Wednesday, July 29, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Aidiladha: Orang ramai ke Pantai Timur disaran atur perjalanan ikut TTA

Posted: 29 Jul 2020 10:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin ke Pantai Timur sempena cuti Aidiladha, disaran mengatur perjalanan mengikut jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) yang ditetapkan.

Suasana politik Sabah tidak gugat sokongan rakyat kepada PH - Anwar

Posted: 29 Jul 2020 10:03 AM PDT

AYER KEROH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin suasana politik di Sabah tidak menggugat sokongan rakyat kepada gabungan parti itu.

COVID-19: Perjalanan antara Zon Satu dengan Zon Dua Sarawak wajib dapat permit polis

Posted: 29 Jul 2020 09:32 AM PDT

KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan perjalanan antara Zon Satu yang merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, dengan Zon Dua (Sri Aman hingga ke Limbang) wajib mendapat permit polis, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Media Kopites Malaysia rai kejayaan Liverpool

Posted: 29 Jul 2020 08:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam satu majlis, di sini, semalam.

Baca penghakiman lebih dua jam

Posted: 29 Jul 2020 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengambil masa lebih dua jam untuk membacakan penghakiman kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan bekas Peguam Negara 'bersihkan' nama Najib tidak konklusif - Hakim

Posted: 29 Jul 2020 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang 'membersihkan' nama Datuk Seri Najib Razak daripada skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak konklusif, demikian diputuskan melalui penghakiman Mahkamah Tinggi.

PJ City didenda RM30,000

Posted: 29 Jul 2020 08:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: PJ City didenda RM30,000 kerana gagal menyediakan venue menentang Terengganu FC (TFC) pada 14 Mac lalu sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri

Posted: 29 Jul 2020 08:02 AM PDT

KOTA KINABALU: Anggota polis mengadakan sekatan di laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri, di sini, malam ini, susulan perkembangan terbaharu politik di negeri ini.

COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat sehingga 31 Ogos

Posted: 29 Jul 2020 07:51 AM PDT

BANGKOK: Thailand melanjutkan pelaksanaan darurat bagi tempoh sebulan lagi, sehingga penghujung Ogos, bagi mengurangkan kesan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19, ketika negara itu sedang mula membuka pintu sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja migran dari negara asing.

ADUN Titi Serong sah sertai BERSATU pada 3 Jun lepas

Posted: 29 Jul 2020 07:42 AM PDT

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pemain Sevilla positif COVID-19

Posted: 29 Jul 2020 07:28 AM PDT

MADRID: Seorang pemain skuad utama Sevilla didapati positif COVID-19, umum kelab itu yang turut menangguhkan sesi latihan sehingga keputusan ujian seterusnya.

Tiket Aidiladha di TBS terjual hanya 50 hingga 60 peratus

Posted: 29 Jul 2020 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya 50 hingga 60 peratus tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terjual menjelang sambutan Hari Raya Qurban Jumaat ini, walaupun ia perayaan pertama terbesar dengan kelonggaran diberikan kerajaan, berbanding sekatan merentas negeri ketika meraikan Aidilfitri.

Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini

Posted: 29 Jul 2020 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.

Cucu Lee Kuan Yew didenda hina mahkamah

Posted: 29 Jul 2020 05:22 AM PDT

SINGAPURA: Cucu lelaki kepada pengasas Singapura, Lee Kuan Yew didenda S$15,000 (RM46,325) selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik badan kehakiman negara itu menerusi Facebook (FB) pada 2017.

73 TABIKA, 3 TASKA di Kubang Pasu ditutup susulan Kluster Sivagangga

Posted: 29 Jul 2020 06:02 AM PDT

ALOR SETAR: Bagi mencegah penularan COVID-19, sebanyak 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan tiga Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kubang Pasu ditutup bermula, hari ini.

Musa dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan baharu Sabah

Posted: 29 Jul 2020 04:11 AM PDT

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

PM Thailand arah siasat pengguguran kes pewaris Red Bull

Posted: 29 Jul 2020 05:43 AM PDT

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini mengarahkan supaya siasatan dijalankan mengenai kenapa kes langgar lari dan kemalangan maut pada 2012 membabitkan cucu jutawan syarikat pengeluar minuman tenaga Red Bull, digugurkan.

Lanjutan moratorium, bantuan bersasar sokong pemulihan - Ahli Ekonomi

Posted: 29 Jul 2020 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lanjutan tempoh moratorium dan pendekatan bantuan bersasar yang diumumkan hari ini dilihat sebagai antara langkah untuk menseimbangkan usaha membantu peminjam dan memastikan industri perbankan dapat terus membiayai aktiviti serta menyokong pemulihan ekonomi, kata penganalisis.

COVID-19: Jumlah kematian melonjak di AS

Posted: 29 Jul 2020 05:32 AM PDT

WASHINGTON: Kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada jumlah tertinggi dalam beberapa bulan hari ini.

Sistem saraan baharu penjawat awam perlu kajian teliti

Posted: 29 Jul 2020 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembaharuan dalam sistem saraan penjawat awam masih memerlukan pertimbangan teliti selain pelaksanaannya amat bergantung kepada keupayaan kewangan negara.

Perlis laksana solat Aidiladha dua sesi

Posted: 29 Jul 2020 05:00 AM PDT

KANGAR: Solat sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan secara dua sesi pada masjid yang terpilih di Perlis pada Hari Raya Aidiladha bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan

Posted: 28 Jul 2020 10:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk saranan waktu yang sesuai bagi memulakan perjalanan di lebuh raya sempena sambutan Aidiladha.

Teruja jumpa Dr Noor Hisham

Posted: 29 Jul 2020 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Geng Pagi Hot dari stesen radio, HotFM, iaitu Shuk, Shuib dan Fizie teruja bertemu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media berhubung perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

COVID-19: Kluster Sentosa besar kemungkinan berkait aktiviti dalam komuniti

Posted: 29 Jul 2020 02:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Hasil siasatan awal mendapati punca penularan COVID-19 dalam Kluster Sentosa di Sarawak besar kemungkinan berkait dengan aktiviti dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Terkini, Jho Low dikesan di Macau

Posted: 29 Jul 2020 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia, terbaru dikesan bersembunyi di Macau.

COVID-19: Singapura catat 334 kes baharu, 4 kes import

Posted: 29 Jul 2020 04:31 AM PDT

SINGAPURA: Singapura melaporkan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, dengan majoriti daripada mereka adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.

Imri dilantik sebagai Pengarah Urusan, CEO TM

Posted: 29 Jul 2020 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) melantik Imri Mokhtar sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharunya berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Bursa Malaysia cecah paras tertinggi tahun ini

Posted: 29 Jul 2020 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi tahun ini selepas melepasi paras rintangan 1,610 berikutan pembelian pada saat akhir hari ini.

Kes positif COVID-19 di Indonesia 104,432, kematian 4,975

Posted: 29 Jul 2020 04:23 AM PDT

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 2,381 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini berjumlah 104,432 kes.

Ringgit teruskan aliran peningkatan

Posted: 29 Jul 2020 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat hari ini untuk ditutup tinggi seiring dengan prestasi mata wang negara Asia yang pesat membangun berikutan ketidakstabilan dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang hasil mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template