BH Online - Terkini |
- Kemenangan BN di DUN Chini, contoh kejayaan Muafakat Nasional - PAS
- PATI Indonesia ditahan ketika cuba menyusup keluar dari Malaysia
- Murid cacat penglihatan boleh bawa balik mesin Braille
- Kastam rampas rokok lebih RM12 juta
- Thailand rampas 1.42 tan dadah 'ice' dipercayai cuba diseludup ke Malaysia
- Guru perlu gabung dua kaedah pengajaran
- Peluang cipta legasi sendiri
- Hamilton minta RM213.9j setahun dari Mercedes
- Risiko titisan jika guna ruang atas katil bertingkat
- City kena 'tunduk hormat' Liverpool
- McGregor cabar McMahon
- Boleh ledak 100 gol lagi
- To'ki bakal tinggalkan pondok usang
- 51 anggota sindiket penyeludupan PATI 'Geng Otong' didakwa
- Halim, 10 pengikut tidak dibenarkan ikat jamin
- 16 termasuk pegawai imigresen Kedah didakwa sertai 'Geng Husen Maungdaw'
- Solat di surau sekolah: Murid perlu bawa kelengkapan sendiri
- Projek kereta nasional ketiga diteruskan
- SPRM tahan pegawai imigresen disyaki terbabit rasuah RM3,000
- Polis nafi suspek kes pecah rumah dibebaskan selepas siasatan
- Operasi hari keempat diperluaskan lebih 400 batu nautika persegi
- Bot terbalik ragut lima nyawa ditunda ke Jeti Kuala Besar
- Bersih premis sebaik tamat sesi pembelajaran
- Tragedi bot terbalik: Solat hajat ikhtiar terakhir keluarga mangsa hilang
- Tragedi bot terbalik: Mayat keenam ditemui
- Selaman ketiga di bot terbalik selepas hidu bau busuk
- Malaysia terus sokong perjuangan rakyat Palestin
- Malaysia gantung sementara juruterbang Pakistan
- Fatah, Hamas bersatu hati bantah penaklukan Tebing Barat oleh Israel
| Kemenangan BN di DUN Chini, contoh kejayaan Muafakat Nasional - PAS Posted: 02 Jul 2020 02:46 PM PDT PEKAN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, esok berupaya menjadi satu lagi contoh terbaik kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS. |
| PATI Indonesia ditahan ketika cuba menyusup keluar dari Malaysia Posted: 02 Jul 2020 02:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 24 termasuk tiga tiga wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan seorang tekong warga tempatan, ditahan pasukan Rejimen ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) di Sungai Rengit, Johor, malam tadi. |
| Murid cacat penglihatan boleh bawa balik mesin Braille Posted: 02 Jul 2020 09:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga boleh memasuki kawasan sekolah dengan kenderaan untuk menghantar Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang tidak berupaya berjalan kaki. |
| Kastam rampas rokok lebih RM12 juta Posted: 02 Jul 2020 08:46 AM PDT PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menumpaskan cubaan penyeludupan rokok rentas sempadan bernilai RM12.04 juta membabitkan 30.1 juta batang rokok. |
| Thailand rampas 1.42 tan dadah 'ice' dipercayai cuba diseludup ke Malaysia Posted: 02 Jul 2020 08:31 AM PDT NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand merampas 1.42 tan dadah jenis 'ice' atau kristal methamphetamine bernilai kira-kira 284 juta baht (kira-kira RM35 juta) yang dipercayai untuk diseludup ke Malaysia, di sini, awal pagi tadi. |
| Guru perlu gabung dua kaedah pengajaran Posted: 02 Jul 2020 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Guru boleh menambah baik kaedah pengajaran seperti menjajar semula kerangka kurikulum untuk mengejar output pembelajaran. |
| Posted: 02 Jul 2020 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya buat empat penjaga gol skuad hoki lelaki negara mencipta legasi tersendiri, selepas selama ini berada di bawah bayangan S Kumar. |
| Hamilton minta RM213.9j setahun dari Mercedes Posted: 02 Jul 2020 08:14 AM PDT LONDON: Pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton meminta 40 juta pound (RM213.97 juta) untuk menandatangani perjanjian baharu bersama Mercedes. |
| Risiko titisan jika guna ruang atas katil bertingkat Posted: 02 Jul 2020 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Ruang atas katil dua tingkat di asrama tidak digunakan selepas persekolahan dibuka bagi mengelak risiko penularan jangkitan menerusi titisan. |
| City kena 'tunduk hormat' Liverpool Posted: 02 Jul 2020 05:36 AM PDT LONDON: Buat pertama kalinya dalam tempoh 10,650 hari, Liverpool akan tampil selaku juara England apabila mereka bertemu Manchester City di Stadium Etihad, jam 3.15 pagi ini. |
| Posted: 02 Jul 2020 07:52 AM PDT LONDON: Conor McGregor memberi isyarat awal untuk kembali beraksi di WWE selepas memberi 'amaran awal' kepada Vince McMahon di laman Instagram. |
| Posted: 02 Jul 2020 06:54 AM PDT LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap kapten, Pierre-Emerick Aubameyang mampu menjaringkan 100 gol lagi buat kelab itu selepas kemenangan ke atas Norwich City, awal pagi tadi. |
| To'ki bakal tinggalkan pondok usang Posted: 02 Jul 2020 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1990-an, To'ki yang kisah hidupnya hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tampil menghulurkan bantuan. |
| 51 anggota sindiket penyeludupan PATI 'Geng Otong' didakwa Posted: 01 Jul 2020 09:33 PM PDT KOTA TINGGI: Seramai 51 anggota 'Geng Otong' termasuk warga Indonesia dan Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang kerana mendalangi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), antara 2015 hingga tahun ini. |
| Halim, 10 pengikut tidak dibenarkan ikat jamin Posted: 01 Jul 2020 10:00 PM PDT TELUK INTAN: Seramai 11 ahli Kumpulan Halim, termasuk ketuanya dan lima warga Indonesia, yang sebelum ini ditahan kerana mendalangi penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. |
| 16 termasuk pegawai imigresen Kedah didakwa sertai 'Geng Husen Maungdaw' Posted: 02 Jul 2020 01:02 AM PDT GEORGETOWN: Seramai 16 lelaki termasuk seorang pegawai imigresen Kedah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Husen Maungdaw', sejak September tahun lalu. |
| Solat di surau sekolah: Murid perlu bawa kelengkapan sendiri Posted: 02 Jul 2020 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah menetapkan setiap murid mesti membawa kelengkapan solat sendiri. |
| Projek kereta nasional ketiga diteruskan Posted: 01 Jul 2020 11:59 PM PDT RAWANG: Kerajaan akan meneruskan projek kereta nasional ketiga meskipun berlaku perubahan kepimpinan negara pada Mac lalu, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. |
| SPRM tahan pegawai imigresen disyaki terbabit rasuah RM3,000 Posted: 02 Jul 2020 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,000. |
| Polis nafi suspek kes pecah rumah dibebaskan selepas siasatan Posted: 02 Jul 2020 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan bahawa suspek dalam kejadian pecah rumah di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini, telah dibebaskan sebaik saja siasatan kes itu selesai. |
| Operasi hari keempat diperluaskan lebih 400 batu nautika persegi Posted: 01 Jul 2020 05:22 PM PDT KOTA BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keempat hari ini, akan diperluaskan lagi kepada lebih 400 batu nautika persegi dari tempat kejadian. |
| Bot terbalik ragut lima nyawa ditunda ke Jeti Kuala Besar Posted: 01 Jul 2020 08:56 PM PDT BACHOK: Bot yang terbalik dalam kejadian dipukul ribut dan ombak di perairan Kemasin, Isnin lalu, sudah ditunda dan kini ditempatkan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, Kota Bharu. |
| Bersih premis sebaik tamat sesi pembelajaran Posted: 02 Jul 2020 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali institusi pendidikan swasta (IPS) hendaklah membersihkan premis selepas tamat sesi pembelajaran, sekiranya penggunaan seterusnya membabitkan kumpulan pelajar berbeza. |
| Tragedi bot terbalik: Solat hajat ikhtiar terakhir keluarga mangsa hilang Posted: 02 Jul 2020 02:45 AM PDT BACHOK: Solat hajat menjadi antara ikhtiar terakhir keluarga kepada tiga mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot terbalik di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di sini, Isnin lalu. |
| Tragedi bot terbalik: Mayat keenam ditemui Posted: 02 Jul 2020 04:54 AM PDT BACHOK: Mayat keenam mangsa tragedi bot terbalik di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin pada Isnin lalu, berjaya ditemui kira-kira 21 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, di sini, petang tadi. |
| Selaman ketiga di bot terbalik selepas hidu bau busuk Posted: 02 Jul 2020 03:29 AM PDT BACHOK: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pemeriksaan dan membuat selaman kali ketiga selepas orang ramai mendakwa hidu bau busuk dari bot terbalik yang ditempatkan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Besar, tengahari tadi. |
| Malaysia terus sokong perjuangan rakyat Palestin Posted: 02 Jul 2020 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera mencari penyelesaian terbaik kepada pelan damai di wilayah itu. |
| Malaysia gantung sementara juruterbang Pakistan Posted: 02 Jul 2020 05:45 AM PDT PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung sementara juruterbang bertauliah warga Pakistan yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia. |
| Fatah, Hamas bersatu hati bantah penaklukan Tebing Barat oleh Israel Posted: 02 Jul 2020 05:57 AM PDT RAMALLAH: Pihak Palestin yang berseteru, Fatah dan Hamas berikrar untuk 'bersatu' dalam melancarkan kempen membantah tindakan Israel untuk menakluki wilayah penduduk Tebing Barat. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment