Monday, July 20, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Gangguan bekalan air di Klang, Kuala Langat susulan paip pecah

Posted: 20 Jul 2020 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di Klang dan Kuala Langat susulan paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang berikutan kejadian tanah mendap yang berlaku petang tadi.

Tiada anugerah Ballon d'Or

Posted: 20 Jul 2020 08:36 AM PDT

PARIS: Anugerah Ballon d'Or tidak akan diberikan tahun ini gara-gara pandemik COVID-19.

Neville salahkan Solskjaer

Posted: 20 Jul 2020 08:21 AM PDT

LONDON: Ketika ramai penyokong menuding jari kepada David de Gea susulan kekalahan 1-3 Manchester United kepada Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA pagi tadi, Phil Neville pula menyalahkan Ole Gunnar Solskjaer.

Pasaran pekerjaan negara bertambah baik - Menteri

Posted: 20 Jul 2020 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Situasi tenaga buruh di Malaysia dijangka bertambah baik dalam jangka masa pendek iaitu bagi Jun tahun ini dan akan terus mengukuh dalam tempoh sederhana sehingga separuh kedua 2020.

Erdogan buat lawatan mengejut ke Hagia Sophia

Posted: 20 Jul 2020 07:13 AM PDT

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia semalam, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan masjid.

Bukti Mourinho bukan cakap kosong

Posted: 20 Jul 2020 07:01 AM PDT

LONDON: Kecaman Jose Mourinho terhadap Manchester United yang memberikan David De Gea perjanjian baharu bernilai 375,000 pound (RM2 juta) seminggu pada September lalu tampak terbukti tepat.

Tanah mendap Jalan Banting-Klang: Kontraktor pakej diarah henti kerja

Posted: 20 Jul 2020 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Berhenti Kerja (SWO) dikeluarkan kepada pihak kontraktor pakej kerja (WPC) projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) susulan kejadian mendap di Jalan Klang-Banting, berdekatan Johan Setia di sini, petang tadi.

China anggap komen Britain mengenai Uighur sebagai fitnah

Posted: 20 Jul 2020 06:56 AM PDT

BEIJING: China menyelar komen setiausaha luar Britain yang menuduh Beijing melanggar hak asasi manusia terhadap etnik dan agama minoriti di wilayah barat laut Xinjiang.

3 lelaki samun dalam lif ditangkap

Posted: 20 Jul 2020 06:47 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki yang menyamun seorang jurujual dalam lif dekat Flat Bandar Perai Jaya, 14 Julai lalu berjaya ditangkap dalam beberapa serbuan antara 15 Julai hingga 20 Julai.

COVID-19: YaPEIM kurangkan perbelanjaan modal, operasi

Posted: 20 Jul 2020 03:44 AM PDT

SHAH ALAM: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mengurangkan 50 peratus daripada perbelanjaan modal (capex) dan operasi Ar Rahnu YaPEIM pada tahun ini berbanding perancangan asal.

Nazza tinggalkan Melaka

Posted: 20 Jul 2020 06:19 AM PDT

MELAKA: Pasukan Melaka bersetuju melepaskan pemain import kelima kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn menjelang aksi Liga Malaysia (Liga M) yang akan disambung semula 26 Ogos ini.

'Elak pemain turun dari langit'

Posted: 20 Jul 2020 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketegasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memilih pemain menganggotai skuad negara penting bagi mengelak timbulnya sebarang masalah atau isu berbangkit.

COVID-19: Tiada penularan wabak di Kota Tinggi

Posted: 20 Jul 2020 06:10 AM PDT

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kota Tinggi, terjejas wabak COVID-19, seperti tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Jalan Klang-Banting di Johan Setia mendap

Posted: 20 Jul 2020 04:31 AM PDT

KLANG: Jalan Klang - Banting berdekatan lampu isyarat Johan Setia di sini mendap di kedua-dua lorong dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di kawasan itu.

China letupkan empangan untuk kurangkan risiko banjir

Posted: 20 Jul 2020 05:57 AM PDT

BEIJING: Pihak berkuasa China meletupkan sebahagian empangan di wilayah timur Anhui untuk meredakan tekanan banjir ketika hujan lebat terus memenuhi sungai di beberapa bahagian negara itu, lapor media tempatan.

2 wanita dirakam CCTV conteng mural pemimpin

Posted: 20 Jul 2020 05:34 AM PDT

SHAH ALAM: Dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat sini.

COVID-19: Indonesia berisiko antara paling teruk terjejas di dunia

Posted: 20 Jul 2020 05:44 AM PDT

JAKARTA: Selepas lebih sebulan membuka semula ekonomi negara secara berperingkat, Indonesia menyaksikan jangkitan dan kematian COVID-19 meningkat dua kali ganda, apabila orang ramai kembali memenuhi pusat penularan seperti Jakarta.

Kirim hampir RM1 juta hasil jenayah kepada keluarga di Vietnam

Posted: 19 Jul 2020 11:44 PM PDT

KEPALA BATAS: Dua lelaki warga asing disyaki menghantar wang hampir RM1 juta hasil kegiatan pecah rumah, pasar raya serta kedai emas di sekitar daerah ini sejak Januari lalu, kepada keluarga mereka di negara asal.

COVID-19: Rawatan berasaskan aerosol kurangkan risiko pesakit - kajian

Posted: 20 Jul 2020 05:34 AM PDT

PARIS: Rawatan ubat berasaskan aerosol secara drastik dapat mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 daripada maut atau memerlukan rawatan intensif, menurut hasil awal yang dikeluarkan oleh sebuah firma bioteknologi Britain.

Empat lastik cermin premis niaga kena reman 21 hari

Posted: 20 Jul 2020 12:51 AM PDT

ALOR SETAR: Empat lelaki direman 21 hari bagi membantu siasatan kes pecah cermin premis perniagaan di sekitar bandar raya ini dengan melastik guli.

COVID-19: Jadikan kuarantin langkah mandatori - pakar

Posted: 20 Jul 2020 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah tegas dan drastik, mewajibkan individu yang kembali ke Malaysia dari luar negara, terus bawa ke pusat kuarantin untuk diasingkan selama 14 hari, berbanding kuarantin di rumah.

Al Jazeera tiada lesen sah jalankan penerbitan dokumentari - FINAS

Posted: 20 Jul 2020 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati Al Jazeera International (Malaysia) Sdn Bhd (Al Jazeera) tidak mempunyai lesen pengeluaran filem untuk penerbitan dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'.

Kementerian sudah bincang dengan Khalid Jamlus - Menteri

Posted: 20 Jul 2020 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengadakan pertemuan dengan bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus, bagi melihat apa yang boleh dibantu untuk meningkatkan kebolehpasarannya.

Ikhmas Jaya lantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi baharu

Posted: 20 Jul 2020 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ikhmas Jaya Group Bhd (IJGB) melantik Datuk Abdul Majit Ahmad Khan dan Datuk Tan Choon Hwa, masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Jangan apologetik bercakap soal bahasa Melayu

Posted: 20 Jul 2020 05:11 AM PDT

Tanjung Malim: Sekian lama merdeka, amat aneh apabila menelusuri kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan penuh liku dan ancaman sejak sekian lama.

BSH 2020: Bayaran fasa ketiga mulai Jumaat

Posted: 20 Jul 2020 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dibuat mulai Jumaat ini berdasarkan kategori BSH 2020 yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

'Budak Tebing' tak gentar Wan Kuzri

Posted: 20 Jul 2020 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Mohd Aiman Afif Md Afizul mengakui Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal boleh dijadikan sebagai 'bahan' buat pemain lain belajar sesuatu yang baharu.

Maut dibelasah kerana kerap buang air merata

Posted: 20 Jul 2020 04:53 AM PDT

IPOH: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut dipukul rakan sebiliknya yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuang air merata-rata di sebuah pusat jagaan pesakit mental di Tambun, di sini, hari ini.

'Ambil tindakan tanpa belas kasihan'

Posted: 20 Jul 2020 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hukuman atau tindakan yang dikenakan ke atas pegawai yang didapati terbabit dengan salah laku atau kecuaian tidak seharusnya mempunyai unsur belas kasihan.

COVID-19: 500 kluster baharu di Perancis, tetapi belum gelombang kedua

Posted: 20 Jul 2020 04:28 AM PDT

PARIS: Pihak berkuasa Perancis melaporkan sebanyak 400 hingga 500 kluster COVID-19 aktif baharu, namun tidak menunjukkan sebarang tanda gelombang kedua akan berlaku.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template