BH Online - Terkini |
- Usir Rayhan Kabir, senarai hitam daripada memasuki Malaysia
- YouTuber sambut baik prinsip kebebasan media
- Lantik segera jurulatih tinju baharu
- WHO bimbang peningkatan kes COVID-19 di Eropah
- Rayhan Kabir sudah ditahan
- F1 GP AS, Mexico, Kanada tidak diadakan tahun ini
- Henderson dinobat Pemain Terbaik Tahunan FWA
- 'Patuhi SOP sepanjang saingan Liga M'
- Malaysia pertimbang gelembung perjalanan dengan wilayah status hijau
- 4 lagi kes positif COVID-19 babit liga Sepanyol
- Sindiket pengedaran minuman keras seludup tumpas
- 'Saya maafkan suami' - S Pavithra
- 2 lelaki ditahan seludup 11kg methamphetamine
- Seorang pemain Kuching FA positif COVID-19
- '3 bulan boleh jadi jutawan...gila ke apa?'
- MEDAC 382,255 panggilan dari usahawan sepanjang PKP
- Polis Bali tahan penjenayah AS
- MRT APEC akan bersidang secara maya Sabtu ini
- Anak syarikat Bank Rakyat agih zakat perniagaan lebih RM1.16 juta
- 4,500 keluarga Bangladesh ditempatkan di kompleks perlindungan cuaca
- Bapa lacur anak kepada warga asing disiasat ikut ATIPSOM
- KPT mansuh pengeluaran sijil sokongan luar negara, surat tiada halangan
- Kerajaan komited teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB - Muhyiddin
- COVID-19: 21 kes positif, tiga kluster baharu
- Ringgit ditutup lebih rendah
- India kekal destinasi eksport utama sawit Malaysia
- Bursa Malaysia ditutup jatuh 16.81 mata
- 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion
- Joshua belum ada dalam senarai Maloney
- Pengarang Kurdish-Iran dapat suaka New Zealand
| Usir Rayhan Kabir, senarai hitam daripada memasuki Malaysia Posted: 24 Jul 2020 11:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, akan diusir keluar dari negara ini dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama-lamanya. |
| YouTuber sambut baik prinsip kebebasan media Posted: 24 Jul 2020 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Personaliti alam maya termasuk YouTuber menyambut baik jaminan kerajaan kekal mendukung prinsip kebebasan media dan hak individu di media sosial. |
| Lantik segera jurulatih tinju baharu Posted: 24 Jul 2020 10:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Petinju kebangsaan, Muhamad Fuad Mohd Redzuan berharap proses pemilihan jurulatih asing diselesaikan segera supaya wakil negara dapat menyesuaikan diri dengan kaedah latihan baharu. |
| WHO bimbang peningkatan kes COVID-19 di Eropah Posted: 24 Jul 2020 06:45 AM PDT COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpejabat di Eropah hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes baharu COVID-19 di benua itu dan menggesa semua negara melaksanakan peraturan lebih ketat jika perlu. |
| Posted: 24 Jul 2020 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini. |
| F1 GP AS, Mexico, Kanada tidak diadakan tahun ini Posted: 24 Jul 2020 08:05 AM PDT PARIS: Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada tidak akan diadakan pada tahun ini, umum penganjur Formula Satu (F1) sebentar tadi. |
| Henderson dinobat Pemain Terbaik Tahunan FWA Posted: 24 Jul 2020 07:58 AM PDT LONDON: Kapten Liverpool, Jordan Henderson dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Sukan (FWA) selepas mengemudi skuad The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun. |
| 'Patuhi SOP sepanjang saingan Liga M' Posted: 24 Jul 2020 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Peningkatan kes COVID-19 yang direkodkan saban hari jelas menjadi kerisauan terbesar apabila situasi itu tampak boleh 'menghancurkan' perancangan dan persediaan untuk kembali meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 26 Ogos ini. |
| Malaysia pertimbang gelembung perjalanan dengan wilayah status hijau Posted: 24 Jul 2020 07:31 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia mempertimbang untuk melaksanakan gelembung perjalanan atau 'travel bubble' dengan wilayah berstatus hijau untuk memacu pertumbuhan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. |
| 4 lagi kes positif COVID-19 babit liga Sepanyol Posted: 24 Jul 2020 07:22 AM PDT MADRID: Pasukan divisyen dua Sepanyol, Fuenlabrada mengumumkan empat lagi kes dikesan dalam pasukan itu selepas beberapa kes positif dilaporkan yang memaksa perlawanan di Deportiva La Coruna ditangguhkan. |
| Sindiket pengedaran minuman keras seludup tumpas Posted: 24 Jul 2020 06:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup selepas menahan dua lelaki di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung Kampung Batu 5 Muar, Johor, semalam. |
| 'Saya maafkan suami' - S Pavithra Posted: 24 Jul 2020 03:35 AM PDT IPOH: "Saya maafkan suami," kata Youtuber terkenal, S Pavithra secara ringkas sebagai jawapan selepas isu konflik antara dia dan suaminya M Sugu menjadi perhatian media serta bualan hangat sejak akhir-akhir ini. |
| 2 lelaki ditahan seludup 11kg methamphetamine Posted: 24 Jul 2020 06:51 AM PDT MIRI: Dua lelaki ditahan selepas menyeludup 11 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine melalui Lapangan Terbang Miri, di sini, petang Rabu lalu. |
| Seorang pemain Kuching FA positif COVID-19 Posted: 24 Jul 2020 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Perdana, Kuching FA mengesahkan seorang pemainnya positif COVID-19. |
| '3 bulan boleh jadi jutawan...gila ke apa?' Posted: 24 Jul 2020 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei menafikan dirinya terbabit dengan pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang jutawan dalam tempoh tiga bulan. |
| MEDAC 382,255 panggilan dari usahawan sepanjang PKP Posted: 24 Jul 2020 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 382,255 panggilan daripada usahawan diterima Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. |
| Polis Bali tahan penjenayah AS Posted: 24 Jul 2020 06:05 AM PDT DENPASAR: Seorang penjenayah Amerika Syarikat (AS) dalam larian kerana terbabit penipuan skim pelaburan di negara asalnya, ditahan di Bali hari ini, di mana dia bekerja sebagai pelakon dan pengarah filem lucah. |
| MRT APEC akan bersidang secara maya Sabtu ini Posted: 24 Jul 2020 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemimpin perniagaan dari seluruh Asia Pasifik akan membentangkan laporan COVID-19 Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) kepada Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). |
| Anak syarikat Bank Rakyat agih zakat perniagaan lebih RM1.16 juta Posted: 24 Jul 2020 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua anak syarikat Bank Rakyat hari ini mengagihkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM1.16 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). |
| 4,500 keluarga Bangladesh ditempatkan di kompleks perlindungan cuaca Posted: 24 Jul 2020 05:37 AM PDT COX'S BAZAR: Bangladesh membuka sebuah kompleks merangkumi 20 blok perumahan bagi menempatkan mangsa bencana alam akibat kenaikan paras laut dan ribut taufan yang semakin kerap. |
| Bapa lacur anak kepada warga asing disiasat ikut ATIPSOM Posted: 24 Jul 2020 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Lapan individu termasuk bapa yang dipercayai terbabit dalam kes rogol dan lacur seorang remaja bawah umur berusia 13 tahun akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM). |
| KPT mansuh pengeluaran sijil sokongan luar negara, surat tiada halangan Posted: 24 Jul 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memansuhkan pengeluaran Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dan Surat Tiada Halangan (STH) berkuat kuasa serta-merta. |
| Kerajaan komited teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB - Muhyiddin Posted: 24 Jul 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik itu. |
| COVID-19: 21 kes positif, tiga kluster baharu Posted: 24 Jul 2020 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara dilaporkan hari ini membabitkan 16 kes penularan tempatan dan lima kes import. |
| Posted: 24 Jul 2020 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan trend penurunan untuk mengakhiri minggu lebih rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kenaikan kes COVID-19 di AS yang menjejaskan selera risiko pelabur, kata peniaga. |
| India kekal destinasi eksport utama sawit Malaysia Posted: 24 Jul 2020 04:52 AM PDT KUALA LUMPUR: India akan kekal sebagai destinasi eksport utama bagi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia iaitu Indonesia dan Malaysia, untuk jangka masa yang akan datang. |
| Bursa Malaysia ditutup jatuh 16.81 mata Posted: 24 Jul 2020 04:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pasaran mengalami penurunan sementara harga selepas mencatatkan beberapa siri kenaikan, berbanding peningkatan semalam. |
| 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion Posted: 24 Jul 2020 03:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Goldman Sachs, bank pelaburan global, bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). |
| Joshua belum ada dalam senarai Maloney Posted: 24 Jul 2020 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekalipun pemain kacukan Malaysia-Jerman, Joshua Johan Bechler menyatakan minat untuk bersama skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, namun pemain itu tampak perlu menunggu lagi untuk mendapat 'tiket' bersama pasukan itu. |
| Pengarang Kurdish-Iran dapat suaka New Zealand Posted: 24 Jul 2020 04:08 AM PDT WELLINGTON: Pelarian Kurdish-Iran yang memenangi anugerah dengan karya ditulis dengan telefon bimbit ketika ditahan di Australia, akhirnya mendapat suaka di New Zealand. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment