Thursday, August 13, 2020

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Israel, UAE capai perjanjian damai - Trump

Posted: 13 Aug 2020 09:19 AM PDT

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu pengumuman mengejut berkata, Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mencapai perjanjian damai.

Polis tumpas sindiket judi dalam talian, 32 ditahan

Posted: 13 Aug 2020 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sindiket judi dalam talian yang dipercayai turut menjalankan kegiatan Macau Scam tumpas susulan serbuan ke atas empat unit kondominium mewah di Soho Suite@KLCC di Jalan Perak di sini, petang tadi.

Kedah cadang laksana TEMCO di Mukim Tawar mulai esok

Posted: 13 Aug 2020 04:43 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah sedia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Mukim Tawar di Baling, berikutan kluster baharu COVID-19 yang dikesan di kawasan itu.

Zii Jia tarik diri badminton jemputan BAM

Posted: 13 Aug 2020 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan BAM selepas mengalami kecederaan otot belakang.

100 pemain bakal sertai golf Selangor Klasik 2020

Posted: 13 Aug 2020 08:19 AM PDT

SHAH ALAM: Seramai 100 pemain dijangka menyertai kejohanan sulung golf amatur Selangor Klasik 2020 di Kelab Golf & Mines Resort, Seri Kembangan dan Kelab Golf & Country Kota Permai di sini pada 29 dan 30 September ini.

Penyokong parti tak boleh hadir penamaan calon PRK Slim

Posted: 12 Aug 2020 06:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyokong parti politik bagi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon, Sabtu ini.

COVID-19: Dilarang keluar masuk kawasan TEMCO

Posted: 13 Aug 2020 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penduduk dan orang luar dilarang melakukan pergerakan keluar masuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah dan Perlis.

Korban COVID-19 global melepasi 750,000 kes

Posted: 13 Aug 2020 07:35 AM PDT

PARIS: Jumlah korban pandemik COVID-19 melepasi 750,000 orang seluruh dunia hari ini sejak ia mula menular di China Disember lalu, menurut data dikumpulkan AFP menerusi sumber sahih.

Pencetus kluster PUI Sivagangga dipenjara lima bulan, denda RM12,000

Posted: 12 Aug 2020 09:40 PM PDT

ALOR SETAR: Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dipenjara lima bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada bulan lalu.

Penduduk degil ingkar TEMCO, ancaman baharu petugas keselamatan

Posted: 13 Aug 2020 12:04 AM PDT

KANGAR: Kedudukan Kuala Sanglang yang terletak betul-betul di sempadan Kedah-Perlis menyebabkan ada penduduk yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) untuk pergi pekan berdekatan.

Luqman pakai jersi nombor 9

Posted: 13 Aug 2020 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penghijrahan Luqman Hakim Shamsudin ke KV Kortrijk terus mendapat sambutan baik dari kelab Belgium itu.

Joo Ven kejutkan Zii Jia aksi jemputan BAM

Posted: 13 Aug 2020 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mimpi ngeri yang dibimbangkan pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia untuk tidak tewas di tangan pemain yang berada di bawahnya akhirnya menjadi kenyataan.

UNESCO janji lindungi bangunan bersejarah di Lubnan

Posted: 13 Aug 2020 06:53 AM PDT

PARIS: Agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNESCO hari ini berikrar mengetuai usaha melindungi warisan berharga di Lubnan, selepas tragedi letupan di pelabuhan Beirut menjejaskan 60 bangunan bersejarah.

Bukit Aman tumpas sindiket judi di kondominium mewah

Posted: 13 Aug 2020 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu sindiket judi dalam talian yang beroperasi di kondominium servis mewah di sekitar Jalan Ampang, dekat sini, ditumpaskan polis tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin maut dalam tahanan di Mesir

Posted: 13 Aug 2020 06:23 AM PDT

KAHERAH: Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin hari ini menghembuskan nafas terakhir di penjara dekat Mesir, ketika menjalani hukuman bagi sabitan kes berkaitan keganasan.

Kluster baharu di Kedah jangkiti sembilan beranak

Posted: 13 Aug 2020 02:22 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di Kedah, yang sehingga kini sudah menjangkiti sembilan individu daripada satu keluarga.

Kuota tiga hari pertama RGL dan PCA penuh

Posted: 13 Aug 2020 03:45 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kuota disediakan untuk pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) sudah penuh untuk tiga hari pertama pelaksanaan bermula 17 Ogos ini.

Letupan bom di selatan Thailand, 2 renjer maut, 6 cedera

Posted: 13 Aug 2020 06:12 AM PDT

PATTANI: Dua renjer maut dan enam lagi cedera parah dalam dua letupan bom masing-masing di Pattani serta Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Noorazman dilantik pengerusi baharu UEM Sunrise

Posted: 13 Aug 2020 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd melantik Datuk Noorazman Abd Aziz sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa hari ini.

Myanmar halang etnik Rohingya tanding pilihan raya

Posted: 13 Aug 2020 06:00 AM PDT

YANGON: Tindakan menghalang seorang lelaki Islam Rohingya bertanding dalam pilihan raya di Myanmar diselar sebagai penindasan terhadap golongan minoriti yang diancam penghapusan etnik itu.

Ringgit meningkat, cecah paras RM4.18

Posted: 13 Aug 2020 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah yang stabil terus mengukuhkan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah akibat penyusutan hasil Perbendaharaan AS.

14,000 terima suntikan vaksin bagi hawar bubonic di Russia

Posted: 13 Aug 2020 05:29 AM PDT

MOSCOW: Semua penduduk di dua daerah di wilayah terpencil Russia dekat sempadan Mongolia diarah mendapatkan vaksin menentang wabak bubonik.

Supermax tersenarai dalam Indeks MSCI Global Standard

Posted: 13 Aug 2020 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Supermax Corporation Bhd (Supermax) mendapat pengesahan daripada MSCI Inc, penyedia utama indeks dan analisis berasaskan penyelidikan, bahawa ia akan dimasukkan dalam Indeks MSCI Global Standard pada 31 Ogos 2020.

'Saya tidak letak jawatan...'

Posted: 13 Aug 2020 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tidak letak jawatan. Ahli (Parlimen) daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita.

Serunding ibu turut jadi bekalan Luqman

Posted: 13 Aug 2020 05:12 AM PDT

SEPANG: Bukan setakat doa dan pesanan malah ada satu lagi 'benda' yang turut mengiringi dan menemani Luqman Hakim Shamsudin ke Belgium iaitu serunding.

Haziq trauma - Bapa saudara

Posted: 13 Aug 2020 04:47 AM PDT

IPOH: "Haziq kerap menangis dan masih trauma," kata Mohd Zakri Mat Isa, bapa saudara Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) susulan nahas mengorbankan tujuh sekeluarga di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai, di sini, kelmarin.

Belum sedia buka pintu sempadan - Ismail Sabri

Posted: 13 Aug 2020 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum bersedia membuka pintu sempadan negara berikutan kes pandemik COVID-19 masih belum reda di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Ronaldo pindah ke Barcelona?

Posted: 13 Aug 2020 04:20 AM PDT

TURIN: Cristiano Ronaldo dilaporkan turut ditawarkan kepada Barcelona dalam perpindahan mengejut untuk bergandingan bersama seterunya, Lionel Messi.

Nabila diselubungi misteri?

Posted: 12 Aug 2020 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya okey, jangan risau. Terima kasih pada semua yang begitu sayang dan bimbang pada diri saya. Selebihnya saya akan kongsi kelak," demikian ulas Nabila Huda ketika dihubungi BH Online menjawab persoalan 'misteri' yang menyelubungi diri.

Raja Arab Saudi 'bercuti' di Laut Merah

Posted: 13 Aug 2020 04:12 AM PDT

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, tiba di tapak pembangunan bandar mega Red City atau NEOM untuk 'rehat dan pemulihan'.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template