BH Online - Terkini |
- Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN
- Paus gergasi maut di pantai Indonesia
- Bekalan air di Klang pulih 100 peratus, Kuala Langat berperingkat
- German sudah tiada dalam perancangan Ishak
- Nyatakan sebab sebenar ladang TH Plantations dijual - Mujahid
- Tidak sesuai mural pemimpin di jalanan - Datuk Lat
- Ibadah korban di Perlis perlu patuh SOP - MAIPs
- Jun Hao harap tak tercicir ke Aarhus
- Datuk disyaki rogol cucu tiri ditahan
- Penutupan lorong di KM 26.6 hingga KM 26.46 Lebuhraya Elite
- Sarawak bangunkan industri hiliran gas asli
- Lelaki curi kabel maut kena renjatan elektrik
- Pelaksanaan RFID hari pertama di Kedah, Pulau Pinang lancar
- Hampir suku rakyat New Delhi dijangkiti COVID-19
- Murid Tahun Tiga maut hari pertama persekolahan
- COVID-19: Selangor akan teliti semula SOP
- Vietnam minta masa
- Tak sabar nak bekerjasama dengan Gambardella
- COVID-19: Malaysia telus dalam maklumat
- AS dakwa Konsulat China ancam harta intelek
- Lelaki berputih mata ditahan polis tiga jam selepas curi kereta
- COVID-19: Singapura catat 310 kes baharu, 7 dalam komuniti
- PM yakin MBM dapat bekerja rapat dengan kerajaan bantu belia
- Bebas tebusan selepas bercakap dengan Presiden
- COVID-19: Indonesia catat 139 lagi kematian dalam 24 jam
- Harap tiada pemain ikut Seung Jo
- Kegiatan pelacuran, judi haram dibanteras
- Industri minyak sawit dijangka pulih suku keempat 2020
- Malaysia mohon tiga individu tunai haji
- Kenaikan elaun bomba bantuan ke Kabinet dalam masa terdekat
| Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN Posted: 22 Jul 2020 01:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia. |
| Paus gergasi maut di pantai Indonesia Posted: 22 Jul 2020 05:46 AM PDT KUPANG, INDONESIA: Ikan paus gergasi berukuran 23 meter (m) terdampar di perairan Indonesia tetapi kurang jelas mengenai punca kematian mamalia itu, kata pegawai konservasi, hari ini. |
| Bekalan air di Klang pulih 100 peratus, Kuala Langat berperingkat Posted: 22 Jul 2020 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di kawasan Klang yang berlaku berikutan insiden paip pecah di kawasan tanah mendap sejak Isnin lalu, pulih 100 peratus pada jam 9 malam ini, manakala bagi lapan kawasan di Kuala Langat, masih dilakukan secara berperingkat. |
| German sudah tiada dalam perancangan Ishak Posted: 22 Jul 2020 07:07 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pengendali PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad tetap positif biarpun latihan yang mula dikendalikan sejak tiga hari lalu tanpa kelibat penyerang import, Antonio Timothy German. |
| Nyatakan sebab sebenar ladang TH Plantations dijual - Mujahid Posted: 22 Jul 2020 04:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, meminta kerajaan menyatakan sebab sebenar penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH), Tabung Haji Plantations Sdn Bhd (THP). |
| Tidak sesuai mural pemimpin di jalanan - Datuk Lat Posted: 22 Jul 2020 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Dinding tepi jalan bukan lokasi sesuai untuk memberikan penghormatan kepada pemimpin negara. |
| Ibadah korban di Perlis perlu patuh SOP - MAIPs Posted: 22 Jul 2020 08:21 AM PDT ARAU: Ibadah korban di Perlis dibenarkan dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). |
| Jun Hao harap tak tercicir ke Aarhus Posted: 22 Jul 2020 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao tidak rela namanya tercicir daripada membarisi skuad negara bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark Oktober depan. |
| Datuk disyaki rogol cucu tiri ditahan Posted: 22 Jul 2020 08:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan semalam kerana disyaki merogol cucu tiri berusia 11 tahun sebanyak tiga kali sejak 2016. |
| Penutupan lorong di KM 26.6 hingga KM 26.46 Lebuhraya Elite Posted: 22 Jul 2020 08:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Lorong kiri dan lorong kecemasan di Kilometer (KM) 26.6 hingga KM 26.46 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara akan ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan bermula jam 10 malam ini sehingga Sabtu depan. |
| Sarawak bangunkan industri hiliran gas asli Posted: 22 Jul 2020 07:58 AM PDT KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan sekurang-kurangnya 45 peratus daripada pengeluaran gas dikekalkan di negeri ini bagi menampung keperluan untuk industri petrokimia tempatan. |
| Lelaki curi kabel maut kena renjatan elektrik Posted: 22 Jul 2020 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui di dalam longkang di Kilometer 460 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mencuri kabel di lokasi itu, tengah hari tadi. |
| Pelaksanaan RFID hari pertama di Kedah, Pulau Pinang lancar Posted: 22 Jul 2020 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 1,126 pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari laluan Hutan Kampung, Kedah, hingga ke Sungai Dua, Pulau Pinang, menikmati kemudahan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), yang dilancarkan di laluan itu bermula hari ini. |
| Hampir suku rakyat New Delhi dijangkiti COVID-19 Posted: 22 Jul 2020 07:08 AM PDT NEW DELHI: Hampir satu perempat rakyat New Delhi dijangkiti COVID-19, menurut kajian yang mencetuskan keraguan serius berhubung angka rasmi di bandar besar dan seluruh India. |
| Murid Tahun Tiga maut hari pertama persekolahan Posted: 22 Jul 2020 07:06 AM PDT ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan Tahun Tiga maut, manakala bapanya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Panchor, Durian Tunggal, di sini, pagi tadi. |
| COVID-19: Selangor akan teliti semula SOP Posted: 22 Jul 2020 06:41 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneliti semula pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri ini. |
| Posted: 22 Jul 2020 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Senarai sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2021 di Vietnam hanya akan diketahui November depan. |
| Tak sabar nak bekerjasama dengan Gambardella Posted: 22 Jul 2020 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann tidak ada masalah bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu dilantik, Robert Gambardella. |
| COVID-19: Malaysia telus dalam maklumat Posted: 22 Jul 2020 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia tidak cukup telus mendedahkan angka COVID-19 kurang tepat, kata bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon. |
| AS dakwa Konsulat China ancam harta intelek Posted: 22 Jul 2020 06:21 AM PDT COPENHAGEN: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan China menutup konsulatnya di Houston bagi melindungi harta intelek dan maklumat sulit negara itu, kata Jabatan Negara AS, hari ini. |
| Lelaki berputih mata ditahan polis tiga jam selepas curi kereta Posted: 22 Jul 2020 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berputih mata apabila ditahan polis di Taman Bukit Mutiara, Kajang, bersama kereta Proton Wira yang dicurinya beberapa jam selepas kereta itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya, semalam. |
| COVID-19: Singapura catat 310 kes baharu, 7 dalam komuniti Posted: 22 Jul 2020 05:29 AM PDT SINGAPURA: Singapura melaporkan 310 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan tujuh kes dalam komuniti. |
| PM yakin MBM dapat bekerja rapat dengan kerajaan bantu belia Posted: 22 Jul 2020 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Dalam usaha menggerakkan semula ekonomi pasca-COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) dapat bekerja rapat dengan kerajaan untuk membantu generasi muda yang terkesan dari sudut ekonomi. |
| Bebas tebusan selepas bercakap dengan Presiden Posted: 22 Jul 2020 04:42 AM PDT LUTSK, UKRAINE: Polis membebaskan 13 tebusan dan menahan seorang lelaki yang mengurung mereka dalam bas lebih 12 jam semalam, selepas Presiden negara itu bersetuju dengan tuntutannya untuk memuat naik rakaman yang disyorkan di media sosial. |
| COVID-19: Indonesia catat 139 lagi kematian dalam 24 jam Posted: 22 Jul 2020 05:19 AM PDT JAKARTA: Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi setakat ini, sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 11 Mac. |
| Harap tiada pemain ikut Seung Jo Posted: 22 Jul 2020 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menegaskan tidak sanggup lagi kehilangan mana-mana pemain selepas tonggak import dari Korea Selatan, Kang Seung Jo menarik diri dari pasukan itu sebelum ini. |
| Kegiatan pelacuran, judi haram dibanteras Posted: 22 Jul 2020 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan 1,863 individu kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran menerusi Op Noda di sekitar ibu negara bermula 1 Januari sehingga 19 Julai lalu. |
| Industri minyak sawit dijangka pulih suku keempat 2020 Posted: 22 Jul 2020 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit dijangka pulih sepenuhnya pada suku keempat tahun ini sekiranya pandemik COVID-19 dapat dikawal dan dikekang, kata Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). |
| Malaysia mohon tiga individu tunai haji Posted: 22 Jul 2020 03:12 AM PDT KLANG: Malaysia sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan tiga individu dari negara ini menunaikan ibadat haji. |
| Kenaikan elaun bomba bantuan ke Kabinet dalam masa terdekat Posted: 22 Jul 2020 02:27 AM PDT PUTRAJAYA: Kertas cadangan kenaikan elaun tugasan anggota bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam sudah dilengkapkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment