Wednesday, July 8, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tempahan hotel mula melonjak

Posted: 08 Jul 2020 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan kini kembali melonjak dengan tempahan hotel di seluruh negara menunjukkan peningkatan sehingga 30.74 peratus, setakat bulan lalu.

Dalang utama culik, bunuh Datuk Seri dituduh di mahkamah esok

Posted: 08 Jul 2020 08:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dalang utama kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan ditdakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini esok.

Polis sedang kesan lelaki rakam mesej suara berita palsu COVID-19

Posted: 08 Jul 2020 08:13 AM PDT

BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan seorang lelaki merakam dan menyebarkan mesej suara melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi berita palsu kononnya Masjid Bagan Dalam, di sini, menjadi kluster baharu jangkitan COVID-19.

Laporan media tidak tepat boleh timbulkan fitnah

Posted: 08 Jul 2020 08:07 AM PDT

RAUB: Pengamal media termasuk Al Jazeera wajar menyelidik dan mendapatkan maklumat tepat daripada pihak berkuasa kerana laporan berita tidak tepat boleh menimbulkan fitnah.

Lallana tak main lagi

Posted: 08 Jul 2020 07:06 AM PDT

LIVERPOOL: Adam Lallana tidak akan beraksi bersama Liverpool selepas The Reds tidak akan menurunkan pemain yang tidak lagi memiliki kontrak itu untuk mengelak kecederaan.

Dua lelaki didakwa cuba membunuh pemandu bas

Posted: 08 Jul 2020 07:03 AM PDT

BAYONNE: Dua lelaki didakwa atas tuduhan cuba membunuh kerana menyerang seorang pemandu bas sehingga mengalami 'mati otak' dalam kejadian di barat daya Perancis.

415 kes tuntutan palsu terhadap PERKESO sejak 2017

Posted: 07 Jul 2020 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sanggup menukar pesakit ketika pemeriksaan doktor dan mengubah maklumat laporan perubatan adalah antara modus operandi sindiket tuntutan palsu bagi mendapatkan bayaran faedah dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

IJN hospital pertama di rantau Asia Pasifik guna teknologi Micra AV

Posted: 08 Jul 2020 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) melakar sejarah apabila menjadi hospital pertama di rantau Asia Pasifik melaksanakan prosedur implan menggunakan Micra AV.

Majikan wajib iklan kerja kosong di portal JobsMalaysia

Posted: 08 Jul 2020 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia bercadang mewajibkan majikan mengiklankan semua kekosongan jawatan di portal JobsMalaysia untuk memberi keutamaan kepada pencari kerja tempatan sebelum mengambil pekerja asing.

Pembekal dadah Lembah Klang diberkas, bekalan lebih RM 2.51 juta dirampas

Posted: 08 Jul 2020 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dipercayai dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah ke sekitar Lembah Klang ditahan dalam tiga serbuan berasingan sejak 3 Julai lalu.

Liek Hou 'ajar' Soniia, Kisona

Posted: 08 Jul 2020 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jurulatih badminton perseorangan lelaki para negara, Rashid Sidek percaya anak didiknya, Cheah Liek Hou mendapat pengalaman berharga sepanjang sebulan menjalani latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) yang tamat 30 Jun lalu.

Pelajar IPT dibenarkan kembali ke kampus berperingkat mulai Julai

Posted: 08 Jul 2020 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.

Rakyat Malaysia, jangan jadi seperti Melbourne!

Posted: 08 Jul 2020 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang berharap rakyat Malaysia dapat menjadikan apa yang berlaku di Melbourne sebagai iktibar selepas bandar kedua terbesar di Australia itu kembali melaksanakan perintah berkurung susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Pengurusan tertinggi kilang LG di India berdepan tuduhan bunuh

Posted: 08 Jul 2020 06:04 AM PDT

NEW DELHI: Pengurusan tertinggi kilang LG Chem dari Korea Selatan menghadapi tuduhan membunuh berhubung kes kebocoran gas beracun yang menyebabkan 15 orang terbunuh pada 7 Mei lalu.

Hanya dibenarkan masuk Malaysia selepas sah negatif COVID-19

Posted: 08 Jul 2020 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pelajar antarabangsa yang mahu kembali ke kampus, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal mereka dan hanya akan dibenarkan masuk ke Malaysia selepas tiga hari disahkan negatif wabak itu.

Mas Khan didenda RM17,000 curi 'wallet' kripto milik A Aida

Posted: 08 Jul 2020 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan, didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini bagi kesalahan mencuri 'wallet' mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.

Liverpool elak dikejutkan Brighton

Posted: 08 Jul 2020 01:51 AM PDT

LONDON: Liverpool meneruskan cabaran sebagai juara baharu Liga Perdana Inggeris dengan bertandang ke Stadium Amex bertemu Brighton, awal pagi esok.

Pengerusi FINAS lawat Yusof Kelana

Posted: 08 Jul 2020 05:38 AM PDT

AMPANG: Penderitaan sutradara veteran, Yusof Kelana, 66, yang disahkan menghidap kanser kulit tahap empat mendapat perhatian Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Hamid.

Syed Saddiq dipelawa sertai AMANAH

Posted: 08 Jul 2020 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan anggota kepemimpinan sayap itu untuk menyertai parti berkenaan.

COVID-19 boleh rosakkan otak walaupun gejala ringan

Posted: 08 Jul 2020 05:22 AM PDT

PARIS: COVID-19 berpotensi tinggi menyebabkan komplikasi otak termasuk kecelaruan, kerosakan saraf dan strok yang boleh membawa maut

Tiada keperluan reman pegawai bekas menteri - AMANAH

Posted: 08 Jul 2020 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat tiada keperluan menahan reman Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

SPRM tahan setiausaha politik bekas menteri

Posted: 07 Jul 2020 10:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Gagasan Nadi Cergas rancang bina 4,319 rumah mampu milik

Posted: 08 Jul 2020 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Bhd bercadang membina 4,319 unit rumah mampu milik di Shah Alam di bawah program Rumah Idaman, sekali gus menjadi projek pembinaannya yang terbesar.

COVID-19: Saringan bersasar kesan pesakit tidak bergejala

Posted: 08 Jul 2020 04:42 AM PDT

PUTRAJAYA: Pengesanan kes tidak bergejala dapat dilakukan dengan meluas melalui pendekatan saringan bersasar yang dijalankan di kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan separa PKPD.

UiTM gabung mod pembelajaran dalam talian, bersemuka

Posted: 08 Jul 2020 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) merancang menggabungkan mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) dan mod kehadiran fizikal sebaik pembukaan sepenuhnya universiti untuk pelajar pada Oktober ini.

Kadar faedah dijangka turun lagi tahun ini

Posted: 08 Jul 2020 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tahun ini dijangka sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan, bagi terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 08 Jul 2020 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika pasaran dilihat bersedia untuk menerima kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) pada September ini, kata seorang penganalisis.

Dier akhirnya dihukum

Posted: 08 Jul 2020 04:33 AM PDT

LONDON: Bintang Tottenham, Eric Dier dikenakan hukuman gantung empat perlawanan dan didenda 40,000 pound (RM214,232) kerana meluru ke arah tempat duduk penonton dan mengancam seorang penonton.

Pesakit terakhir Kluster Seri Petaling dibenar keluar hospital Isnin lalu

Posted: 08 Jul 2020 04:26 AM PDT

PUTRAJAYA: Selepas tiga bulan 20 hari berada di hospital, termasuk dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pesakit terakhir dari Kluster Seri Petaling dibenarkan pulang pada Isnin lalu, sekali gus menamatkan kluster terbesar jangkitan COVID-19 di negara ini.

MPPK sokong IPT dibuka berperingkat

Posted: 08 Jul 2020 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyambut baik keputusan kerajaan membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) secara berperingkat mulai bulan ini hingga Oktober depan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template