Thursday, July 30, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada BERSATU - Annuar

Posted: 30 Jul 2020 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.

COVID-19: Penduduk di Zon Hijau Sarawak usah leka - KM

Posted: 30 Jul 2020 09:57 AM PDT

KUCHING: Penduduk di kawasan dikategorikan Zon Hijau atau bebas wabak COVID-19 di Sarawak, tidak harus leka dengan keadaan itu, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka

Posted: 30 Jul 2020 08:59 AM PDT

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-61 Seri Paduka di Masjid Sultan Ahmad 1, di sini.

Aplikasi Gerak Malaysia ditamatkan mulai esok

Posted: 30 Jul 2020 08:46 AM PDT

PUTRAJAYA: Aplikasi Gerak Malaysia yang dibangunkan bagi tujuan pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan terperinci ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditamatkan mulai esok.

COVID-19: Kemasukan matrikulasi babit daerah Kuching ditangguhkan

Posted: 30 Jul 2020 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kemasukan 289 pelajar dari daerah Kuching, Sarawak, ke Kolej Matrikulasi seluruh negara ditangguhkan hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Bagaimana bentuk kestabilan politik di Sabah

Posted: 30 Jul 2020 07:19 AM PDT

PERKEMBANGAN politik di Sabah sejak semalam, tidak dinafikan mempunyai hubungan rapat dengan apa berlaku di peringkat persekutuan.

City sedia ikat Ake dengan nilai RM226 juta

Posted: 30 Jul 2020 07:23 AM PDT

LONDON: Manchester City bersedia menandatangani pemain pertahanan Belanda, Nathan Ake dari Bournemouth selepas bersetuju dengan perjanjian bernilai 41 juta pound (RM226 juta), menurut laporan media Britain.

Trump cadang tangguh pemilihan presiden berikutan bimbang COVID-19

Posted: 30 Jul 2020 07:22 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesyorkan pemilihan presiden ditangguhkan berikutan ancaman COVID-19 dan mengelakkan penipuan jika undian dilakukan secara pos.

Jemaah haji berwukuf dalam norma baharu

Posted: 30 Jul 2020 06:45 AM PDT

ARAFAH: Jemaah haji melaksanakan ibadah wukuf, hari ini, pada musim haji yang menyaksikan jumlah kehadiran paling kecil dalam sejarah moden Arab Saudi, sekali gus jauh berbeza dengan tahun sebelum ini.

COVID-19: JPBN Sarawak capai keputusan terbaru hari ini

Posted: 30 Jul 2020 06:46 AM PDT

PETRA JAYA: Semua rakyat Malaysia yang memasuki Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan serta tinggal di kawasan bandar atau pekan, tidak akan dikenakan perintah kuarantin di hotel atau pusat lain, berkuat kuasa Sabtu ini.

Suami isteri ditahan kerana pemerdagangan manusia, lacurkan kanak-kanak

Posted: 30 Jul 2020 06:43 AM PDT

JAKARTA: Polis Tulangbawang di Lampung, Indonesia menahan sepasang suami isteri kerana mengendalikan sindiket pelacuran kanak-kanak dan pemerdagangan manusia secara dalam talian.

Waspada kluster dicetuskan perantau

Posted: 30 Jul 2020 06:42 AM PDT

KOTA BHARU: Kepulangan perantau ke negeri ini terutama dari kawasan zon merah wabak COVID-19 agak membimbangkan kerana dikhuatiri membawa kepada penularan wabak itu.

Liga Juara-Juara, Liga Europa tak terjejas

Posted: 30 Jul 2020 06:41 AM PDT

PARIS: UEFA 'yakin' peringkat akhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan diteruskan tanpa masalah walaupun terdapat kes terkini membabitkan coronavirus di Real Madrid dan Sevilla, kata jurucakap kepada AFP, hari ini.

Doa PM untuk bakal jemaah haji yang tertangguh

Posted: 30 Jul 2020 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berdoa semoga bakal jemaah haji yang tertangguh menunaikan rukun Islam kelima akibat pandemik COVID-19, tahun ini, berpeluang melaksanakan ibadah itu pada tahun akan datang.

Pusat penyembelihan laksana korban ikut syariat

Posted: 30 Jul 2020 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaan ibadah korban yang dijalankan di pusat penyembelihan kerana ia dibuat mengikut syarat penyembelihan haiwan korban ditetapkan syariat agama.

10 ekor paus ditemui mati di pantai Indonesia

Posted: 30 Jul 2020 06:19 AM PDT

KUPANG: Pihak berkuasa Indonesia menemui 10 ekor paus mati di pantai hari ini manakala beberapa gambar menunjukkan penduduk tempatan berusaha menolak haiwan yang masih hidup kembali ke laut.

21,000 penduduk Hanoi diarah jalani ujian COVID-19

Posted: 30 Jul 2020 06:06 AM PDT

HANOI: Lebih 21,000 penduduk di ibu negara Vietnam ini diarah menjalani ujian COVID-19 berikutan kes positif pertama selepas tiga bulan bebas virus itu.

COVID-19: Beringat dan berwaspada - PM

Posted: 30 Jul 2020 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid diminta mengawal keadaan, termasuk ketika solat sunat Aidiladha, untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Patuh SOP laksanakan ibadah korban - PM

Posted: 30 Jul 2020 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati umat Islam di negara ini melaksanakan ibadah korban dengan sepenuh penghayatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Atur perlawanan, pemain Laos digantung seumur hidup

Posted: 30 Jul 2020 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan seorang lagi pemain Laos digantung seumur hidup kerana mengatur perlawanan.

Aidiladha: Hayati, ambil iktibar pengorbanan Nabi - PM

Posted: 30 Jul 2020 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seluruh umat Islam perlu menghayati dan mengambil iktibar kisah serta sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak baginda, Nabi Ismail AS.

Top Glove jangka capai persetujuan dengan AS bulan hadapan

Posted: 30 Jul 2020 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mencapai kemajuan yang baik dalam hubungannya dengan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkaitan perintah penahanan terhadap Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd.

Kemelut politik: Pasaran saham ditutup rendah

Posted: 30 Jul 2020 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kemelut politik terkini, yang menyaksikan UMNO menarik diri daripada Perikatan Nasional, dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri, menyebabkan Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang perayaan Aidiladha esok.

Salah tukar gaya rambut

Posted: 30 Jul 2020 05:24 AM PDT

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah menukar gaya rambutnya selepas The Reds muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Hamilton sasar hatrik GP British

Posted: 30 Jul 2020 05:23 AM PDT

SILVERSTONE: Masih segar dengan dua kemenangan, Lewis Hamilton kini mensasarkan hatrik dan melebarkan rekod kemenangan di laman sendiri kepada tujuh perlumbaan tanpa kehadiran penyokong yang disifatkan 'sangat pelik' pada perlumbaan Grand Prix (GP) British.

Aidiladha: Sambut dalam normal baharu, patuh SOP

Posted: 30 Jul 2020 04:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Umat Islam yang akan meraikan Aidiladha, esok, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sambutan dalam normal baharu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, RM4.238

Posted: 30 Jul 2020 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan permintaan kukuh susulan kenyataan cenderung kepada menurunkan kadar daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS selepas mesyuaratnya yang berakhir semalam.

Pendengar pilih jenaka

Posted: 30 Jul 2020 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan BH Online mengenai isu pelawak jadi deejay menarik perhatian netizen yang berkongsi pandangan mengenai dominasi artis komedi di konti stesen radio.

COVID-19: Tiada kluster di sekolah Sabah - KP Kesihatan

Posted: 30 Jul 2020 04:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiada kluster wabak COVID-19 berlaku di sekolah Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertemuan bersejarah di Tambak Johor berjalan lancar

Posted: 30 Jul 2020 03:42 AM PDT

JOHOR BAHRU: Semuanya berjalan lancar dengan kedua-dua pihak Malaysia dan Singapura nampak ceria ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong, bertegur sapa di tengah-tengah Tambak Johor, awal pagi tadi, sebagai simbolik kesepakatan untuk menyambung semula projek Sistem Transit Rapid (RTS).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template