Sunday, July 5, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


RTM sedia teruskan TV Pendidikan selepas sekolah dibuka

Posted: 05 Jul 2020 09:06 AM PDT

KUANTAN: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia meneruskan program televisyen pendidikan (TV Pendidikan) walaupun selepas sesi persekolahan dibuka semula, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bottas menang GP Austria

Posted: 05 Jul 2020 08:22 AM PDT

SPIELBERG, Austria: Pemandu Mercedes dari Finland, Valtteri Bottas memenangi aksi pembukaan Formula Satu (F1) musim ini, Grand Prix (GP) Austria, di sini, sebentar tadi, yang tertangguh sebelumnya gara-gara penularan pandemik coronavirus.

Tindakan Malaysia terhadap PATI berlandaskan undang-undang

Posted: 05 Jul 2020 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan menyokong tindakan kerajaan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin (PATI) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Penjaga zoo maut diserang harimau siberia

Posted: 04 Jul 2020 03:24 PM PDT

GENEVA: Seekor harimau Siberia menyerang dan membunuh penjaga zoo warga Zurich pada Sabtu, kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

76 individu ditahan dalam pesta liar

Posted: 05 Jul 2020 08:00 AM PDT

KLUANG: Polis menahan 76 individu yang disyaki terbabit dalam pesta liar di sebuah rumah inap, di Jalan Delima, di sini awal pagi tadi.

Azam tekad pikat Maloney

Posted: 05 Jul 2020 07:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pemain muda sedang meningkat, Muhammad Azam Azmi Murad tekad merebut tempat dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan Bawah-19 (B-19) AFC 2020 di Uzbekistan, bermula 14 Oktober ini.

COVID-19: Perintah berkurung di Galicia

Posted: 05 Jul 2020 07:37 AM PDT

MADRID: Galicia, wilayah barat laut Sepanyol hari ini melaksanakan perintah berkurung yang membabitkan 70,000 penduduk, susulan peningkatan kes baharu COVID-19.

Burnley, Sheffield kongsi mata

Posted: 05 Jul 2020 07:36 AM PDT

LONDON: Gol pertama John Egan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya membantu Sheffield United meraih satu mata selepas terikat 1-1 dengan Burnley, sebentar tadi.

COVID-19: Iran lapor 163 kematian dalam sehari

Posted: 05 Jul 2020 06:47 AM PDT

TEHRAN: Pihak Berkuasa Kesihatan Iran hari ini mengumumkan 163 kematian akibat COVID-19, sekali gus direkodkan angka korban harian tertinggi sejak penularan wabak bermula Februari lalu.

COVID-19: India rekod jangkitan baharu harian besar

Posted: 05 Jul 2020 07:18 AM PDT

NEW DELHI: India merekodkan jumlah besar kes COVID-19 hari ini, sekali gus menghampiri Russia sebagai negara ketiga tertinggi dijangkiti wabak itu, walaupun membuka pusat rawatan berskala besar di ibu kotanya bagi memerangi pandemik berkenaan.

Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung

Posted: 05 Jul 2020 06:42 AM PDT

KAMPAR: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kuala Kampar berdekatan jambatan dari Malim Nawar ke Tanjung Tualang, di sini petang tadi.

Lebih dua jam cari jalan pulang

Posted: 05 Jul 2020 06:35 AM PDT

TAIPING: Empat remaja lelaki berdepan detik cemas apabila tersesat di hutan ketika menggunakan jalan pintas sewaktu menuruni Bukit Larut, di sini, dalam kejadian petang tadi.

PBT tumpu pemutihan peniaga haram

Posted: 05 Jul 2020 06:17 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pemutihan terhadap peniaga haram dan mereka yang menyewakan lesen kepada warga asing, antara langkah dicadangkan bagi meningkatkan kutipan hasil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemain mirip wajah pelakon 'Budak Tebing' turut terpilih

Posted: 05 Jul 2020 04:14 AM PDT

ALOR SETAR: Pemain muda Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul terus menjadi perhatian apabila namanya disenaraikan menyertai latihan skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan pada Oktober ini.

Pengasingan PATI untuk kekang penularan COVID-19

Posted: 05 Jul 2020 02:27 AM PDT

KOTA TINGGI: Kerajaan menafikan laporan agensi berita asing, Al Jazeera, yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin (PATI) ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19.

Akhirnya semua 'kembali'

Posted: 05 Jul 2020 04:00 AM PDT

BACHOK: Penantian hampir seminggu keluarga mangsa bot terbalik yang hilang akhirnya menemui noktah apabila mangsa terakhir, Arman Ismail, 42, ditemui terapung di laut kira-kira 40 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, jam 2.20 petang, hari ini.

Mayat terakhir mangsa bot terbalik ditemui

Posted: 05 Jul 2020 02:59 AM PDT

BACHOK: Mayat mangsa terakhir bot terbalik, Arman Ismail, 43, ditemui jam 2.20 petang tadi pada jarak 40 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, di sini.

Nelayan Vietnam menyamar guna nombor bot tempatan, kibar Jalur Gemilang

Posted: 05 Jul 2020 04:23 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pelbagai taktik digunakan nelayan Vietnam untuk mengaburi pihak berkuasa ketika mencerobohi perairan negara ini, termasuk menyamar seolah-olah bot digunakan mereka milik rakyat tempatan.

Seragam pakaian pekerja, peniaga Pasar Borong KL ikut warna

Posted: 05 Jul 2020 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua peniaga dan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki memakai pakaian mengikut warna yang diseragamkan berkuat kuasa 10 Julai ini.

Seorang maut dalam kebakaran

Posted: 05 Jul 2020 04:16 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang melecur teruk akibat kebakaran di bahagian tamu rumahnya di Kampung Pulau Pisang, Machang Bubok tengah hari semalam dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

10 kenderaan, 3 rumah terbakar

Posted: 05 Jul 2020 04:43 AM PDT

KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 10 kenderaan hangus dalam kebakaran membabitkan tiga kediaman dua tingkat di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang di sini, pagi tadi.

Firma Malaysia bantu komuniti terkesan COVID-19 di 20 negara

Posted: 05 Jul 2020 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai tidak mengetahui syarikat konglomerat Malaysia, QI Group, menggunakan rangkaian globalnya untuk membantu komuniti di 20 negara termasuk Malaysia, yang terkesan akibat COVID-19 walaupun perniagaannya sendiri terjejas akibat pandemik itu.

COVID-19: Singapura catat 136 kes baharu

Posted: 05 Jul 2020 03:25 AM PDT

SINGAPURA: Singapura hari ini melaporkan 136 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes di republik itu sebanyak 44,800 kes.

Hujan lebat: 16 terkorban dalam tanah runtuh

Posted: 05 Jul 2020 01:43 AM PDT

TOKYO: Sekurang-kurangnya 16 terkorban susulan kejadian hujan lebat dan gelongsoran lumpur dengan pasukan penyelamat masih mencari mangsa, lapor media tempatan.

COVID-19: Dua lagi kluster tamat

Posted: 05 Jul 2020 02:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat dua lagi kluster berkaitan tempat kediaman diisytiharkan sudah tamat, iaitu Kluster Gombak dan Kluster Pangsapuri Cheras.

Pesara kerajaan ditahan rogol anak kandung dan anak tiri

Posted: 05 Jul 2020 03:22 AM PDT

KEPALA BATAS: Polis menahan seorang pesara kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol anak kandung yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dan anak tirinya, 17, sejak beberapa tahun lalu, di rumah mereka di Tasek Gelugor.

'Mereka mampu kembali cergas dalam sebulan'

Posted: 05 Jul 2020 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann percaya pemain mampu kembali pada tahap prestasi terbaik mereka dalam tempoh sebulan selepas kembali melapor diri, hari ini.

661 atlet kebangsaan lapor diri hari ini

Posted: 05 Jul 2020 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 661 atlet daripada 40 jenis sukan melapor diri hari ini bagi memulakan sesi latihan harian sepenuh masa di semua pusat latihan ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).

MIDA tumpu syarikat global terjejas perang dagang China-AS

Posted: 05 Jul 2020 03:15 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang berusaha menarik syarikat global yang terjejas akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, supaya memindahkan operasi mereka ke negara ini.

COVID-19: Masalah kewangan, ramai pekerja haram punca tak ambil ujian saringan

Posted: 04 Jul 2020 10:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dibelenggu masalah kewangan serta mempunyai jumlah pekerja asing haram yang ramai menyebabkan segelintir majikan di sektor pembinaan tidak melakukan ujian saringan COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template