani secara terus kepada perniagaan, menyasar 800 pengeluar hasil pertanian mendaftar di platform itu pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lalitha Sivanaser.

47 rakyat Malaysia selamat tiba dari Arab Saudi

Posted: 17 Jul 2020 05:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 47 rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, dari Arab Saudi dengan penerbangan khas Saudia Airlines.

Ringgit ditutup lebih tinggi

Posted: 17 Jul 2020 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan sentimen di pasaran ekuiti tempatan yang lebih baik, kata peniaga.

Bursa Malaysia melonjak 31.33 mata

Posted: 17 Jul 2020 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini dengan peningkatan merentasi hampir semua papan indeks susulan tindakan aktif pelabur mendapatkan saham-saham domestik selepas penyusutan semalam.

Tidak pernah tawar Shafie sebagai TPM - Muhyiddin

Posted: 17 Jul 2020 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dr Noor Hisham, KKM terima Anugerah BrandLaureate

Posted: 17 Jul 2020 02:42 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendapat pengiktirafan dunia menerusi Anugerah BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation.

Tiada keistimewaan buat adik timbalan menteri

Posted: 17 Jul 2020 04:05 AM PDT

SEPANG: Tiada keistimewaan buat pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal, walaupun statusnya sebagai adik kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal.

Editor buku hina Jata Negara lari ke luar negara

Posted: 16 Jul 2020 10:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan sudah melarikan diri ke luar negara.

Skuad Lang Merah teruja ingin bertemu Sanusi

Posted: 17 Jul 2020 04:23 AM PDT

ALOR SETAR: Skuad Lang Merah bimbingan Aidil Sharin Sahak teruja untuk bertemu dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor dan naib presiden, Radhi Mat Din.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template