Tuesday, July 28, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


RUU 355: Keutamaan sekarang ekonomi, COVID-19 - Mohd Amar

Posted: 27 Jul 2020 11:27 PM PDT

KOTA BHARU: PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu adalah cita-cita parti itu sejak sekian lama.

Masih terlalu awal bincang sama ada Najib hilang kelayakan - Pakar Perlembagaan

Posted: 28 Jul 2020 09:05 AM PDT

PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk membincangkan sama ada Datuk Seri Najib Razak akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Aidiladha: Bekalan daging, ayam tempatan mencukupi

Posted: 28 Jul 2020 09:15 AM PDT

ALOR GAJAH: Bekalan daging dan ayam tempatan menjelang sambutan Aidiladha, Jumaat ini, dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

MDN adakan kunjungan hormat ke atas PM

Posted: 28 Jul 2020 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perpaduan orang Melayu dan kedudukan agama Islam ialah antara perkara yang dibincangkan pada kunjungan hormat delegasi Majlis Dakwah Negara (MDN) ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini.

Penyerang Real Madrid positif COVID-19

Posted: 28 Jul 2020 08:14 AM PDT

MADRID: Penyerang Real Madrid Mariano disahkan positif COVID-19, umum juara La Liga itu.

Belum ada keputusan sediakan rumah kepada penduduk Bukit Malut - MB

Posted: 28 Jul 2020 07:57 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan negeri belum memutuskan sama ada menyediakan rumah kepada penduduk Melayu Islam Kedah (MIK) di Bukit Malut sekiranya mereka dipindahkan ke lokasi baharu di Langkawi kelak.

Penempatan haram Bukit Malut bukan dalam kawasan rizab

Posted: 28 Jul 2020 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kawasan penempatan haram di Bukit Malut, Langkawi, tidak terletak dalam rizab hutan paya bakau atau Hutan Simpan Bukit Malut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Najib harap prosiding rayuan disegerakan

Posted: 28 Jul 2020 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berharap prosiding rayuan beliau berhubung sabitan pertuduhan kes membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dapat didengar secepat mungkin.

Shafee anggap rayuan mencabar

Posted: 28 Jul 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengakui beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini dan menganggap prosiding rayuan sebagai satu cabaran serius.

Najib akur sebarang keputusan UMNO

Posted: 28 Jul 2020 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak bersedia berdepan sebarang keputusan UMNO, susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadapnya atas tujuh pertuduhan dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd.

PRK DUN Slim: PN Perak sepakat beri laluan calon UMNO

Posted: 28 Jul 2020 07:12 AM PDT

KAMPAR: Perikatan Nasional (PN) Perak sepakat memberikan laluan kepada calon daripada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, 29 Ogos ini.

Tak perlu sampai 'lelong' KFA

Posted: 28 Jul 2020 06:44 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak perlu 'dilelong' seperti dicadangkan dalam media semalam, sekiranya ingin menyelesaikan masalah tunggakan gaji bernilai RM10.6 juta.

Klopp hadapi cabaran baharu

Posted: 28 Jul 2020 06:41 AM PDT

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memenangi gelaran Liga Perdana pertamanya musim ini, namun dia mungkin sukar untuk mempertahankan mahkota kejuaraan pada kempen 2020/21.

Sugu Pavithra kembali beraksi di Youtube

Posted: 28 Jul 2020 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas menggemparkan negara dengan isu rumah tangga yang kontroversi, pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di Youtube, hari ini.

Malaysia kongsi pengalaman tangani COVID-19

Posted: 28 Jul 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berkongsi pengalaman mengurangkan kesan penularan COVID-19, dengan Jepun dan negara anggota ASEAN pada Persidangan Maya Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, esok.

Hormati keputusan mahkamah, percaya sistem kehakiman - PM

Posted: 28 Jul 2020 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara, sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.

COVID-19: 2 askar Thailand pulang dari AS didapati positif

Posted: 28 Jul 2020 06:21 AM PDT

BANGKOK: Dua anggota tentera Thailand yang pulang dari Hawaii, Amerika Syarikat (AS) selepas menyertai satu latihan ketenteraan, adalah dua kes terkini COVID-19 di negara itu.

Seks ganas terhadap isteri, nelayan dipenjara 15 tahun

Posted: 28 Jul 2020 02:47 AM PDT

IPOH: Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dengan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada April lepas.

COVID-19: Iran catat 235 kematian, tertinggi dalam sehari

Posted: 28 Jul 2020 06:00 AM PDT

TEHRAN: Iran melaporkan 235 kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, iaitu jumlah harian tertinggi di negara Asia Barat yang paling teruk terkesan dengan wabak itu.

Jangan hanya tuding jari pengurusan lama - Asmirul

Posted: 28 Jul 2020 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) perlu mengambil tanggungjawab untuk mencari jalan bagi menyelesaikan 'hutang lama' berjumlah lebih RM10 juta yang ditanggung pasukan itu dan bukan sekadar menuding jari kepada pengurusan terdahulu.

Mukhriz akui ada pemain Kedah dapat gaji RM125,000

Posted: 28 Jul 2020 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat pemain skuad Lang Merah dibayar gaji RM125,000 sebulan ketika ini.

Budak lelaki 6 tahun ditemui lemas

Posted: 28 Jul 2020 05:55 AM PDT

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai, Kampung Pokok Simpor, di sini, petang tadi.

Najib masih boleh jalankan tugas Ahli Parlimen - Yang Dipertua Dewan Rakyat

Posted: 28 Jul 2020 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, hari ini, masih boleh menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Hukuman penjara 12 tahun Najib ditangguhkan hingga rayuan

Posted: 28 Jul 2020 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya sehingga rayuan didengar dan diputuskan.

Najib dihukum penjara berjumlah 12 tahun, denda RM210 juta

Posted: 28 Jul 2020 03:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Tiada bukti COVID-19 bermusim: WHO

Posted: 28 Jul 2020 05:21 AM PDT

GENEVA: Penyebaran COVID-19 tidak dipengaruhi oleh musim, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, memperingatkan terhadap kepercayaan palsu bahawa musim panas lebih selamat.

COVID-19: Sarawak catat kes positif harian tertinggi

Posted: 28 Jul 2020 05:18 AM PDT

PETRA JAYA: Selepas mencatat angka sifar jangkitan COVID-19 semalam, jumlah positif pandemik itu tiba-tiba melonjak di Sarawak hari ini dengan 25 kes.

LANGSUNG: Keputusan kes SRC Najib Razak

Posted: 27 Jul 2020 04:39 PM PDT

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Ahli Parlimen minta perinci tempat wajib pakai pelitup muka

Posted: 28 Jul 2020 04:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperincikan secara jelas tempat awam yang dikategorikan sebagai kawasan wajib memakai pelitup muka yang akan berkuat kuasa, 1 Ogos ini.

Polis tahan lelaki panjat pagar kompleks mahkamah

Posted: 28 Jul 2020 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tangkapan seorang lelaki yang cuba memanjat pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, petang ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template