BH Online - Terkini |
- KKM iktiraf media barisan hadapan bantu perangi COVID-19
- PM mahu Rukun Negara jadi agenda teras kerajaan
- Pelajar Tingkatan 4, 6 sekolah asrama bersekolah 15 Julai
- Lelaki bunuh sukarelawan COVID-19 dihukum mati
- COVID-19: Kekal sifar kes penularan tempatan
- YouTuber Sugu Pavithra tergamam disapa PM
- LPK sedia pelbagai insentif pulihkan sektor logistik dan perkapalan
- Polis tahan lelaki pandu kenderaan lawan arus
- Rekod Gerrard tak tergugat
- Kaki tergelincir dalam tangki cecair ammonia panas
- IQOS dapat lampu hijau FDA
- Ta Win ambil alih Sin Line Tek Electronic
- Hafizh sasar 5 terbaik di Jerez
- Tanah runtuh di China, 14 dikhuatiri mati atau hilang
- UPM permudah urusan kepulangan pelajar keluarga B40, asnaf
- Keluarga wanita warga Australia hantar sampel DNA
- MOTAC, BNM bakal umum skim pembiayaan pelancongan RM1 bilion
- JDT kembali kibar cabaran di ACL
- Abdul Razak Musa dilantik Peguam Cara Negara baharu
- Bangladesh larang pelarian Rohingya tinggalkan pulau
- COVID-19: Pembukaan sekolah ujian baharu KKM
- Elak kena kelentong lagi
- Khalid mohon maaf isu tukang kebun
- Jersi cekik darah
- China minta kerjasama antarabangsa sertai penyelidikan COVID-19
- Pesawat tentera AS cetus provokasi hampiri ruang udara China
- Dapur kayu bangkitkan aroma rojak kateh madu
- Korek paip utama curi air
- Makmal tetapkan sasaran pembangunan digital negara
- Operasi pawagam pandu masuk dibenarkan
| KKM iktiraf media barisan hadapan bantu perangi COVID-19 Posted: 09 Jul 2020 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. |
| PM mahu Rukun Negara jadi agenda teras kerajaan Posted: 09 Jul 2020 01:20 AM PDT PUTRAJAYA: Pendidikan Rukun Negara perlu dijadikan agenda teras kerajaan bagi memastikan Rukun Negara sentiasa menjadi amalan dalam masyarakat untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Pelajar Tingkatan 4, 6 sekolah asrama bersekolah 15 Julai Posted: 08 Jul 2020 10:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan Empat dan Enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini. |
| Lelaki bunuh sukarelawan COVID-19 dihukum mati Posted: 09 Jul 2020 05:49 AM PDT BEIJING: Seorang lelaki warga China yang menikam mati dua sukarelawan di pusat pemeriksaan COVID-19 dihukum mati hari ini oleh Mahkamah Agung negara itu. |
| COVID-19: Kekal sifar kes penularan tempatan Posted: 09 Jul 2020 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan sifar kes bagi penularan tempatan COVID-19 dan hanya enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, hari ini. |
| YouTuber Sugu Pavithra tergamam disapa PM Posted: 09 Jul 2020 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Pavithra, tak masak ke?' tanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan YouTuber sensasi, Sugu Pavithra, namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas kerana terlalu gugup. |
| LPK sedia pelbagai insentif pulihkan sektor logistik dan perkapalan Posted: 09 Jul 2020 05:35 AM PDT PELABUHAN KLANG: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menyediakan insentif kewangan dengan memberi penangguhan bayaran sewa sebanyak 30 peratus kepada penyewa Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebanyak RM14 juta serta 20 peratus diskaun dius pelabuhan kepada syarikat perkapalan berjumlah RM2.543 juta mulai bulan ini hingga Disember ini. |
| Polis tahan lelaki pandu kenderaan lawan arus Posted: 09 Jul 2020 08:21 AM PDT KLANG: Polis menahan seorang lelaki yang memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di sini, Isnin lalu. |
| Posted: 09 Jul 2020 07:53 AM PDT LONDON: Pemain Arsenal, Eddie Nketiah hanya tampil beraksi empat minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika The Gunners seri 1-1 menentang Leicester, semalam. |
| Kaki tergelincir dalam tangki cecair ammonia panas Posted: 09 Jul 2020 07:20 AM PDT MELAKA: Kaki seorang pekerja kilang melecur hingga paras peha selepas tergelincir ke dalam tangki simpanan cecair kimia, ammonia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng, di sini. |
| Posted: 09 Jul 2020 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Philip Morris International Inc (PMI) mendapat lampu hijau dalam pemasaran produk rokok elektroniknya, IQOS daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS). |
| Ta Win ambil alih Sin Line Tek Electronic Posted: 09 Jul 2020 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Ta Win Holdings Bhd (Ta Win), pengeluar produk tembaga membuat perjanjian bersyarat mengambil alih Sin Line Tek Electronic Co Sdn Bhd (Sin Line Tek). |
| Hafizh sasar 5 terbaik di Jerez Posted: 09 Jul 2020 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 Malaysia dari pasukan Aspar, Hafizh Syahrin Abdullah berharap dapat bangkit semula dan menebus kekecewaannya, dengan menyasarkan mencatatkan keputusan cemerlang di GP Sepanyol pada 17-19 Julai ini. |
| Tanah runtuh di China, 14 dikhuatiri mati atau hilang Posted: 09 Jul 2020 06:23 AM PDT BEIJING: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh atau hilang sejak semalam berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di China, yang mengakibatkan rumah tertimbus selain kawasan riadah ditutup buat sementara waktu. |
| UPM permudah urusan kepulangan pelajar keluarga B40, asnaf Posted: 09 Jul 2020 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) melakukan persiapan rapi bagi pembukaan kampus sepenuhnya dengan mempermudah urusan kepulangan pelajar terutama daripada keluarga B40 dan asnaf. |
| Keluarga wanita warga Australia hantar sampel DNA Posted: 09 Jul 2020 06:11 AM PDT GEORGETOWN: Pihak keluarga wanita warga Australia, Anna Jenkins, yang dilaporkan hilang pada 2017 di Pulau Pinang, bersedia menghantar sampel DNA kepada polis bagi ujian perbandingan susulan penemuan tulang manusia di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung di sini, baru-baru ini. |
| MOTAC, BNM bakal umum skim pembiayaan pelancongan RM1 bilion Posted: 09 Jul 2020 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan mekanisme di bawah skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) pada pertengahan bulan ini yang bernilai RM1 bilion. |
| JDT kembali kibar cabaran di ACL Posted: 09 Jul 2020 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan meneruskan aksi dalam Kumpulan G di kejohanan bola sepak Liga Juara-juara Asia (ACL), Oktober depan. |
| Abdul Razak Musa dilantik Peguam Cara Negara baharu Posted: 09 Jul 2020 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Razak Musa dilantik sebagai Peguam Cara Negara (SG) baharu bagi menggantikan Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek yang bersara minggu depan. |
| Bangladesh larang pelarian Rohingya tinggalkan pulau Posted: 09 Jul 2020 05:36 AM PDT DHAKA: Ratusan pelarian Rohingya ditempatkan di pulau yang kerap dilanda banjir di Teluk Benggala tidak akan dibenar meninggalkannya kecuali untuk kembali ke negara asal, kata pihak berkuasa Bangladesh. |
| COVID-19: Pembukaan sekolah ujian baharu KKM Posted: 09 Jul 2020 05:26 AM PDT KOTA KINABALU: Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat mulai 15 Julai ini dilihat sebagai satu lagi ujian besar perlu dihadapi Kementerian Kesihatan (KKM), dalam usaha mengekang penularan COVID-19. |
| Posted: 09 Jul 2020 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Insiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nyaris 'ditipu' Marcel Kalonda seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak ghairah memburu pemain berdarah kacukan atau naturalisasi. |
| Khalid mohon maaf isu tukang kebun Posted: 09 Jul 2020 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus tampil memohon maaf selepas kenyataan yang dilemparkan semalam dilihat mengguris hati beberapa pihak. |
| Posted: 09 Jul 2020 04:38 AM PDT LONDON: Chelsea mengumumkan penjualan jersi utama kelab itu dengan harga 175 pound (RM943) tetapi disifatkan sebagai cekik darah oleh penyokong The Blues. |
| China minta kerjasama antarabangsa sertai penyelidikan COVID-19 Posted: 09 Jul 2020 04:30 AM PDT BEIJING: China merancang menggarap kerjasama antarabangsa bagi menyertai projek penyelidikan berkaitan ubat-ubatan, vaksin, alat ujian, kit ujian, dan perubatan tradisional Cina (TCM) untuk memerangi COVID-19. |
| Pesawat tentera AS cetus provokasi hampiri ruang udara China Posted: 09 Jul 2020 04:16 AM PDT BEIJING: Lima pesawat peninjau tentera Amerika Syarikat (AS) dilihat terbang menghampiri ruang udara Guangdong di China Selatan selama tiga hari berturut-turut, menurut laporan Global Times of China (Global Times). |
| Dapur kayu bangkitkan aroma rojak kateh madu Posted: 09 Jul 2020 04:16 AM PDT KUALA TERENGGANU: Keistimewaan rojak kateh jualan pasangan suami isteri Mohd Rasis Ismail, 38, dan isteri Farhanna Akhmal Rashid, dikatakan pada kaedah menghasilkan bahan utama makanan itu yang mana kaki lembu dibakar dan direbus menggunakan dapur kayu selama lebih lima jam. |
| Posted: 09 Jul 2020 02:33 AM PDT PELABUHAN KLANG: Sanggup menebuk paip utama yang berada sedalam satu meter di bawah tanah bagi membuat sambungan haram untuk curi air. |
| Makmal tetapkan sasaran pembangunan digital negara Posted: 09 Jul 2020 04:12 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan Makmal Infrastrukur Digital Negara (Makmal) untuk menetapkan semula sasaran berkaitan pembangunan infrastruktur digital negara. |
| Operasi pawagam pandu masuk dibenarkan Posted: 09 Jul 2020 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment